Tajuk : A Twist In The Tale
Penulis : Jeffrey Archer
Menariknya Naskah Ini:
A Twist In The Tale adalah himpunan 12 cerita pendek, karya Jeffrey Archer yang diterbitkan pertama kalinya pada September 1988.
Archer membuka naskah ini dengan kisah pertama, The Perfect Murder. Seorang wanita bernama Carla Moorland ditemui mati dibunuh didalam apartmentnya. Sebelum kematiannya, Carla dikunjungi oleh 2 orang lelaki, seorang broker insurans bernama Mr Menzies dan seorang lagi adalah kekasih gelapnya. Tanpa disedari kekasih gelap ini terlihat kelibat Mr Menzies keluar dari apartment Carla lalu terbit rasa cemburu dihatinya. Carla berkeras menyatakan yang hubungannya dengan Mr Menzies adalah sekadar broker dan pelanggan tatkala disoal bertalu-talu oleh kekasih gelap. Kekasih gelap beredar dari apartment Carla apabila perbualan mereka berlarutan sehingga tercetusnya pergaduhan mulut dan fizikal. Dan kehadiran kekasih gelap ini rupa-rupanya disedari oleh seorang jiran namun hanya jenis kereta yang dipandu sahaja yang diingati. Pembunuhan Carla mencetuskan tanda tanya tentang siapa pelakunya dan apakah motifnya? Kekasih gelap mula berasa gelisah tatkala kisah pembunuhan Carla mendapat liputan meluas di dada akhbar. Maka, bermulalah strategi kekasih gelap untuk meletakkan Mr Menzies sebagai satu-satunya suspek pembunuhan sekaligus menghapuskan sebarang kemungkinan yang dirinya pernah berada di apartment tersebut pada malam pembunuhan itu.
Arthur Hapgood adalah seorang pekerja yang berdedikasi di kilang Triumph, sebuah kilang pembuatan kereta. Kesusahan dan keperitan bekerja kilang membuatkan Arthur nekad untuk berusaha keras demi memberikan kehidupan yang terbaik buat anak lelakinya, Mark. Arthur berimpikan agar suatu hari nanti Mark menjejakkan kaki ke universiti dan berkerjaya profesional. Namun, ketika ulangtahun Mark yang ke-18, Mark menegaskan yang dia tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana ingin bekerja di Triumph. Walaupun Arthur kecewa dengan keputusan Mark namun Arthur sedar dia tidak boleh memaksa Mark untuk mencapai impiannya. Maka, Arthur menetapkan syarat agar Mark bekerja di sebuah hotel kenalannya selama setahun. Jika Mark berjaya melengkapkan tempoh setahun di hotel tersebut, barulah Mark dibenarkan untuk bekerja di Triumph. Maka, bermulalah kehidupan Mark sebagai pekerja hotel dimana dia menyesali tindakannya dari saat pertama dia menjejakkan kaki ke hotel tersebut. Kehidupan dan pekerjaan di hotel benar-benar menekan Mark apatah lagi dia sering dibuli oleh penyelianya, Crant. Beberapa ketika sebelum Mark menghabiskan tempoh setahunnya, Mark ditukarkan ke bahagian dapur hotel. Dan tanpa disangka, disitulah rupanya cinta dan minat Mark. Di dapur hotel, Mark menimba ilmu dan pengalaman dari Chef Jacques. Dan tatkala berakhirnya tempoh setahun seperti yang dipersetujui oleh Arthur dan Mark, dengan senang hatinya Mark menyambung tempoh pembelajarannya dengan Chef Jacques di hotel tersebut selama 5 tahun. Apabila Jacques menerima tawaran untuk kembali ke Paris, di sebuah dapur eksklusif, hanya satu permintaannya kepada bakal majikan; Mark hadir bersama-sama dengannya ataupun tawaran kerja tersebut akan ditolak oleh Jaqcues. Kisah ke-3, Ala Carte.
Benjamin, seorang anak yatim piatu berketurunan Yahudi, sering dibuli ketika zaman kanak-kanak sehinggalah remaja. Kanak-kanak dan remaja kulit putih menggelarkannya sebagai pendatang. Pada suatu hari, ketika Benjamin sedang menyertai acara larian, tatkala dia hampir memenangi pertandingan tersebut, terdengar suara ejekan dari pembuli yang berada di stadium. Ejekan itu mengganggu konsentrasi perlumbaannya dan menyebabkan Benjamin tewas. Salah seorang yang sering mengejeknya adalah gadis bernama Christina. Tamat sekolah, Benjamin menyambung pelajaran dan akhirnya terserempak semula dengan Christina. Pertemuan kali ini telah mengubah persepsi Benjamin terhadap gadis itu dan akhirnya mereka jatuh cinta. Setiap kali Benjamin bertandang ke rumah Christina, keluarga gadis ini akan melayannya dengan baik walaupun mereka gagal menyembunyikan rasa tidak setuju mereka terhadap hubungan Christina dan Benjamin. Lama-kelamaan Christina dan Benjamin sedar yang hubungan mereka tidak akan berkekalan akibat tiadanya restu keluarga. Maka, mereka nekad untuk berpisah. Perpisahan itu sangat melukakan Benjamin sehingga dia tidak mampu untuk membuka pintu hatinya untuk wanita lain. Christina pula berkahwin dengan seorang hartawan dari German dan mempunyai seorang anak. Kehidupan Christina seringkali diintai dari jauh oleh Benjamin,sehinggalah saat Christina dan anaknya meninggal dunia. Bagi Benjamin, kehidupannya sudah tidak bererti dengan ketiadaan Christina. Sebelum menutup mata, Benjamin menulis sepucuk surat kepada Rabbi yang menjaganya sedari kecil lagi. Segala luahan hati dan kisah kehidupannya dari kecil sehinggalah dewasa, sehinggalah kematian Christina dan pemergiannya dirinya, dicoretkan didalam surat itu. Dan Rabbi yang telah berumur dan hanya menghabiskan saat-saat akhir hidupnya, tidak pernah gagal untuk membaca surat Benjamin itu setiap hari. Kisah terakhir, Christina Rosenthal.
Ini adalah buah tangan Archer yang terbaru Patung Beruang selesaikan pembacaan. Jika tidak silap, ada lagi 2 buah buku Archer yang masih belum Patung Beruang baca. Insya Allah, mungkin mampu untuk habiskannya dalam tahun ini juga.
Untuk kisah short stories kali ini, Archer banyak bermain dengan emosi pembaca. Sesuatu yang agak jarang dibandingkan dengan karya-karya Archer yang terdahulu. Ada kisah yang benar-benar meruntun hati pembaca seperti kisah Christina Rosenthal, dimana 80% ceritanya ditulis dalam bentuk surat tulisan Benjamin kepada Rabbi. Kisah lain yang benar-benar mengusik perasaan juga adalah Colonel Bullfrog tentang kisah askar dari 2 buah negara, satu di barat dan satu di timur, yang bertemu dan berkenalan di medan peperangan, namun sikap perikemanusiaan yang wujud telah menyelamatkan nyawa perajurit negara timur. Lumrah orang timur, budi baik dikenang selamanya. Walaupun peperangan telah tamat berpuluh-puluh tahun dahulu namun persahabatan yang terjalin masih kukuh dan budi baik dibalas dengan bantuan kewangan yang tidak disangka-sangka dari syarikat gergasi asing. Dan benarlah, budi yang baik itu dibawa mati. Upacara pengebumian perajurit itu turut dihadiri kumpulan pengurusan tertinggi syarikat asing yang pernah sama-sama berjuang di medan perang.

No comments:
Post a Comment