Wednesday, July 27, 2016

Percutian Di Hari Raya

Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Hari ini dah masuk 22 Syawal.  Wah.. sekejapnya masa berlalu.

Raya Aidilfitri pada tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. This year, Patung Beruang sekeluarga menyambut raya di Sabah. Sebenarnya bukanlah beraya pun tapi lebih kepada percutian keluarga. 

Setelah hampir 10 bulan, barulah kami sekeluarga dapat berkumpul semula. Bayangkan betapa terseksanya kami ini menanggung rindu antara satu sama lain selama 10 bulan ini. Itu sebabnya, dari awal tahun lagi, kami decide untuk pergi bercuti ketika Hari Raya Aidilfitri, instead of menyambut raya dikampung seperti kebiasaannya. Kami rasa ini adalah peluang yang terbaik untuk kami spend time bersama keluarga. Mengeratkan hubungan. Yelah, bukan senang nak berkumpul begini. 

Kami tiba di Sabah pada hari Selasa, hari terakhir puasa. Waktu tengahari. Sampai sahaja di Kota Kinabalu International Airport, kenderaan yang kami sewa telah pun menunggu. Patung Beruang terus drive ke Homestay di Sepanggar. On the way kesana, kami singgah sebentar di Giant, beli beberapa bahan mentah untuk kami masak sedikit untuk buka puasa nanti. 

Homestay di Sepanggar sangat selesa. Taman V24. Rumah 2 tingkat dan mempunyai 3 bilik tidur, siap dengan kelengkapan rumah dan dapur. Kawasan kejiranan baru yang dilengkapi dengan pengawal keselamatan yang memantau setiap kenderaan keluar masuk di taman tersebut. 

Aktiviti percutian kami bermula dengan makan malam di Todak, yang terletak di tengah bandar KK. Menu kami sudah pastilah seafood. Perjalanan dari rumah ke bandar KK hanya memakan masa lebih kurang 20 - 30 minit sahaja. Seperti yang kami jangka, seafood disini sangat segar dan harga pun sangat murah. Ya, murah lah jika dibandingkan dengan Semenanjung. Memang puas hatilah.

Keesokkan harinya kami pun menjelajah ke tempat-tempat yang menarik. 

Jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli adalah destinasi pertama kami. Jambatan yang sangat terkenal sehingga ada lagunya yang tersendiri. Perjalanan dari rumah ke Jambatan Tamparuli hanya memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja. Jalan yang dilalui pun lebih kepada jalan bandar/pekan, tersusun dan mempunyai 2 lorong di setiap hala. 

Berdekatan dengan Jambatan Tamparuli adalah pasar. Patung Beruang geram tengok sayur-sayuran seperti cili merah dan tomato yang sangat segar yang dijual dikaki lima pasar. 

Selepas mengambil gambar, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. 


Kinabalu National Park

Dari Jambatan Tamparuli, kami meneruskan perjalanan selama 1 jam 30 minit ke Kinabalu National Park, Ranau. Perjalanan ke Kinabalu National Park ini sangatlah mencabarnya kerana kita memanjat kawasan pergunungan, melalui Banjaran Crocker, jalan yang sempit serta selekoh yang sangat tajam. 

Jika di Semenanjung, ada orang cakap memandu di Karak sangat mencabar, jadi mereka patut cuba memandu ke Cameron Highland. Dan jika berjaya, mereka patut cuba memandu di Gerik-Baling. Dan percayalah, memandu di Banjaran Crocker ini berkali-kali ganda lebih mencabar dari Karak, Cameron Highland dan Gerik-Baling. Ok, ini adalah pendapat peribadi Patung Beruang berdasarkan pengalaman Patung Beruang sendiri ye... 


Disepanjang perjalanan itu kita akan nampak Gunung Kinabalu berdiri megah dihadapan ataupun di sebelah kita. 

Subhanaallah, cantik sangat pemandangannya. 





