Tajuk: Maaf Cakap 2 Mengurus Perasaan Agar Tidak Perasan
Penulis: Norden Mohamed
Menariknya Buku Ini:
Buku ini adalah volume ke-2 untuk Siri Maaf Cakap, Mengurus Perasaan Agar Tidak Perasan. Untuk volume ke-2 ini, penulis membariskan 106 cerita yang dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:
- Motivasi
- Sosial
- Sumber Manusia
- Bisnes
- Dunia Akhbar
- Minda
Penulis membuka buku ini dengan kisah pertama yang bertajuk "Apa-Apa Yang Ada Pada Nama". Didalam kisah ini penulis membawa kita bagaimana ada pelbagai nama yang digunakan di media sosial, ada yang menggunakan nama sendiri, ada yang nama samaran. Ada juga yang siap dengan pangkat sekali. Ada yang menggandingkan nama mereka dengan hobi mereka serta tidak kurang juga yang menggandingkan nama dengan syarikat atau organisasi mereka. Dari dahulu hingga sekarang, kita sering berjumpa dengan nama yang sama. Maka, bagaimana hendak membezakan antara satu sama lain?? Gelaran pun diberikan. Ada yang digelar kerana kehebatannya dan kelebihannya, ada juga yang digelar kerana kekurangannya. Ada juga yang digelar kerana keunikkan yang dimilikinya. Selain itu, masyarakat sering memandang tinggi pada mereka yang mempunyai pangkat dan gelaran diawal nama seseorang individu itu. Maka, tidak hairanlah ada orang sanggup bermati-matian berusaha untuk memiliki pangkat dan gelaran, hatta ada yang sanggup mendapatkannya dengan cara menipu atau memalsukan pangkat dan gelaran tersebut. Dan setelah dimiliki, mereka berasa sangat berkecil hati jika orang disekeliling tidak memanggil mereka bersama-sama dengan pangkat dan gelaran. Dunia oh dunia...
Ilmu adalah satu perkataan yang sangat tinggi nilainya. Namun, adakah disebabkan ketinggian nilainya itu, maka wajar untuk ilmu itu disimpan dan hanya menjadi rahsia mutlak kita sahaja? Lalu, apabila kita meninggalkan dunia ini, ilmu itu turut terkubur bersama-sama dengan jasad kita.
Pada waktu dahulu, sesiapa yang belajar seni silat, pasti sering mendengar kalimah ini,
"Guru hanya akan mengajar 9 per 10 sahaja gerak langkah kepada muridnya. Baki 1 langkah, akan disimpannya bagi mengelakkan murid melawan guru."
Tetapi, patutkah keadaan ini berterusan?
Dan apabila tiba giliran si murid tadi bergelar guru, tatkala dia hendak mengajar gerak langkah kepada anak muridnya, pasti dia turut menyimpan 1 langkah seperti yang diamalkan oleh gurunya sebelum itu. Dan akhirnya, apabila generasi silih berganti, tiada lagi gerak langkah yang boleh diajar kerana kesemuanya telah disimpan oleh guru-guru sebelum itu. Adil kah perlakuan ini?
Namun kini jika diteliti, banyak sahaja kajian-kajian yang dibuat, artikel-artikel atau buku-buku yang ditulis bagi menyampaikan ilmu. Tidak percaya?
Lihatlah, berapa banyak buku-buku yang terhasil bagi membicarakan tentang kehebatan syarikat automotif terkemuka dunia, Toyota. Begitu juga bagaimana jatuh bangun Jack Ma dan Alibabanya. Bagaimana uniknya Steve Jobs dalam membangunkan Apple sehingga menjadi trend di seluruh dunia. Bagaimana hebatnya pemikiran Tun Dr Mahathir dalam mengemudi pentadbiran negara tetapi dalam masa yang sama, sifat sayangkan bangsa Melayu, begitu menebal. Tidak kurang juga asam garam perjuangan Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela ketika hayat mereka. Begitulah serba sedikit inti pati kisah ke-2, Sudah Tiada Rahsia Lagi.
Hari Rabu ini, in shaa Allah, umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidilifitri. Hari pertama di bulan Syawal. Hari kemenangan pada umat Islam. Pada hari ini, pasti ada sesi kunjung-mengunjung ke rumah-rumah sanak-saudara dan handai taulan. Saling bermaafan sesama sendiri, berbual, bergelak ketawa mengeratkan silaturrahim, serta menjamu selera tetamu yang datang.
Namun...
Dalam kerancakkan kita berbual, bertanya khabar, janganlah komunikasi atau perbualan kita itu disulami atau dipenuhi dengan sesi memakan daging saudara sendiri.
Kelakar bukan??
Baru sebentar tadi, kita saling menghulurkan tangan, bermaafan.. Kini, elok sahaja kaki ini melangkah keluar dari rumahnya, atau elok sahaja si polan meninggalkan rumah kita, kita pun mula lah mengumpat si polan ini. Mula lah bercerita kisah-kisah yang mengaibkannya, kisah-kisah yang tidak tentu hujung pangkalnya atau bahasa "lembutnya" memfitnah, memaki hamun dan mencarut tak tentu pasal.
Sudah banyakkah pahala yang kita kumpulkan ketika Ramadhan hari itu, sehingga kita rasa tidak sayang langsung dengan pahala tersebut, dan ia dibazirkan atau dibuang begitu sahaja dengan cara melakukan dosa lidah sewenang-wenangnya?
Kasihannnnnnnn....
Kita ini tidak ubah seperti si miskin yang suka membazir..
"Pahala Yang Disia-Siakan"....
Kesimpulannya, Patung Beruang rasa lebih puas menikmati karya Norden Mohamed volume 2 ini, berbanding volume 1 dahulu. Penuh dengan cerita-cerita yang berkisar kehidupan seharian kita. Ada yang boleh dijadikan panduan, dan ada juga patut dijadikan sempadan. Seperti biasa, Patung Beruang kedekut untuk berkongsi banyak kisah di blog ini kerana ia tidak adil buat si penulis. Oleh itu, nasihat Patung Beruang, miliki buku ini dan teliti lah sendiri kisah-kisah menarik yang ada disini..
Adios... :)
No comments:
Post a Comment