Thursday, September 24, 2015

Book Review: Syed Mokhtar Albukhary A Biography

Tajuk: Syed Mokhtar Albukhary A Biography

Penulis: Premilla Mohanlall

Ceritanya Patung Beruang: 

Ini adalah buku terbaru yang Patung Beruang selesaikan pembacaannya. Sebenarya Patung berjaya habiskan buku ini pada malam kelmarin. Tetapi disebabkan masa tu dah lewat malam, jadi Patung Beruang tundakan dulu niat untuk update dalam blog ini. Sekarang ini lah baru berpeluang duduk dan menulis dengan amannya, Alhamdulillah :)

Menariknya Buku Ini:
Membaca buah tangan Premilla Mohanlall ini ibarat menonton sebuah filem yang mengisahkan kembara hidup Tan Sri Syed Mokhtar dari zaman kanak-kanaknya, zaman remaja dan pengembaraannya didalam dunia perniagaan dan dunia korporat sehinggalah beliau menjadi tokoh korporat tersohor pada masa kini. 

Buku ini mengandungi 12 bab dimana Bab 1: Growing Pains membawa pembaca kepada kehidupan Tan Sri ketika zaman kanak-kanak di Alor Setar, Kedah. Beliau dibesarkan dalam sebuah rumah kampung, dikawasan kejiranan miskin bandar (poor urban neigbourhood), berkawan dengan pelbagai bangsa. Beliau kerap kali melihat kehidupan golongan elit dan orang British kerana rumahnya yang berdekatan dengan Kedah Club. Pada tahun 1960, Tan Sri berpindah ke Johor Bahru, mengikut pakciknya, Syed Omar, seorang askar didalam British Army. Tan Sri meneruskan persekolahnya disana. Dan sama seperti rutin pelajar-pelajar lain di Johor, Tan Sri bergelut dengan 2 sistem persekolahan harian dimana waktu pagi adalah masa untuk ke English based school dan waktu petang pula dikehendaki ke pergi ke sekolah agama. 

Setiap hari pasti Tan Sri akan menelefon ibunya, Sharifah Rokiah atau lebih dikenali sebagai Mak Tuan yang berada di Alor Setar. Dan setiap bulan, Tan Sri pasti akan memperuntukkan masa untuk melawat ibunya walau bagaimana sibuk sekali pun beliau. Ketika Hari Raya Aidilfitri, pasti beliau akan membawa isteri dan anak-anaknya pulang ke Alor Setar untuk meraikan Hari Lebaran bersama ibu tersayang. Cara layanan dan penghormatan yang diberikan oleh Tan Sri kepada ibunya adalah selaras dengan tuntutan Islam dimana bagi seorang lelaki, ibu adalah lebih penting dari ayah atau isterinya sendiri. Kehidupan keluarga Tan Sri dan susur-galur keturunannya diceritakan dengan menarik didalam Bab 2: Family First. 

Tan Sri telah lama arif mengenai bakat dan minat beliau yang mendalam didalam dunia perniagaan. Minat dan bakatnya itu turut disedari oleh Haji Rahmat, salah seorang kawan kepada Syed Omar. Maka Haji Rahmat meminta Tan Sri untuk mengikut kata hatinya apatah lagi pada masa itu, minat Tan Sri terhadap dunia akademik dan kehidupan seorang pelajar semakin berkurangan. Berbekalkan sokongan dari Haji Rahmat, pada tahun 1972, Tan Sri menubuhkan sebuah syarikat pengangkutan lori yang diberi nama Syarikat Kenderaan Sentosa. Inilah syarikat pertama yang ditubuhkan Tan Sri, dan ia berkonsep milikan tunggal. Selepas itu, Tan Sri menerima pinjaman kewangan dari MARA untuk membeli lori dari Cycle & Carriage di Kuala Lumpur. Dengan jumlah wang yang ada, Tan Sri hanya mampu membeli 2 unit lori sahaja sedangkan beliau diberikan 4 permit lori. Ini bermakna ada baki lagi 2 permit lori yang tidak digunakan. Tidak lama selepas itu, terdapat ahli perniagaan berbangsa Cina datang dengan menawarkan peluang untuk mereka menggunakan baki 2 permit lori tersebut dengan konsep Ali-Baba. Namun, Tan Sri tidak gelap mata dengan tawaran tersebut. Beliau nekad menolak tawaran tersebut dan menyimpan baki 2 permit lori itu untuk kegunaan syarikat beliau pada masa akan datang. Maka, bermulalah perjalanan Tan Sri didalam dunia perniagaan di Malaysia (Bab 3: Breaking Through).

