Penyelenggara :
1. Norsa'adah Ahmad
2. Dr. Noor Hayati Yasmin
Pengurus Projek : Arina Amin
Menariknya Naskah Ini:
Naskah ini Patung Beruang beli ketika berkunjung ke Borders selepas kerja, petang semalam. Malam itu juga, selepas dinner dan selesai membalut buku, Patung Beruang terus duduk membaca naskah ini.
Dari mukasurat pertama lagi Patung Beruang sudah terpaku. Gaya bahasa yang menarik tetapi masih santai, pengisian yang penuh dan dekat dengan kehidupan seharian, membuatkan Patung Beruang tenggelam dalam naskah ini sepenuhnya.
Akhirnya, Patung Beruang berjaya selesaikan naskah ini dalam masa 24 jam. Walaupun dalam keadaan Patung Beruang melaksanakan kerja pejabat, mengemas rumah, keluar dengan Iman untuk lunch, pergi ke pasar untuk beli barang basah, update book review karya Azly Rahman (posting sebelum ini), masih lagi Patung Beruang sempat mencuri masa untuk menghabiskan pembacaan. Yang kelakarnya, Patung Beruang bawa naskah ini ke Intermark dan masih mampu meneliti beberapa mukasurat sementara menunggu makanan yang dipesan sampai ke meja. Ish ish ish... taksub sungguh....
Naskah Masih Ada Yang Sayang ini menghimpunkan 20 buah kisah sebenar dari mereka yang pernah bergelut dengan isu kesihatan mental, atau juga yang masih bergelut dan berusaha untuk sembuh, atau juga mereka yang berpeluang untuk menjaga dan merawat pesakit mental, samaada ahli keluarga atau pun petugas kesihatan.
Kehidupan masakini yang penuh dengan cabaran dan perlumbaan atau lebih tepat lagi disebut persaingan, menyebabkan manusia tidak dapat lari dari tekanan. Namun, adakah tekanan semata-mata yang menyebabkan seseorang itu didiagnos sebagai pesakit mental?
Adakah pesakit mental itu sebenarnya gila?
Pesakit mental itu lemah pegangan agama? Tidak beriman?
Pesakit mental itu lembik? Tidak mampu tahan cabaran?
Itu antara stigma yang sering dilemparkan kepada pesakit mental. Sedih tetapi itulah hakikatnya.
Sebenarnya isu penyakit mental ini sudah lama berada di negara kita. Cuma mungkin ia tidak diwar-warkan saja. Malah, jika dulu, masyarakat akan terus pukul rata mengatakan pesakit mental ini adalah orang gila, yang sepatutnya ditahan di Tanjung Rambutan. Tidak kurang juga yang mengatakan pesakit mental ini berpunca dari buatan orang, mengandungi elemen-elemen sihir atau mistik. Sedangkan hakikatnya jauh berbeza.
Apakah contoh penyakit mental?
Bipolar Disorder, Anxiety Disoder atau dalam bahasa Melayu disebut kerisauan, Borderline Personality Disoder, Depression atau kemurungan dan Skizofrenia adalah antara contoh-contoh penyakit mental.
Jika diperhati, 3 penyakit mental yang kerap berlaku pada masa kini adalah kemurungan, kerisauan dan gangguan bipolar.
Tetapi.. apa sebenarnya kesihatan mental itu? Mengapa ia menjadi satu topik yang besar dalam masyarakat sehingga klinik kesihatan dan juga hospital kerajaan atau swasta mempunyai jabatan yang khusus untuk kesihatan mental ini?
Menurut World Health Organisation ("WHO"), kesihatan mental adalah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang kepada masyarakat.
Selain itu, kesihatan mental ini tidak boleh dipisahkan dengan kesihatan fizikal. Ia sama penting seperti kesihatan fizikal kerana kedua-duanya berada dalam setiap tubuh manusia ini. Maka, menjaga tanggungjawab kita untuk memastikan kedua-dua bahagian kesihatan kita ini sentiasa dalam keadaan yang terbaik.
Apa punca penyakit mental ini?
Sebenarnya banyak faktor yang boleh menyebabkan penyakit mental seperti persekitaran dan juga keturunan.
Faktor persekitaran seperti tekanan hidup samaada dari segi keluarga, sosial, kewangan, perkerjaan dan pelajaran etc. Mungkin juga pengalaman atau peristiwa yang dialami oleh si pesakit yang menyebabkan emosinya terganggu. Peristiwa atau pengalaman tersebut boleh jadi one off event atau pun repeated events. Dan tiada jangka masa bila ia berlaku, mungkin bertahun-tahun dahulu atau juga peristiwa yang terkini.
Faktor genetik pula merujuk kepada faktor biologi, gangguan kimia dalam otak dan juga keturunan.
Untuk makluman, pesakit mental ini berdepan dengan 2 sudut stigma.
Satu sudut adalah stigma masyarakat terhadap diri mereka.
Dan stigma yang kedua adalah stigma yang wujud dalam diri mereka sendiri. Sayangnya, stigma kedua ini seakan-akan membina satu tembok yang besar didalam diri mereka yang mengatakan mereka tidak sakit, mereka sihat, mereka normal walau hakikatnya sangat berbeza. Akhirnya, disebabkan stigma ini, mereka lewat untuk mendapatkan rawatan sedangkan dari hari ke hari, keadaan mereka semakin parah.
Sebab itulah pesakit mental ini memerlukan sokongan yang sangat kuat agar mereka boleh bangkit dan pulih dari kesakitan mereka.
Very strong support system.
Support system dari orang sekeliling seperti pasangan, keluarga, rakan sepejabat, pihak atasan di tempat kerja, petugas kesihatan yang terlibat, jiran-jiran dan juga masyarakat sekeliling.
Percayalah bahawa tiada siapa pun yang ingin sakit. Begitu juga dengan pesakit mental. Mereka juga mengimpikan kehidupan yang tenang dan bahagia. Jangan dinafikan hak mereka untuk keluar dari kepompong penyakit mental demi kehidupan yang lebih baik.
Meneliti naskah ini Patung Beruang menyedari sebenarnya ramai manusia yang memerlukan bantuan dalam urusan kesihatan mental mereka. Cuma antara kita sedar atau tidak sahaja.
Mereka ini boleh jadi ahli keluarga kita sendiri, atau mungkin kenalan terdekat kita, atau rakan sepejabat kita atau mungkin diri kita sendiri. Yes... Diri kita sendiri..
Mungkin mereka sedar yang mereka perlukan bantuan tetapi mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan? Kemana mereka harus pergi? Kepada siapa harus mereka rujuk?
Tetapi ada juga yang tidak sedar mereka perlukan bantuan. Mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya sedang sakit. Sedang bergelut dengan kesakitan.
Dan jika kita berjumpa dengan mereka yang sebegini, tidak salah untuk kita hulurkan bantuan. Cuba bertanya apa yang mengganggu emosi mereka? Pinjamkan telinga untuk mendengar luahan mereka. Bersikap empati dengan keadaan mereka.
Sayangnya, dalam keadaan sekarang dimana manusia mengejar kepuasan material semata-mata, kita akan sedar yang empati itu terlalu mahal nilainya. Terlalu mahal sehingga merosakkan diri sendiri dan juga insan-insan disekeliling kita termasuklah yang kita sayang. Too bad.....
Overall, ini adalah naskah yang sangat menarik dan benar-benar eye opener for me..
Thank you so much Project Orkid for this an awesome book...
No comments:
Post a Comment