Penulis: Teme Abdullah
Menariknya Naskah Ini:
Naskah Bayang Sofea ini antara naskah terhangat pada tahun 2024. Naskah yang dilancarkan sebelum PBAKL 2024 telah menerima sambutan yang hangat sehingga pre-order yang dibuka habis ditempah dalam masa beberapa minit saja.
Selain itu, seingat Patung Beruang ketika menghadiri PBAKL 2024, di gerai Iman Publication boleh dilihat pengunjung membeli naskah ini bertalu-talu sehingga adakalanya buku ini tidak sempat disusun di rak. Buka saja kotak, terus disambar pengunjung yang ada. Begitulah hangatnya naskah Teme yang terbaru ini.
Untuk Patung Beruang pula, naskah ini dibeli di MPH beberapa minggu / bulan selepas tamatnya PBAKL 2024. Bila melihat sambutan yang hangat dan komen-komen positive dari rakan-rakan bibliophiles, teringin juga untuk memiliki dan menelitinya secepat mungkin, hehehe...
Blurb:
"Do you really think you can run from us, Sofea?"
Sofea, seorang pekerja yang berdedikasi dan bijak, bercita-cita ingin berjaya di syarikat RICE dengan hasil usaha sendiri. Dia menyangka kehidupannya akan menjadi normal sepertimana orang lain.
Namun, pertemuan dengan Danny - seorang atlet tinju tersohor - mengingatkan Sofea kepada sesuatu yang sudah lama dilupakan. Sebuah organisasi misteri yang telah membantunya berjaya - tetapi dengan harga yang mahal.
Semenjak itu, perjalanan hidup Sofea mula teruji apabila seorang lelaki daripada organisasi misteri tersebut tiba-tiba muncul dan menuntut janji lama Sofea.
"You've sold your useless soul. We bought it. Now, it's time for us to claim what's ours."
Sofea mula dihantui mimpi ngeri. Jika dia tidak menurut apa yang diminta, nyawa diri dan orang kesayangannya akan berada dalam bahaya.
"Tugas anda sangat mudah, Sofea. Patuh!"
Dalam keterdesakan, Sofea hanya ada dua pilihan - turuti permintaan mereka agar orang disekelilingnya selamat, atau ingkar lalu menerima padah. Mampukah dia membuat pilihan yang tepat?"
Jujurnya, Bayang Sofea ini penuh dengan kejutan. Dari awal cerita, pembaca tertanya-tanya tentang misteri gadis bernama Sofea atau nama penuhnya Raisya Sofea Tangjungreja. Nama penuh Sofea hanya didedahkan ketika Bab 26, setelah Sofea ditimpa kecelakaan jalanraya.
Dari awal, watak Sofea dilihat sebagai gadis yang lemah-lembut, pintar dan datang dari keluarga biasa-biasa. Oleh kerana latar belakangnya yang kelihatan biasa-biasa, Sofea menjadi mangsa buli Jess, bossnya sendiri.
Jess digambarkan sebagai pengurus project yang licik dan suka mempergunakan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Jess ingin mendaki tangga korporat setinggi langit walaupun sedar dirinya tidak kompeten. Oleh itu, Jess gemar bermain politik office dan tidak teragak-agak untuk menyingkirkan sesiapa saja yang dirasa boleh menjadi pencabarnya termasuklah Sofea.
Namun, Sofea bukan calang-calang lawan. Dengan IQ setinggi 350 - 400, segala cabaran di syarikat RICE ditempuh dengan mudah sehingga nama Sofea disebut-sebut sebagai genius dan dilantik ke barisan pengurusan tertinggi dalam waktu yang singkat. Semua kagum dengan kehebatan Sofea, kecuali Jess dan Rina.
Danny aka Danish Kuih Shark atau nama asalnya Danish Coelho Ilyas adalah rakan sekolah Sofea. Sayangnya Danny tidak menghabiskan persekolahannya kerana dibuang sekolah akibat memukul anak pengetua. Namun, Danny tidak pernah melupakan Sofea, rakan baiknya.
Kini, Danny berjaya menjadi peninju nombor satu di dunia, cita-cita yang memang didambakan semenjak zaman persekolahan. Pertemuan semula Danny dan Sofea di lobi Intimsphare Hotel menyambung semula persahabatan mereka yang terputus akibat tragedi memalukan yang menimpa Sofea ketika zaman persekolahan.
Naskah Bayang Sofea ini membawa pembaca kepada tema persahabatan, dasar percaya & ikhlas seorang sahabat, kisah halusinasi, jerit-perih individu yang mempunyai IQ terlalu tinggi berbanding manusia normal, kisah suka duka dunia korporat dan sedikit genre thriller. Naskah ini ada beberapa plot twist namun ada antara plot twist nya boleh dijangka. Sebagai peminat Jeffrey Archer yang plot twist nya boleh membuatkan kita tidak senang duduk, tidak adil untuk membandingkan kejutan plot twist Teme dan Archer.
Overall, naskah ini menarik sangat dan Teme berjaya membuatkan pembaca terpaku untuk terus membaca sehingga ke mukasurat terakhir. Tiada babak yang membosankan atau klise.
Perkara yang paling menarik adalah ending Bayang Sofea ini bergantung pada interpretation pembaca sendiri kerana penamatnya tidak terlalu direct. Seperti yang tercatat dalam blog peribadi Teme, ada 4 teori untuk ending Bayang Sofea. Sebagai pembaca, kita pilihlah ending mana yang kita rasa paling sesuai. Tiada paksaan untuk menetapkan 1 ending saja.
Terima kasih Teme atas naskah yang menarik dan segar. Semoga Teme akan terus menulis tanpa jemu dan tulisannya dapat menjana saham akhirat, Aamiin..
No comments:
Post a Comment