Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua di hari Khamis ini? Hari ke-2 didalam bulan March 2017.
Patung Beruang ada cerita yang ingin dikongsikan disini. Peristiwa yang berlaku di pejabat. Sudi nak membaca?
Pagi
ini emosi Patung Beruang macam roller coaster. Boleh bayangkan ye bagaimana rupa roller coaster dan bagaimana ia beroperasi.
Awal
pagi, Patung Beruang berdepan dengan masalah kerja. Funny thing is ia baru
sahaja pukul 8.30 pagi. Masih awal pagi, huhu..
8.35
pagi Patung Beruang telefon lawyer untuk bertanya tentang invoice, supaya
Patung Beruang boleh segera selesaikan pembayaran untuk legal fees. Panggilan Patung Beruang disambungkan kepada assistant lawyer. Ketika di
talian, berlaku pertelingkahan antara Patung Beruang dan assistant lawyer yang berpunca dari communication breakdown. Maklumat yang lawyer sampaikan kepada
Patung Beruang beberapa minggu lepas contradict dengan apa yang disampaikan
oleh assistant lawyer. Akhirnya, secara tidak sengaja Patung Beruang telah
menengking assistant lawyer tersebut di telefon. Menyedari yang Patung Beruang sedang
marah, assistant lawyer tersebut bersetuju dengan permintaan Patung Beruang,
namun beliau mengatakan yang ia akan memakan masa lagi 2 minggu untuk diproses.
Patung
Beruang terus letak telefon dan menangis. Ye, I just cried for a few seconds.
Pukul
9 pagi, Patung Beruang telefon ibu, dengan tujuan untuk memberitahu tentang
bill Astro dan juga pembayaran legal fees. Patung Beruang cuba bercakap dengan
nada biasa namun Ibu macam dapat detect something. So she asked, kenapa ini?
Ada masalah kerja ke? Macam biasalah nak cover line, Patung Beruang cakap je
takde apa-apa. But, that time nada suara Patung Beruang dah serak-serak basah.
Dah mula sebak. So Patung Beruang cepat-cepatlah tamatkan panggilan telefon.
Elok
je letak telefon, Patung Beruang nangis untuk kali ke-2. Aiyo….
Nasib
baiklah Patung Beruang seorang diri didalam bilik.
Bila
dah tenang sikit, Patung Beruang keluar bilik dan terus menuju ke ladies. Basuh
muka serba sedikit dan berfikir,
“Kenapa
Patung Beruang menangis? “
“Patung
Beruang sedih ke? Kalau bersedih, sebab apa?”
“Atau
marah sangat ke Patung Beruang ini? Kalau marah, marah pada siapa sebenarnya?
Pada orang di pejabat? Pada lawyer? Pada assistant lawyer? Pada diri sendiri?”
“Apa
sebenarnya yang Patung Beruang marahkan sangat?”
Then,
Patung Beruang pun kembali ke bilik. Duduk, buat kerja sambil telinga ini
disumbat dengan earphone yang mengalunkan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Patung
Beruang keeps on listening Surah Al-Fatihah, Al-Kawthar, Al-Waqiah dan Yasin
again and again. Sampailah akhirnya Patung Beruang rasa tenang, hilang semua
emosi yang pelik-pelik tu.
Bila
dah tenang, Patung Beruang terfikir cara terbaik untuk menyelesaikan masalah
berkaitan legal fees tu. Masalah kecil je sebenarnya dan boleh diselesaikan pun.
Patung
Beruang pun telefon semula assistant lawyer dan inform yang Patung Beruang akan
selesaikan payment untuk legal fees pagi ini juga. Then tanggungjawab dia pula untuk
expedite the next process. Everything smooth and clear.
Finally,
payment pun dibuat secara online transfer dan resit pembayaran pun Patung Beruang
dah emailkan pada dia. Now, part Patung Beruang dah selesai. Lepas ini tugas
dia lah pula untuk pastikan segalanya in order.
Alhamdulillah, selepas itu sampailah ke petang, Patung Beruang masih kekal tenang dan focus dengan kerja.
Cuma
bila difikirkan semula, Patung Beruang pun pelik kenapa Patung Beruang boleh
menangis?
Patung Beruang bukan jenis yang cepat menangis, apatah lagi di ofis.
Kalau
menangis pun selalunya di rumah sambil peluk Bibi... (macam biasa buat je, hehe..)
Lagipun
bukannya Patung Beruang kena marah or kena maki ke.
Jadi, memang peliklah bila
Patung Beruang boleh menangis sampai 2 kali just for this simple thing.
Tapi
ini lah manusia kan?
Kadang-kadang, kita ada bebanan emosi yang terperangkap
dalam diri. Hanya tunggu masa untuk meletup. Jadi bila sesuatu berlaku, walaupun
mungkin benda kecil, we will simply burst tears although logically, we
shouldn’t.
Jadi
persoalannya disini, apa bebanan emosi yang Patung Beruang hadapi??
Hm…… (keep for myself only.. and Bibi)
p/s: Setiap kali rasa sedih atau nak marah, Patung Beruang suka dengar atau baca surah Al-Kauthar. Sebabnya, Patung Beruang pernah terbaca yang Surah Al-Kauthar ini adalah surah penghibur hati buat Rasulullah SAW yang bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi Baginda iaitu anaknya dan bapa saudaranya. Alhamdulillah, it works for me too.
No comments:
Post a Comment