Tajuk : Cakar Ayam Seorang Doktor 3.0
Penulis : Dr Kamarul Ariffin, Jazlina Syahrul, Dr Mohd Syamirulah, Fahmi Hassan, Dr Sharif Ahmad, Dr Onn Azli, Dr Fahd Razy
Menariknya Naskah Ini:
Naskah nukilan para petugas perubatan ini membariskan kisah-kisah menarik yang mereka alami disepanjang kerjaya mereka, mengupas isu semasa berkaitan dengan kesihatan serta mengandungi tips-tips dan panduan kesihatan buat pembaca.
Kisah pertama yang dijadikan pembuka cerita adalah berkenaan dengan demam Malaria atau bahasa pasarnya demam kura. Hm.. Manusia yang sakit namun kura-kura juga yang dapat nama. Pelik bukan? hehe..
Sekadar perkongsian dari naskah ini, Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit yang dibawa oleh nyamuk betina. Penyakit ini mempunyai pelbagai tanda atau gejala seperti demam, sakit kepala, menggigil, keletihan, muntah dan sebagainya. Oleh kerana ini adalah gejala yang biasa dialami ketika pesakit "demam", maka, adalah amat penting untuk pesakit memaklumkan kepada petugas perubatan berkenaan dengan sejarah gigitan nyamuk yang mereka alami seperti melalui perkhemahan dihutan, berkelah disungai dan sebagainya. Ini kerana, lokasi-lokasi yang dilawati boleh memberi petunjuk yang jelas, punca dan jenis sebenar "demam" yang mereka alami.
Walaupun Malaria hanyalah penyakit dari pembawaan nyamuk, ia tetap boleh mendatangkan komplikasi yang serius seperti masalah ketidakstabilan darah, jangkitan otak, kegagalan organ dalaman seperti buah pinggang dan paru-paru serta kegagalan jantung.
Walaupun Malaria hanyalah penyakit dari pembawaan nyamuk, ia tetap boleh mendatangkan komplikasi yang serius seperti masalah ketidakstabilan darah, jangkitan otak, kegagalan organ dalaman seperti buah pinggang dan paru-paru serta kegagalan jantung.
Menjaga pesakit yang terlantar tidak semudah yang disangka. Waris atau penjaga perlu mempelajari cara yang betul bagi menjaga pesakit terlantar ini bagi mengelakkan masalah lain yang mungkin berlaku seperti bed sore atau nama biasanya kudis tekanan. Kebiasaannya, bed sore ini terjadi apabila pesakit baring atau duduk pada posisi yang sama untuk jangka masa yang lama. Disebabkan itu, bahagian yang menampung berat pesakit akan mendapat kurang bekalan darah beroksigen sehigga menyebabkan tisu dibahagian tersebut mati dan menjadi kudis atau ulser. Antara bahagian yang mempunyai risiko bed sore adalah belakang kepala, siku, tulang punggung dan sisi lutut.
Maka, waris atau penjaga digalakkan untuk kerap menukar posisi pesakit, membalik-balikkan mereka ke sebelah kanan atau sebelah kiri. Selain itu beberapa alatan juga boleh digunakan untuk mengurangkan risiko bed sore seperti menggunakan ripple mattress (iaitu tilam angin yang mempunyai permukaan berombak dan tekanan anginnya dikawal oleh pam elektrik), menggunakan kusyen atau pad silikon dan sebagainya.
Dewasa ini banyak produk-produk "kesihatan" atau "makanan tambahan/supplement" yang giat diwar-warkan di pasaran. Produk-produk ini menjanjikan bulan dan bintang kepada pengguna dan bakal pengguna mereka. Malah mereka seringkali mengatakan doctor juga terkejut dengan kesan yang dialami oleh pesakit yang menggunakan product mereka ini.
Kebanyakkan pengguna mengatakan yang mereka mengalami kesan serta-merta setelah menggunakan product tersebut. Namun, sedarkah kita sebenarnya kita telah dimanipulasi oleh steroid yang terkandung didalam product tersebut. Steroid inilah yang memanipulasi sistem tubuh dan otak pengguna bagi membuatkan pengguna merasakan apa sahaja kesan yang mereka idamkan dari product tersebut sedangkan kenyataannya product tersebut tidak berkesan pun. Maka, adakah kita masih ingin menjadi pengguna yang tidak bijak sehingga mudah ditipu oleh para penjual? Adalah lebih baik seandainya kita mendapatkan nasihat dari pakar perubatan terlebih dahulu sebelum sewenang-wenangnya menggunakan product yang berada dipasaran. Jangan menggadaikan kesihatan diri hanya kerana product tersebut terlaris dipasaran...
No comments:
Post a Comment