Sunday, September 22, 2019

Nikmat Mana Yang Hendak Kamu Dustakan

Assalamualaikum wbt.... 

Petang ini, perasaan Patung Beruang agak bercampur aduk sedikit. Ada sedih, gembira, bersyukur, terkejut, semua ada.. 

Patung Beruang mengaku yang persekitaran kehidupan menjadikan diri ini materialistik. Seakan tidak puas dengan apa yang ada. Seakan tidak bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang Allah berikan. 

Tatkala Allah uji dengan menarik sedikit nikmat kehidupan ini, apabila diberi sedikit kesusahan dan kesempitan, Patung Beruang rasa helpless sangat. Rasa tidak berguna, down, devastated dan macam-macam.  




Disaat berbual bersama keluarga, timbul kisah adik-adik yang rancak pergi dan pulang dari luar negara. Terbang ke benua Eropah, Timur Tengah, Asia dan sebagainya. Pergi berhari-hari atau berminggu-minggu. 

Walaupun mereka pergi atas urusan kerja, hati Patung Beruang yang kotor ini terdetik;
"Seronoknya mereka. Dapat outstation ke luar negara, naik business class, sampai disana sudah ada kenderaan yang menunggu untuk dibawa ke hotel dan juga pejabat. Seumpama paid vacation. 
Kenapalah aku yang kakak ini tidak berada di tempat mereka??" 

Namun, diri ini cepat tersedar. Mengapa ingin rasa cemburu? Bukankah ibu ayah selalu berpesan;
"Adik-beradik tidak boleh ada rasa cemburu"

Rezeki mereka berkerja di MNC, rezeki mereka berkerja di syarikat ternama, rezeki mereka dapat selalu outstation ke luar negara.

Patung Beruang kena bersyukur. 
Sudah puas kan selama ini, travel ke sana sini. Outstation memanjang. Sampai satu tahap, Patung Beruang rasa sangat bosan. 
Patung Beruang teringin untuk bekerja secara normal seperti orang lain. Duduk di pejabat menyiapkan kerja dengan aman. Dan kini, Allah sedang makbulkan keinginan itu. 

Maka, Patung Beruang tiada sebab untuk rasa cemburu dengan mereka. Allah sedang berikan rezeki yang terbaik untuk setiap kami. Bersyukur kerana sekurang-kurangnya, Patung Beruang masih berpeluang untuk bekerja, mencari rezeki halal. 

"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" 




Setelah berbual tentang perkembangan kerjaya, timbul pula kisah bagaimana ibu ayah melawat sebuah taman perumahan yang baru siap dibina berdekatan dengan tapak semaian di Johor. 

Rumah banglo, mempunyai 6 buah bilik tidur, 6 buah bilik air, ruang keluarga yang besar, balcony yang memukau pandangan, porch yang boleh memuatkan lebih dari 5 buah kenderaan dan harganya yang tidak sampai RM700k pun. Sangat murah dan berbaloi. 

Bercerita tentang rumah memang tidak pernah habis. Setiasa menarik perhatian diri yang tidak reti bersyukur ini. 

Setiap kali pulang ke rumah Melaka, tatkala melalui Tiara Golf Club, hati Patung Beruang yang kotor ini akan berkata-kata; 
"Bila lah Patung Beruang akan berpeluang untuk memiliki kediaman didalam kawasan itu? 
Mesti seronok jika dapat memiliki kediaman di situ."

Hakikatnya, kediaman sekarang tiada cacat-cela langsung. Malah, lebih dari cukup.  Keluasannya, kualiti binaan, persekitaran yang mendamaikan, penduduk yang tidak ramai, privacy, ada petugas yang berkawal dan meronda setiap malam. Ia dianggap sangat berbaloi dengan harganya yang hampir mencecah setengah juta. 

Sedangkan di luar sana, ramai yang mengimpikan kediaman seperti itu. 
Diluar sana, masih ramai lagi yang terpaksa tinggal beramai-ramai, di rumah yang kecil, bersesak dan panas. 
Namun, mereka tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya mereka mempunyai tempat berteduh dari hujan dan panas. Mereka masih ada ruang untuk meletakkan kepala apabila badan kepenatan.

Ya Allah, mengapa hati Patung Beruang ini kotor sebegini? 
Sedangkan ibu dan ayah selalu berpesan; 
"Jangan asyik lihat mereka yang diatas sahaja. Lihat juga, mereka yang berada di bawah. Ketika kita asyik merungut tentang kekurangan dan kelemahan diri, kita terlupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada."

