Penulis: Peng Xuejun
Penterjemah: Doris Tan Lai Peng
Menariknya Naskah Ini:
Ini adalah naskah kedua karya Peng Xuejun yang ada dalam koleksi Patung Beruang. Naskah pertama yang Patung Beruang miliki bertajuk Kaulah Adikku. Nanti bila ada kesempatan, Patung Beruang kongsikan disini ye.
Naskah Pintu Pengadang ini adalah karya terjemahan dari negara China, yang diterbitkan pada tahun 2008. Seperti biasa, Patung Beruang sangat tertarik dengan karya terjemahan terutama terbitan ITBM.
Kali ini, Peng Xuejun membawa pembaca untuk mengenali seorang kanak-kanak perempuan autistik yang bernama Sha Sha atau Shaji. Shaji adalah anak tunggal, dimana ibu bapanya bekerja sebagai juruteknik di landasan keretapi.
Sebagai kanak-kanak autistik, Shaji lebih gemar bermain seorang diri, kurang gemar berkawan atau berinteraksi dengan orang lain, dan suka berkhayal.
Pada suatu hari, ketika Shaji sedang bermain di sebuah tapak pembinaan yang terbiar, seorang remaja lelaki terjatuh ke dalam lubang pasir yang digali oleh Shaji. Incident tersebut menyebabkan mereka menjadi sahabat. Agak aneh apabila Shaji gemar berbual dengan remaja itu sedangkan dirinya jarang berbual dengan orang lain kecuali ibu bapanya sendiri.
Tidak lama selepas perkenalan tersebut, Shaji dan keluarga terpaksa berpindah kerana ibu bapanya dihantar bertugas di landasan kereta api di bandar. Oleh kerana sukar untuk menjaga Shaji ketika mereka sedang bekerja, ibu bapa Shaji membuat keputusan untuk menghantar Shaji ke rumah Nenek Yun. Maka, bermulalah episod Shaji menetap di rumah Nenek Yun, seorang wanita penjaga yang tinggal berseorangan.
Rumah Nenek Yun terletak di Jalan Utara. Perkara yang menarik perhatian Shaji ketika berada di rumah Nenek Yun adalah adanya dua buah pintu pengadang yang terletak di hadapan pintu besar. Ketinggian pintu pengadang ini adalah separuh daripada pintu besar. Untuk Shaji yang masih berumur 3 ke 4 tahun, pintu pengadang ini kelihatannya lebih tinggi dari dirinya sendiri. Jadi, jika Shaji ingin meletakkan dagunya diatas pintu pengadang ini, dia terpaksa berdiri diatas bangku kecil.
Pada mulanya Shaji menyangka pintu pengadang ini pintu "syaitan" kerana sebutannya di dalam bahasa pertuturan seakan-akan sama. Maklumlah, sebagai seorang kanak-kanak autistik, otaknya sentiasa menerawang jauh entah kemana-mana. Sehinggakan perkara yang baik juga adakalanya masih difikirkan yang bukan-bukan.
Bagi Shaji, dia sendiri tidak faham mengapa pintu itu dinamakan pintu "syaitan". Adakah pintu itu untuk syaitan keluar masuk? Adakah dirumah Nenek Yun ini terdapat syaitan? Jika ini adalah tempat syaitan, pasti ia adalah tempat yang menyeronokkan.... Begitu lah pemikiran yang datang ke dalam otak Shaji pada masa itu.
Selain dari pintu "syaitan", Shaji juga tertarik dengan Budak Air yang kelibatnya hadir ke rumah Nenek Yun hampir setiap hari. Budak Air adalah seorang kanak-kanak lelaki yang berumur lebih kurang 13 tahun. Dia hanya mampu menuturkan satu perkataan sahaja iaitu "Air". Budak Air mendapat gelarannya kerana setiap hari dia akan mengandar dua buah baldi air, melalui jalan tersebut sambil berteriak "Air, Air" untuk menjual air yang dikandarnya.. Pada waktu itu, masih tiada paip air di kawasan kampung Nenek Yun. Sumber air datang dari sungai atau perigi. Maka, perkhidmatan Budak Air sangat bermakna di kawasan tersebut.
Budak Air ini tinggal bersama seorang nenek berwajah bopeng di bahagian barat di hujung jalan. Nenek itu tinggal seorang diri. Nenek itu bukanlah nenek kandungnya, tetapi Budak Air ini dijaga dan dibesarkan oleh nenek tersebut. Ketika kecil, Budak Air ini sakit teruk dan nenek tersebut telah menghabiskan kesemua wang simpanannya untuk mengubati Budak Air. Malangnya apabila sudah sembuh, Budak Air ini tidak boleh bercakap. Oleh kerana nenek tersebut sudah tua dan tidak berdaya untuk mengandar air lagi, jadi Budak Air inilah yang mengambil alih kerja nenek dan mencari rezeki untuk keluarga. Sekarang, nenek itu pula lumpuh kerana diserang strok, dan Budak Air lah pula yang menjaga nenek tersebut.