Alhamdulillah, oleh kerana hari tersebut adalah Public Holiday, jadi kenderaan berat seperti lori sangat kurang atau mungkin tiada langsung. Yang ada cuma kenderaan persendirian. Maka, pemanduan dirasakan agak selamat. 





Di Kinabalu National Park, setiap pengunjung akan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3 seorang. Sangat murah kan? 

Setelah membayar tiket, kami membawa kenderaan ke atas sekadar untuk melihat kawasan persekitaran, dan akhirnya berhenti di kawasan perhentian. 

Di sana, terdapat Mountain Garden yang sangat cantik, tetapi tidak boleh dimasuki kenderaan. Setiap pengunjung yang ingin memasuki taman pertanian tersebut, mestilah membayar tiket lain yang berharga RM4 seorang. Kami semua kecuali ayah bersetuju untuk menjelajah Mountain Garden ini. Ayah malas naik ikut sebab kena berjalan kaki, hehe.. So beliau hanya duduk di kawasan hentian tersebut menunggu kami.. 


Apa yang ada di Mountain Garden ini? 
Ia adalah taman pertanian, yang penuh dengan fauna yang cantik, berusia beratus tahun dan jarang didapati di tempat lain. Patung Beruang kagum dengan barisan orkid liar yang sangat cantik disini. Jarang-jarang dapat kita jumpa spesis orkid-orkid tersebut. Selain itu, disediakan juga bangku-bangku untuk pengunjung duduk berehat melepaskan lelah. Ada anak sungai yang jernih, mengalirkan air dari atas gunung. Malangnya, pengunjung tidak dibenarkan untuk turun ke anak sungai tersebut. Patung Beruang rasa atas faktor keselamatan kerana anak sungai tersebut dikelilingi dengan batu-batu yang nampaknya licin. Malah, di tepi-tepi sungai juga, tumbuhan-tumbuhan renek tumbuh meliar. 

Setelah puas menjelajah Mountain Garden, kami pun kembali semula ke kereta. 


Strawberry Garden Hotel, Ranau 

Setelah itu, kami pun meneruskan perjalanan ke Strawberry Garden Hotel, Ranau yang memakan masa lebih kurang 20 minit dari Kinabalu National Park. Oleh kerana masa ini kak chik dah penat drive, so Patung Beruang pun ambil alih jawatan driver dari dia, hehe..

Perjalanan dari Kinabalu National Park ke Strawberry Garden Hotel tidaklah terlalu mencabar. Cuma Patung Beruang rasa ngeri bila lalu di selekoh, dimana sebelahnya terus gaung. 

Di Strawberry Garden Hotel, kami ditempatkan di sebuah rumah 2 tingkat. Tingkat 1 menempatkan 1 katil double decker (bawah queen size dan atas single size), sebuah peti sejuk, dan juga living area. Tingkat 2 pula ada dapur, 2 bilik mandi & tandas, sebuah tv, 1 living area yang besar, 1 katil king size dan 2 katil single size. Malah, pihak hotel juga menyediakan katil lipat yang disusun beberapa buah ditepi dinding. Oleh kerana kami hanya 6 orang sahaja, maka abang & Iman selesa duduk tingkat bawah, Patung Beruang, kak chik, ibu & ayah ambil katil di tingkat 2. Basically, rumah ini mampu memuatkan 10  orang. Jadi, untuk kami yang ber enam ni, memang terlebih-lebih selesa lah. 

Oh ye, jangan terperanjat ye kerana rumah ini tidak disediakan kipas dan aircond. Tips berguna adalah sila bawa baju panas ataupun stokin yang tebal. Cuaca sangat sejuk terutama selepas pukul 6.30 petang. Walaupun kami dah tutup semua tingkap di sekeliling rumah, namun tetap tidak mampu menghalang angin sejuk dari masuk kedalam rumah tersebut. 

Perkara yang paling menyeksakan disini adalah pergi ke bilik air. Rasa nak menangis bila terkena air yang sejuknya macam air batu. Ye, memang ada disediakan heater tapi air tersebut hanya panas untuk tempoh beberapa saat dia keluar dari heater. Tatkala air tersebut mencecah lantai bilik mandi, hm... memang rasa macam pijak air batu lah ye.. 


