Tajuk: Budak Tin
Penulis: Nazrie Haslieanie
Menariknya Buku Ini:
Patung Beruang pernah terbaca didalam satu artikel mengenai 100 buah novel Bahasa Melayu yang patut dibaca. Dan naskah Budak Tin ini tersenarai didalam Listing tersebut. Jujurnya itu kali pertama Patung Beruang mendengar tajuk Budak Tin.
Maka, apabila terpandang naskah ini ketika Jualan Garaj ITBM hari itu, Patung Beruang terus membelinya tanpa berfikir lagi. Ini kerana, hati ini sangat teruja untuk mengetahui apa hebatnya naskah ini sehingga berjaya menembusi Listing tersebut.
Budak Tin mengangkat Fatin sebagai sebagai watak utama didalam naskah ini. Seorang anak gadis Darjah 6, Fatin adalah kanak-kanak yang bijak. Ibunya, Mak Cik Wani adalah seorang suri rumah. Ayahnya, Encik Husin adalah seorang pekerja yang bertugas untuk memungut tin-tin dan barang-barang kitar semula di kawasan pelupusan sampah. Fatin mempunyai seorang adik yang bernama Ija.
Pekerjaan ayahnya memungut barang-barang kitar semula menyebabkan Fatin sering menjadi mangsa usikan rakan-rakan disekolah. Dan dari situ lah timbulnya nama gelaran Budak Tin.
Bagi Fatin, semua pekerjaan adalah mulia selagi ia halal dan tidak menyalahi norma masyarakat serta agama. Malah Fatin berbangga dengan pekerjaan ayahnya kerana merasakan yang ayahnya membantu menjaga alam sekitar dengan cara mengitar semula bahan-bahan buangan. Maka, dengan itu Fatin mempunyai satu impian apabila dewasa nanti iaitu untuk membuka pusat kitar semula bagi menggalakkan lagi masyarakat untuk turut sama menjaga alam sekitar.
Rumah Encik Husin berjiran dengan Encik Amat. Kebetulan, Encik Amat mempunyai anak lelaki yang sebaya dengan Fatin, iaitu Darius. Darius berperwatakan degil dan sombong. Malah, Darius tidak segan silu untuk mengejek dan menghina Fatin walau dimana sahaja termasuklah di sekolah.
Ejekan Darius menyebabkan Fatin hilang sabar dan akhirnya tercetuslah pertengkaran kecil didalam kelas. Kedua-duanya dipanggil guru disiplin dan dihukum.
Namun, pertengkaran itu tidak berakhir disitu.
Ketika pulang dari sekolah, sekali lagi tercetus pertengkaran antara Fatin dan Darius sehingga menyebabkan Darius terpaksa dihantar ke hospital. Keadaan semakin sukar, sehingga menimbulkan kemarahan kepada Encik Amat.
Apakah kesudahan kisah Fatin dan Darius?
Benarkah yang pekerjaan Encik Husin itu sangat hina sehingga anak dan isterinya turut terkena tempiasnya?
Perkara menarik didalam naskah ini adalah ceritanya sangat simple dengan gaya bahasa yang simple. Kisah budak berumur 12 tahun, yang matang berfikir dan bijak. Sangat prihatin dengan alam sekitar dan berbangga dengan pekerjaan ayahnya walau sering diperlekeh oleh orang lain. Malah, pemikirannya yang jauh kedepan telah menyelamatkan rumahnya dari dimasuki pencuri walaupun pada awalnya, buah fikirannya itu ditentang oleh orang kampung dengan alasan dia hanyalah seorang kanak-kanak yang mentah. Itulah kisahnya Budak Tin yang genius..
No comments:
Post a Comment