Assalamualaikum Nenek..
Nenek apa khabar?
Bagaimana ye keadaan nenek disana?
Waktu siangnya panas terik ke? Dan waktu malamnya sejuk menggigit?
Atau mungkin keadaan disana nyaman dan tenang sahaja? Tidak terasa siang dan malam. Tidak terasa perubahan waktu dan hari. Sangat tenang dan mendamaikan.
Kakak rasa rindu sangat. Setiap hari Kakak masih nampak wajah Nenek terutama selepas solat Subuh, tatkala bersimpuh diatas sejadah. Segala-galanya seperti filem. Satu persatu terbayang didepan mata.
Bagaimana ye keadaan nenek disana?
Waktu siangnya panas terik ke? Dan waktu malamnya sejuk menggigit?
Atau mungkin keadaan disana nyaman dan tenang sahaja? Tidak terasa siang dan malam. Tidak terasa perubahan waktu dan hari. Sangat tenang dan mendamaikan.
Kakak rasa rindu sangat. Setiap hari Kakak masih nampak wajah Nenek terutama selepas solat Subuh, tatkala bersimpuh diatas sejadah. Segala-galanya seperti filem. Satu persatu terbayang didepan mata.
Nenek ingat tak?
Hari Sabtu 28 January 2017, Kakak
datang ke rumah Nenek, bersama dengan Ibu. Kakak bawa KFC sebab puas kami pergi
merata-rata tempat untuk beli makanan, tapi semuanya sudah habis sedangkan jam
pada masa itu baru pukul 8.30 malam. Ibu cakap mungkin sebab masa tu cuti panjang
dan cuti sekolah, jadi ramai orang datang Melaka. Dan sebab itulah semua tempat
makan penuh dan cepat habis.
Ketika sampai, Kakak letak KFC di atas
meja di ruang tamu, dan Kakak terus ke dapur dapatkan Nenek. Nenek baru je
lepas makan malam bersama Atuk, Ucu dan anak-anak. Ketika bersalam,
Nenek: Lama awak tak balik.
Kakak: Kakak balik Nenek, tapi Kakak tak sempat nak datang melawat Nenek. Maaf
ye Nenek.
Nenek hanya tersenyum.
Malam itu, kita duduk berbual di ruang
tamu. Dari satu topik ke satu topik. Dari hal Astro dan Internet, sehingga hal
Anem untuk sambung degree nanti. Dari kisah cerita hantu di rumah Nek Cau
sehingga pengalaman Kakak terserempak dengan hantu ketika pulang dari kerja
lewat malam. Nenek nampak gembira. Semua orang nampak gembira.
Jam menunjukkan pukul 11 malam. Kakak
dan Ibu hendak beransur pulang. Yelah, kesian pula tinggal Ayah dan Abang
berdua sahaja dirumah.
Kakak bersalam dengan Nenek. Pesan
supaya kunci semua pintu dan tingkap. Malam itu, rumah Nenek agak ceria dengan
kehadiran Ucu dan anak-anak. Jika tidak, cuma Atuk dan Nenek sahaja yang
tinggal berdua.
Seperti biasa Nenek menghantar kami
sehingga ke pintu depan. Sehingga kereta Kakak hilang dari pandangan.
Tetapi… tanpa Kakak ketahui, itulah
kali terakhir Nenek hantar Kakak pulang…
Nenek ingat tak?
Tahun 2015, Kakak dan Ibu bawa Nenek
buat routine check up di hospital. Nenek duduk di seat depan. Kereta Kakak
rendah. Jadi setiap kali Nenek hendak keluar dan masuk kereta, Kakak akan
bantu.
Ketika sampai di hospital,
Kakak: Nenek, maaf ye. Kereta Kakak ini kereta sport. Tu yang susah Nenek nak
keluar masuk.
Nenek: Takpe. Orang tengok mesti cakap, wah..cantiknya kereta sport. Tapi bila
keluar, kecut.
Kakak: Hah? Apa dia Nenek?
Nenek: Yelah, kereta awak ini kereta sport. Tapi bila tengok siapa yang
keluar, alamak, dah kecut nenek ni rupanya.
Kita semua tertawa… Ye, betullah
statement Nenek itu.
Nenek ingat tak?
Pada suatu petang, sebelum Kakak dan
Ibu pulang dari rumah Nenek, Kakak minta untuk peluk Nenek. Satu routine yang
jarang bagi Kakak sebenarnya. Dengan Ibu memang Kakak selalu peluk. Tapi bukan
dengan Nenek. Kakak selalunya hanya bersalam dan cium tangan Nenek sahaja.