Ini gambar dari tingkat atas rumah kami. Maaf lah, Patung Beruang lupa nak ambil gambar bahagian hadapan rumah. 

Gambar ini diambil ketika dalam pukul 3 petang macam tu. Boleh nampak awan penuh diatas dan rasa macam dekat saja. Saujana mata memandang, melihat banjaran gunung-ganang dihadapan mata.

Oh ye, lagi satu tips, Strawberry Garden Hotel ini selalu penuh. Jadi, digalakkan untuk menempah penginapan dengan awal. Untuk trip kami, Kak Chik dah tempah penginapan ini sebulan sebelum kami datang. Kalau main terjah walk-in je, memang takde harapan lah. Malah, masa kami sampai hari tu pun, ada beberapa keluarga yang walk-in untuk mencuba nasib mereka. Malangnya, tidak berhasil. 


Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang

Kini kami ingin menjelajah ke Desa Cattle Dairy Farm pula. Kali ini abang yang drive. Pemanduan ke Desa Farm agak mencabar sedikit. Kami kena menempuh Pekan Kundasang. Disana kami belok 1st junction di roundabout besar di Pekan Kundasang dan seterusnya menempuh kawasan kampung, naik turun bukit seperti kebiasaannya. 

Perjalanan dari Straberry Garden Hotel ke Desa Farm ini mengambil masa lebih kurang 20 - 25 minit. Desa Farm ini dibuka dari pukul 9 pagi ke 5 petang. 


Tiket masuk adalah RM5 seorang. Kenapa dalam gambar tu ada 3 keping tiket je?

Sebab... tiket yang lain Patung Beruang tersalah letak.. Jadi, abaikan lah ye..

Apa ada kat sini??


Hm.. Namanya pun dairy farm, so mestilah ada lembu... Heheh... Oklah, ini adalah kawasan ternakan lembu yang boleh lah kalau rasa nak feeling-feeling macam di New Zealand  (bukan Switzerland ye, heheh).. 

See... tempat dia betul-betul di kaki gunung. 
Gambar yang Patung beruang ambil tu menunjukkan puncak Gunung Kinabalu. 

Disini, lembu-lembu mereka cantik dan terjaga rapi. Jenis lembu yang tompok-tompok hitam putih tu. Lembu ini diternak untuk mendapatkan susunya. 

Selain melawat lembu-lembu ini, pengunjung juga boleh melihat proses penternakan sehinggalah proses memerah susu. 


Aktiviti yang paling menarik disini adalah bagi lembu makan rumput dan minum susu... Hoorayyyyyyy...

Mereka ada menjual rumput berharga RM1 seikat dan susu berharga RM1.50 sebotol kepada para pengunjung. 

So, Patung Beruang beli seikat rumput dan sebotol susu untuk diberikan kepada anak lembu yang tersedia didalam sangkar. 

Anak lembu ni jinak. Dia tahu je yang kita nak bagi dia makan. Cuma sebab Patung Beruang ni kan jarang jumpa lembu hidup depan-depan macam ni, so, gementar lah juga bila suapkan dia rumput tu.. 

Lagipun anak lembu ini mengunyah cepat sangat. Risau pula kalau-kalau dia tergigit jari Patung Beruang, adoiiiiiii.... Lepas dah bagi dia makan rumput, kita bagilah dia minum susu pula.. Happy tummy, heheh.. 

Selepas itu kami pun pergilah beli susu lembu yang telah siap di pack kan, yogurt dan puding untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. 

Susu yang diproses disini sangat sedap. Takde rasa muak dan tiada bau lembu langsung. Memang berbeza lah dengan susu yang biasa kita beli di pasaran. So next time kalau datang, boleh borong susu lagi. 


