Tajuk : Putera Cilik (Le Petit Prince)
Penulis : Antoine De Saint Exupe'ry
Penterjemah : Ezzah Mahmud
Menariknya Naskah Ini:
Patung Beruang sering terbaca tentang Le Petit Prince, iaitu antara buku yang paling banyak dicetak di dunia dan diterjemah ke pelbagai bahasa.
Namun, agak sukar untuk berjumpa dengan naskah ini di Malaysia samaada dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu. Mungkin kerana karya terjemahan masih belum mendapat tempat yang kukuh dihati masyarakat Malaysia. Ataupun mungkin juga kerana naskah ini kurang popular disini kerana ia termasuk dalam kategori karya sastera.
Karya yang pertama kali diterbitkan pada 1943 ini mengisahkan penulis yang teringat semula di saat kapalnya terhempas di gurun Sahara, terasing beribu-ribu batu dari manusia yang boleh membantu. Di saat inilah penulis bertemu dengan seorang manusia kecil yang sangat luar biasa, yang dinamakan Putera Cilik.
Putera Cilik tinggal sendiri di sebuah planet kecil yang saiznya tidak lebih daripada sebuah rumah. Planet tersebut yang merupakan sebiji asteroid yang dikenali sebagai B-612. Di planet tersebut, terdapatnya 3 buah gunung berapi, hanya dua daripadanya aktif dan satu lagi sudah luput. Dia juga mempunyai sekuntum bunga yang padanya sangat cantik dan tiada tandingannya dengan bunga-bunga lain yang berada di galaksi ini.
Putera Cilik sangat berbangga dengan apa yang ada di planetnya sehingga kebanggaan itu menggangu ketenangannya. Lantas Putera Cilik mula mengembara ke planet-planet lain sehinggalah dia sampai ke Bumi dan bertemu dengan penulis yang sedang terdampar di gurun Sahara.
Naskah sastera Putera Cilik ini penuh dengan metafora. Setiap perilaku yang dipaparkan harus dibaca apakah maksud tersirat disebaliknya. Contohnya, kekaguman dan kebanggaan Putera Cilik terhadap sekuntum bunga yang terdapat di planetnya, akhirnya menyebabkan bunga tersebut mengambil kesempatan diatas kebaikan dan keprihatinan Putera Cilik. Pelbagai permintaan mengarut diutarakan oleh si bunga semata-mata inginkan perhatian yang tidak berbelah-bahagi dari Putera Cilik. Putera Cilik terlalu melindungi si bunga sehingga menyebabkan si bunga mungkin tidak akan mampu berdepan dengan tiupan angin yang kuat atau pun bahang matahari yang memancar di planet tersebut. Sedangkan hakikatnya bunga yang tumbuh di daratan memang semulajadinya bersifat kalis cuaca persekitaran tanpa memerlukan perlindungan tambahan dari manusia. Terdapat pendapat yang menyatakan watak bunga tersebut menggambarkan perilaku dan perhubungan penulis dan isterinya. Entahlah..
Selain itu, watak ahli geografi yang ditemui oleh Putera Cilik digambarkan sebagai pengkaji yang tugasnya mencatat penemuan dan ilmu geografi hanya berdasarkan dari penceritaan oleh manusia lain semata-mata sedangkan dirinya sendiri tidak pernah bergerak dari meja tulisnya. Ia adalah metafora kepada sikap kebanyakkan manusia yang hanya menerima bulat-bulat apa yang disampaikan kepada mereka tanpa ada usaha untuk mencari dan melihat kebenarannya dengan mata sendiri.
Kesimpulannya, naskah ini sebenarnya agak simple namun metafora yang ada didalamnya seperti menyindir khalayak pembaca, tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan dan peringkat umur. Tanpa sedar, diri terpukul dengan watak-watak dan dialog yang dinyatakan didalam naskah ini. Tidak hairanlah jika naskah secomel ini telah berjaya diterjemahkan ke banyak bahasa.

No comments:
Post a Comment