Tuesday, September 1, 2015

Hanya 10% Sahaja

Dalam hidup ini, kita tidak akan terlepas dari memberi nasihat dan juga diberi nasihat. 

Adatlah, diri ini tidak sempurna. Jadi, jika ada yang sudi memberi nasihat dan teguran, Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya masih ada yang sudi untuk menegur kesilapan kita. Maka, kita akan tersedar, perbaikinya dan terus perbaikinya. 

Adakalanya, kita pula terlihat sesuatu yang tidak enak dipandang mata. Atau mungkin suatu tindakan yang tidak sepatutnya. Dan kita merasakan, atas kapasiti kekeluargaan, persahabatan atau perhubungan sesama manusia, kita rasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat. Apabila menjadi si pemberi nasihat, bukan bermakna kita lebih baik dari mereka yang dinasihati. Bukan juga bermakna kita lebih berkuasa. Tetapi, atas dasar untuk memperbaiki keadaan dan kelemahan yang ada. 

Adakah apa yang terlihat pada pandangan mata atau apa yang terdengar di telinga, menggambarkan 100% keadaan sebenar yang berlaku? 

Adakah kita mengetahui keseluruhan cerita berdasarkan pemerhatian dan apa yang disampaikan kepada kita? 

Rasanya tidak..
Mungkin kita hanya tahu 10% sahaja dari keseluruhan cerita. Dan 10% itu biasanya tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku. 
Baki 90% biasanya kemas disimpan oleh si penerima nasihat. Mengapa tidak diluahkan sahaja? 
Mungkin kerana si penerima nasihat merasakan tiada siapa yang sudi untuk mendengar ceritanya. Atau si penerima nasihat berasakan yang dia tidak mahu membebankan orang lain dengan ceritanya. Akhirnya, dia lebih senang simpan sahaja cerita tersebut didalam hati atau meluahkan kepada Yang Maha Pencipta disaat Tahajud.

Jadi, benarlah kata pepatah, 
"Mata ini sering menipu. Telinga ini sering tersalah dengar. Hati pula sering tersalah tafsir."

Seseorang yang sering tersenyum dan ketawa tidak semestinya dia bahagia. Tetapi, kerana senyuman dan tawa itu memberi sedikit sinar kepada dirinya dan orang disekeliling. 

Seseorang yang sering menjadi pendengar yang baik untuk orang disekelilingnya bukan bermakna dia tiada masalah langsung. Tetapi, mungkin dengan bersikap empathy, dia terlupa sebentar dengan masalahnya sendiri. 

Seseorang yang menghabiskan kebanyakkan masanya di pejabat bukan bermakna dia workholic. Tetapi kerana dia menganggap pejabat adalah 1 escapism for her to forget all her pain, sadness and sorrow. 

Seseorang yang tidak betah untuk tinggal lama dirumah bukan bermakna dia tidak menghargai ahli keluarganya. Tetapi mungkin kerana dia merasakan ketenangan dan kedamaian semakin kurang didalam syurga itu. 

Seseorang yang berdiam diri ketika bertengkar bukan bermakna dia bersalah. Tetapi kerana dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia keruh.

Seseorang yang berlalu pergi saat dirinya dibuang seseorang yang akrab bukan bermakna dia tidak menghargai keakraban itu. Tetapi kerana dia merasakan tiada gunanya dia mempertahankan hubungan itu demi seseorang yang tidak kenal erti sebenar persahabatan. 

Kita boleh memberi nasihat berdasarkan 10% cerita yang kita tahu. Dan jika kita bertuah, nasihat tersebut boleh digunapakai. Tetapi, jika nasihat kita hanya berlalu begitu sahaja, usahlah berkecil hati. Mungkin kerana nasihat itu tidak mampu memperbaiki situasi sebenar. 

Untuk mereka yang sudi menjadi pemberi nasihat, terima kasih diucapkan. Terima kasih diatas niat baik dan keprihatinan itu. Moga-moga keadaan akan menjadi lebih baik.

Untuk mereka yang sudi menjadi penerima nasihat, terima kasih juga diucapkan. Terima kasih kerana sudi mendengar dengan hati dan fikiran yang lapang. Moga-moga nasihat yang diberi mampu mengubah keadaan menjadi lebih baik. 

Ingat, apa yang kita nampak, apa yang kita dengar dan apa yang kita fikirkan, belum tentu menggambarkan cerita sebenar. 10% atau 100%, hanya Allah sahaja yang tahu... 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...