Saturday, February 2, 2019

Book Review: Kemudi (Almayer's Folly)

Tajuk : Kemudi (Almayer's Folly)

Penulis : Joseph Conrad

Penterjemah : Hamidah Hassan & Morne Hashim 

Menariknya Naskah Ini: 

Ya Allah, lamanya Patung Beruang tidak menulis Book Review disini. Maaflah ye, masa Patung Beruang memang tidak mengizinkan untuk Patung Beruang mencoret disini walau sepatah dua. Namun, Patung Beruang masih mampu membaca dan menghabiskan beberapa buah naskah sepanjang Patung Beruang menyepi. Rasa rindu sangat nak menulis disini...

Baiklah.. Let's start our journey on this awesome masterpiece.. 

Kemudi adalah karya terjemahan dari naskah asal  yang bertajuk Almayer's Folly yang diterbitkan pada tahun 1895. 

Naskah ini membawa kita kepada suasana di kepulauan Borneo pada tahun 1800, yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan suku kaum, sama ada orang tempatan ataupun bangsa penjajah. 

Kemudi membawa pembaca untuk mengenali Kaspar Almayer, seorang lelaki Belanda yang terlalu taksub dengan kepercayaan bahawa terdapat harta karun yang tersembunyi di kepulauan Borneo itu. Almayer berkahwin dengan seorang gadis Melayu yang merupakan anak angkat kepada majikan Almayer, bernama Tuan Lingard. 

Gadis Melayu ini sebenarnya diselamatkan oleh Lingard ketika peperangan yang telah meragut nyawa ibu bapanya sendiri. Setelah diselamatkan oleh Lingard, gadis Melayu ini dibela dengan penuh kasih sayang dan dibawa belayar bersama. Lingard merasakan yang Almayer adalah lelaki terbaik yang dapat menjaga anak angkatnya ini dengan sebaik mungkin. Maka, mereka pun dikahwinkan.

Bagi Almayer pula, dia hanya bersetuju untuk mengahwini gadis ini kerana menyedari yang Lingard mempunyai harta yang banyak dan bakal diwarisi oleh gadis tersebut. Bagi Almayer, bangsa kulit putih adalah bangsa yang terbaik dan bertamadun, dan orang Melayu tidak sekali-kali mencapai taraf yang sama dengan mereka.

Perkahwinan Almayer dan gadis Melayu ini menghasilkan seorang anak perempuan, bernama Nina. Ketika membesar, Nina dihantar ke Singapura untuk tinggal bersama orang Belanda di sana. Niat Almayer hanya satu, untuk memastikan Nina membesar menjadi seorang gadis kulit putih dan bukannya gadis Melayu. Almayer berusaha keras, mengumpul kekayaan untuk membolehkannya membawa Nina pulang ke Belanda dan menetap disana. 

Nina membesar sebagai seorang gadis yang cantik rupa parasnya, berlainan dari tipikal gadis orang putih yang ada di Singapura pada masa itu. Namun, kecantikannya tidak mampu untuk membantunya untuk bercampur dengan masyarakat kulit putih disana. Nina yang berdarah kacukan, tetap dipandang rendah dan sering dihina, sama seperti orang tempatan. 

Nina pulang ke kepulauan Borneo dan meneruskan kehidupannya bersama ibu bapanya. Nina mula menyedari yang perkahwinan ibu bapanya tidak bahagia. Mereka sering bertelagah walaupun kerana perkara yang remeh. Ibunya sangat membenci Almayer kerana keturunannya. Ibunya merasakan orang Belanda yang menyebabkan kepulauan Borneo kacau bilau dan meragut nyawa ahli keluarganya. Almayer juga membenci isterinya kerana merasakan mereka tidak setaraf.

