Sunday, January 31, 2016

Book Review: Beduk Diketuk Lagi, Volume 2

Tajuk: Beduk Diketuk Lagi, Volume 2

Penulis: 

  1. Ustaz Pahrol Mohd Juoi
  2. Kartunis Nik Wafdi
Menariknya Buku Ini:

Buku Beduk Diketuk Lagi, Vol. 2 (BDL) ini sebenarnya telah Patung Beruang sudahkan pembacaannya beberapa bulan yang lepas. Lepas habis baca je, Patung Beruang terus simpan buku ini dikampung. Itulah sebabnya Book Review untuk buku ini agak lambat sedikit. Maaf lah ye... :) 

Ustaz Pahrol membuka pengembaraan BDL ini dengan kisah seorang pakcik pemandu teksi yang sangat menyayangi pekerjaannya. Beliau memahami konsep bekerja itu adalah satu ibadah. Dimana jika kita bekerja kerana mengarapkan ganjaran dan imbuhan, kita akan berhenti setelah mendapatnya. Tetapi jika kita mengaggap pekerjaan kita itu satu ibadah, kita akan terus melakukannya dengan senang hati kerana kita sedar, ibadah itu tiada pencen. Beliau sedar yang beliau tiada kepandaian lain selain dari memandu teksi. Maka, beliau meneruskan pekerjaan beliau dengan harapan beliau dapat memberi manfaaf kepada manusia lain, selari dengan hadis Rasulllah s.a.w. Aktiviti sehariannya dimulakan seawal pagi selepas subuh agar beliau boleh habis kerja awal, dan menumpukan pada aktiviti pengisian rohani diwaktu malam. Subhanallah, beliau ini mengamalkan apa yang disebut didalam Al-Quran, 
"Maka apabila engkau telah selesai (daripada satu urusan) bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)"

Begitu kisah seorang pemandu teksi biasa yang sangat luar biasa didalam Beduk 1: Hati Seorang Pemandu Teksi.

Perasan tak kita, sekarang ni setiap kali solat sunat Aidilfitri atau Aidiladha, pasti masjid akan sentiasa dipenuhi dengan ramai jemaah yang datang. Tua muda, lelaki dan wanita, kanak-kanak dan remaja, semuanya excited datang memeriahkan rumah Allah.  Tetapi, yang menghairankan, pada hari yang sama, jemaat solat Subuh dan Zohor sangat berkurangan. Seolah-olah seperti jemaah yang datang untuk solat Sunat itu, tiba-tiba muncul di mukim tersebut bagi memeriahkan solat Sunat. Dan selepas itu, semuanya menghilang secara tiba-tiba.  Sedih bukan kerana ia kelihatan seperti kita lebih mengutamakan berjemaah untuk solat Sunat berbanding berjemaah untuk solat Fardhu yang lebih digalakkan oleh Yang Maha Esa dan Rasulullah s.a.w.  

Ketika khutbah sedang dibacakan, berapa ramaikah jemaah yang khusyuk mendengar intipati khutbah yang disampaikan? Biasa saja kita melihat jemaah leka menatap smartphone masing-masing, atau berbual dan bertegur sapa sesama sendiri juga sedang terlentuk-lentuk menahan ngantuk. Jika begini lah sikap kita, tercapaikah matlamat sebenar solat Sunat dan penyampaian khutbah itu? 

Jemaah yang hadir kesemuanya berpakaian cantik dan kemas belaka, bersopan santun dan menutup aurat. Tetapi adakah aurat tersebut tetap terjaga setelah selesainya solat Sunat Aidilfitri atau Aidiladha? Adakah auratnya masih terpelihara tatkala kaki ini melangkah keluar dari masjid?  Adakah aurat itu tertutup hanya kerana destinasinya adalah masjid sedangkan apabila keluar ke tempat lain, aurat dibuka dengan sewenang-wenangnya dengan alasan fesyen? Jika begitu lah yang terjadi, kita ini sedang mempermain-mainkan hukum yang Allah telah tetapkan kepada hamba-Nya.  Begitulah serba sedikit persoalan yang dilontarkan oleh penulis dalam Beduk 2: Sendi Agama Itu Syariat. Bukan Adat

