Tajuk : Walking On Water
Penulis : Richard Paul Evans
Menariknya Buku Ini:
Ini adalah buku ke-5 dan terakhir dalam The Walk Series, kisah pengembaraan Alan Christoffersen dari Seattle ke Key West.
Sebelum ini, Patung Beruang ada kongsikan buku ke-4 iaitu A Step of Faith dan buku ke-3 iaitu The Road to Grace .
Untuk buku terakhir ini, Alan terpaksa pulang ke Pasadena kerana ayahnya, Mr Christoffersen sedang sakit tenat akibat masalah jantung. Sampai di Pasadena, Alan terus bergegas ke hospital.
Di hospital, Mr Christoffersen ditemani oleh Nicole. Pertemuan antara Nicole dan Alan pada kali ini dalam suasana yang agak janggal. Ini adalah pertemuan pertama mereka selepas Alan berterus terang menolak cinta Nicole.
Dari sehari ke sehari Alan menyedari betapa Nicole melayan Mr Christoffersen bukan seperti seorang client melayan chartered accountant nya, namun seperti seorang anak perempuan melayan ayahnya. Dan Mr Christoffersen juga menerima Nicole bukan sekadar client beliau, namun sebagai anak perempuan yang tidak pernah beliau miliki.
Tatkala sampai dirumah, Alan menyedari yang ayahnya sedang menyiapkan jurnal berkenaan sejarah keluarga mereka. Ia bermula dari generasi pertama iaitu Jon Kristoffersen, generasi ke-2 Finn Christoffersen, generasi ke-3 Peter Christoffersen, generasi ke-4 Robert Christoffersen dan Alan sebagai generasi ke-5.
Semua catatan didalam jurnal tersebut sangat detail dan menyentuh perasaan. Malah ada yang tidak pernah langsung diketahui oleh Alan seperti kisah generasi-generasi terdahulu sebelum ayahnya, pembabitan dan kecemerlangan ayahnya didalam pasukan tentera Amerika, berperang di Vietnam sebelum beliau melanjutkan pelajaran di Universiti dan seterusnya menjadi chartered accountant.
Turut dicatat didalam jurnal tersebut adalah detik-detik perkenalan ibu dan ayah Alan, bagaimana mereka berkahwin, kelahiran Alan, apabila ibunya disahkan mengidap kanser dan seterusnya meninggal dunia tatkala umur Alan mencecah 8 tahun.
Dan tanpa Alan sedari, Key West adalah tempat yang paling bermakna buat ibu dan ayahnya kerana disitulah Mr Christoffersen melamar. Dan kini, Alan pula bernekad untuk berjalan ke Key West sebagai satu pengembaraan bagi mencari dirinya, memulihkan jiwa dan semangatnya setelah kematian McKale.
Seperti dijangka oleh doctor, kesihatan Mr Christoffersen semakin merosot dan akhirnya meninggal dunia. Pemergian Mr Christoffersen benar-benar menyentap Alan kerana akhirnya, pada saat ini, beliau tinggal sebatang kara tanpa ahli keluarga didunia ini.
Pengebumian Mr Christoffersen dihadiri oleh ramai kenalan dan juga client beliau. Malah, Falene, bekas staff Alan yang kini menjadi model di New York juga turut hadir.
Kehadiran Falene menceriakan sebentar hati Alan. Alan menyedari yang beliau juga menyintai Falene setelah Falene pergi menghilangkan diri, apabila Alan menolak luahan perasaanya dulu. Oleh itu, untuk pertemuan kali ini Alan nekad untuk meluahkan perasaannya pada Falene.
Namun, tanpa diketahui, Falene sebenarnya bakal berkahwin dengan salah seorang pemilik agency model tempat beliau bekerja. Dan luahan perasaan Alan hanya membuatkan Falene sangat terluka.
Dapatkah Alan memujuk Falene agar menerima dirinya?
Atau mungkin memang ditakdirkan Alan akan kekal bersendirian setelah kematian McKale?
Adakah Alan akan menyambung pengembaraanya sehingga sampai ke Key West, seperti apa yang dihajati nya?
Atau mungkin pengembaraan Alan terhenti dek kerana kematian Mr Christoffersen dan penolakan cinta dari Falene?
Untuk buku terakhir ini, Richard Paul Evans banyak bermain dengan emosi pembaca.
Banyak babak-babak yang menyentuh perasaan terutama ketika Alan membaca jurnal susur galur keluarganya, babak ibunya bertarung dengan kanser dan akhirnya meninggal dunia, bagaimana Mr Christoffersen dan Alan mengharungi hari-hari yang memeritkan selepas kematian isteri dan ibu, babak kematian Mr Christoffersen dan keadaan Alan setelah pemergian ayahnya dan Falene.
Dan to be honest, Patung Beruang menangis ketika membaca babak-babak tersebut. Rasa macam tengok filem pula sebab Richard Paul Evans berjaya menceritakan setiap babak tersebut dengan detail sehingga kita yang membaca ini pun terbayang-bayang suasananya.
Selama ini Patung Beruang terfikir adakah kisah Alan Christoffersen ini rekaan semata-mata atau ia berdasarkan cerita sebenar. Ini kerana gaya penceritaannya sangat detail dan real. Akhirnya, didalam buku ini, di bahagian terakhir sekali, Richard Paul Evans berkongsi rahsianya. Watak yang bernama Alan Christoffersen memang wujud. Dan pengembaraan Alan pula memang dilakukan sendiri oleh Richard, anak perempuannya dan seorang pembantunya, sehingga ke destinasi utama mereka iaitu Key West. Bezanya adalah Alan berjalan kaki namun mereka mengembara dengan kereta. Dan setiap tempat yang Richard coretkan didalam buku ini, suasana, lokasi, cara kehidupan, semuanya sama seperti apa yang mereka alami. Malah ada antara watak-watak sampingan didalam The Walk Series adalah watak yang memang wujud disana.
Oklah, now dah tamatlah pengembaraan Alan. Namun, pengembaraan Patung Beruang belum tamat lagi. Ini kerana Patung Beruang masih belum berjumpa lagi dengan buku pertama dan ke-2 dalam The Walk Series ini. So, target lepas ini adalah untuk memiliki kedua-dua buah buku ini bagi melengkapkan koleksi Patung Beruang.
Kesimpulannya, cerita yang sangat menarik dan membuka mata pembaca. Banyak pengajaran dan pengalaman kehidupan yang Patung Beruang kutip sepanjang membaca 3 buah buku The Walk Series ini. Malah ia juga memberi pengajaran dimana walau betapa sukarnya hidup kita didunia ini, kita tidak boleh berputus asa. Disaat kita hilang segala-galanya, disitu lah terserlah kekuatan diri kita yang sebenar. Dengan duduk meratap dan murung, hanya akan merosakkan diri dan jiwa kita. Tiada orang yang boleh memaksa kita untuk bangun dan berjalan kembali, kecuali diri kita sendiri. Tidak hairanlah mengapa The Walk Series ini mendapat sambutan yang hebat di seluruh dunia kerana ia memang memulihkan jiwa pembaca sebagaimana ia memulihkan jiwa Alan Christoffersen......

No comments:
Post a Comment