Pada suatu hari, sekumpulan lelaki Melayu, golongan bangsawan hadir ke rumah Almayer. Kumpulan ini diketuai oleh Dain Marolla, seorang putera raja yang ditugaskan untuk memerangi tentera Belanda. Tujuan kedatangan mereka ke rumah Almayer adalah bagi memujuk Almayer untuk menjual serbuk letupan kepada mereka. Almayer bersetuju dengan permintaan Dain dengan syarat Dain membantu Almayer untuk mencari harta karun yang tersembunyi di kepulauan tersebut. 

Tanpa disedari oleh Almayer, Dain dan Nina saling jatuh cinta. Percintaan pasangan muda ini direstui oleh isteri Almayer kerana baginya lelaki kulit putih tidak boleh diharap dan tidak pernah menghargai orang lain selain dari bangsa mereka sendiri. Isteri Almayer mula merancang agar Dain membawa Nina keluar dari kepulauan Borneo dan seterusnya meninggalkan Almayer. 

Dalam masa yang sama, Dain dan rakan-rakannya mula merancang untuk menyerang tentera Belanda, bagi menghalau bangsa tersebut keluar dari kepulauan Borneo. 

Adakah berjaya perancangan Dain dan rakan-rakan untuk memerangi tentera Belanda?

Sampai bila percintaan Nina dan Dain dapat disembunyikan dari Almayer?  Bagi Almayer, hanya lelaki kulit putih sahaja yang layak untuk menjadi pasangan hidup Nina. Dain juga tidak layak walaupun dirinya adalah seorang putera raja. 




Novel Kemudi ini pernah difilemkan dengan tajuk Hanyut. Dan jika tidak silap, watak Nina dipegang oleh Diana Danielle, dan Dain Marolla pula dibawa oleh Adi Putra. Jujurnya Patung Beruang tidak pernah menonton filem tersebut. Hanya menonton trailer sahaja. Oleh sebab itu, ketika Patung Beruang membaca naskah ini, setiap kali muncul watak Nina, Patung Beruang akan terbayangkan DD dan wajah Adi Putra pula apabila munculnya Dain Marolla, heheh..  

Naskah ini agak berat jalan ceritanya kerana ia banyak menonjolkan konflik emosi setiap watak. Jalan ceritanya tidak lah straight forward seperti yang disangka. Setiap watak itu mempunyai kisah tragis mereka yang tersendiri dan kisah tragis itu lah yang membentuk character mereka. 

Contohnya, watak gadis Melayu yang menjadi anak angkat Tuan Lingard dan isteri Almayer. Gadis ini membesar sebagai seorang yang pendendam terhadap orang kulit putih.  Dendam itu semakin hari semakin membara sehingga gadis itu sangup buat apa sahaja bagi memastikan Tuan Lingard jatuh ketangannya dan menyanyangi tanpa syarat. Setelah berkahwin dengan Almayer, gadis ini tanpa segan silu meluahkan dan menunjukkan perasaan bencinya terhadap Almayer dan semua lelaki kulit putih. Dendam dan kebencian itu akhirnya memakan dirinya sendiri sehingga Almayer sering menganggap yang isterinya itu gila. 

Nina pula agak trauma dengan pengalaman hidupnya di Singapura. Dan trauma itu membuatkannya menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki kulit putih kecuali ayahnya sendiri, Almayer. 

Ending naskah ini agak meruntun perasaan Patung Beruang. Walaupun tidaklah sampai mengalirkan air mata namun Patung Beruang jadi beremosi tatkala membaca babak dimana Almayer meluahkan kesakitan jiwa dan emosi yang dipendamnya selama ini, dimana akhirnya Almayer membuktikan betapa kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuannya adalah terlalu luas sehingga sanggup mengorbankan perasaannya, hatinya dan egonya sendiri.... 

It's true that the reason daughter loves her dad so much is that there at least one man in the world who will never hurt her...


p/s: I love you, Ayah.... 

2 comments:

  1. terimakasih telah membaca Kemudi. Tahniah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Maaf seandainya ada kekurangan diatas coretan saya berkenaan naskah Kemudi. Naskah ini sangat bagus walaupun berat.

    ReplyDelete

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...