Beduk 4: Menutup Aurat Tetapi Hati Jahat pula membawa kita kepada persoalan mengapa terdapat segelintir wanita yang sangat baik, jujur dan amanah, tetapi auratnya masih tidak terjaga dengan sempurna. Namun, terdapat juga wanita yang menutup aurat seperti yang disyariatkan, tetapi tingkah laku dan kata-kata yang keluar dari mulutnya tidak menggambarkan ciri-ciri seorang muslimah yang baik. Kata-katanya penuh dengan dusta dan fitnah, suka mengadu domba, mengumpat dan mencaci orang lain hatta ahli keluarga sendiri. Alangkah sedihnya melihat insan sebegini kerana dia sebenarnya sedang menipu orang disekeliling dan lebih malang lagi, dia juga sedang menipu diri sendiri. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, Alhamdulillah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak. Itu yang perlu dilaksanakan. Tiada gunanya kita mendapat pahala kerana menutup aurat, tetapi dalam masa yang sama kita juga mendapat dosa kerana mengumpat dan menfitnah orang lain. Maka, akhirnya apakah bekalan yang tinggal untuk dibawa mengadap Yang Maha Esa? Sia-sia sahaja hidup didunia ini berpuluh tahun jika akaun akhirat kita berjumlah kosong ataupun lebih malang lagi, negatif .. Nauzubillah min zalik.. 

Beberapa tahun lepas, umat Islam di Malaysia digemparkan dengan kisah penemuan DNA babi dalam coklat jenama terkenal. Apa lagi, semua orang berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan, menyuarakan amarah kepada syarikat pembuat coklat juga kepada agensi yang mengawalselia status HALAL di negara ini. Kemuncaknya jualan coklat jenama tersebut jatuh merudum. Terlalu ketara kesan boikot yang dijalankan oleh umat Islam dinegara ini. Ye, dalam soal makan minum, "babi" adalah satu nama yang sangat digeruni oleh umat Islam kerana status Haramnya. 

Tetapi yang anehnya, umat Islam yang galak memboikot jenama coklat ini, adalah orang yang sama, yang sering mencuri tulang dan curi masa dipejabat. Mereka adalah orang yang sama yang memberi dan menerima rasuah. Mereka orang yang sama yang sanggup menipu tender, sanggup menggadaikan kualiti projek, membazirkan duit rakyat hanya kerana tuntutan untuk mengisi kantung sendiri dengan sepenuh-penuhnya. 

Pelik bukan? Rasuah itu diberi dan diterima dengan sewenang-wenangnya. Duit yang sama digunakan untuk memberi anak isteri makan. Duit yang sama diberikan juga kepada ibu bapa dikampung. Duit yang sama digunakan untuk membeli kereta atau rumah, melancong didalam atau ke luar negara. 

Tetapi, mengapa kita tak galak untuk memboikot gejala rasuah sebagaimana kita galak memboikot coklat yang didakwa mengandungi DNA babi?? Mungkin bagi kita rasuah itu lebih bersih dari babi... atau mungkin juga kerana ia sudah sebati dengan kita sehingga kita rasa tidak bersalah walau sekelumit. Beduk 34: DNA Rasuah vs DNA Babi. 


Akhir kata, buku BDL Vol.2  ini sebenarnya mengandungi 36 kisah yang menarik untuk tatapan kita. Ia mengupas cara kehidupan seharian kita, perilaku kita, pemikiran dan juga level iman kita. Bagi Patung Beruang, volume 2 ini lebih menarik dan lebih sedap dari volume 1 dulu. Tahniah Ustaz Pahrol kerana berjaya menghasilkan buku yang santai tetapi sangat bermanfaat dan menjentik pemikiran dan emosi pembaca. Kartun-kartun karya Nik Wafdi yang menghiasi setiap kisah didalam buku ini pula sangat bersesuaian dengan kisah yang disampaikan, mencuit hati dan memberikan nilai santai pada buku ini. Buku yang menarik dan bagus untuk dikongsi dengan pembaca diluar sana :)

Sunday, January 17, 2016

Book Review: The Time Keeper

Tajuk: The Time Keeper 

Penulis: Mitch Albom

Menariknya Novel Ini:


The Time Keeper adalah karya Mitch Albom yang ketiga yang Patung Beruang baca setelah For One More Day dan Tuesdays With Morrie

Mitch Albom termasuk dalam senarai penulis kegemaran Patung Beruang bersama-sama dengan Tony Parsons, Jeffrey Archer dan Richard Paul Evans. Setiap mereka ada genre tersendiri, gaya penulisan tersendiri dan juga keunikan yang tersendiri. 

