Sunday, July 12, 2026

Book Review: How To Let Things Go

 


Tajuk: How to Let Things Go

Penulis: Shunmyo Masuno 

Menariknya Naskah Ini: 

Alhamdulillah, akhirnya Patung Beruang berjaya menghabiskan naskah ke-11 untuk tahun ini. 

Buku ini Patung Beruang beli di MPH TRX ketika cuti Awal Muharram yang lalu. Selepas PBAKL 2026 berakhir, Patung Beruang sebenarnya berazam untuk "berpuasa" daripada membeli buku selama beberapa bulan. 

Tapi....

Nampaknya, azam hanya tinggal azam saja lah.

Hakikatnya, selepas PBAKL 2026 melabuhkan tirainya, Patung Beruang sudah menambah 3 buah buku lagi ke dalam koleksi, opppsss... 

Lemah sungguh Ilyana, hehehe...



Kehidupan hari ini sememangnya mencabar. Di rumah, di tempat kerja, di jalan raya, malah ketika melayari social media. Setiap hari kita dihujani dengan pelbagai maklumat melalui email, mesej, social media, tv, radio dan pelbagai lagi saluran. 

Lambakan maklumat ini membuatkan kita cepat letih, mudah tertekan, dan kadangkala terasa seperti sedang berlari dalam sebuah rat race yang tidak pernah berpenghujung. 

Di sinilah Patung Beruang merasakan How To Let Things Go sangat relevan. 


Naskah ini dibahagikan kepada 5 bahagian utama: 

1. Don't Get Overly Involved - Be more detached in your relationship. 

2. Don't Worry About Every Little Thing - How to relinquish anxiety, impatience, and anger

3. Be Measured in Your Reactions - Practices that won't wear down your spirit

4. Don't Waste Your Energy - Ways to avoid making things more difficult for yourself

5. Don't See Everything as Black or White - Hints for living a comfortable life


Bagi Patung Beruang, naskah ini mengingatkan kepada  The Subtle Art of Not Giving a Fuc* yang pernah dikongsikan disini dahulu. 

Kedua-dua buku ini membawa mesej yang hampir sama: Dunia ini tidak berputar disekeliling kita. Tidak semua perkara yang berlaku, tidak semua cerita yang kita dengar, dan tidak semua tindakan orang lain sebenarnya berkaitan dengan diri kita. 

Justeru, tidak perlulah kita mengambil semuanya secara peribadi atau memikul setiap beban yang hadir di hadapan mata. 

Dalam kehidupan ini, kita perlu belajar membezakan antara perkara yang benar-benar penting dengan perkara yang sekadar gangguan sementara. Tidak semua perkara layak mendapat perhatian, tenaga, dan focus kita. 


Antara petikan yang paling Patung Beruang suka daripada buku ini adalah: 

  • Leave people alone. There is a fine line between being attentive and being meddlesome. 
  • Changing others is impossible. The only person you have control over is yourself. Better to focus on changing yourself. When you change, others may naturally respond differently too. 
  • Do not pursue those who leave. Sometimes, saying goodbye is kinder than prolonging the pain of separation. 
  • If you can't be certain about it, stop worrying about it. Deal with the problems in front of you instead of living in fear of what may never happen. 
  • Become skilled at forgetting. It will safeguard your mental health.
  • Take off the "good person" mask before you lose sight of your true self. 
  • Learn to meet disappointments with compassion rather than frustration. Broken promises are part of life. Manage your expectations, and you'll protect your peace. 
  • Learn to evaluate yourself not based on how you think others perceive you but compared with your "yesterday self." 
  • When kindness is sincere, it expects nothing in return. 


Bagi Patung Beruang, How to Let Things Go bukan sekadar sebuah buku tentang melepaskan. 

Ia adalah peringatan bahawa ketenangan bermula apabila kita berhenti mencuba mengawal segala-galanya. Melalui 99 panduan yang ringkas tetapi mendalam, buku ini mengajar kita untuk melepaskan apa yang tidak mampu kita kawal, mempercayai aturan kehidupan, dan memberi ruang kepada perkara yang benar-benar penting.

Sesetengah buku tidak sekadar menambah ilmu di minda. Ada juga buku yang diam-diam menyembuhkan hati...

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi, Bunny and Dak Yot...