Monday, December 24, 2018

Goodbye 2018 ...


Assalamualaikum..
Nampaknya ini adalah catatan pertama Patung Beruang untuk bulan December ini.
Kini, tinggal lagi 7 hari sahaja untuk Patung Beruang menikmati tahun 2018. Jika panjang umur, sempatlah berjumpa dengan 2019. Jika tidak, sampai disini sahajalah.

Oh ye, Happy Belated Birthday, Patung Beruang…. Yang ke berapa? Hm….shhhh..
Birthday tahun ini, tiada apa pun yang menarik. 
Jatuh pada hari Rabu, dan as usual, Patung Beruang menikmatinya seorang diri. 
Petang, Patung Beruang dinner dengan Iman di Nu Sentral. Dinner yang simple tapi mengenyangkan. Yelah, dari pagi Patung Beruang tidak jumpa nasi. Jadi bila petang tu terasa sangat yang perut ini menjerit-jerit meminta makanan, hehe. 
Selepas solat Maghrib, kami pergi Secret Recipe. Makan kek sambil sambung berbual.

Nothing much happened on that day. Just two siblings had a nice chat, talked about our work and life.

Honestly, Patung Beruang grateful sangat yang walaupun adik-beradik kami tidak ramai, we try to spend some time for each other. 
Sudahlah tidak ramai, terpisah pula, tinggal berjauhan demi tuntutan tugas. 

2018 mempunyai pelbagai cerita dan pengalaman yang Patung Beruang tidak akan lupakan. 
  
2018 we received new family member, Fazli. Welcome to our family, mate. He is a nice guy, well educated and from a good background. Honestly, his love story with Kak Chik is unique. He in KL and she in Sabah. Terpisah oleh Laut China Selatan. 

Penghujung Ramadhan, Kak Chik dapat jawapan yang permohonan pertukarannya ke Semenanjung diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. 
Alhamdulillah. 
Allah listened to our prayers.

Pulang ke Semenanjung, she told me about Fazli. My advice very simple, if both of you think this is jodoh, lets meet out parents. 

The next day, Fazli brought her to Alor Gajah, meeting his parents. And an hour after that, this couple came to our house, meeting our parents pula. That was the 1st time Fazli came to our house. 

A week after that, Fazli came to our house for the 2nd time. But, this time with his family. Earlier planning is just for ice breaking. However, his family brought the ring, hence, both of families decide this couple untuk bertunang terus. 

No grand ceremony, just a special lunch for both families. 
Unfortunately, none of our siblings were at home on that day to help Kak Chik. We apologised Kak Chik. All of us had a tight work schedule, huhu..

Subsequently, she posted in our whatsapp group, a picture of she’s wearing the ring, with a caption, “I’m engaged”.. 
Alhamdulillah..  Everything went well. 

Maka, bermulalah persiapan untuk majlis perkahwinan Kak Chik.

It so obvious that she was struggle to balance her day at hospital and the wedding preparation. 
Bertugas di GH sangat berbeza dengan District Hospital. 
Mujur Kak Chik dulu spend 2 years of houseman di GH, so dia dah biasa dengan keadaan GH yang hectic, beban kerja yang melampau, kerenah pesakit dan juga pentadbir.

10 November 2018, this love bird selamat dinikahkan dan majlis resepsi untuk both families berjalan lancar. Alhamdulillah. The first wedding event in our family.



2018 also we lost one of our family members. 
Nek Cau pergi buat selama-lamanya, couple of weeks after wedding Kak Chik. 

Tiada sakit, tiada masalah, Nek Cau pergi dalam tidur, selepas menunaikan solat Subuh.

Patung Beruang mengenali Nek Cau sejak beliau masih tinggal di Singapura. Masih segar dalam ingatan, Patung Beruang ikut ibu ayah pergi Singapura, pergi rumah Nek Cau, rumah Mak Long Limah, melawat mereka. Kebiasaannya kami akan pergi pada bulan Syawal. Yelah, raya kan sebulan..

Selepas suami Nek Cau meninggal dunia, Nek Cau pindah ke Melaka. Menetap disini sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Pagi itu, ketika di pejabat, Patung Beruang terima whatsapp mengatakan Nek Cau dah meninggal. 
Speechless sekejap. 
I don’t know how to react. 
Suddenly, Murni called and the moment I answered, Patung Beruang dengar Murni sedang menangis teresak-esak dihujung talian. 
She keeps on saying  “Nek Cau dah takde, Nek Cau dah takde”. 
Patung Beruang pun kemas barang dan minta kebenaran untuk pulang.

