Assalamualaikum wbt...
Hari ini 28 December 2020, bermakna lagi 3 hari saja tahun 2020 ini akan sampai ke penghujungnya.
Bermakna juga umur Patung Beruang sudah menjangkau 38 tahun 16 hari. Happy Belated Birthday Patung Beruang, hehehe...
Lagi 2 tahun nak masuk 4 series.. Cepatnya masa berlalu, huhu....
Dulu kan, masa sekolah, ketika kita disibukkan dengan Wawasan 2020, Patung Beruang selalu terfikir,
What will happen to me on that year?
How am I gonna look like at that time?
Will Allah still give me chances to alive and appreciate this 2020 year?
Do I have a family? A husband and children? If yes, how many kids that I have?
Or maybe I still single? Enjoy my single life?
Will I be a career woman? But, if yes, what kind of work that I'm working that time? As a teacher? Or accountant? Or something else?
Or maybe, I'll be a housewife?
Yes!!!
That's amongst the questions that popped up in my mind during that time. Minda budak sekolah, rasanya masa tu baru umur 14 ke 15 tahun.. Atau mungkin lebih muda. Baru habis sekolah rendah agaknya.
Honestly, akal dan minda ketika itu penuh dengan persoalan yang tidak terbayang jawapannya. Full of uncertainties. But one thing for sure, my age will be 38 in that year, hehe..
And now, in 2020, as I mentioned in last month entry, this year brings colors not to me only but almost to the whole world. Covid-19, economy issues, political issues, life issues, social issues and the list is goes on...
How I celebrate my birthday this year?
Hm.... Basically no celebration. Cuma pulang ke Melaka, spend time with my family, masak, makan-makan, bersembang dan keluar pergi beli barang baby.
Alhamdulillah, Patung Beruang dapat jumpa semua walaupun Abang dan Kak Chik balik tak serentak. It's ok. Mereka dah sudi untuk pulang sebentar ke rumah Melaka pun dah cukup baik. Ada rezeki, next time kami berkumpul lah semua.
Rumah agak riuh juga. Patung Beruang dan Iman memang dah ada sejak Jumaat malam. Hari Ahad pagi, Abang pula pulang. Walaupun sekejap, tapi cukuplah untuk kami meluangkan masa bersama, bertukar-tukar cerita. Hari yang sama, selepas Asar, Abang pun beransur pulang ke JB.
Ahad malam pula, Kak Chik and family pula pulang. So Isnin tu selepas breakfast dan main sekejap dengan babies, Patung Beruang dan Kak Chik keluar untuk cari barang baby. Hannah tinggal dengan my parents, cuma Diana saja yang ikut. Diana was so behave. Tidur je dalam car seat tu. Tak kisah pun bila Ibu dan Mak Long dia ini rancak bersembang dalam kereta. Then, Isnin petang, selepas Asar, Patung Beruang pula bergerak pulang ke Selangor. Sekejap je duduk di Melaka, rasa tidak puas pula.
Tahun 2020 ini walaupun banyak cerita yang kurang menyeronokkan, banyak juga cerita yang gembira. Kami menerima 2 orang ahli baru dalam keluarga kecil ini. Abang dah selamat bernikah dengan Fiqah, pada 3 October 2020. Alhamdulillah.. Welcome to our family, dear Sister. Silalah bersabar dengan keluarga kami yang full of fun ini ye.. hehe..
Second family members was Diana Eryna Mohd Fazli yang lahir pada 23 November 2020. Hannah sudah jadi kakak sekarang. Baby sihat, Ibu baby pun sihat. Alhamdulillah..
Ibu baby sangat kuat. Pantas ligat menguruskan diri dan keluarga. Mak Long pula yang risau tengok, huhu.. Agaknya doctor ini memang sejenis manusia yang tidak reti duduk diam agaknya ye. Sabar je lah..
Now, bila dah ada 2 girls ini, lagilah Patung Beruang rasa excited je nak balik Melaka. Tak kisah lah mereka ada dimana, di rumah Alor Gajah ke, atau rumah our parents ke, sanggup je drive semata-mata untuk jumpa mereka.
