Monday, July 29, 2024

Book Review: The Subtle Art of Not Giving A Fuck (Edisi Bahasa Melayu)


Tajuk: The Subtle Art of Not Giving A Fuck (Edisi Bahasa Melayu)

Penulis: Mark Manson 

Menariknya Naskah Ini: 

Naskah ini Patung Beruang selesaikan pembacaanya minggu lepas. Namun, baru hari ini Patung Beruang berpeluang untuk berkongsi disini. Maaf ye diatas kelewatan yang tidak disengajakan, huhu...

Di rumah Patung Beruang, sudah ada naskah asal berbahasa Inggeris yang dibeli oleh Crime Partner. Dan ketika Patung Beruang terlihat naskah edisi Bahasa Melayu ini di MPH TRX, Patung Beruang pun terus beli tanpa berfikir panjang. Tujuannya untuk lebih mendalami buku ini disamping melihat kualiti terjemahannya. 


Secara amnya, The Subtle Art of Not Giving A Fuck ini menyediakan pembaca kepada pendekatan unik dalam memilih hal-hal yang relevan dan penting dalam kehidupan melalui 9 Bab yang berikut: 

Bab 1: Tidak Perlu Mencuba

Bab 2: Kebahagiaan Itu Masalah

Bab 3: Anda Tidak Istimewa

Bab 4: Nilai Penderitaan

Bab 5: Anda Selalu Memilih

Bab 6: Anda Salah Tentang Semua Perkara (Saya Pun Begitu Juga)

Bab 7: Kegagalan Adalah Laluan Untuk Mara

Bab 8: Kepentingan Berkata Tidak

Bab 9: ....Dan Anda Pun Mati


Untuk book review kali ini, Patung Beruang ingin berkongsi beberapa petikan yang menarik dari naskah ini: 

  • Budaya kita hari ini sangat fokus kepada pencarian harapan positif yang tidak realistik. 
  • Ironinya, ketaasuban untuk positif tentang apa yang lebih baik  atau lebih superior hanya akan mengingatkan kita berkali-kali tentang apa yang kita gagal capai. 
  • Ambil peduli pada banyak perkara, sebenarnya tidak elok untuk kesihatan mental kita. 
  • Kunci untuk kehidupan yang baik adalah tidak endah dengan apa yang kurang, tetapi memikirkan / fokus pada apa yang penting atau diperlukan. 
  • Semakin anda sering mengejar perasaan yang lebih baik, semakin kurang anda berpuas hati. Kerana mengejar sesuatu hanya menguatkan lagi realiti bahawa anda sebenarnya tidak mempunyai apa-apa. 
  • 3 Strategi yang bagus untuk tidak ambil peduli: 
    1. Tidak ambil peduli tidak bermakna bersikap sambil lewa; tetapi ia bermakna kita selesa menjadi berbeza. Kita masih bersikap peduli tetapi hanya untuk perkara-perkara yang penting, dan pada orang-orang yang penting dalam kehidupan kita. 
    2. Untuk tidak peduli berkenaan kesusahan, anda mesti terlebih dahulu memikirkan sesuatu yang lebih penting dari kesusahan. 
    3. Kematangan = kita menjadi lebih selektif mengenai perkara yang kita sanggup berikan perhatian. 

  • Kehidupan itu sendiri adalah satu bentuk penderitaan. Orang miskin menderita, orang kaya juga menderita. Masing-masing menderita dengan cara mereka tersendiri. 
  • Penderitaan berguna secara biologi. Kerana penderitaan biasanya akan memberi inspirasi kepada perubahan. 
  • Jangan mengharapkan kehidupan tanpa masalah. Sebaliknya, harapkan kehidupan yang penuh dengan masalah yang baik. 
  • Untuk bahagia, kita perlukan sesuatu untuk diselesaikan. Kebahagiaan adalah satu bentuk tindakan, ia satu aktiviti, bukan sesuatu yang diberikan secara pasif kepada anda. 
  • Ramai orang rasa tidak bahagia dalam hidup kerana: 
    • Penafian : Mereka menafikan kewujudan masalah mereka / menafikan realiti. 
    • Mentaliti mangsa: Mereka menyalahkan orang lain atau persekitaran luaran, diatas masalah mereka. 

  • Treadmill hedonic: Idea bahawa kita sentiasa bekerja keras untuk mengubah hidup kita, tetapi sebenarnya kita tidak pernah rasa berbeza. 
  • Seseorang itu menjadi hebat dalam sesuatu kerana mereka memahami bahawa mereka belum hebat. Mereka biasa-biasa, mereka sederhana tetapi mereka percaya mereka boleh menjadi lebih baik. 
  • Kita secara individu, bertanggungjawab untuk segala-galanya dalam hidup kita, tidak kira apa pun keadaan luaran. 
  • Kita tidak selalu dapat mengawal apa yang berlaku kepada kita. Tetapi kita sentiasa mengawal cara kita mentafsir apa yang berlaku kepada kita, serta cara kita bertindak balas. 
  • Anda boleh membuat duit yang banyak tetapi tetap sengsara. Sama seperti menjadi pokai, tetapi berbahagia. Maka, kenapa perlu menjadikan duit sebagai kayu ukur untuk menentukan harga diri sendiri? 
  • Kita boleh betul-betul berjaya hanya pada perkara yang kita sanggup gagal.
  • Belajarlah menahan rasa sakit yang anda sendiri pilih. 

  • Motivasi ini sebenarnya adalah lingkaran yang tidak berkesudahan: Inspirasi >>> Motivasi >>> Tindakan >>> Inspirasi >>> Motivasi >>> Tindakan >>> Inspirasi >>> etc...
  • Sekiranya anda kurang bermotivasi untuk membuat perubahan penting dalam hidup anda, buatlah sesuatu; apa sahaja, atau sekecil mana pun. Kemudian, manfaatkan tindakan itu sebagai satu cara untuk mula memotivasikan diri sendiri. 
  • "Do Something" Principle = Memaksa diri untuk melakukan sesuatu walapun perkara paling remeh, akan segera menjadikan tugasan besar lebih mudah. Do Something Principle juga ada salah satu cara untuk mengatasi sikap suka bertangguh.       



Menarik ke naskah ini? 

Pada Patung Beruang, sangat menarik. Seperti yang tercatat di blurb, buku ini bukan sekadar panduan, tetapi juga sebuah peringatan tentang realiti dunia berputar. Dengan bahasa yang tajam dan humor, penulis membawa pembaca supaya hanya memilih hal-hal yang benar-benar penting dalam hidup dan melepaskan yang tidak relevan. 

Pendapat Patung Beruang mengenai kualiti terjemahan, secara amnya masih boleh diperbaiki. Jika diteliti naskah asal bahasa Inggeris, gaya tulisan penulis sangat santai. Terjemahan bahasa Melayu pula agak formal dan kaku tetapi masih tidak mengganggu momentum pembaca. Yang pasti, terima kasih pada team penterjemah dan penerbitan kerana berjaya menerbitkan naskah yang bagus ini untuk edisi Bahasa Melayu... Alhamdulillah... 

Semoga edisi Bahasa Melayu ini membuatkan lebih ramai insan diluar sana dapat membaca dan mengutip ilmu yang ada dalam naskah ini, seterusnya aplikasikan  dalam kehidupan seharian, Aamiin... 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...