Namun entah mengapa, petang itu…
Kakak: Boleh tak kalau Kakak nak peluk Nenek sekejap?
Nenek: Peluklah. Nenek awak ni dah kecut.
Kakak: Bukan kecut tapi makin mengecil.
Nenek, terima kasih kerana beri
peluang Kakak peluk Nenek. Pelukan yang terakhir rupanya.
Nenek ingat tak?
2 minggu terakhir bulan December,
tahun 2013. Nenek sakit dan dimasukkan ke hospital. Doctor tempatkan Nenek di
CCU. Kakak ambil cuti seminggu semata-mata untuk jaga Nenek di hospital. Siang
malam, pagi petang. Bersama-sama dengan Ibu.
Doctor sahkan penyakit Nenek dah tahap
4. Sudah tidak boleh buat apa. Kakak duduk di tepi katil, mengaji. Kakak
sapukan losyen di tangan dan kaki Nenek. Kulit Nenek kering, dimamah usia.
Allah sahaja yang tahu berapa banyak
Kakak menangis masa itu. Sampai satu tahap, Kakak keluar dari CCU sebab tak nak
Nenek nampak Kakak sedang menangis.
Hari demi hari, Nenek kuat melawan
rasa sakit. Alhamdulillah, Allah izinkan Nenek untuk terus bernafas. Keadaan
Nenek semakin pulih, sehingga Doctor pindahkan ke wad biasa.
Dan sehingga akhirnya Doctor benarkan
Nenek untuk keluar hospital.
Maka bermulalah routine check-up
Nenek. Ibu yang menjaga jadual check-up Nenek. Sampai masanya, Ibu dan Ayah
akan bawa Nenek ke hospital. Jika ada permintaan dari adik-adik Ibu untuk
membawa Nenek, Ibu lepaskan kepada mereka.
Nenek tidak pernah menyusahkan
anak-anak dan cucu-cucu. Kami semua seronok sahaja untuk berbakti kepada Nenek.
Nenek ingat tak?
Setiap kali Raya Aidilfitri, Kakak dan
keluarga akan datang rumah Nenek selepas Solat Sunat Hari Raya. Kami akan duduk
bersalam dan minta maaf pada Atuk dan Nenek. Namun, kebiasaannya kami tidak
boleh duduk lama kerana rumah kami juga pasti ada tetamu yang sedang menunggu.
Oleh itu, kebiasaannya pada malam
Raya ke-2 atau ke-3, Atuk dan Nenek akan datang rumah kami pula.
Kini Kakak tertanya-tanya, adakah Raya Aidilfitri tahun ini Nenek masih
akan datang ke rumah kami?
Nenek ingat tak?
Nenek suka bercerita tentang perangai
dan kenakalan Kakak semasa Kakak kecil dahulu. Segala peristiwa yang mencuit
hati. Kejujuran seorang anak kecil yang naif.
Ye, Kakak memang nakal. Dan banyak
cakap. Suka mengacau sana sini. Perangai kanak-kanak yang suka menjelajah dan
meniru perilaku orang dewasa.
Nenek juga pernah bercerita betapa
Kakak sangat jujur mengatakan yang Kakak lebih sayangkan Nenek berbanding arwah
Nenek yang lagi satu, apabila ditanya orang. Biasalah, lumrah kanak-kanak, mereka akan
lebih menyayangi siapa yang lebih kerap berada dihadapan mata mereka.
Nenek tahu tak?
Pada pagi Rabu, 1 February 2017, ketika
Kakak di pejabat, Ibu beritahu yang Nenek dimasukkan ke hospital. Kakak
terkejut. Baru hari Sabtu iaitu 3 hari lepas, Kakak dan Ibu datang ke rumah
Nenek.
Kakak bercadang untuk pulang ke Melaka
pada petang itu, selepas waktu kerja.
Entah dimana silapnya, hari tu Kakak
diserang flu yang teruk dipejabat. Bersin tidak berhenti. Hidung berair dan
kepala sakit. Habis kerja, Kakak terus pulang ke rumah. Terlupa perancangan
awal Kakak untuk pulang ke Melaka dan melawat Nenek di hospital.
Khamis, 2 February 2017, Kakak terjaga
dari tidur pukul 3 pagi. Mata Kakak sangat segar. Entah kenapa, tiba-tiba hati
ini rasa sangat sayu. Barulah Kakak teringat yang Kakak sepatutnya pulang ke
Melaka untuk melawat Nenek.
Nenek tahu tak?
Hati Kakak ini memberontak sangat ingin menelefon Ibu untuk bertanyakan perihal Nenek. Tapi, jam menunjukkan pukul 3 pagi lebih. Bimbang mengganggu tidur Ibu, Kakak batalkan saja niat itu.
