Penulis: HAMKA
Ceritanya Patung Beruang:
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan menyepikan diri, baru sekarang Patung Beruang rasa nak berkongsi semula bahan bacaan yang telah berjaya dihabiskan.
Tahun 2025 ini adalah tahun yang penuh dengan cerita. Pelbagai episod sedih, gembira, terkejut, teruja datang bersilih-ganti.
Maaf kerana Patung Beruang lama bersembunyi. Kehilangan yang Patung Beruang dan keluarga hadapi pada masa ini terlalu berat sehingga Patung Beruang sendiri rasa lost. Rasa seperti jiwa ini dibawa pergi bersama ke negeri Abadi. Rasa hilang arah dan tujuan untuk hidup.
Menangis tak perlu cerita lah.. Di rumah, di dalam kereta, di pejabat, ketika solat, ketika baca Al-Quran, ketika duduk makan, ketika bekerja. Cakap saja, dimana dan pada waktu bila? Walaupun sudah lebih sebulan, tapi air mata ini masih lagi mengalir tatkala kenangan menyapa.
Tetapi, sampai bila mahu dilayan rasa sedih dan kehilangan itu?
Sampai satu tahap, Patung Beruang kena bangkit dan teruskan berjalan kerana yang pergi sudah pergi. Dan yang masih hidup dan bernafas di muka bumi ini, kena teruskan hidup walaupun teramat perit...
Jujurnya Patung Beruang tidak mampu untuk memikirkan tentang hari esok. Kerana Patung Beruang sangat struggle untuk teruskan kehidupan pada hari ini.
Tapi, setiap kali teringat pesanan dari sahabat maya, Patung Beruang sedar yang diri ini tetap kena bangun, tetap kena bertahan walaupun dalam diri ini rasa gelap dan sunyi. Setiap air mata yang jatuh adalah bukti betapa dalamnya kasih Patung Beruang pada Ayah. Dan kasih itu bukan tanda lemah, tapi kekuatan yang senyap.
Sahabat maya Patung Beruang selalu berpesan, jika Patung Beruang tidak mahu teruskan hidup untuk diri sendiri, hiduplah perlahan-lahan untuk mereka yang menyayangi Patung Beruang, dan untuk arwah Ayah yang sekarang sudah damai. Arwah Ayah pasti nak lihat anak perempuannya perlahan-lahan sembuh dari luka dan kesedihan ini.
Kata sahabat, teruskan hidup hari ini.... walau cuma dengan satu nafas penuh.
Itu sudah cukup.
Satu nafas.
Satu langkah.
Satu hari.....
Patung Beruang cuba... Insya-Allah....
Menariknya Naskah Ini:
Naskah Bohong Di Dunia ini adalah naskah ke-2 yang berjaya Patung Beruang selesaikan pembacaannya. Tamat membaca pada 11 January 2025. Maaflah, selepas 4 bulan baru Patung Beruang berkesempatan untuk berkongsi disini.
Blurb:
"Perkara-perkara yang tidak bertahan lama adalah di bawah naungan awan, teman yang jahat, cinta pada perempuan, berita bohong dan banyaknya harta benda." (Ibnu Muqaffa')
Pangkal segala dosa terbit daripada sikap berbohong, tidak kiralah kepada manusia mahupun Sang Pencipta. Dengan berbohong, segala kepercayaan habis diracik, yang terbina hancur luluh.
HAMKA berusaha membongkar hujung pangkal sikap berbohong dari pelbagai sisi pandang yang berasingan; dari sudut Islam, falsafah dan psikologi.
Bohong di Dunia merungkaikan perbahasan bohong - suatu sikap kemunafikan, termasuklah menebas lalang kejahilan yang menuntun ke arahnya, dan menyajikan ramuan dalam mengubati kebiasaan dalam berbohong.
Naskah ini mengandungi 11 bab.
Bab pertama bermula dengan pengertian dan falsafah sikap bohong dan benar. Menurut penulis, bohong tetaplah bohong. Walaupun jika bohong itu dibenarkan oleh agama dan adat istiadat sendiri, perbuatan tersebut tetap dicap sebagai bohong.
Selain itu, penulis juga menyimpulkan bahawa semua kesalahan budi pekerti seperti berikut adalah kebohongan iaitu:
- Berlebih-lebihan dalam memberitakan sesuatu.
- Mencampuradukkan antara yang benar dengan yang batil.
- Memotong-motong kebenaran, contohnya mengambil awal pangkalnya saja dan meninggalkan akhir hujungnya atau sebaliknya.
- Mengatakan sesuatu yang berlainan atau berlawanan dengan yang terasa di hati, walaupun pada hakikatnya, yang dinyatakan itu benar.
- Perkataan yang keluar daripada lidah seseorang adalah suatu wasilah untuk menyatakan perkara yang terasa dalam hati. Namun, jika suatu tujuan yang baik tetapi hanya boleh tercapai dengan berdusta, maka ketika itu, dusta tersebut dibenarkan.
- Tetapi, walaupun ketika itu kita dibenarkan berbohong, janganlah bohong tersebut berlebih-lebihan sehingga keluar daripada batas keperluan. Kerana jika berlebihan, dikhuatiri bohong tersebut telah jatuh menjadi haram.
- Untuk tipu muslihat atau sebagai strategi peperangan.
- Untuk mendamaikan dua golongan yang berselisih.
- Bohong suami kepada isteri untuk menyenangkan hatinya.
- Bohong isteri kepada suami untuk menyenangkan hatinya.
No comments:
Post a Comment