Assalamualaikum...
Wah... Dah seminggu. Betapa cepat sungguh masa berjalan.

Ahad minggu lepas, selepas Subuh Patung Beruang pun mula mengadap laptop. Sambil-sambil tu sempat lah buat breakfast dan laundry. Multi tasking betul, hehe..
Dalam masa yang sama, Patung Beruang pasanglah lagu. Jadi taklah sunyi sangat rumah ini. Iman pula, lepas Subuh dia sambung lah balik beradu. Kita orang perempuan je yang susah nak tidur semula selepas Subuh ini. Yelah, macam mana nak tidur kalau dalam kepala ini ada 1001 pekerjaan yang hendak diselesaikan.
Tak tahu lah kenapa pagi itu Patung Beruang asyik dengar je lagu Kasihku Selamanya, dendangan Dato Sri Siti Nurhaliza. Lagu ini adalah OST untuk filem Dendam Pontianak.
Kalau setakat dengar je, ok lagi. Tapi masalahnya lagu tu keep on hummimg dalam kepala ini. Adoiii... Stress sungguh.
Patung Beruang pun saja lah check dekat website GSC, kot-kotlah filem ini masih ditayangkan. Yelah, dah beberapa minggu kan filem ini masuk panggung. Sekali bila check di website GSC, di Alamanda masih ada tayangan. Cuma ada 1 tayangan saja iaitu pukul 2.20 pm.
Alamak... Nak tengok ke tak ini? Hm...
Bila baca di internet, review bercampur-campur. Ada yang kata sedap, ada yang kata tak sedap, huhu.
Sedang berfikir tu, Iman pun bangun. Bila dia nampak Patung Beruang sedang mengadap laptop, lepas mandi dia pun teruslah duduk di workstation dia.
Oh ye, sebenarnya, sejak Iman pindah ke rumah Patung Beruang ini, susun atur perabot di bilik dan living area dah berubah. Since kami masing-masing ada workstation sendiri, so kami pun susun elok2 berdekatan satu sama lain.
At least, bila sorang dah mula buat kerja, yang lagi sorang pun akan ikut juga lah, hehe.. Kalau tak buat keje pun, kami seronok je duduk di workstation tu untuk membaca atau pun study.
Makanya, kalau sesiapa datang ke rumah kami ini di waktu malam atau pun hujung minggu, mereka akan nampak dua orang manusia yang sedang focus mengadap laptop, membaca atau mengulangkaji pelajaran di workstation masing-masing. Macam kat library pula, hehe..
The best part, workstation tu tepi tingkap. Jadi udara segar, angin pun sejuk je dan pemandangan pula jauh mata memandang.
Patung Beruang tanyalah, Iman nak tengok tak Dendam Pontianak? Kat Alamanda ada, pukul 2.20 pm.
Bagai orang mengantuk di sorong bantal, dia pun jawab jom. Walhal, hari sebelum itu hampir separuh hari kami dah keluar. Yelah, pergi dobi lah, lepas tu pergi beli groceries lah. Ikut perancangan, hari Ahad kami just nak duduk rumah je, free activities.
Eventually, pukul 12.30 tengahari kami keluar rumah. Pergi lunch, solat Zuhur dan akhirnya terus ke panggung wayang. Patung Beruang dah beli tiket online, jadi sampai je gate, terus scan barcode dan hooray, dah boleh menonton.
Generally, filem ini ok lah. Latar belakang tahun 1950-an dan 1960-an. Kostume pelakon pun kena dengan zaman tu.
Cuma dialog mereka agak normal seperti percakapan kita seharian. Mungkin jika mereka menggunakan dialog dan gaya percakapan ketika zaman tersebut, agak sukar untuk penonton faham.
Filem ini takde lah banyak sangat adegan yang memeranjatkan. Fazura yang bawa watak Mina, aka Cik Pon pula sangat cantik. Hantu paling cantik pernah Patung Beruang tonton. Cuma Patung Beruang agak terganggu bila Cik Pon ni menjerit atau meraung. Bergegar sekejap lah gegendang telinga ini, hehe..
Dalam seronok melayan filem ini, bila dah tiba ke penghujung, mood dia jadi sedih. Terutama selepas Cik Pon membunuh adik Khalid, ala.. Lupa pula apa nama lelaki itu.
