Monday, December 28, 2020

Happy Belated Birthday, Patung Beruang and Kisahnya 2020

Assalamualaikum wbt... 


Hari ini 28 December 2020, bermakna lagi 3 hari saja tahun 2020 ini akan sampai ke penghujungnya. 

Bermakna juga umur Patung Beruang sudah menjangkau 38 tahun 16 hari. Happy Belated Birthday Patung Beruang, hehehe... 

Lagi 2 tahun nak masuk 4 series.. Cepatnya masa berlalu, huhu.... 


Dulu kan, masa sekolah, ketika kita disibukkan dengan Wawasan 2020, Patung Beruang selalu terfikir, 

What will happen to me on that year? 

How am I gonna look like at that time? 

Will Allah still give me chances to alive and appreciate this 2020 year? 

Do I have a family? A husband and children? If yes, how many kids that I have? 

Or maybe I still single? Enjoy my single life? 

Will I be a career woman? But, if yes, what kind of work that I'm working that time? As a teacher? Or accountant? Or something else? 

Or maybe, I'll be a housewife? 


Yes!!! 

That's amongst the questions that popped up in my mind during that time. Minda budak sekolah, rasanya masa tu baru umur 14 ke 15 tahun.. Atau mungkin lebih muda. Baru habis sekolah rendah agaknya. 

Honestly, akal dan minda ketika itu penuh dengan persoalan yang tidak terbayang jawapannya. Full of uncertainties. But one thing for sure, my age will be 38 in that year, hehe.. 

And now, in 2020, as I mentioned in last month entry, this year brings colors not to me only but almost to the whole world. Covid-19, economy issues, political issues, life issues, social issues and the list is goes on... 


How I celebrate my birthday this year? 

Hm.... Basically no celebration. Cuma pulang ke Melaka, spend time with my family, masak, makan-makan, bersembang dan keluar pergi beli barang baby. 

Alhamdulillah, Patung Beruang dapat jumpa semua walaupun Abang dan Kak Chik balik tak serentak. It's ok. Mereka dah sudi untuk pulang sebentar ke rumah Melaka pun dah cukup baik. Ada rezeki, next time kami berkumpul lah semua. 

Rumah agak riuh juga. Patung Beruang dan Iman memang dah ada sejak Jumaat malam. Hari Ahad pagi, Abang pula pulang. Walaupun sekejap, tapi cukuplah untuk kami meluangkan masa bersama, bertukar-tukar cerita. Hari yang sama, selepas Asar, Abang pun beransur pulang ke JB. 

Ahad malam pula, Kak Chik and family pula pulang. So Isnin tu selepas breakfast dan main sekejap dengan babies, Patung Beruang dan Kak Chik keluar untuk cari barang baby. Hannah tinggal dengan my parents, cuma Diana saja yang ikut. Diana was so behave. Tidur je dalam car seat tu. Tak kisah pun bila Ibu dan Mak Long dia ini rancak bersembang dalam kereta. Then, Isnin petang, selepas Asar, Patung Beruang pula bergerak pulang ke Selangor. Sekejap je duduk di Melaka, rasa tidak puas pula. 


Tahun 2020 ini walaupun banyak cerita yang kurang menyeronokkan, banyak juga cerita yang gembira. Kami menerima 2 orang ahli baru dalam keluarga kecil ini. Abang dah selamat bernikah dengan Fiqah, pada 3 October 2020. Alhamdulillah..  Welcome to our family, dear Sister. Silalah bersabar dengan keluarga kami yang full of fun ini ye.. hehe..


Second family members was Diana Eryna Mohd Fazli yang lahir pada 23 November 2020.  Hannah sudah jadi kakak sekarang. Baby sihat, Ibu baby pun sihat. Alhamdulillah.. 

Ibu baby sangat kuat. Pantas ligat menguruskan diri dan keluarga. Mak Long pula yang risau tengok, huhu.. Agaknya doctor ini memang sejenis manusia yang tidak reti duduk diam agaknya ye. Sabar je lah.. 

Now, bila dah ada 2 girls ini, lagilah Patung Beruang rasa excited je nak balik Melaka. Tak kisah lah mereka ada dimana, di rumah Alor Gajah ke, atau rumah our parents ke, sanggup je drive semata-mata untuk jumpa mereka. 

Tapi dalam musim-musim pandemik ini, kena berjaga-jaga. Patung Beruang ini hampir setiap hari pergi ofis. Jadi, boleh dikatakan berisiko juga. Sedangkan di Melaka itu, ada ibu ayah sudah berusia, Hannah dan Diana pula masih kecil, jika apa-apa berlaku pada mereka, Patung Beruang akan rasa sangat menyesal. Makanya, boleh balik Melaka tetapi kena pastikan diri sihat, tiada simptom-simptom yang tidak sepatutnya, penjagaan kesihatan yang tip top, sampai saja rumah kena mandi dan bersihkan diri dahulu barulah boleh bergaul dengan mereka. Semoga kita semua cepat merdeka dari cengkaman Covid-19 ini. Aamiin.. 


