Tajuk: False Impression
Penulis: Jeffrey Archer
Menariknya Buku Ini:
Baiklah, ini adalah buku ke-2 yang Patung Beruang baca dan habiskan untuk tahun 2017 ini.
Dan oleh kerana buah tangan Archer ini sangat mengujakan, Patung Beruang hanya mengambil masa selama 12 jam sahaja untuk menghabiskan pembacaan.
Memang layaklah Archer menduduki takhta di hati ini. Menatap karya Archer kali ini ibarat berdating dengan Woo Bin. Patung Beruang boleh duduk sepanjang hari menatap wajahnya tanpa bersuara walau sebutir pun. (p/s: Dahsyat betul penangan mamat korea yang sorang ni kan, huhu..)
Baiklah, kita tinggalkan dulu kisah Woo Bin dan kita mulakan pengembaraan ciptaan Archer ye.
False Impression ini mengisahkan Dr Anna Petrescu, kelahiran Romania dan kini adalah pakar karya seni lukisan yang berkhidmat dengan Fenston Finance. Fenston Finance, kepunyaan Bryce Fenston, adalah salah sebuah institusi kewangan yang terkemuka di US.
Bryce Fenston, lelaki kelahiran Romania adalah seorang lelaki yang licik dan kejam. Fenston Finance kerap menawarkan pinjaman kewangan kepada golongan kaya samaada di US atau di luar US. Namun, motif sebenarnya adalah untuk merampas kekayaan clientnya dan juga mengumpul karya seni hasil lukisan tokoh-tokoh terkenal dengan percuma. Dan karya-karya seni itu biasanya adalah hasil rampasan dari aset client Fenston Finance.
Fenston Finance baru sahaja menawarkan pinjaman kepada Lady Victoria Wentworth, seorang aristokrat terkemuka di England. Setelah kematian ayahnya, Sir Wentworth, Lady Victoria dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perniagaan dan aset keluarga, disebabkan statusnya sebagai kakak kepada pasangan kembarnya Lady Arabella.
Namun, Lady Victoria tidak dapat memulihkan kewangan keluarga. Akhirnya, beliau terjerat dengan hutang yang sangat tinggi. Dan pada ketika inilah Fenston Finance datang menawarkan bantuan. Namun, tanpa disedari niat sebenar Bryce Fenston adalah untuk memiliki lukisan Self-Potrait With Bandaged Ear, karya Van Gogh yang sangat bernilai, yang kini milik mutlak keluarga Lady Victoria.
Dr Anna Petrescu menyedari niat jahat Bryce Fenston. Tanpa membuang masa, beliau merancang untuk bertemu dengan Lady Victoria bagi menerangkan keadaan dan dalam masa yang sama merangka strategi untuk menggagalkan rancangan Fenston.
Tanpa diketahui, rupa-rupanya Lady Victoria telah dibunuh dikediamannya oleh Krantz, seorang pembunuh upahan wanita yang terkenal di Romania. Malah, pembunuhan Lady Victoria adalah salah satu rancangan Fenston bagi memastikan karya Van Gogh itu jatuh ke tangannya.
Pertemuan Dr Anna Petrescu dan Lady Arabella, kembar Lady Victoria telah merungkai misteri yang menyelubungi kematian Lady Victoria. Lady Arabella bersetuju dengan rancangan Dr Anna Petrescu untuk memastikan yang aset keluarganya termasuk karya Van Gogh tidak jatuh ke tangan Fenston.
Dalam masa yang sama, kematian beberapa orang jutawan dan pelanggan Fenston Finance sebelum Lady Victoria telah menarik perhatian FBI. Oleh itu, FBI menghantar Jack Delaney bagi mengintip gerak-geri Dr Anna Fenston kerana merasakan yang beliau adalah salah seorang suspek atas kes-kes kematian tersebut.
Pengintipan Jack Delaney tidak lama untuk menyedari yang suspek sebenarnya adalah Bryce Fenston dan orang kanannya, Leapman dan bukannya Dr Anna Petrescue.
Kini, setiap watak saling mengejar antara satu sama lain. Dr Anna Petrescue mendapat bantuan dari Lady Arabella dan juga Mr Nakamura (jutawan terkemuka Jepun dan juga pencinta karya seni) untuk menggagalkan rancangan Bryce Fenston. Fenston dan Leapman pula menyedari rancangan Dr Anna Petrescue dan dengan itu mengupah Krantz untuk membunuh Dr Anna Petrescue dan mencuri karya Van Gogh. Dan Jack Delaney pula berusaha melindungi Dr Anna Petrescue kerana beliau sendiri tidak tahu apa rancangan Dr Anna yang seterusnya. Dan adegan kejar-mengejar ini membawa mereka ke negara-negara lain seperti Romania, England dan Jepun, selain dari US sendiri.
Ok, Patung Beruang tak nak tulis apa ending False Impression ini sebab nanti tak suprise lah kan.
Selain dari kisah perebutan lukisan Self-Potrait With Bandaged Ear yang sangat bernilai ini, Archer juga menyelitkan cerita ini dengan peristiwa 11 September yang berlaku suatu masa dahulu. Dimana dalam novel ini, Dr Anna Petrescue digambarkan sebagai salah seorang mangsa yang dikenalpasti sebagai hilang dan seterusnya dianggap telah meninggal dunia akibat dari peristiwa 11 September. Dan statusnya sebagai individu yang telah meninggal dunia pada mulanya berjaya mengaburi mata Byrce Fenston dan Leapman. Namun, kebenaran statusnya terbongkar apabila Leapman memasang pepijat di telefon rumah Tina, setiausaha Fenston dan juga rakan baik Dr Anna. Dari situ lah, mereka menyedari yang Dr Anna masih lagi hidup dan sering berhubung dengan Tina bagi memaklumkan perkembangan strateginya untuk menggagalkan usaha Fenston.
Lagi satu, pengembaran dan perlumbaan ini digambarkan sebagai sangat singkat. Archer merekodkan tarikh 10 September sebagai permulaan cerita dan mengakhiri segala babak dan peristiwa yang berlaku pada 26 September, tahun yang sama. Maka, segala misteri terungkai dalam masa 16 hari sahaja.
Membaca novel ini seolah-olah seperti menonton filem Hollywood. Adrenalin sentiasa berlumba-lumba didalam badan ini, hehe.. Satu perkara yang Patung Beruang suka tentang Archer adalah beliau suka menyelitkan elemen surprise didalam setiap karyanya.
Dan untuk False Impression ini, elemen surprise yang paling ketara adalah sebenarnya lukisan Self-Potrait With Bandaged Ear tidak pernah meninggalkan kediaman Lady Victoria walaupun Dr Anna, Krantz dan Jack Delaney saling kejar-mengejar antara US, England, Romanian dan Jepun. Dr Anna berjaya memberi persepsi yang lukisan itu sentiasa berada ditangannya sehingga menyebabkan beberapa orang yang tidak berdosa terkorban di tangan Krantz seperti pemandu peribadi Mr Nakamura dan Sergei, pemandu peribadi Dr Anna ketika di Romania. Selain itu, elemen surprise yang paling menarik adalah identiti sebenar Tina yang bekerja sebagai setiausaha Fenston, yang disangka sebagai orang yang tidak akan sekali-kali mengkhianati Fenston, huhu..
No comments:
Post a Comment