Tapi dalam musim-musim pandemik ini, kena berjaga-jaga. Patung Beruang ini hampir setiap hari pergi ofis. Jadi, boleh dikatakan berisiko juga. Sedangkan di Melaka itu, ada ibu ayah sudah berusia, Hannah dan Diana pula masih kecil, jika apa-apa berlaku pada mereka, Patung Beruang akan rasa sangat menyesal. Makanya, boleh balik Melaka tetapi kena pastikan diri sihat, tiada simptom-simptom yang tidak sepatutnya, penjagaan kesihatan yang tip top, sampai saja rumah kena mandi dan bersihkan diri dahulu barulah boleh bergaul dengan mereka. Semoga kita semua cepat merdeka dari cengkaman Covid-19 ini. Aamiin..
Untuk birthday tahun ini, Patung Beruang beli beberapa buku dan seutas jam tangan untuk hadiah diri sendiri. Entah mengapa, tidak rasa excited pun tahun ini. Cuma bersyukur kerana Allah masih pinjamkan lagi umur untuk terus bernafas dimuka bumi ini. Alhamdulillah....
Honestly, tahun ini memang mencabar sebab terlalu banyak perkara yang berlaku, dan banyaknya rasa serba tidak kena. Dan tahun ini juga Patung Beruang banyak sangat beli buku. Kunjungan ke kedai buku dan membeli buku-buku sudah jadi seperti satu escapism buat diri ini.
Beberapa minggu lepas, Patung Beruang kehabisan pen untuk menulis di rumah. Salah. Sebenarnya, ada saja pen di rumah tetapi pen yang sedap untuk digunakan sudah habis. Selain buku, Patung Beruang juga suka mengumpul pen dan biasanya dari jenis atau jenama yang sama saja. Kalau dah sedap, itu je lah yang akan digunakan untuk menulis.
Di rumah Patung Beruang, buku ada dimana-mana saja. Di rak buku (of course, hehehehe...), di atas meja kerja (kedua-dua meja kerja iaitu meja utama yang besar dan cantik, serta meja Jepun yang biasanya digunakan jika Patung Beruang nak duduk bersila diatas lantai saja), di dalam handbag, di tepi katil, di atas katil (buku-buku ini kena berkongsi ruang katil dengan 2 ekor patung beruang dan seekor patung lebah). Di dapur saja tiada buku, hehe.. Pen juga begitu. Ada dimana-mana sebab senang bila Patung Beruang nak mencatat, capai saja pen yang berdekatan dengan tangan.
Jadi, petang itu selepas kerja, Patung Beruang pun menuju lah ke Borders IOI City Mall. Masuk je Borders, Patung Beruang terus ke seksyen buku. Belek buku satu demi satu, mana yang berkenan terus amik. Setelah 3 buah buku berada di tangan, barulah Patung Beruang ke seksyen alatulis untuk melihat dan memilih pen yang berkenan di hati.
Akhirnya, total damage pada petang itu hampir RM80. Tetapi RM74 untuk 3 buah buku dan RM6 hanya untuk 2 batang pen. Adoi... See...Cakap je nak beli pen, tapi akhirnya buku juga yang diutamakan.
Walaupun buku-buku yang dibeli pada tahun ini lebih dari tahun-tahun sebelumnya, bilangan buku-buku yang Patung Beruang baca dan selesaikan pembacaannya pun meningkat juga. Oklah.. Tak lah rasa bersalah sangat kan bila asyik beli buku saja.
Jujurnya Patung Beruang risau juga dengan tabiat diri ini. Yelah, rak buku besar yang Patung Beruang beli beberapa bulan lepas, sudah hampir penuh. Takkan lah nak kena beli lagi rak buku?
Sekarang ini, mana buku-buku yang memang Patung Beruang tak nak simpan lagi, Patung Beruang akan hantar ke used bookstore. Biarlah bibliophile lain pula berpeluang untuk menatapnya. Buku-buku yang sudah dibaca tetapi tidak layak untuk dipamerkan di rak buku besar atau mana-mana rak buku dalam rumah itu, Patung Beruang akan susun dan simpan dalam storage box yang besar. Sekarang ini sudah ada beberapa storage box yang penuh. Patung Beruang ada juga terfikir untuk sewa tempat simpanan, just to keep my books. Bila ada kelapangan nanti boleh lah Patung Beruang survey tempat simpanan yang menarik.
Begitulah serba sedikit cerita Patung Beruang.
Harapnya tahun 2021 akan membawa sinar yang lebih cerah, membawa lebih cerita yang gembira, dan lebih membahagiakan. Aamiin....
No comments:
Post a Comment