Tajuk : Ah Fook
Penulis : Jong Chian Lai
Menariknya Naskah Ini:
Ini adalah buku yang baru sahaja Patung Beruang habiskan pembacaannya minggu lepas. Alhamdulillah...
Naskah ini mempunyai 718 mukasurat dan Patung Beruang ambil masa lebih dari sebulan untuk selesaikan pembacaannya.
Ah Fook adalah nama watak utama didalam cerita ini. Nama penuhnya adalah Yong Ah Fook. Seorang lelaki yang dilahirkan di Republik Rakyat China, berkahwin dan mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan.
Kisah bermula ketika perang China dan Jepun. Keadaan di negara Tembok Besar sangat menekan terutama untuk orang kampung yang terdiri dari golongan petani dan peladang. Keluarga Ah Fook juga tidak terkecuali. Kemiskinan membelenggu mereka, hasil pendapatan di rampas pemerintah, makanan dan keperluan asas dicatu. Keadaan ini benar-benar menghimpit kehidupan Ah Fook sebagai seorang suami, bapa dan anak lelaki.
Ah Fook nekad untuk berhijrah ke kepulauan Borneo demi mencari sinar baru buat keluarganya. Ah Fook berazam untuk mengumpulkan kekayaan sebanyak mungkin sebelum dia boleh membawa isteri dan dua orang anaknya berpindah ke kepulauan Borneo.
Sampai di kepulauan Borneo, Ah Fook berkerja dengan Kapitan Chang. Tugasnya adalah menguruskan haiwan-haiwan ternakan Kapitan Chang seperti ayam, itik dan babi agar membiak dengan sihat dan memberi hasil lumayan kepada Kapitan Chang.
Pada awalnya, kehidupan Ah Fook sepertinya lebih baik dan selesa berbanding di tempat asalnya. Namun, khabar angin mula terdengar yang Jepun akan menduduki kepulauan Borneo. Khabar angin yang semakin kuat ini menyebabkan golongan kapitan Cina termasuk Kapitan Chang mula bersiap untuk meninggalkan kepulauan Borneo.
Sebelum pergi, Kapitan Chang mengamanahkan Ah Fook dan rakan-rakannya yang lain untuk menjaga rumah agam dan ternakan yang dimilikinya dengan sebaik mungkin. Pada anggapannya, jika Jepun tidak jadi menduduki kepulauan Borneo, dia dan keluarganya akan pulang semula ke sini untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Beberapa hari kemudian, Ah Fook diperkenalkan dengan Tam Bi, seorang gadis Melanau yang akhirnya menjadi isterinya. Tam Bi dan Ah Fook dikahwinkan oleh keluarga keturunan Melanau itu bagi melindungi gadis tersebut dari menjadi mangsa askar Jepun.
Setelah berkahwin, Ah Fook dan Tam Bi tinggal di rumah keluarga Tam Bi yang dipanggil Orang Tua Chan. Maka, bermulalah kehidupan Ah Fook dari seorang kuli kapitan Cina yang tinggal di rumah agam kepada orang kampung yang bekerja di kedai besi demi meneruskan kelansungan hidup.
Tinggal di kampung memberi 1001 kejutan kepada Ah Fook. Dia rasa kekok dengan penduduk kampung yang terdiri dari orang Melanau, Iban, Melayu, Jawa dan juga Cina sepertinya. Suatu situasi yang asing bagi Ah Fook yang lahir dan dewasa di kalangan satu bangsa, satu agama dan satu bahasa saja.
Ah Fook dan Tam Bi dikurniakan anak pertama, Lee Maw, disambut oleh bidan Salmah. Kelahirannya ketika zaman pendudukan Jepun. Sayangnya Lee Maw meninggal dunia hanya beberapa hari selepas dilahirkan kerana kekurangan zat makanan dari ibunya.
Seterusnya, Tam Bi melahirkan Ah Ching. Nasib Ah Ching juga sama seperti Lee Maw. Meninggal dunia kerana kekurangan zat dan serangan penyakit.
Kematian dua orang anak mereka benar-benar meremukkan hati Ah Fook, Tam Bi dan kedua ibu bapa Tam Bi. Ibu mertua Ah Fook menunjukkan kebenciannya kepada Ah Fook secara terang-terangan. Ah Fook mula terfikir apakah memang dirinya ditakdirkan untuk sentiasa malang. Hidup di negara Tembok Besar dan kepulauan Borneo, sama sahaja keadaannya. Miskin, ditindas, tidak dipedulikan dan tiada masa depan.
Selepas kematian Ah Ching, Tam Bi melahirkan anak lelaki yang ketiga iaitu Ah Chang. Dan diikuti dengan Ah Cheng, Ah Fa, Ah Gui dan seterusnya, Ah Fang. Ah Fang adalah anak perempuan pertama dan dia sangat disayangi oleh Tam Bi.
Rezeki Ah Fook dan Tam Bi berkenaan zuriat semakin melimpah ruah sehingga akhirnya pasangan ini dikurniakan dengan 15 orang anak, termasuk Lee Maw dan Ah Ching yang meninggal dunia ketika masih bayi.
Menjaga dan membesarkan 13 orang anak (selepas anak pertama dan kedua meninggal dunia), sangat mencabar buat Ah Fook. Dia berkerja keras siang dan malam, setiap hari, tanpa cuti tanpa rehat. Matlamatnya hanya satu, memastikan setiap hari ada makanan yang dapat dihidangkan diatas meja untuk keluarganya.