The Time Keeper mengandungi beberapa watak penting, seperti Dor, Alli, Sarah Lemon dan Victor Delamonte.

Di suatu waktu dahulu, dimasa masa belum lagi diukur oleh manusia, jam tidak lagi dicipta, kehidupan dan aktiviti manusia hanya berpandukan kepada terbit dan terbenamnya matahari. Di suatu tempat, terdapat sepasang kanak-kanak lelaki, bernama Dor dan kanak-kanak perempuan yang bernama Alli. Dor seorang kanak-kanak yang pintar dan unik. Dor sangat obses dengan nombor dan baginya nombor adalah sesuatu yang baru dan pelik pada zamannya. 

Selain Dor dan Alli, terdapat juga Nim, seorang kanak-kanak lelaki yang gagah dan tegap hasil dari latihan fizikal yang dialaminya setiap hari apabila membantu ayahnya mengangkut batu-bata. Disebabkan fizikalnya itu, Nim sangat obses dengan kuasa. Baginya, kuasa adalah segala-galanya di muka bumi ini. 

Masa berlalu dan ketiga-tiga kanak-kanak ini membesar. Dor dan Alli berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Obsesi Dor kepada nombor dan masa makin terserlah. Dor telah mencipta ukuran yang boleh digunakan untuk mengukur masa, mencipta jam, menyukat cecair, mencipta kalendar serta banyak lagi ciptaan lain. 

Nim pula telah menjadi kaya-raya dan mempunyai ramai hamba abdi. Nim mula membina sebuah menara yang besar dan tinggi. Tujuan menara tersebut dibina adalah agar Nim boleh berjumpa dengan Tuhan dan berlawan dengan Tuhan dimana Nim berpendapat jika dia menang, dia boleh memerintah seluruh alam ini.

Nim mengajak Dor untuk menyertai pasukannya kerana kebijakkan Dor. Namun, pelawaan tersebut ditolak Dor secara baik. Penolakan tersebut menyebabkan Nim menyuruh Dor keluar dari penempatan mereka bagi mengelakkan dari Dor ditangkap oleh askar-askar Nim dan seterusnya dipaksa bekerja di menara tersebut. 

Dor dan Alli pun keluar dari penempatan mereka dan meninggalkan anak-anak mereka dengan ibu bapa Dor. Mereka mengembara jauh bagi mencari penempatan baru, sesuai dengan pesanan Nim. Tidak berapa lama, Alli jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. 

Kematian Alli sangat menyedihkan Dor. Dor berlari dan terus berlari sehingga akhirnya dia sampai di menara yang dibina oleh Nim dan orang-orangnya. Target Dor cuma satu. Iaitu panjat menara tersebut dan seterusnya pergi ke Syurga, untuk berjumpa dengan Alli. 

Dor panjat dan terus memanjat menara tersebut sehinggalah dia sampai ke satu tempat yang tinggi dan tiada siapa pernah sampai disana. Dia akhirnya tertidur kepenatan dan hanya tersedar, mendapati dia berada di dalam sebuah gua. 

Didalam gua, kehidupan Dor tidak berpenghujung dan dia keseorangan. Dor mendengar terlalu banyak suara-suara manusia dari pelbagai arah, yang meminta masa sama ada masa yang lebih atau, masa yang pendek. Dan yang menghairankan, sepanjang masa itu, Dor tidak dimamah usia.  Dimanakah Dor sebenarnya pada masa itu???

Di suatu tempat, pada zaman sekarang, Sarah Lemon, pelajar bijak dari jurusan Sains, sedang bersiap-siap untuk keluar berjumpa Ethan, pelajar lelaki yang menjadi rebutan di sekolah mereka. Sarah sudah lama berminat dengan Ethan tetapi tidak pernah mendapat peluang untuk berkenalan. Namun, rupa-rupanya Ethan sering hadir ke Pusat Komuniti yang sama dengan Sarah, untuk memberi makan kepada gelandangan. 

