Assalamualaikum wbt..
Wah, lamanya Patung Beruang tidak menulis disini. Alhamdulillah, hari ini Patung Beruang berpeluang menulis beberapa Book Review. Sebenarnya, ada lebih kurang 4 atau 5 buah buku yang masih belum Patung Beruang tulis book review. Ikut hati macam nak tulis semua, apakan daya masa tidak mengizinkan, huhu..
Sekejap sahaja kita dah masuk ke penghujung November.
Jujurnya, dari pertengahan August lagi Patung Beruang dah mula kelam-kabut. Dengan urusana kerja, urusan peribadi macam-macam lah.
Jadual kerja Patung Beruang sekarang sudah jauh berbeza. Jika dulu Patung Beruang seronok untuk pulang ke rumah tatkala pukul 6 petang atau paling lewat pun 7 petang. Namun, kini tidak lagi.
Keluar dari office pukul 7 petang itu dikira awal. Biasanya, pukul 8 malam, 9 malam, 10 malam malah pernah sekali pukul 11.55 malam, barulah Patung Beruang melangkah keluar. Rasa macam nak genapkan sahaja pukul 12.00 tengah malam terus, hehe..
Nasib baiklah jarak antara rumah dan office dekat sahaja. Jadi, Patung Beruang keluar lewat macam mana pun, Insya Allah dalam masa 15-20 minit, Patung Beruang akan sampai di rumah.
Dulu, bila dah berada di rumah, Patung Beruang seronok sahaja untuk menghabiskan masa dengan membaca atau paling tidak pun menulis. Sekarang ini, sampai sahaja rumah, Patung Beruang rasa nak tidur sahaja. Masa tu cuma nampak katil dan Bibi je. Yang lain semua tolak tepi. Dan biasanya pukul 3 atau 4 pagi, Patung Beruang akan bangun untuk sambung buat kerja, balas email atau menyiapkan apa yang belum disiapkan. Dan biasanya, Patung Beruang akan berjaga sampailah Subuh, lepas itu, bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
Sebab itulah, sekarang ini mata Patung Beruang dan mata panda dah takde bezanya lagi. Jika rajin, Patung Beruang touch up lah sikit muka ini untuk cover mata panda itu. Jika tidak, Patung Beruang tanggalkan contact lense dan pakai sahaja cermin mata ke pejabat. Hehe.. itulah trick Patung Beruang untuk cover mata panda. Bijak tak?? hehe.. Lagipun, Patung Beruang bukanlah manusia yang suka ber make up.. so pakai cermin mata adalah the best option for me...
Ketika dirumah, adakalanya Patung Beruang menerima tetamu.
Namanya Bella. Dia ni manja, ikut je kaki kita walau kemana pun. Jika Patung Beruang sibuk buat kerja di meja tulis atau meja makan, dia akan baring di tepi kaki Patung Beruang. Bagusnya, dia tak reti mengacau.
Kadang-kadang dia pergi duduk depan bilik air. Termenung selama berjam-jam. Pelik juga, apa agaknya yang dia nampak dalam bilik air itu...
Bella ini kuat makan. Tu sebab perut dia buncit. Jangan pula ingat dia bunting ye, hehe..
Tapi itulah, Bella ini kepunyaan jiran Patung Beruang. Cuma bila dia terlepas dari sangkar, barulah dia boleh datang melawat Patung Beruang. Jika tidak, dia duduklah diam-diam dalam sangkar itu.
Ada orang pernah tanya Patung Beruang, duduk lama-lama di ofis, tiada gangguan ke?
Hm...
Tipulah kalau Patung Beruang cakap tiada. Ada.. cuma jangan dilayan. Anggap je yang dia pun tengah buat overtime atau baru masuk shift malam.
Jujurnya, ada beberapa incidents yang Patung Beruang lalui di pejabat ketika waktu malam. Tapi setakat dengar bunyi-bunyi je lah.
Namun, bila dah dengar macam tu, biasanya Patung Beruang akan cepat-cepat kemas dan pulang ke rumah. Sambung je lah buat kerja dirumah. Dia marah agaknya sebab kita kacau shift dia, hehe..
Bulan 12 akan datang ini jadual Patung Beruang akan semakin padat. Banyak perkara yang perlu diselesaikan di hujung tahun ini. Dengan audit issues yang tak selesai lagi, dengan operation matters yang kian mendesak, dengan cashflow yang semakin tight, hm.. buat Patung Beruang rasa macam nak masuk hospital dan duduk diam-diam di dalam ward. Bulan January nanti baru Patung Beruang keluar dari hospital, boleh tak????
Tapi itulah kan, adat bekerja, mana ada pekerjaan yang senang sentiasa dan tidak diuji. Setiap pekerjaan atau tugasan itu ada cabarannya yang tersendiri. Anggap sahaja Patung Beruang dalam proses menimba ilmu dan pengalaman, dalam proses menjadi lebih baik, lebih mahir dan lebih matang. Susah atau senang, hujan atau panas, ribut atau kemarau, tetap kena tempuh sebab kalau bukan Patung Beruang yang tempuh, siapa lagi? Betul tak?
Oklah.. sudah lama rasanya Patung Beruang menulis. Mata pun dah mengantuk. Jujurnya ada tugasan yang Patung Beruang hendak siapkan diawal pagi nanti. Kerana ketika awal pagi otak segar jadi idea pun datang mencurah-curah.. Oleh itu, biarlah Patung Beruang berhenti disini dahulu ye. Insya Allah, ada kelapangan, Patung Beruang akan menulis lagi..
Selamat malam...

No comments:
Post a Comment