Saturday, November 14, 2020

Book Review : From High Hopes to Shattered Dreams?

Tajuk : From High Hopes to Shattered Dreams? 

Penulis : Azly Rahman

Menariknya Naskah Ini : 

Akhirnya, Patung Beruang berjaya menghabiskan naskah ini setelah memulakan pembacaan pada 3 bulan yang lepas. Uuuu.. macam tak percaya saja.

Sebenarnya Patung Beruang berjaya habiskan naskah ini pada 31 October 2020. Tetapi disebabkan kesibukkan yang amat, hari ini baru Patung Beruang berkesempatan untuk update di sini. Maaflah ye.. 

 

Naskah From High Hopes to Shattered Dreams? ini menghimpunkan 43 buah artikel tulisan Azly Rahman. Artikel-artikel yang tersenarai disini dikelompokkan kepada dua bahagian iaitu:

Bahagian 1: The Dilemma of Critical Consciousness

Bahagian 2: The Continuation of Educational Confusion


Pengisian dalam hampir kesemua artikel ini berat sebenarnya. Oleh itu, naskah ini tidak sesuai untuk dijadikan bacaan santai, baca di atas katil sambil menunggu mata untuk tertutup. 

Kebiasaannya Patung Beruang akan duduk proper di meja kerja untuk membaca naskah ini. Ketika membaca otak ini kena memproses semua maklumat yang tertulis, memastikan sama ada ia benar-benar fakta ataupun hanya falasi penulis. Selain itu, jika ada idea yang menarik ataupun statement yang pada anggapan Patung Berat agak berat sebelah, Patung Beruang akan catat nota disebelahnya. Jadinya, buku ini penuh dengan contengan-contengan peribadi Patung Beruang. 


Apa yang menarik tentang naskah ini? 


Jika berkenaan dengan politik, penulis banyak menyentuh tentang kerakusan ahli politik tidak kiralah dari parti pemerintah ataupun parti pembangkang. Juga parti pembangkang yang akhirnya berkesempatan menjadi pemerintah. Juga parti pemerintah yang turut akhirnya berkesempatan menjadi pembangkang. Hehe... complicated sungguh ayat Patung Beruang ini. 

Perkara yang memang dijangka mengenai kerakusan ahli politik ini adalah mereka membawa pattern yang sama. Tidak kiralah siapa pun mereka i.e. pemerintah atau pembangkang, sifat rakus, tamak dan lupa diri itu tetap sinonim. Walaupun bukan semuanya begitu namun sikap segelintir ahli politik inilah yang menimbulkan perasaan jelek kepada masyarakat. 

Selain itu, ahli politik yang terlalu gemar berpolitik dan bersikap attention seeker juga ada disentuh di dalam naskah ini. Tabiat mereka ini menyebabkan mereka tidak mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat dengan sehabis baik. Namun, apabila rakyat menegur, pandai pula mereka sentap. Seolah-olah mereka lah yang ditindas habis-habisan. Pelik.. pelik.. 


Selain isu politik, penulis juga banyak berkongsi pandangan beliau mengenai dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Untuk bahagian ini, pembaca disarankan berhati-hati dan tidak mengambil semua isi pendapat penulis buta-buta tanpa membuat pertimbangan sewajarnya terlebih dahulu. 

Namun ada juga intipati penulis yang Patung Beruang rasa wajar seperti jangan sekali-kali membezakan pelajar berdasarkan status sosial atau status ekonomi keluarga mereka. Ia seolah-olah kita memupuk sistem kasta dalam kehidupan anak kecil yang tidak berdosa ini. Bukan salah mereka jika mereka datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Mereka juga anak kecil yang sepatutnya diberi peluang pendidikan sebanyak boleh agar satu hari nanti mereka mampu meningkatkan taraf kehidupan keluarga mereka. 


Baiklah, Patung Beruang tidak berminat untuk memilih mana-mana artikel dari naskah tersebut untuk dikongsikan disini kerana setiap artikel berhak untuk dibaca dan diteliti sebaiknya.... 

Selamat membaca. 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...