Sering berjumpa di Pusat Komuniti membuatkan mereka mula bertegur-sapa. Dan akhirnya, Ethan mempelawa Sarah untuk keluar bersama pada waktu malam. Pelawaan yang amat Sarah nantikan selama ini. 

Perhubungan Sarah dan Ethan tidak berjalan lancar. Ethan tidak pernah berniat untuk berkawan secara serius dengan Sarah. Malah Ethan berkawan dengannya hanya bagi menyahut cabaran rakan-rakan disekolah. Sedangkan Sarah pula terlalu obses dengan Ethan sehingga sanggup menghabiskan wang sakunya untuk membeli hadiah Krismas buat Ethan. 

Setelah Sarah mengetahui muslihat Ethan yang sebenar, Sarah merasa sangat kecewa. Ditambah dengan tekanan dan buli dari rakan-rakan sekolah mereka. Akhirnya, pada malam tahun baru, Sarah nekad untuk membunuh diri. 

Di suatu tempat yang lain, Victor Delamonte,  orang ke-14 terkaya di dunia, berumur pertengahan 80-an, sedang menghitung hari-hari terakhirnya. Doctor mengesahkan Victor mengalami ketumbuhan dan masa yang ada untuknya terlalu singkat. 

Victor merasakan yang dia perlu mencari jalan untuk membeli nyawanya dengan duit dan harta yang dia ada. Oleh itu, Victor nekad untuk menjalankan proses sejuk beku keatas jasadnya dan seterusnya disimpan didalam tangki yang berisi dengan cecair nitrogen. Jasadnya akan terus tersimpan didalam tangki tersebut sehinggalah pada masa akan datang, apabila teknologi manusia telah maju untuk menghidupkan semula jasad yang disimpan. 

Victor nekad untuk menjalani prosedur tersebut pada malam tahun baru.

Pada masa yang sama, Dor telah berada di bumi. Tugas utama Dor adalah mencari Sarah Lemon dan Victor Delamonte, serta menyedarkan mereka betapa pentingnya masa yang mereka ada. Dan betapa mereka tidak sepatutnya melawan takdir mereka sendiri. 

Dapatkan Dor berjumpa dengan kedua-dua watak ini?

Adakah malam tahun baru yang sepatutnya menjadi malam terakhir buat Sarah dan Victor, akan berakhir dengan sebaliknya? 

Dan, mengapa Dor digelar Time Keeper sedangkan asalnya dia hanyalah manusia biasa, sama seperti Alli, Nim dan lain-lain? 



Ok, Patung Beruang rasa cukup sampai sini dulu coretan berkenaan The Time Keeper ini. Mata pun dah ngantuk. Esok nak kerja. So, better Patung Beruang tidur dulu ye. Good night.... :)

Million Years Ago

I only wanted to have fun
Learning to fly learning to run
I let my heart decide the way
When I was young 
Deep down I must have always known 
That this would be inevitable
To earn my stripes I'd have to pay
And bare my soul


I know I'm not the only one
Who regrets the things they've done
Sometimes I just feel it's only me 
Who can't stand the reflection that they see
I wish I could live a little more
Look up to the sky not just the floor
I feel like my life is flashing by 
And all I can do is watch and cry
I miss the air I miss my friends
I miss my mother I miss it when
Life was a party to be thrown
But that was a million years ago


When I walk around all of the streets
Where I grew up and found my feet
They can't look me in the eye
It's like they're scared of me
I try to think of things to say 
Like a joke or a memory
But they don't recognize me now
In the light of day


I know I'm not the only one 
Who regrets the things they've done
Sometimes I just feel it's only me
Who never became who they thought they'd be
I wish I could live a little more
Look up to the sky not just the floor
I feel like my life is flashing by
And all I can do is watch and cry
I miss the air I miss my friends
I miss my mother I miss it when 
Life was a party to be thrown
But that was a million years ago

A million years ago




p/s: Patung Beruang simply fall in love when first time heard this song. Nice acoustic, deep melody and just suit with Adele vocal cord. This song is keep playing in my mind hence, Patung Beruang decide to share the lyric here. So, whoever wants to listen this song, you can find her live performance in Youtube... Adios.. :) 

Book Review: Isabella

Tajuk: Isabella

Penulis: Abdul Latip Talib

Sinopsis Novel Ini:

Di Wilayah Castilia, Isabella adalah puteri kepada Raja Don Juan II dan permaisuri Dona Isabella. Kelahiran Isabella disambut dengan meriah dimana Raja Don Juan II memerintahkan agar diadakan keramaian, dimana rakyat jelata dijamu dengan pelbagai makanan dan minuman, para pembesar istana, menteri dan ketua tentera pula akan diberi hadiah.