Untuk birthday tahun ini, Patung Beruang beli beberapa buku dan seutas jam tangan untuk hadiah diri sendiri. Entah mengapa, tidak rasa excited pun tahun ini. Cuma bersyukur kerana Allah masih pinjamkan lagi umur untuk terus bernafas dimuka bumi ini. Alhamdulillah....


Honestly, tahun ini memang mencabar sebab terlalu banyak perkara yang berlaku, dan banyaknya rasa serba tidak kena. Dan tahun ini juga Patung Beruang banyak sangat beli buku. Kunjungan ke kedai buku dan membeli buku-buku sudah jadi seperti satu escapism buat diri ini. 

Beberapa minggu lepas, Patung Beruang kehabisan pen untuk menulis di rumah. Salah. Sebenarnya, ada saja pen di rumah tetapi pen yang sedap untuk digunakan sudah habis. Selain buku, Patung Beruang juga suka mengumpul pen dan biasanya dari jenis atau jenama yang sama saja. Kalau dah sedap, itu je lah yang akan digunakan untuk menulis. 

Di rumah Patung Beruang, buku ada dimana-mana saja. Di rak buku (of course, hehehehe...), di atas meja kerja (kedua-dua meja kerja iaitu meja utama yang besar dan cantik, serta meja Jepun yang biasanya digunakan jika Patung Beruang nak duduk bersila diatas lantai saja),  di dalam handbag, di tepi katil, di atas katil (buku-buku ini kena berkongsi ruang katil dengan 2 ekor patung beruang dan seekor patung lebah). Di dapur saja tiada buku, hehe.. Pen juga begitu. Ada dimana-mana sebab senang bila Patung Beruang nak mencatat, capai saja pen yang berdekatan dengan tangan. 

Jadi, petang  itu selepas kerja, Patung Beruang pun menuju lah ke Borders IOI City Mall. Masuk je Borders, Patung Beruang terus ke seksyen buku. Belek buku satu demi satu, mana yang berkenan terus amik. Setelah 3 buah buku berada di tangan, barulah Patung Beruang ke seksyen alatulis untuk melihat dan memilih pen yang berkenan di hati. 

Akhirnya, total damage pada petang itu hampir RM80. Tetapi RM74 untuk 3 buah buku dan RM6 hanya untuk 2 batang pen. Adoi... See...Cakap je nak beli pen, tapi akhirnya buku juga yang diutamakan. 


Walaupun buku-buku yang dibeli pada tahun ini lebih dari tahun-tahun sebelumnya, bilangan buku-buku yang Patung Beruang baca dan selesaikan pembacaannya pun meningkat juga. Oklah.. Tak lah rasa bersalah sangat kan bila asyik beli buku saja. 

Jujurnya Patung Beruang risau juga dengan tabiat diri ini. Yelah, rak buku besar yang Patung Beruang beli beberapa bulan lepas, sudah hampir penuh. Takkan lah nak kena beli lagi rak buku? 

Sekarang ini, mana buku-buku yang memang Patung Beruang tak nak simpan lagi, Patung Beruang akan hantar ke used bookstore. Biarlah bibliophile lain pula berpeluang untuk menatapnya. Buku-buku yang sudah dibaca tetapi tidak layak untuk dipamerkan di rak buku besar atau mana-mana rak buku dalam rumah itu, Patung Beruang akan susun dan simpan dalam storage box yang besar. Sekarang ini sudah ada beberapa storage box yang penuh. Patung Beruang ada juga terfikir untuk sewa tempat simpanan, just to keep my books. Bila ada kelapangan nanti boleh lah Patung Beruang survey tempat simpanan yang menarik. 


Begitulah serba sedikit cerita Patung Beruang. 

Harapnya tahun 2021 akan membawa sinar yang lebih cerah, membawa lebih cerita yang gembira, dan lebih membahagiakan. Aamiin.... 

Sunday, December 27, 2020

Book Review : Hiatus

Tajuk : Hiatus 

Penulis : Mato

Ceritanya Patung Beruang : 

Patung Beruang selalu nampak naskah ini di kedai buku. Puas membelek blurb (catatan di kulit belakang buku) tetapi tidak dapat mengagak apakah isi kandungannya. 

Beberapa minggu lepas, seperti biasa Patung Beruang berkunjung ke Borders selepas waktu kerja. Entah mengapa tatkala ternampak naskah ini di rak buku, Patung Beruang terus capai dan cakap pada diri sendiri, "It's time to give chance to this book. Maybe it really a good book."