Walaupun Budak Air tidak boleh bertutur, dia masih mampu untuk mendengar dan memahami percakapan orang lain. Oleh kerana sering melihat kelibat Budak Air, Shaji mula berminat untuk berkawan dengannya.
Pada suatu hari, Shaji mengikut Budak Air sehingga ke perigi. Inilah kali pertama Shaji melihat perigi. Shaji sangat teruja ditambah lagi apabila melihat bayang-bayangnya sendiri terpancar di atas permukaan air didalam perigi tersebut. Selepas itu, Shaji mula mengikut Budak Air menjual air di kawasan tersebut. Untuk kanak-kanak kecil seperti Shaji, pengalaman menjual air dari rumah ke rumah adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan walaupun agak meletihkan.
Selain pengalaman menjual, Shaji juga pernah tergelincir dan hampir terjatuh ke dalam perigi. Tindakan pantas Budak Air menarik kolar baju Shaji telah menyelamatkannya dari lemas. Mujur tiada apa yang berlaku dan kejadian itu berjaya disembunyikan dari pengetahuan Nenek Yun. Jika tidak, sudah pasti Nenek Yun tidak akan mengizinkan Shaji untuk keluar rumah lagi.
Persahabatan Shaji dan Budak Air tidak lah lama. Nenek yang dijaga oleh Budak Air akhinya meningal dunia, menyebabkan Budak Air tinggal sebatang kara. Selain itu, kerajaan telah menyediakan kemudahan paip air di kawasan tersebut. Dan paip air itu disalurkan ke setiap rumah termasuklah rumah Nenek Yun. Oleh itu, tiada siapa lagi yang ingin membeli air dari Budak Air. Maka, Budak Air pun berpindah dari kawasan itu dan tiada siapa yang tahu kemana destinasi yang ditujunya.
Kini Shaji pula melangkah ke alam persekolahan. Hari pertama ke sekolah, Shaji berkenalan dengan seorang kanak-kanak perempuan yang sumbing bibirnya, bernama Li Qingliu. Perkenalan mereka bermula dengan suasana yang kurang ceria kerana Shaji menegur keadaan bibir Li Qingliu. Ini menyebabkan Li Qingliu ingin memukul Shaji. Kelakuan Shaji yang tidak peka dengan keadaan fizikal orang lain telah menyebabkan Nenek Yun menegurnya.
Di sekolah, Li Qingliu sering diejek oleh kanak-kanak lelaki terutamanya Tongluo. Keadaan itu berterusan sehingga Li Qingliu memukul Tongluo dihadapan kanak-kanak lelaki yang lain. Dan Shaji pula menahan kakinya sehingga Tongluo tersadung jatuh ketika hendak melarikan diri. Bermula detik itu, Tongluo dan rakan-rakannya tidak lagi mengejek Li Qingliu. Dan Li Qingliu mula bersahabat dengan Shaji.
Li Qingliu sangat pandai menyanyi dan mempunyai suara yang merdu. Namun, tiada siapa di sekolah yang pernah melihat Li Qingliu menyanyi. Ini kerana setiap kali kelas musik, Li Qingliu tidak pernah membuka mulut. Mungkin disebabkan rasa rendah diri dengan keadaan fizikalnya.
Pada suatu hari Li Qingliu mengajak Shaji untuk pergi ke loteng perpustakaan setelah habis waktu persekolahan. Dan itulah pertama kalinya Shaji mendengar nyanyian Li Qingliu. Bagi Shaji, nyanyian Li Qingliu adalah yang paling merdu yang pernah didengar seumur hidupnya. Lebih sedap dari mana-mana pelajar di sekolah itu. Sejak itu, bermulalah rutin harian mereka berdua. Bergegas ke loteng perpustakaan selepas sahaja tamat waktu sekolah.
Li Qingliu rupanya adalah anak angkat kepada satu pasangan di kampung tersebut. Ibu kandungnya menetap di bandar dan sangat kaya. Kehidupan Li Qingliu mula berubah setelah membuat pembedahan untuk membetulkan bibirnya dan diambil semula oleh ibu kandungnya, untuk tinggal bersama di bandar.
Shaji kehilangan lagi sahabat yang disayanginya.
Selepas Li Qingliu pergi, Shaji bersahabat pula dengan Song Qiaoqiao dari kaum Miao. Mereka berdua duduk sebelah menyebelah di dalam kelas. Perwatakan Qiaoqiao dan Li Qingliu jauh berbeza. Qiaoqiao suka bercakap dan cepat mesra dengan sesiapa sahaja. Dan ini lah pertama kali Shaji mempunyai kawan dari kaum Miao. Maka, sejak itu Shaji mula mempelajari cari kehidupan dan pantang larang kaum Miao pula.