Namun, dalam kegembiraan Raja Don Juan II menyambut kelahiran Isabella, Castilia sebenarnya sedang kritikal dengan masalah kewangan mereka. 

Oleh kerana ingin mengadakan keramaian seperti yang dititahkan oleh Raja Don Juan II, para pembesar istana terpaksa mengutip cukai lebih daripada rakyat Castilia yang kebanyakkan adalah golongan petani, penternak dan peniaga. 

Dona Isabella adalah isteri ke-2 Raja Don Juan II. Isteri pertama bernama Maria dan perkahwinan Raja Don Juan II dan Maria hanya dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Raja Enrique. Setelah Maria meninggal dunia, barulah Raja Don Juan II memperisterikan Dona Isabella. 

Tidak berapa lama selepas kelahiran Isabella, Donna Isabella mengandung lagi dan selamat melahirkan seorang putera pula, yang diberi nama Alfonso. Maka, kini Raja Don Juan II mempunyai 2 putera dan seorang puteri. 

Namun, pada usia 48 tahun, Raja Don Juan II jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Setelah itu, Raja Enrique ditabalkan sebagai raja. Dan perlantikan ini tidak dipersetujui oleh Donna Isabella yang mengharapkan agar anaknya, Isabella ataupun Alfonso yang menjadi raja. 

Perkara pertama yang dilakukan oleh Raja Enrique setelah menaiki takhta adalah dengan memaksa Dona Isabella dan kedua-dua anaknya mendiami istana lama yang terletak di belakang istana baru, serta melengah-lengahkan pembacaan wasiat Raja Don Juan II walaupun sering didesak oleh Dona Isabella. 

Setelah pembacaan wasiat Raja Don Juan II dijalankan, Dona Isabella dan anak-anaknya diminta berpindah sekali lagi. Kali ini mereka diarahkan menetap di  Arevalo, sebuah ladang pertanian keluarga mereka.

Raja Enrique pernah berkahwin sebelum kemangkatan Raja Don Juan II. Isteri pertama beliau adalah Blanca Navarre. Namun, perkahwinan tersebut hanya bertahan seketika. Setelah ditabalkan menjadi pemerintah Castilia, Raja Enrique berkahwin sekali lagi iaitu dengan Juana, adik kepada Raja Alfonso V Portugal. Juana kemudiannya dikenali sebagai Ratu Juana.  

Pada awal pemerintahannya Raja Enrique, beliau disanjung oleh rakyat jelata kerana beranggapan Raja Enrique tidak sezalim bapanya. Namun, pemerintahan Raja Enrique semakin berubah, ekonomi negara semakin meleset dan rakyat mula memberontak. Dalam masa yang sama, Ketua Bishop Toledo iaitu Alfonso Carrillo de Acuna mula berpakat dengan Alberto, pengikutnya untuk menjatuhkan Raja Enrique dengan cara mendapatkan sokongan Isabella dan Alfonso. Ini kerana, Carillo dan Alberto menyedari yang hubungan Raja Enrique bersama dengan ibu tiri dan dua adik tirinya adalah tidak baik. 

Perancangan Carillo dan Alberto tersebut sampai ke telinga Raja Enrique. Oleh itu, Raja Enrique merampas hak penjagaan Isabella dan Alfonso dari Dona Isabella dengan alasan Dona Isabella tidak waras, maka tidak layak menjaga anak-anaknya. Maka, bermulalah kehidupan Isabella dan adiknya di Segovia, sebuah kediaman yang besar dan cantik berbanding kediaman mereka di Arevalo. Isabella juga diberi pengasuh yang bernama Clara. 

Kedua beradik ini mula menjalani kehidupan seperti puteri dan putera raja yang sebenar. Isabella diberi pendidikan asas seperti membaca, mengeja, menulis, tatabahasa, matematik, seni, catur, menari, sulaman, muzik dan keagamaan. Dia juga mempelajari kraftangan dan hal ehwal rumahtangga. Alfonso pula diajar berkenaan dengan hal ehwal politikyang berlaku dalam kerajaan. Isabella mula gemar membaca dan begitu menikmatinya minatnya itu. 