Khalid meraung meratapi kematian adik lelakinya. Dan ketika itu Cik Pon pula meluahkan isi hatinya. Betapa Cik Pon itu keliru, sedih, kecewa, marah.
Dia tertanya-tanya apa salah dia sehingga dia diperlakukan sedemikian rupa? Sedangkan dia dah beri segala-galanya kepada Khalid dan Khalid juga sudah berjanji hanya dia yang Khalid cintai untuk selamanya.
Maka, semua perasaan dan emosi yang terpendam di dalam dirinya menyebabkan dia berdendam pada Khalid dan 2 orang watak lelaki yang lain. Basically, walaupun Khalid lah yang telah membunuhnya tanpa niat, 2 orang lelaki lain iaitu adik lelaki Khalid dan sahabat mereka, telah sama-sama bersubahat untuk tanam mayat Mina tanpa disempurnakan.
Akhirnya ketiga-tiga lelaki ini mati di tangan Mina.
Tapi kisah ini belum berakhir.
Mina ingin mengambil anaknya iaitu Nik. Anak yang dilahirkan hasil hubungannya dengan Khalid.
Ketika Mina melihat Nik dipeluk erat oleh Siti, iaitu isteri baru Khalid, Mina berhasrat untuk mencederakan Siti.
Namun perbuatannya itu dihalang oleh Nik. Nik menyedari yang Mina adalah ibunya. Ibu yang tidak pernah dikenalinya sejak lahir lagi. Tatkala Nik dengan ikhlas memanggil Mina sebagai Mak, Mina terharu.
Kasih sayang seorang ibu tiada batasannya walaupun dalam dunia berbeza. Mina melihat bagaimana Siti ikhlas menyayangi Nik dan sanggup melindunginya dengan sepenuh hati walaupun Siti hanyalah ibu tiri. Keikhlasan Siti dan Nik telah melembutkan hati Mina.
Dan kerana kasih sayang Mina sebagai seorang ibu dan demi keselamatan Nik, dia rela dirinya dipaku oleh Siti agar dia tidak lagi mengganggu mereka ataupun orang kampung yang lain.
Macam Patung Beruang cakap tadi, mood sedih bertukar mendadak di penghujung cerita. Jujurnya Patung Beruang menangis ketika babak Nik memanggil Mina sebagai mak dan seterusnya mereka berpelukan anak beranak. Nampak betapa besarnya kasih sayang mak dan anak ini walaupun mereka dalam dunia yang berbeza. Sedihnya.... Huhuhu..
Mungkin ramai penonton kata Khalid lah hero dalam cerita ini. Bagi Patung Beruang, hero sebenar adalah Nik. Walaupun dia kanak-kanak lelaki yang berumur 9 tahun, namun kehadiran dia memberi impak yang besar kepada keseluruhan cerita.
This is not the best local horror film. But this is also not the worst one. Ada jalan cerita. Ada banyak emosi.
Cuma ada beberapa perkara yang Patung Beruang rasa agak kurang berkenan sedikit. Pakaian Mina agak ketat sehingga nampak seksi. Mungkin untuk sesuaikan dengan fesyen pada zaman tersebut. Selain itu, angle camera ketika adegan selepas Mina membunuh Khalid, agak tidak sesuai. Angle camera pada adegan tersebut terlalu focus pada sesuatu yang tidak sepatutnya. Patung Beruang tidak tahu penonton lain macam mana. But for me, I feel uncomfortable watching that scene.... Huhu..
Oklah, basically, there goes our last Sunday. Lepas menonton, kami singgah News untuk beli suratkhabar, dan seterusnya kami pun keluar lah dari Alamanda.
Malam itu, Patung Beruang rasa letih sangat. Yelah, dua hari berturut-turut keluar. Tapi bagusnya, bila dah penat ini, tidur malam sangat nyenyak. Pagi esoknya, Isnin, bangun dengan bersemangat sangat, hehe...
Oklah.. Patung Beruang ada kerja yang nak disiapkan ini. Kat luar ni pun cuaca dah mula mendung. Berangin je duduk kat workstation ini. Cuma dalam keadaan cuaca begini, Patung Beruang asyik selesema pula. Dah minum air suam banyak2 pun masih tak berkesan. Disebabkan itu, sepanjang hari ini Patung Beruang tak lekang dengan sapu tangan. Sabarlah ye...huhu...

No comments:
Post a Comment