Poring Hot Spring

Waktu subuh di Sabah sangat awal berbanding di Semenanjung. Disini kami solat subuh pukul 4.45 - 5 pagi. Selepas Subuh, kami pun melihat matahari naik perlahan-lahan, dari rumah penginapan ini. 

Betul kata orang, melihat matahari naik di Kundasang adalah moment yang sangat indah. Dan diawal pagi inilah kita dapat lihat puncak Gunung Kinabalu dengan jelas, tanpa ditutupi awan. 

Subhanaallah, cantiknya, tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. 

Hari ini, destinasi kami adalah ke Poring Hot Spring. 

On the way ke sana, kami singgah di Pekan Ranau untuk bersarapan. 
Secara umumnya, Pekan Ranau lebih besar dari Pekan Kundasang. Dan ada lagi banyak pilihan tempat makan. 

Selepas melalui Pekan Ranau, jalan ke Poring Hot Spring lebih banyak jalan kampung. Pemanduan sangat lancar dan jalan pun cantik.

Akhirnya kami tiba di Poring Hot Spring pada pukul 9 pagi. Disini setiap pengunjung dikenakan bayaran RM3. 

Poring Hot Spring dibawah tanggungjawab pengurusan Kinabalu Park. Sebab itulah tiket masuk mereka sama saja. 

Disini disediakan beberapa kolam air panas yang boleh kita turun berendam sepuas-puas hati. Ada kolam untuk kanak-kanak, ada kolam untuk orang dewasa juga ada kolam-kolam kecil yang dibuat untuk 1 keluarga. Semuanya percuma. 

Selain itu, pihak pengurusan juga menyediakan bilik persendirian, yang dikenakan bayaran mengikut jam iaitu RM15 sejam. 

Oleh kerana kami semua ni dah dewasa, segan rasanya nak mandi di tempat terbuka macam tu. Jadi, kami pun terus menempah bilik persendirian untuk digunakan selama 3 jam. Oleh kerana masa masih awal, masih banyak lagi bilik persendirian yang kosong. Bolehlah kami pilih bilik yang kami suka.

Didalam bilik persendirian ini disediakan 2 kolam besar, sebelah menyebelah. Setiap kolam mempunyai 1 paip air panas dan 1 paip air sejuk. Turut disediakan adalah bangku untuk kita duduk dan letak barang, tempat menyangkut baju serta bilik mandi dan tandas. Kiranya, 1 bilik persendirian ni just nice untuk sebuah keluarga 6-8 orang. 

Honestly, kami rasa sangat selesa mandi didalam bilik persendirian ini. Tak perlu nak fikir soal aurat sebab hanya kita sekeluarga sahaja didalam bilik tersebut. Barang-barang peribadi pun ada depan mata. Bila penat mandi, boleh duduk makan dan minum. Lepas tu, sambung lah berendam semula. 

Selain dari kolam air panas, pengunjung juga boleh mandi air terjun. Tetapi kena jalan kaki dan panjat sikit. 

Tips jika pergi ke Poring Hot Spring ini, pastikan kita sampai awal. Bila sampai awal, pengunjung pun belum ramai, boleh lah kita pilih port yang sesuai, sama ada di kolam awam ataupun bilik persendirian. 

p/s: maaflah sebab Patung Beruang hanya kongsikan gambar tiket masuk Poring Hot Spring ni saja. Gambar lain tak boleh nak kongsi disini sebab sangat tidak sesuai, heheh... 


Pulang Semula ke Sepanggar

Selepas puas berendam di dalam kolam air panas, kami pun berkemas untuk beredar. Kali ini, Patung Beruang pula bertugas sebagai driver. Perjalanan dari Poring Hot Spring ke homestay kami di Sepanggar mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.

Oleh kerana hari tersebut adalah hari bekerja, pemanduan agak mencabar kerana kenderaan berat turut berada diatas jalan. Seperti dijangka skil pemanduan Patung Beruang benar-benar teruji tatkala melalui Banjaran Crocker. 

Bentuk muka bumi yang turun naik dan selekoh yang tajam, menuntut focus yang lebih dari pemandu. 