Kehidupan Isabella dan Alfonso tidak seindah yang disangka. Isabella melihat kecurangan Ratu Juana sehingga Ratu Juana melahirkan anak perempuan, yang diberi nama Puteri Dona Juana. Taraf Isabella sebagai pewaris dinafikan apabila Raja Enrique melantik Puteri Dona Juana sebagai pewaris takhta. 

Selain itu, Raja Enrique merancang untuk menjodohkan Isabella dengan Giron, seorang Penguasa Calavatra yang kejam dan zalim. Tujuannya adalah untuk memulihkan keadaan politik yang sedang bergolak dimana pihak pemberontak sedang berusaha untuk menjatuhkan Raja Enrique. Sebenarnya Giron bukanlah calon suami yang terbaik untuk Isabella memandangkan karektor beliau yang kasar, kurang ajar, pengamal rasuah dan sangat terkenal dengan kejahatannya. Namun, Raja Enrique tiada pilihan dan perkahwinan tersebut diteruskan. Isabella sangat kecewa dengan keputusan abangnya. Namun, beberapa hari sebelum perkahwinan mereka, Giron jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia.  
Selepas itu, Raja John, pemerintah Aragon berhasrat untuk mengahwinkan puteranya iaitu Raja Ferdinand dengan Isabella bagi mengukuhkan ikatan 2 negara iaitu Aragon dan Castilia. Hasrat tersebut disokong sepenuhnya oleh Carillo, Ketua Bishop Toledo dan dipersetujui oleh Isabella. Malangnya rancangan ini ditentang oleh Raja Enrique, kerana beranggapan ia akan membuka peluang Isabella untuk merebut takhta darinya. 

Perkahwinan Isabella dan Raja Ferdinand tetap diteruskan dan dengan itu, Raja Enrique mula dingin dengan adik tirinya. Maka, bermulalah kehidupan Isabella sebagai isteri kepada pewaris takhta Aragon. 

Raja Enrique mula mengancam Isabella atas kedegilannya tersebut. 

Adakah Castilia dan Aragon akan berperang kerana perkahwinan tersebut?

Atau Isabella akan berpindah ke Aragon, menetap disana dan melupakan sahaja asal usulnya di Castilia? 

Dalam masa yang sama, adakah rakyat akan mempertikai status Puteri Dona Juana walaupun Raja Enrique telah melantiknya sebagai pewaris yang sah? 



Membaca novel Isabella ini membawa kita ke abad 14 dimana pada masa itu kehebatan sesuatu kerajaan itu diukur dengan besar dan hebatnya angkatan tentera mereka, peperangan antara satu wilayah dengan wilayah lain berlaku akibat perebutan takhta dan kuasa, dan ancaman pemberontak yang sentiasa ada untuk menjatuhkan kuasa monarki. 

Walaupun Isabella dilahirkan sebagai seorang puteri raja, tetapi kehidupannya tidak seperti puteri raja didalam Fairy Tales. Kematian ayah, dipisahkan dengan ibu ketika masih kecil, menghadapi kematian adiknya, Alfonso, dikhianati oleh abang tirinya, Raja Enrique membuatkan Isabella menjadi seorang puteri yang tabah. Ketua Bishop Toledo, Carillo sentiasa menyokong Isabella sehinggalah pada suatu masa, Carillo sendiri berpaling meninggalkannya apabila merasakan Isabella lebih banyak mendengar nasihat suaminya, Raja Ferdinand berbanding dirinya. Sokongan Carillo kepada Isabella sebenarnya lebih kepada untuk memastikan dirinya mendapat kuasa mutlak jika pada suatu hari Isabella diangkat menjadi Ratu. Betapa, manusia itu adakalanya memang tidak ikhlas dalam membuat kebaikkan sesama manusia.... 

Book Review: Honor Among Thieves

Tajuk: Honor Among Thieves

Penulis: Jeffrey Archer

Cerita Patung Beruang:

Nampaknya, ini adalah Book Review yang pertama dari Patung Beruang dari tahun 2016 ini.