Naskah Pintu Pengadang ini seperti membawa Patung Beruang menjelajah ke masa lampau, melihat kehidupan Shaji dari seorang kanak-kanak sehinggalah ke awal remaja yang menghabiskan hidupnya di wilayah Hunan. Dari sebuah kampung yang mundur, penduduknya hanya bercucuk tanam sehinggalah kawasan kampung tersebut dibangunkan, mula ada kemudahan asas, dan akhirnya pesat membangun sebagai kawasan pelancongan. Ekonomi penduduk mula berubah dari petani dan penternak kepada peniaga, pengusaha rumah tumpangan, pemandu pelancong dan penjual cenderamata untuk para pelancong yang hadir ke situ.
Penulis menulis dari kaca mata Shaji, seorang kanak-kanak perempuan yang naif tetapi mempunyai imaginasi yang tinggi. Dan umum mengetahui kehidupan seorang kanak-kanak sangat berwarna-warni. Penuh dengan keterujaan namun mereka sentiasa jujur pada diri sendiri dan juga orang disekeliling.
Perkara yang menarik dalam kehidupan Shaji adalah, seperti kanak-kanak yang normal, Shaji juga sangat menghargai persahabatan yang dimilikinya. Walaupun rata-rata yang menjadi sahabatnya adalah mereka yang bukan dari kalangan umurnya.
Patung Beruang paling terkesan dengan detik ketika Budak Air mengucapkan selamat tinggal kepada Shaji dan seluruh penduduk di jalan tersebut. Peristiwa yang berlaku di awal pagi, beberapa hari selepas kematian neneknya. Ucapan selamat tinggal itu sangat meruntun perasaan walaupun hakikatnya Budak Air hanya melontarkan kalimah "Air, Air" pada ketika itu. Tetapi dari intonasi lontaran suara tersebut, sesiapa sahaja termasuk Shaji akan menyedari yang itu lah ucapan selamat tinggal buat mereka dari Budak Air.
Peristiwa kehilangan Tongluo akibat ditimpa kemalangan ketika membawa 3 orang mahasiswa ke Gua Qifeng juga meruntun perasaan. Pada masa ini, Tongluo telah berhenti sekolah dan bekerja sebagai pemandu pelancong. Kakaknya, Kak Weilin membuka Rumah Tumpangan Mumu sebagai tempat untuk pelancong menginap. Tongluo sangat gemarkan sungai sedangkan Shaji pula sering dihalang oleh Nenek Yun dari mendekati sungai. Pernah pada suatu hari Tongluo membawa Shaji menaiki perahu dan menyusuri sungai termasuk jeram yang bahaya. Keseronokkan kedua-dua orang kanak-kanak ini akhirnya sampai ke pengetahuan Nenek Yun. Akibatnya, Shaji dipukul teruk oleh Nenek Yun ketika dia pulang ke rumah.
Selepas Tongluo hilang, Shaji dan Kakak Weilin menunggu dengan sabar setiap hari di tebing sungai. Penantian dan harapan semoga keajaiban akan muncul dan mengubah hari-hari mereka....
Selain itu, naskah ini juga banyak menceritakan kisah dongeng, cara kehidupan dan pantang larang masyarakat disana. Contohnya,
Dan bermacam lagi adat lain yang ada...
Setelah tamat naskah ini, Patung Beruang terfikir adakah Peng Xuejun menulis berdasarkan pengalamannya sendiri? Tidak mustahil.. kerana penceritaannya sangat detail sehingga terasa seperti kita berada di zaman tersebut, pada waktu tersebut dan berkenalan dengan setiap watak yang diceritakan itu..

- Dongeng nyanyian seorang penyanyi opera yang bernama Furong, yang penuh sedih dan pilu di setiap malam di loteng perpustakaan sekolah. Furong akhirnya ditemui mati kerana menggantung diri di alang loteng tersebut. Dan nyanyian Furong ibarat urban legend di sekolah tersebut.
- Adat zaman dahulu kala yang dinamakan "Penghalau Pontianak". Menurut kepercayaan, penduduk yang keluar ke tempat lain seperti peniaga, askar atau sesiapa saja yang mencari rezeki di luar kawasan tersebut, apabila mereka mati, mayat mereka tidak akan diusung balik ke kawasan itu. Mayat mereka akan dibiarkan "berjalan" pulang sendiri dengan mengikat mayat tersebut satu per satu seperti ikan masin. Ahli sihir akan membuat sihir di belakang mereka dan mayat tersebut akan melonjak-lonjak mara ke hadapan. Bagi mengelakkan orang yang hidup bertembung dengan mayat ini, maka orang yang menghalau mayat akan memukul gong sambil melaung, "Yang mati sudah sampai, yang hidup sila elak! Guang! Guang! Guang!"
Dan bermacam lagi adat lain yang ada...
Setelah tamat naskah ini, Patung Beruang terfikir adakah Peng Xuejun menulis berdasarkan pengalamannya sendiri? Tidak mustahil.. kerana penceritaannya sangat detail sehingga terasa seperti kita berada di zaman tersebut, pada waktu tersebut dan berkenalan dengan setiap watak yang diceritakan itu..
No comments:
Post a Comment