Tajuk: Syarikat Yang Mengubah Dunia (Companies That Changed the World)
Penulis: Jonathan Mantle
Penterjemah: Zaleha Abidin
Menariknya Naskah Ini:
Ini adalah buku yang baru sahaja Patung Beruang sudahkan pembacaannya. Basically Patung Beruang mula membaca buku ini pada 31 January 2017. Setelah membaca beberapa hari, tiba-tiba sahaja Patung Beruang rasa nak baca buku lain pula. So, Patung Beruang tinggalkan sebentar naskah ini, dan mulalah menatap buku lain sehingga selesai.
Beberapa hari ini Patung Beruang nekad untuk menghabiskan pembacaan naskah ini. Baca, baca dan terus membaca sehinggalah selesai. Alhamdulillah.
Naskah Syarikat Yang Mengubah Dunia adalah terjemahan dari buku asal bahasa Inggeris yang bertajuk Companies That Changed the World. Naskah ini menceritakan kisah kewujudan dan jatuh bangun 50 buah syarikat yang hebat iaitu:
- Syarikat Hindia Timur, bermula tahun 1600 di England
- Amsterdam Exchange Bank, bermula tahun 1609 di Belanda
- Coalbrookdale Company, bermula tahun 1717 di UK
- DuPont, bermula tahun 1802 di AS
- Thomas Cook, bermula tahun 1841 di UK
- Singer, bermula tahun 1850 di AS
- Western Union, bermula tahun 1851 di AS
- Reuters, bermula tahun 1851 di UK
- Levi Strauss, bermula tahun 1853 di AS
- Central Pacific dan Union Pacific, bermula tahun 1869 di AS
- Standard Oil, bermula tahun 1870 di AS
- Bell Telephone Company, bermula tahun 1877 di AS
- Manchester United FC, bermula tahun 1878 di UK
- Eastman Kodak, bermula tahun 1881 di AS
- Coca-Cola, bermula tahun 1885 di AS
- Johnson & Johnson, bermula tahun 1887 di AS
- IBM, bermula tahun 1889 di AS
- Ford, bermula tahun 1903 di AS
- Hoover, bermula tahun 1908 di AS
- British Petroleum, bermula tahun 1909 di UK
- Boeing, bermula tahun 1916 di AS
- Disney, bermula tahun 1923 di AS
- Shenandoah Corporation (Goldman Sachs), bermula di 1929, AS
- Unilever, bermula tahun 1930 di UK dan Belanda
- King Kullen, bermula tahun 1930 di AS
- EMI, bermula tahun 1931 di UK
- Allen Lane / Penguin, bermula tahun 1935 di UK
- Toyota, bermula tahun 1937 di Jepun
- Volkswagenwerk, bermula tahun 1938 di Jerman
- Wonderbra / Canadelle, bermula tahun 1939 di Canada
- IKEA, bermula tahun 1943 di Sweden
- Sony, bermula tahun 1946 di Jepun
- Aramco / Tapline, bermula tahun 1948 di AS dan Arab Saudi
- Bic / Biro, bermula tahun 1950 di Perancis dan Argentina
- Searle, bermula tahun 1961 di AS
- Yves Saint Lauren, bermula tahun 1962 di Perancis
- Nokia, bermula tahun 1967 di Finland
- Nike, bermula tahun 1968 di AS
- Intel, bermula tahun 1968 di AS
- Virgin, bermula tahun 1969 di UK
- Microsoft, bermula tahun 1975 di AS
- Apple, bermula tahun 1976 di AS
- Body Shop, bermula tahun 1976 di UK
- CNN, bermula tahun 1980 di AS
- Swatch, bermula tahun 1983 di Switzerland
- Eurotunnel, bermula tahun 1987 di Perancis dan UK
- Endemol, bermula tahun 1994 di Belanda
- eBay, bermula tahun 1995 di AS
- Al Jazeera, bermula tahun 1996 di Qatar
- Google, bermula tahun 1998 di AS
Banyakkan 50 buah syarikat tu? hehe...
Ada yang biasa kita dengar dan ada yang tidak pernah pun kita dengar. Ada yang masih wujud dan kukuh berdiri pada masa kini dan ada juga yang telah pupus.
Patung Beruang tidak berminat untuk berkongsi satu atau dua kisah syarikat tersebut kerana boleh dikatakan semua kisah syarikat tersebut sangat menarik. Jadi tidak adil jika hanya satu atau dua syarikat sahaja yang Patung Beruang sebutkan.
Bila diteliti, rupanya banyak lagi perkara dan peristiwa yang Patung Beruang tidak ketahui. Membaca naskah ini seperti membaca buku sejarah yang padat tetapi sangat menarik. Melihat bagaimana ada kalanya idea untuk mewujudkan sesuatu produk atau perkhidmatan itu datang secara spontan, dek kerana tuntutan pada situasi tersebut. Namun, ada juga product atau perkhidmatan yang terhasil setelah melalui perit getir ujian demi ujian. Ada yang mendapat sokongan kerajaan dan masyarakat, dan ada juga yang mendapat tentangan. Ada yang berdiri kerana tipu muslihat, ada juga yang berdiri kerana kejujuran.
Yang pasti, jika ada yang berminat untuk mengetahui kisah asal-usul sesuatu syarikat, naskah ini adalah pilihan yang terbaik. Walaupun ia adalah naskah terjemahan, kualiti terjemahan karya ITBM tidak perlu dipertikaikan lagi. Sebab itu lah Patung Beruang tidak ragu-ragu untuk recommend buku ini pada sesiapa sahaja yang berminat. Selamat menjelajah ke dunia 50 buah syarikat yang hebat...
Thank uouuu
ReplyDeleteYou're welcome :)
Delete