Maaflah sebab Patung Beruang dah jarang update. Material banyak, idea pun banyak, tapi dengan kekangan masa dan juga Cik Las yang menguasai diri ini, akhirnya blog ini macam terbiar seketika, huhu..

Ok, azam tahun baru, nak baca buku lebih banyak dari tahun lepas dan nak tulis book review lebih banyak. Dan sekarang ni, selepas Honor Among Thieves, ada lagi 6 buah buku yang Patung Beruang dah habis membaca dan perlu ditulis book review..... huhuhu..  Harap-harap Patung Beruang boleh selesaikan kalau tak semua, separuh pun jadilah book review tersebut hari ni juga.. Gambate!!!!  :)

Menariknya Novel Ini:

Ini adalah novel ke-3 karya Jeffrey Archer yang Patung Beruang selesai menikmati. Dan seperti novel-novel Archer sebelum ini, Patung Beruang seronok mengikuti pengembaraan beliau dari satu plot ke plot yang lain, dari satu watak ke watak yang berikutnya. 

Basically, Honor Among Thieves mengisahkan 2 watak utama iaitu Scott Bradley, seorang professor di Yale dan juga undercover CIA serta Hanna Kopec, seorang bekas model yang pada masa ini bertugas sebagai Agen Mossad. 

Novel ini mengambil laterbelakang tahun 1993 dimana pada masa itu konflik antara Saddam Hussein di Iraq dan Amerika sedang berada di kemuncaknya. 

Saddam Hussien merancang untuk memalukan Amerika dengan cara mencuri American Declaration of Independence yang disimpan di Arkib Negara dan membakarnya dihadapan public dengan disaksikan oleh media tempatan dan antarabangsa, pada 4 July. Kenapa tarikh 4 July yang dipilih? Ini adalah kerana tarikh tersebut adalah Independence Day untuk Amerika. 

Untuk memastikan cita-citanya tercapai, mereka mendapatkan bantuan dari Antonio Cavalli, seorang peguam dan juga mafia di New York dengan bayaran $100 juta.

Dalam masa yang sama, Hanna Kopec terlibat dalam rancangan untuk membunuh Saddam Hussien. Selain dari meneruskan misi Mossad, Hanna mempunyai dendam peribadi terhadap Saddam kerana membunuh ahli keluarganya pada suatu masa dulu. 

Scott Bradley pula telah ditugaskan oleh CIA untuk menjejak Hanna melalui Paris. Scott berjaya menemui Hanna dan beriteraksi dengannya. Dalam masa yang singkat, mereka berdua saling jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, disebabkan salah faham mengenai identiti Scott, Hanna telah membunuhnya dengan meletakkan racun didalam minuman atas arahan Mossad, di kediaman Scott sendiri.

Tanpa pengetahuan Hanna, Scott berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke Amerika. 

Sekali lagi, Scott ditugaskan oleh CIA tetapi kali ini untuk mendapatkan American Declaration of Independence, yang pada masa tersebut telah jatuh ke tangan Saddam Hussien, dan membawa Declaration tersebut pulang ke Amerika sebelum 4 July. 

Dalam masa yang sama, Hanna telah berjaya masuk ke pejabat Saddam Hussien, dengan menyamar sebagai salah seorang pekerja disana. Dan Hanna mengetahui perancangan mereka untuk membakar Declaration tersebut dihadapan public apabila beliau ditugaskan untuk menaip minit mesyuarat oleh pegawai atasannya. Hannah memaklumkan kepada Mossad butir-butir perancangan tersebut. 

Tidak berapa lama selepas itu, Hannah telah ditangkap oleh orang-orang Saddam dan dikurung. Rupa-rupanya, gerak geri Hannah selama ini memang telah diperhatikan. Dan mereka juga telah menghidu perancangan Mossad untuk membunuh Saddam Hussien.



Archer memang tidak pernah gagal untuk memberi kejutan kepada pembacanya. Kali ini, kejutan timbul apabila American Declaration of Independence yang berada di tangan Saddam Hussien itu, sebenarnya adalah versi yang palsu. Hanya ada satu kesilapan kecil sahaja yang tiada siapa pun sedari kecuali Calder Marshall dan Dollar Bill. Dollar Bill adalah individu yang bertanggungjawab untuk menulis/mencipta semula Declaration yang palsu untuk digantikan dengan versi yang asal di Arkib Negara. Dan Dollar Bill juga adalah individu penting di dalam team Antonio Cavalli. 