Hiatus mempunyai pelbagai makna. Namun, umumnya bermaksud perhentian, berhenti sebentar dari sesuatu aktiviti atau perjalanan. Gangguan yang menghentikan sesuatu atau kejadian etc. 

Dalam naskah ini pembaca dikenalkan dengan watak utama bernama Amir Talhah bin Ahmad. 

Zahirnya Talhah kelihatan seperti seorang pemuda yang sangat beruntung. Dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan mewah, tinggal menetap dan belajar di luar negara walaupun ibu bapanya berasal dari Malaysia, dikurniakan otak yang cerdas sehingga mampu menghafal ayat-ayat Al-Quran, sedang menuntut di tahun akhir jurusan perubatan, mempunyai wajah yang menarik sehingga digilai ramai wanita, idola anak muda sehingga sering dijemput untuk memberi motivasi kepada pelajar luar negara. 

Namun, ada suatu rahsia yang tersimpan kemas di dalam diri Talhah, yang tidak mampu untuk diluah kepada keluarga terdekat atau sahabat yang rapat. 

Talhah berdepan dengan masalah kemurungan sehingga menyebabkan dia sering mencederakan dirinya sendiri. Lengan dan paha penuh dengan bekas torehan yang dilakukannya sendiri. 

Selain itu, Talhah juga menjadikan rokok, arak dan zina sebagai escapism. Namun kegembiraan itu semua hanyalah sementara. Jiwanya tetap menderita, kosong, merana dan merintih. 

Raudhatul Hifza atau lebih dikenali sebagai Raudah, adalah seorang doctor muda yang berkhidmat di Malaysia. Kerjaya doctor yang sentiasa menuntut perhatian dan masa tidak menghalang gadis ini untuk bergiat aktif di dalam kegiatan dakwah dan kebajikan. 

Talhah dan Raudah berkenalan apabila kedua-duanya dijemput sebagai speaker jemputan untuk program motivasi pelajar Malaysia di Rusia. Perkenalan yang singkat namun cukup bermakna buat Talhah. 

Jarak umur yang berbeza tidak menghalang Talhah untuk cuba menarik perhatian Raudah. Namun, terlalu banyak cerita tidak enak seperti kenakalan Talhah yang sampai ke telinga Raudah. Cerita-cerita berkenaan membuatkan Raudah lebih berhati-hati dalam berdepan dengan lelaki ini. Tetapi gerak hatinya tetap menyatakan Talhah yang dilihatnya bukanlah diri lelaki itu yang sebenar. Lelaki ini sedang sakit dan memerlukan pertolongan. Sakit yang tidak nampak di mata kasar, sakit yang tidak nampak luka yang sedang berdarah.  

Temujanji Talhah dan Dr Safiyyah, pakar psikiatri kelihatannya membuahkan hasil. Tetapi benarkah Talhah semakin pulih? Terlalu banyak luka yang ditanggung Talhah sedari kecil. Luka yang bukan saja mencalarkan fizikalnya, namun, mental dan psikologinya. 



Naskah Hiatus ini membawa tema kesihatan mental. Entah mengapa Patung Beruang rasa mudah tertarik dengan tema ini dalam waktu-waktu begini. Mungkin kerana tema ini lebih dekat dengan kehidupan seharian. Ia memberi petunjuk sakit mental ini boleh menyerang sesiapa saja. Mereka yang kurang berkemampuan, kurang bijak dan pekerja bawahan. Tetapi juga mereka yang professional, berpelajaran tinggi, hidup dalam kemewahan dan kesenangan. Pendek kata, sesiapa saja. 

Selain itu tema kesihatan mental ini juga membuatkan Patung Beruang teringat insan-insan yang Patung Beruang kenal, yang berdepan dengan masalah yang sama. Zahirnya mereka kelihatan bahagia dan gembira. Senang tertawa dan menghiburkan orang lain. Hakikatnya, tatkala bersendirian, mereka menangis mengenangkan apa yang ada dalam fikiran mereka. Menangis dihantui permasalahan hidup yang seolahnya seperti tiada jalan keluar. Merintih dek rasa kekosongan dalam hidup mereka.

Mereka mula mencari bantuan. Ada yang mendekati sahabat yang dirasakannya boleh dipercayai untuk meluah perasaan. Ada yang mula mendapatkan bantuan professional. Mula menghantar whatsapp panjang berjela meluahkan apa yang terbuku dihati. Ada juga yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi mencari semula diri yang semakin hilang. Semangat yang semakin hilang. Keinginan hidup yang semakin hilang.

Menarikkah naskah Hiatus ini? 

Menarik... 

Untuk kita lebih faham apa yang dirasakan mereka. 

Untuk kita lebih menjiwai apa yang terbuku dalam hati dan fikiran mereka.