Keadaan berubah apabila Jepun menyerah kalah dan British datang memerintah semula. Selepas itu, kemerdekaan pula menjelang. Namun, ia seperti tiada makna buat Ah Fook kerana diri nya masih tidak berharta, anak-anak masih hidup seadanya, makan seadanya, belajar seadanya.
Ah Fook terfikir, apakah nasib dirinya dimasa akan datang?
Adakah dia berpeluang untuk menjadi warganegara dan mempunyai kad pengenalan, sama seperti jiran-jiran sekampung yang lain?
Adakah anak-anak akan tetap mewarisi kemiskinannya?
Sesekali, Ah Fook teringat pada isteri dan 2 orang anaknya di Republik Rakyat China. Adakah mereka masih menunggu kepulangannya? Atau mereka telah melupakannya dan memulakan hidup baru?
Jujurnya naskah Ah Fook ini sangat berat. Kisah yang dipaparkan adalah kisah kehidupan bermula dari 1940-an sehingga masa-masa selepas merdeka. Kehidupan dari kaca mata seorang lelaki Cina yang datang merantau meninggalkan tanah airnya semata-mata ingin mencari kehidupan yang lebih baik buat dirinya dan keluarganya.
Seorang perantau yang terkontang-kanting seorang diri tanpa ada saudara-mara disisi. Disisinya hanyalah seorang isteri yang setia dan anak-anak yang masih belum mengerti erti kehidupan yang serba mencabar. Bagi anak-anak, mereka hanya mengharapkan ada makanan yang dapat mengisi perut yang lapar, dan ada tempat tidur untuk mereka melepaskan lelah seharian.
Ah Fook sangat skeptikal dengan masyarakat disekelilingnya. Baginya, mana ada bangsa yang sangup bersusah-payah demi membantu bangsa lain. Mana ada bangsa yang sangup mengenepikan perbezaan agama demi ikatan persahabatan dan semangat kejiranan. Mana ada bangsa yang boleh bertutur bahasa atau dialek bangsa lain dengan fasih, tanpa malu-malu.
Kenyataanya, itulah yang berlaku di persekitaran kehidupan Ah Fook dan keluarganya.
Jiran-jiran sentiasa senang hati untuk saling membantu antara satu sama lain, walaupun sama-sama dihimpit kemiskinan. Anak-anak mereka tidak kekok untuk berkawan, bermain, makan dan tidur bersama dengan anak-anak Ah Fook walaupun berlainan warna kulit, agama, budaya dan bahasa pertuturan. Malah anak-anak Ah Fook juga tidak kekok untuk berinteraksi didalam Bahasa Melayu, Kantonis, ataupun Jawa sesama mereka.
Keadaan ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang, namun tidak Ah Fook. Baginya, anak-anak seolahnya sudah hilang jati diri sebagai bangsa Cina apatah lagi apabila seorang demi seorang anaknya memeluk agama Islam. Keadaan ini sangat meremukkan hatinya dan perasaan itu dibawa sehingga ke akhir hayatnya.
Kesusahan hidup menyebabkan Ah Fook menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya untuk bekerja. Sekaligus menyebabkan Ah Fook kehilangan detik-detik melihat anak-anak membesar. Kesannya, anak-anak lebih rapat dengan Tam Bi. Mereka masih menghormati Ah Fook sebagai seorang bapa namun, ia hanyalah perasaan hormat semata-mata tanpa disulami dengan keinginan untuk mengenali figura bapa ini dengan lebih mendalam. Malah, ada juga anak yang hilang membawa diri seolahnya seperti dirinya tiada nilai dan momento didalam keluarga Ah Fook.
Membaca naskah Ah Fook ini membuka mata Patung Beruang tentang kesusahan hidup sebelum merdeka dan di awal kemerdekaan. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British dan kesannya kepada masyarakat. Tidak dilupa juga tentang kelicikan Jepun mempengaruhi masyarakat dan kekejaman mereka setelah mereka berkuasa. Betapa jahat dan kejamnya kempetai Jepun yang sanggup mengorbankan sesiapa sahaja asalkan mereka rasa puas.
Latar masa kehidupan dan kesusahan masyarakat pada masa itu digambarkan dengan sangat detail. Sehingga Patung Beruang terfikir adakah penulis naskah ini menulis berdasarkan kisah benar?
Adakah watak Ah Fook adalah berdasarkan figura yang sebenar?
Jika ya, beruntungnya mereka yang mengenali lelaki ini kerana kehidupannya penuh dengan 1001 pengalaman yang tidak ternilai harganya.
Pengalaman yang diterjemahkan didalam patah-patah perkataan yang disusun sehingga menjadi sebuah naskah.
Bagi Patung Beruang, naskah Ah Fook ini adalah satu naskah yang sangat hebat. Naskah yang penuh dengan realiti kehidupan seorang manusia. Ada air mata gembira dan juga sedih. Ada rasa bangga dan kecewa. Ada luahan yang terluah dan terpendam sehingga ke akhir masa. Cerita seorang bapa, seorang suami dan seorang anak.
Terima kasih kepada Jong Chian Lai kerana menghasilkan karya yang hebat ini. Walaupun tebal, namun sangat berbaloi untuk diteliti dari muka surat pertama sehinggalah terakhir....

No comments:
Post a Comment