Ketika Patung Beruang sampai di rumah Nek Cau, jenazah sudah dibawa ke masjid. Selepas solat Asar, kami terus ke tanah perkuburan. Urusan pengebumian berjalan lancar. Nek Cau disemadikan di hujung kaki Nenek. 
Nampaknya Nenek tidak keseorangan lagi selepas ini. 
Ada adik yang menemaninya sehingga hari dibangkitkan kelak.



2018 also I attended some courses for my own satisfaction. 
Tiada kaitan pun dengan kerja. Lebih kepada untuk Patung Beruang divert attention sebentar dari dunia audit dan dunia korporat. Bagus juga sebab Patung Beruang dapat banyak ilmu baru dan juga ramai kawan baru.

Oh ye, I am a certified translator tau. Alhamdulillah…
Berdebar-debar rasanya masa nak tunggu result. 
Masa dapat tahu result dah keluar, Patung Beruang tidak berani nak pergi ITBM untuk ambil sijil. Sebab takut kalau tak lulus mesti rasa kecewa sangat. 
So Patung Beruang contact orang ITBM, bayar postage fee dan minta mereka poskan saja sijil dan transkrip Patung Beruang ke rumah.

Alhamdulillah, usaha selama 2 minggu, mengharungi exam straight 7 jam tanpa break, dalam keadaan Patung Beruang demam dan selesema, Patung Beruang berjaya juga melepasi exam ini.

Hari terakhir kelas, petang itu Patung Beruang dah mula demam dan selesema. 
Balik sahaja dari kelas, Patung Beruang terus pergi farmasi untuk beli ubat. Sampai rumah, alas perut sikit, makan ubat then terus tidur. Memang tak sedarkan diri langsung. 

Sedar-sedar sudah pukul 4.30 pagi. Patung Beruang gagahkan juga untuk bangun dan buat revision sikit. Lepas Subuh terus bersiap-siap pergi exam.

Sampai di kelas, semua classmates tegur yang Patung Beruang nampak pucat sangat. 
Of course, orang demam dan selesema, what you expect? Hehehe..

1st paper adalah paper teory selama 45 minutes. Oklah, Patung Beruang dah buat yang terbaik.

2nd part, adalah practical dimana kami kena buat translation untuk 5 articles dari pelbagai genre dalam masa 7 jam, tanpa henti. 
Part ini paling mencabar kerana setiap genre itu ada lenggok bahasa dan istilahnya yang tersendiri. Selain itu, Patung Beruang kena fahamkan dulu setiap article itu sebelum boleh buat translation.

Oleh kerana tiada break selama 7 jam, maka pandai-pandailah kita curi masa untuk makan dan solat sebentar. 
Masa exam, asyik dengar suara Patung Beruang bersin sahaja. 
Dah makan ubat, dah pakai baju panas, tapi masih lagi demam dan selesama ini tak nak pergi, huhu..

Patung Beruang ingat lagi article pertama yang Patung Beruang jawab adalah article undang-undang. Ini kerana article undang-undang sangat rigid dan complicated. Jadi, sudah semestinya Patung Beruang kena spend lebih masa untuk menulis translation nya.

Article yang paling Patung Beruang suka adalah sains & teknologi. 
Patung Beruang tidak ingat topic apa yang diberikan tetapi yang pasti Patung Beruang mempunyai serba sedikit pengetahuan berkenaan topik tersebut dan ia membantu untuk Patung Beruang lebih memahami article berkenaan. 
Dan I enjoy translate that article. Benda yang kita faham, memanglah seronok kan?

Tahun 2019 nanti, jika ada umur dan ada rezeki, Patung Beruang nak hadiri kelas yang lain pula. 
Seperti biasa, kelas yang tiada kaitan dengan audit atau korporat. 
Kelas untuk diri sendiri. 
Kelas apa? Hm.. sabar ye. Sampai masa nanti, baru Patung Beruang umumkan.



2018 juga Patung Beruang berhijrah ke tempat baru. Alhamdulillah.

Destinasi kali ini adalah marine industry. 
Industry yang baru buat Patung Beruang walaupun Patung Beruang pernah membaca dan mengikuti perkembangan industry ini ketika di MMC dahulu.

