Monday, August 31, 2015

Book Review: Syahadah Gadis Ateis

Tajuk: Syahadah Gadis Ateis


Penulis: Imran Haaz



Ceritanya Patung Beruang:

Novel ini mengambil masa selama setahun untuk Patung Beruang sudahkan pembacaan. Lama betul kan? Kenapa ye? Novel ini tak menarik kah?

Sebenarnya, Patung Beruang start baca novel ini somewhere in May last year. However, after a few months read it, I lost this novel. Actually buku ni tak pergi mana pun, cuma terselit di tempat duduk belakang dalam kereta. Bulan puasa hari tu, baru lah Patung Beruang berpeluang untuk habiskan pembacaan. 

Menariknya Novel Ini:
Syahadah Gadis Ateis (SGA) membawa pembaca mengembara selama 1 malam. Mengambil latar belakang tahun 1997, SGA didukung oleh 2 watak utama iaitu seorang mahasiswa universiti, Nizam dan juga seorang gadis Melayu, Rini. Nizam dan Rini berkenalan apabila mereka duduk bersebelahan didalam keretapi untuk perjalanan ke utara. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang tidak terlalu dirasakan kerana kedua-duanya sibuk berbahas mengenai konsep ketuhanan dan Islam. 

Rini adalah seorang gadis Ateis yang merasakan Tuhan tidak menyayangi dirinya akibat musibah yang siling berganti datang menimpanya. Pemergiannya ke Utara adalah untuk berjumpa seseorang yang bakal merubah hidupnya. 

Nizam pula seorang pelajar Universiti yang gemar mengkaji agama-agama yang ada didalam dunia ini. Dan kajiannya itu membuatkan beliau semakin yakin yang agama Islam adalah agama yang terbaik di muka bumi ini dan Allah adalah satu-satunya Tuhan yang dilayak disembah oleh semua makhluk yang ada. 

Perkenalannya dengan Rini memberi cabaran kepada mindanya apabila Rini seringkali memperkecilkan hukum-hukum Allah yang terkandung didalam Al-Quran. Malah, Rini juga dengan yakin menyatakan sebenarnya segala yang berlaku adalah terjadi dengan sendirinya, bukan dengan kehendak Tuhan. Rini banyak berhujah berdasarkan fikiran logik dan emosinya. 

Berjayakah Nizam mengubah pemikiran Rini, menariknya kembali ke agama Islam dan percaya kepada Allah swt? Adakah Nizam seorang lawan yang bagus untuk mematahkan segala hujah Rini atau akhirnya dia sendiri akur dengan ilmunya yang tidak seberapa? Apa tujuan sebenar Rini pergi ke Utara? Dan siapa pula insan yang sedang menantinya disana? 

SGA adalah novel yang padat dengan fakta bukan sahaja dari sudut agama Islam, tetapi juga dengan fakta-fakta Sains yang terkandung didalam Al-Quran. Penulis Imran Haaz berjaya menyampaikan fakta-fakta yang berat, tetapi dengan cara santai dan dalam masa yang sama, membuatkan pembaca turut sama berfikir mengenainya. 

Cerita Nizam dan Rini yang berlaku didalam 1 malam juga sangat menarik kerana tanpa diduga perjalanan Nizam untuk pulang ke kampung dengan kereta api, sangat panas keadaannya. Bagi Patung Beruang, SGA lain dari novel Islamik yang biasa kita baca. Watak yang simple, jalan cerita yang simple tapi berjaya memberi santapan minda kepada pembaca. Seronok membaca novel ini sehinggakan Patung Beruang agak terkilan apabila ia hilang selama beberapa bulan, huhu...

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...