Selepas mempunyai perniagaan pengangkutan, Tan Sri mengembangkan perniagaan beliau kepada beras iaitu komoditi makanan asas yang paling utama di Malaysia. Dengan pernigaan beras ini, Tan Sri tidak sahaja menyasarkan pasaran di Kedah atau Kuala Lumpur, tetapi Tan Sri juga menyasarkan pasaran di Johor dan Pahang. Setiap 3 bulan, Tan Sri akan travel bersama beberapa pekerjanya, masuk ke kampung-kampung dan pekan-pekan, untuk mempromosi beras keluarannya dan dalam masa yang sama mengukuhkan product chain network. Dan selepas itu, lebih banyak bidang atau cabang perniagaan yang diceburinya seperti gula, pembuatan kasut, garments, hartanah, plantation, automotif, construction, engineering, ports, airport and logistic, as well as utilities. 

Sebenarnya, ada banyak prinsip hidup Tan Sri yang ditonjolkan didalam buku ini. Disebalik his magic touch in corporate world, beliau juga adalah seorang yang sangat penyayang dan mempunyai jiwa yang sensitif. Ini dapat dilihat apabila beliau aktif dalam kerja-kerja kebajikan melalui Yayasan Albukhary serta sentiasa memikirkan nasib bangsa Melayu dan orang Islam. Kebanyakkan orang mula untuk menyumbang kepada masyarakat apabila mereka sudah berada di puncak. Tetapi, berbeza sekali dengan Tan Sri. Tan Sri menyumbang kepada masyarakat bermula ketika beliau tidak ada apa-apa sehinggalah ke tahap berjaya seperti sekarang. Beliau tidak suka menonjolkan diri dan menarik perhatian media. Sebab itu lah, walaupun beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan pada tahun 70-an dan banyak kejayaan yang dikecapinya, nama beliau hanya dikenali pada era 2000. 

Tiada kejayaan yang akan datang bergolek. Berkat usaha keras Tan Sri, sifatnya yang tidak suka membazir atau boros, seorang yang berfikiran panjang, maka terbitlah kejayaan yang sangat membanggakan sebagai seorang anak Melayu, dan juga sebagai seorang Islam. Satu lagi sifat Tan Sri adalah beliau suka mendengar banyak pendapat sebelum membuat satu-satu keputusan. Dari awal beliau menceburkan diri dalam pernigaan, beliau diapit oleh akauntan profesional dan juga peguam bertauliah. Ini bagi memastikan beliau dapat membuat perancangan dan keputusan yang tepat bagi kelangsungan bisnes nya. Benarlah seperti kata Robert T. Kiyosaki, kita perlu ada satu pasukan yang kukuh jika kita nak berjaya didalam dunia perniagaan.

Kesimpulannya, buku ini sangat menarik. Penceritaan dan susunan bab juga menarik. Kita bukan sahaja didedahkan dengan sisi peribadi Tan Sri tetapi cabaran dan asam garam yang Tan Sri hadapi didalam dunia perniagaan dan dunia koporat. Turut diselitkan bagaimana Tan Sri boleh turn around Malaysia Mining Corporation, sebuah korporat yang berusia 100 tahun kepada sebuah konglomerat yang hebat dan diversified iaitu MMC Corporation sekarang, bagaimana sejarah pemilikan PERNAS yang kemudiannya rebranding and re-structure menjadi Tradewinds dan juga konflik yang berlaku antara Tan Sri dan ahli korporat lain serta pemimpin politik sebelum beliau akhinya berjaya memiliki DRB-HICOM. 

Juga bagaimana dengan hubungan Tan Sri dengan ahli perniagaan dan individu berpengaruh dari luar negara, sama ada dari negara Islam atau bukan Islam.

Honestly, buku ini penuh dengan kejutan dan kisah-kisah yang mungkin kita tidak sangka. Tidak hairanlah jika ibu kepada sahabat Patung Beruang asyik ulang baca buku Tan Sri ini berkali-kali. 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...