Tips yang boleh Patung Beruang kongsikan jika memandu disini adalah driver kena pandai main gear. 

Kenderaan yang Patung Beruang guna adalah semi-auto tranmission. Macam biasa ada mode D (gear 1 -4), mode 3 (gear 1-3) dan mode 2 (gear 1-2). Awal pemanduan Patung Beruang hanya guna mode D biasa. Tetapi tatkala melalui banjaran, Patung Beruang main mode 3 dan 2 sahaja. Sebabnya adalah tatkala kita naik bukit terutama yang curam, kita nak kenderaan lebih ringan supaya enjin tak menderam sangat. Bila turun pula, kita nak kurangkan tekan brek, because salah-salah brek, kenderaan boleh terbabas atau tergelincir. Taknak lah jadi turtle atau terjun gaung kan. So, ketika turun, jangan tekan minyak dan jangan tekan brek. Hanya kawal stereng sahaja. Dan tatkala momentum sedang tinggi, tanpa tekan minyak pun, kenderaan masih boleh naik bukit selari dengan teori fizik yang kita belajar di sekolah dulu. Itulah sebabnya kenapa Patung Beruang banyak main gear ketika memandu disitu. 


Penutup

Begitulah serba sedikit perkongsian Patung Beruang untuk percutian kami ketika Hari Raya. 

Patung Beruang focus pada destinasi di luar Kota Kinabalu kerana tidak semua orang berpeluang untuk sampai ke sini. Di Kota Kinabalu, banyak juga tempat menarik yang kami sampai. Seperti bandar besar lain di Semenanjung, KK tidak kurang hebatnya.

Seafood yang segar dan murah, ikan bilis mata biru yang murah, udang kering yang murah, bekalan kopi Tenom yang sangat sedap, mutiara yang cantik-cantik dengan harga yang berpatutan, penduduk yang ramah dan macam-macam lagi. 

Percutian kali ini kami tidak sempat pergi ke pulau kerana masa tidak mengizinkan. In shaa Allah, trip akan datang ke Sabah, kami akan ke pulau pula. Bila??? Rahsia.... 


Alhamdulillah, kami diberi peluang berkumpul satu family, menghabiskan masa bersama walaupun terpaksa berhari raya jauh dari kampung. Menyesal ke? Semestinya tidak. Sebab spend time dengan family itu lebih penting dari sambut hari raya di kampung. 

Raya tahun depan, secara umumnya dah ada beberapa destinasi dalam fikiran Patung Beruang. Tetapi destinasi diluar Malaysia lah pula. 

Tahun depan, kemungkinan besar Iman tak dapat balik Malaysia ketika raya. Tetapi jika kami pergi bercuti, Iman akan terus naik flight direct ke tempat percutian kami. Kak chik pula in shaa Allah tidak ada masalah untuk cuti raya sebab di hospital dia, ada je doctor yang non-muslim. So, tak perlulah nak berebut cuti. Patung Beruang pula, in shaa Allah memang tidak ada masalah untuk cuti lama sedikit. Cuma abang saja yang kami susah nak predict. Maklumlah, client dia ramai dari overseas. Orang kat luar negara tak kenal Hari Raya Aidilfitri. Yang pasti raya pertama n kedua, memanglah company dia cuti. Kalau nak lebih, kena pandai manage assignment dan client lah, huhu..

Takpe lah.. kita tinggalkan lah dulu cerita raya tahun hadapan ye. Nanti, bulan December ni, baru Patung Beruang confirm kan semula destinasi raya kami untuk 2017. Bila dah confirm, baru lah boleh nak booking flight ticket ke, hotel ke, susun itinerary ke dan macam-macam lagi. 

Sampai disini dulu.. Bye...  

2 comments:

  1. Byk sgt basically .... repeated words in paragraph shown your weakness in grammar..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt, terima kasih atas teguran. Insya Allah, akan berusaha untuk memperbaiki kekurangan atas setiap coretan saya disini. Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...