Ia adalah luahan rasa seseorang yang menderita, yang cuba untuk menyakinkan dirinya bahawa masih ada sebab untuk dia terus bernyawa mengharungi jalan kehidupan yang penuh berliku....

Saturday, December 26, 2020

Book Review : Tiada Lagi Ketenangan (No Longer at Ease)

Tajuk : Tiada Lagi Ketenangan (No Longer at Ease)

Penulis : Chinua Achebe

Penterjemah : Nazel Hashim Mohamad

Menariknya Naskah Ini : 

Lamanya Patung Beruang tidak update Book Review disini. Maaflah ye, tiba-tiba hilang minat pula untuk berkongsi update walaupun ada saja beberapa buah buku yang Patung Beruang berjaya habiskan dalam tempoh senyap ini. 

Naskah terjemahan karya dari Nigeria ini Patung Beruang berjaya habiskan malam semalam. Patung Beruang mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan naskah yang mempunyai 207 mukasurat ini. Puncanya lebih kepada tidak focus dengan pembacaan dan tergoda dengan buku lain yang lebih menarik. Hm... Sabar je lah kan.. 


Tiada Lagi Ketenangan membawa pembaca kepada watak utama iaitu Obi Okonkwo, lelaki muda yang berasal dari Umuofia, sebuah kampung Ibo di Timur Nigeria. Obi sangat beruntung kerana berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Britain dengan ditanggung oleh Kesatuan Progresif Umuofia. 

Ketika diluar negara, Obi berkenalan dengan Clara, seorang wanita cantik tetapi gemar berdamping dengan lelaki kaya. Pada asalnya Clara tidak tertarik pun dengan Obi kerana merasakan lelaki itu tidak sepadan dan setaraf dengannya. Namun, keadaan bertukar apabila mereka berdua pulang ke Nigeria dan Obi ditawarkan jawatan pengurus peringkat pertengahan dalam pentadbiran kerajaan. 

Pada masa itu Nigeria masih lagi dibawah pemerintahan Britain. Maka, hampir kesemua pegawai atasan di jabatan kerajaan masih lagi terdiri dari rakyat Britain. Hanya segelintir saja rakyat tempatan yang berpeluang untuk menyertai perkhidmatan kerajaan untuk jawatan pegawai pertengahan. Selebihnya hanya memegang jawatan rendah. 

Sebagai seorang pegawai peringkat pertengahan, Obi tergolong dalam golongan elit pemerintah. Namun ia tidaklah seindah yang disangka. Obi terpaksa mengekalkan gaya hidup mewah demi memastikan dia layak untuk bergaul dengan rakan-rakan elit yang lain. 

Dari seorang yang membenci rasuah, kini Obi menjadi salah seorang pegawai yang menerima rasuah. Dia seolah-olah leka dengan tarikan wang ringgit sehingga mengorbankan prinsip dan masa depan sendiri. 


Naskah asal ini diterbitkan pada tahun 1960. Maknanya sudah 80 tahun usianya. Walaupun sudah lama diterbitkan tetapi kisah yang dipaparkan masih relevan dengan masa kini. 

Anak muda yang dihantar belajar ke luar negara, memikul tanggungjawab dan kepercayaan masyarakat, namun tersasar langkah apabila terkena kejutan budaya di luar sana. Duit biasiswa yang diterima adakalanya dihabiskan kepada aktiviti hiburan berbanding mencari ilmu dan pengalaman. 

Prinsip dan budaya yang dipupuk oleh keluarga selama bertahun-tahun, dengan mudah terhakis sedikit demi sedikit apabila menetap di bandar. Bandar besar yang menawarkan 1001 impian dan kehidupan yang indah tetapi kebanyakkannya hanya palsu. Keindahan dan kemewahan yang ditonjolkan itu hanyalah sebagai pemuas mata mereka yang dahagakan kebahagiaan hakiki. Hakikatnya, masih ramai lagi rakyat tempatan yang berjuang untuk hidup di bandar, tersepit dengan kerakusan manusia sama ada pemerintah, peniaga juga masyarakat setempat. 

Benarlah orang kata, wanita itu boleh menjadi tulang belakang dan penyokong paling kuat untuk seseorang lelaki itu berjaya. Tetapi wanita juga boleh menjadi sumber kehancuran untuk seorang lelaki. Kehancuran yang akhirnya membinasakan bukan sahaja lelaki tersebut tetapi juga insan lain yang mungkin tidak bersalah. 

Pada pandangan Patung Beruang, naskah ini sedap tetapi berat. Tidak sesuai untuk dibaca ketika santai. Oh ye, seperti biasa terjemahan ITBM tidak pernah mengecewakan. Terjemahan yang lancar dan membuatkan kita rasa seperti kita sedang meneliti naskah asal. Alhamdulillah.... 

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...