One thing yang Patung Beruang suka sangat disini adalah I can control my output, I can control my schedule, I can control my work.

Industry ini sangat dinamik tetapi menarik untuk dipelajari. 
As usual, every time I’m wearing auditor’s cap, I keep on reminding myself, we are partner to management, we want to help in improving the Company. Yes, we are the eyes and ears of BOD but we only state facts and supported with evidence.



How long I will be here?
As long as I can help them, I’ll stay.
As long as they want to help themselves, I’ll stay and support them.
As long as my BOD have trust on me, I’ll stay and serve them the best.
And as long as I think I can contribute more to the Company, I’ll stay and dedicate my effort to them.

Not easy to move from a well established and structured public listed company to newly listed company. 
But nothing impossible in corporate world. 
This is a cash cow company. They only need to strengthen their governance and internal control. Once these 2 items are on track, they will shoot the sky and nobody can stop them.

Lagipun bila difikirkan semula, memang dari dulu lagi impian Patung Beruang untuk berkhidmat di sebuah organisasi ini yang lebih berfungsi sebagai investment arm. 
Jadi, bila dapat peluang untuk berkhidmat di subdiary mereka, dimana investment arm ini adalah majority shareholders, I won’t turn down the offer. 
At least Patung Beruang bolehlah buat perbandingan antara KNB dan investment arm ini. Bukan untuk mencari siapa yang lebih baik tetapi lebih kepada diversify my experiences.



Tahun 2018 juga Patung Beruang sempat ambil time out untuk menjelajah ke luar negara.

Lari sebentar dari realiti, lari sebentar dari keadaan yang menyesakkan.

Buka mata dan hayati keindahan negara orang, budaya, cara hidup dan kemajuan teknologi mereka.

Menarik apabila kita melihat dengan mata lebah.
Mencari perkara-perkara yang indah belaka.




Menaiki underground metro dari Newbury Park menuju ke Liverpool Street. Perjalanan yang jauh tidak terasa pun kerana lajunya train.

Berpeluang menaiki bas bernombor 47 untuk menuju ke Tower Bridge. Keadaan agak sesak sedikit walau jam menunjukkan pukul 9 pagi, di hari Ahad.




Kota London menggamit kehadiran manusia dari pelusuk dunia. 

Bersiar-siar di Kota London ketika musim panas tidak terasa pun bahangnya. Tidak seperti di Kuala Lumpur.


Kagum dengan bangunan-bangunan lama yang masih terpelihara.

Seterusnya, menaiki bas bernombor 381 untuk ke Big Ben. Sayangnya, Big Ben ditutup untuk renovation. Hanya mampu melihat dari luar. 






Jika ditanya, apakah tempat yang paling Patung Beruang suka ketika pengembaraan tersebut, jawapannya hanya satu.
Heysham!!!
Heysham adalah sebuah kampung kecil yang mengadap laut. 
Tempat yang sangat menenangkan dan sesuai untuk settle down.

Pada waktu pagi, Patung Beruang suka berjalan menyulusuri kawasan kampung sehingga ke tepi pantai. 
Bertemu dengan orang tempatan. 
Berbalas senyuman dan ucapan Good Morning.

Adakalanya, kita akan nampak kapal-kapal yang datang berlabuh atau mula meninggalkan Heysham Port. 
Mungkin menuju ke Dublin ataupun Belfast.

Nanti, jika ada rezeki untuk Patung Beruang kembali lagi, bolehlah Patung Beruang menjelajah ke sana melalui Heysham Port.


Ketika di penghujung hari, Patung Beruang akan duduk bersantai diluar rumah melihat matahari terbenam. 

Jam menunjukkan angka hampir 9 malam. Cuaca sejuk, suasana senyap dan damai, matahari mula mengucapkan selamat tinggal. 

Jika bertuah, bolehlah lihat sekumpulan kambing biri-biri berlari meninggalkan padang permainan mereka, pulang ke kandang. 
Dan selepas itu, padang tersebut akan dilawati pula oleh satu keluarga musang, yang menjadikan ia taman permainan mereka.

How I wish I can live there forever… 



2018 juga so many good things happened to our family.