Hati Kakak ini memberontak sangat ingin menelefon Ibu untuk bertanyakan perihal Nenek. Tapi, jam menunjukkan pukul 3 pagi lebih. Bimbang mengganggu tidur Ibu, Kakak batalkan saja niat itu.
Kakak tidak ingat bila Kakak terlena
semula.
Cuma ketika lena tiba-tiba Kakak
terdengar bunyi telefon berdering, ringtone yang dikhaskan untuk family. Hati
tiba-tiba rasa bimbang. Allah, kenapa ada panggilan dari family di awal pagi
ini.
Mata dibuka dan screen hp menunjukkan
nama Ibu. Terus otak Kakak teringat Nenek. Jam menunjukkan 5.20 am. Kakak rasa takut sangat.
Ibu: Kak, Nenek awak dah takde. Tolong bagitau Abang ye.
Kakak: Apa Ibu? Innalillahiwainalirajiun.
Suara Ibu sebak, menahan tangis.
Kakak kaku diatas katil.
Allah, Engkau telah jemput dia pulang. Selepas aku berjumpanya 4 hari yang lepas.
Allah, Engkau telah jemput dia pulang. Selepas aku berjumpanya 4 hari yang lepas.
Kakak terus call Abang. Bangun, mandi
dan bertolak. Singgah di Senawang untuk ambil Abang.
Nenek tahu tak?
Sepanjang perjalanan pagi itu, fikiran Kakak kosong. Zero.
Mata menatap jalan, tangan memegang stereng dan kaki menekan pedal minyak. Tapi fikiran Kakak terbang melayang entah kemana. Kakak pandu kereta sangat laju walhal ketika itu jalan raya berkeadaan basah kerana hujan renyai-renyai. Beberapa kali Abang menegur keadaan jalan. Mungkin juga secara tidak langsung menegur agar Kakak memperlahankan kenderaan.
Sepanjang perjalanan pagi itu, fikiran Kakak kosong. Zero.
Mata menatap jalan, tangan memegang stereng dan kaki menekan pedal minyak. Tapi fikiran Kakak terbang melayang entah kemana. Kakak pandu kereta sangat laju walhal ketika itu jalan raya berkeadaan basah kerana hujan renyai-renyai. Beberapa kali Abang menegur keadaan jalan. Mungkin juga secara tidak langsung menegur agar Kakak memperlahankan kenderaan.
Sampai dirumah Nenek, jenazah Nenek
sudah ada di ruang tamu.
Wajah Nenek sangat tenang dan tersenyum.
Seperti
sedang tidur. Seperti sedang berehat.
Nenek ingat tak?
Kakak duduk di sebelah Nenek, di bahagian kepala, membaca
Yasin berulangkali. Kakak bantu tanggalkan baju Nenek. Kakak bantu mandikan
Nenek.
Kakak tak nangis. Kakak cuba sedaya
upaya tahan air mata ini dari keluar. Kakak tak nak Nenek terseksa.
Nenek ingat tak?
Anak, menantu dan cucu-cucu semua
bantu uruskan Nenek dari awal sehinggalah ke tanah perkuburan. Lelaki atau
perempuan, ada tugas masing-masing. Ramai orang memuji Nenek kerana kami semua
bersatu menguruskan Nenek. Mereka kata Nenek sangat bertuah. Mereka kata Nenek tidak
perlukan orang luar untuk bantu Nenek pada hari itu.
Nenek,
Hari ini 16 February 2017, hari
Khamis. Bermakna telah genap 2 minggu Nenek pergi.
Terasa seperti baru semalam Kakak
berjumpa dan berbual dengan Nenek. Terasa seperti baru semalam Kakak bawa Nenek
naik kereta baru Kakak. Terasa seperti baru semalam Kakak bawa Nenek dan Atuk
bercuti di PD. Terasa seperti baru semalam Kakak bercerita tentang kejayaan
Kakak pada Nenek. Dan terasa seperti baru semalam Nenek mengucapkan Selamat
Hari Lahir ke-17 untuk Kakak. Nenek cakap, Kakak dah jadi Si Manis 17. Dan kini
selepas 17 tahun, Kakak lepaskan Nenek pergi dengan aman.
Sama seperti ketika Kakak cium jenazah
Nenek, kali ini sekali lagi Kakak ucapkan..
Selamat Berehat, Nenek…
Rehatlah sehingga dibangkitkan nanti.
Rehatlah sehingga kita berjumpa lagi..
Al-Fatihah..
Allahyarhamah Hajah Esah binti Haji Tawil.
No comments:
Post a Comment