Persoalannya, siapa yang memegang Declaration yang asli? Bukan lagi di Arkib Negara dan juga bukan lagi di tangan Saddam Hussien? 

Bermakna, selama ini CIA, Mossad, Scott dan Hanna hanya membuang masa dan merisiko kan nyawa mereka dengan mengejar salinan yang palsu.

Bermakna, selama ini juga mereka sebenarnya ada musuh lain yang tidak diketahui. 

Selain itu, kenapa Dollar Bill sanggup mengkhianati Antonio apabila beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan CIA? Sedangkan semua ahli kumpulan Antonio telah mendapat imbuhan yang lumayan, setelah mereka berjaya menyerahkan Declaration yang dicuri dari Arkib Negara kepada Saddam Hussien. 

Dengan masa yang semakin singkat (sebelum 4 July), dapatkah mereka mencari Declaration yang asal dan bawa pulang ke Amerika untuk dikembalikan semula ke Arkib Negara? 

Adakah Hanna akan kekal menjadi tawanan Saddam Hussien ataupun dihukum bunuh apabila misi sebenar beliau berada disana, terbongkar? 

Oklah, Patung Beruang tak nak berkongsi disini jawapan-jawapan diatas. Kalau nak tau lebih lanjut, kenalah baca novel ini ye.. Bye.. :)

Monday, January 4, 2016

Meniti Tahun Baru, Menikmati Kehidupan Yang Makin Hampir Ke Penghujung

Assalamualaikum wbt...

Ini adalah catatan pertama Patung Beruang untuk tahun 2016 ini. Betapa masa begitu mencemburui kita. Rasanya baru saja semalam Patung Beruang menyambut kedatangan 2015. 

Tahun baru sinonim dengan azam baru. Semua orang berlumba-lumba membentangkan azam baru mereka. Adakalanya, tidaklah baru mana pun. Mereka hanya recycle sahaja azam mereka tahun-tahun lepas, yang tidak tercapai. Hehe.. kelakar bukan?

Bagi Patung Beruang pula, tahun baru sebenarnya bukanlah sesuatu yang perlu diraikan, dengan besar-besaran pun. Ya, syukur Alhamdulillah, kerana Allah swt masih lagi beri kita peluang untuk menghirup udara segar di bumi bertuah ini. Masih lagi berpeluang menikmati alam semulajadi yang menghijau, berinteraksi dengan makhluk Allah yang lain, dan mengutip secebis pengalaman hidup buat bekalan dikemudian hari.

Tetapi, tahun baru juga bermakna umur yang makin bertambah. Dan indirectly, ia juga menunjukkan yang kehidupan ini makin hampir ke penghujungnya. Dimanakah penghujungnya? Sebentar lagi kah? Esok kah? Lusa kah? Minggu hadapan? Bulan hadapan? Atau mungkin tahun-tahun yang mendatang? Hanya Allah swt sahaja yang tahu. 

Jadi, jika kita meneliti semula objektif sebenar kehidupan kita ini iaitu untuk mencari keredhaan Allah swt dan juga menghuni Syurga-Nya yang abadi, kita akan sedar bahawa Syurga itu mahal harganya. Terlalu banyak pengorbanan dan persediaan yang mesti dilakukan. Dan persediaan dan pengorbanan tersebut mestilah dibuat ketika kita masih hidup dan mampu bernafas dengan selesa ini, bukannya apabila sudah berpindah ke alam barzakh. 

Oklah, Patung Beruang pun tak nak bercerita panjang. Cukuplah sekadar ini walaupun dalam kepala ini ada banyak idea yang ingin dilontarkan. In shaa Allah, ada kesempatan nanti Patung Beruang akan menulis lagi ye.

Semoga tahun 2016 ini membawa lebih kejayaan, kebahagian dan keceriaan buat kita, di dunia dan akhirat. Moga kita menjadi hamba-Nya yang disayangi dan dirindui oleh Allah swt, para malaikat dan para Rasul-Nya. Dan moga hidup kita memberi impak yang positif kepada orang disekeliling kita. Amiinn.... 

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...