Selain dari wedding kak chik and she got transferred to Semenanjung, Abang pula berhijrah ke another MNC. 
This time, UK based company menjadi pilihannya. 
Nampaknya, memang Allah takdirkan Abang untuk berkhidmat di MNC sejak dari tamat belajar sehinggalah sekarang. 
Tidak mengapalah. 
MNC is much better compares to local company. Wide exposure, better perks, better work culture and less office politics. 
Lagipun, seperti Patung Beruang, Abang juga ada target company mana yang dia nak masuk. 
And Alhamdulillah, Allah permudahkan urusannya untuk berkhidmat di organisasi yang dia nak.


Untuk Iman pula, there goes my lovely baby boy.
Finally, he graduated with 1st class Honours, Bachelor of Science in Accounting, Finance and Mathematics.  Alhamdulillah.

The best part was he received a few job offers although he yet to sit for final exam. 
He is so lucky sebab tak perlu nak bersusah payah hantar resume sana sini and anxiously waiting call from future employer.

Now, while gaining experience in Big 4, he will start his new journey for professional course next month. 

Patung Beruang selalu pesan, jangan ulang kesilapan Patung Beruang. My mistake was I pursue my master 1st before my professional. And now, after so many years, although I have a master, I have not guts to do professional in accountancy, huhu

Jadi sementara masih muda, otak masih fresh, cepat-cepatlah sambung buat professional. Don’t stuck with Bachelor only. Kalau nak buat master pun, complete the professional first. Bukan lama pun, just 3-4 years only.
  

Basically, itulah antara kisah Patung Beruang sepanjang 2018…


Untuk 2019, Patung Beruang berazam untuk sambung semula kerja-kerja charity. 
Sahabat-sahabat Patung Beruang pun ramai dah bising sebab Patung Beruang dah lama tidak turun padang. 
Maafkan Patung Beruang ye kerana terpaksa mengutamakan benda yang lebih utama.
  
Patung Beruang sering berfikir, seandainya Allah jemput Patung Beruang sekarang, apakah saham akhirat yang Patung Beruang dah sediakan untuk memastikan pahala sentiasa berterusan?

Patung Beruang sedar yang diri ini bukanlah kaya-raya macam orang lain. 
Hidup seadanya, cukup untuk diri sendiri, cukup untuk menggembirakan ibu ayah, cukup untuk berkongsi dengan insan yang memerlukan. Itu sahaja.

Cuma, apabila diluaskan lagi konsep saham akhirat itu, Patung Beruang sedar yang perbuatan baik, ucapan yang baik, tetap boleh dijadikan saham akhirat. 
Sebab itulah, Patung Beruang nekad untuk sambung semula kerja-kerja sukarela yang Patung Beruang tinggalkan dulu. 
Mungkin tidak banyak yang Patung Beruang mampu buat, tetapi at least, kita berusaha sehabis daya. 

Jika tidak mampu membantu satu kampung, cukuplah bantu satu keluarga. Jika tidak mampu membantu satu keluarga, cukuplah bantu seorang insan sahaja. Mungkin bantuan yang kita rasakan remeh itu, besar maknanya buat si penerima.



Honestly, I don’t have much dreams in this life. 
Just to protect my family the best that I can, make my parents happy, to ensure all my siblings have a proper life, to help others who needed, that’s all.

I don’t dream to become a billionaire, I don’t dream to round the world and visit every single country, I don’t dream to have an empire, nope.

Life for me is what you give, and not what you get.
I dream that one day, when I’m not around, there is hamba Allah that willing to send me a doa, after every 5 prayers every day, willing to recite ayat Al-Quran for me as simple as Al-Fatihah or surah Al-Ikhlas.

I dream that when I’m not around, every day Malaikat will bring me a gift from someone that still alive. A gift that make my day. A gift that remind me how I still in their mind although I’m no longer alive.

And at this moment, I’m happy with who I am as I know that I’ve done the best that I can. Hence, if suddenly Allah say, “Yana, your time is up.”, I’m happy to go because I know my parents, my family, all the people that I love so much will be in good hands, will be at good place.

In fact, I really missed some people that hold special place in my heart although they gone many years, like Nenek and Teacher Cathy. 
I still remember all the good times with them and wish Allah gave them a better place now. May we meet again in Jannah, Insya-Allah… 
When will be my turn? 
I have no idea.. but sooner or later, it will comes..

Goodbye 2018… and may I have chance to meet 2019.
Aamiin... 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...