Betul kata ibu ayah, kita manusia ini sering terlupa untuk bersyukur...


"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" 



Beberapa minggu ini Patung Beruang rasa buntu sangat. Something unexpected happened yang menyebabkan segala perancangan Patung Beruang menjadi haywire. 

Berhari-hari Patung Beruang mengadu pada Allah. Di waktu solat, selepas solat, dalam perjalanan ke tempat kerja, sebelum tidur. Patung Beruang tidak mampu untuk bercerita dengan sesiapa, even dengan Iman. 

Puas berfikir but it seems no light at the end of tunnel. Sampai satu tahap, setiap pagi, dalam perjalanan ke tempat kerja, Patung Beruang hanya mampu berzikir "Ya Allah, Ya Barik".. 

Ya Allah, Ya Barik. Ya Allah, Ya Barik
Ya Allah, Engkau lah yang Maha Pengatur, Maha Perancang.
Aku serahkan urusan kehidupanku pada-Mu. Baik atau buruk, aku redha, ya Allah.. 
Aku bertawakal hanya pada-Mu.. 


Itulah yang keluar dari mulut Patung Beruang, di awal pagi, tatkala matahari masih bersembunyi. 

Jujurnya, iman yang secebis ini menghalang Patung Beruang dari mengambil tindakan yang berdosa. Walaupun Patung Beruang sedar tindakan itu boleh menyelesaikan kebuntuan Patung Beruang. 

Setiap kali terfikir untuk meneruskan niat itu, Patung Beruang teringat buku yang dibaca awal bulan hari itu;
"Apabila seseorang manusia itu berniat untuk melakukan dosa, Allah memerintahkan malaikat agar tidak mencatat apa pun didalam buku amalan manusia tersebut. Tatkala, manusia itu tidak jadi untuk melakukan dosa tersebut kerana takutnya dengan balasan Allah, Allah memerintahkan malaikat untuk mencatat pahala atas manusia itu. Pahala kerana dia tidak meneruskan niat jahatnya itu.

Namun, jika seseorang manusia itu berniat untuk melakukan kebaikan, Allah memerintahkan malaikat mencatat pahala untuknya. Walaupun manusia tersebut baru berniat. Dan apabila manusia itu, benar-benar melakukan kebaikkan tersebut, Allah memerintahkan malaikat untuk mencatat pahala lagi untuk manusia tersebut."

Ya, perenggan diatas inilah yang kerap bermain didalam fikiran Patung Beruang, sekaligus mematikan niat jahat ini. Betapa Allah itu Maha Penyayang. Betapa Allah itu tidak pernah menzalimi hamba-Nya. 

"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" 


Hari-hari berlalu, Allah memudahkan perjalanan kehidupan ini. Sedikit demi sedikit, Allah memberi ilham dan kekuatan untuk mengharungi ujian ini. 

Hari ini, rumah Patung Beruang didatangi tetamu. Bukan orang lain pun, ibu dan ayah saja. 

Inilah pertama kali mereka berkunjung ke rumah ini sejak Patung Beruang menetap disini. Memang sejak hari pertama masuk ke rumah ini, Patung Beruang keberatan untuk menerima tetamu. Walaupun dari keluarga sendiri. 

Rumah ini seolahnya seperti kubu rahsia Patung Beruang. Tempat Patung Beruang melepaskan lelah setelah bekerja seharian, tempat Patung Beruang beribadah, membaca, menulis, atau menyiapkan kerja-kerja yang tidak pernah habis. 

Benarlah, datangnya tetamu itu membawa rezeki kepada penghuni rumah. Allah hantar tetamu ini untuk menyampaikan rezeki, memberi ilham dan sekaligus memecahkan kebuntuan yang Patung Beruang alami berhari-hari.

Ya Allah, terasa kerdilnya diri ini. Benarlah, Allah sebaik-baik perancang. Tak dapat nak digambarkan betapa leganya hati ini, bila Allah datangkan bantuan dalam waktu-waktu yang kita sangat perlukan. 

"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" 



Mungkin ada yang bertanya, mengapa Patung Beruang berkongsi kisah ini? Bukankah ia hanya menceritakan betapa kotornya hati ini? Betapa diri ini terlalu mengejar kebendaan?  Betapa diri ini tidaklah sebaik yang disangka? 

Itulah hakikatnya diri Patung Beruang yang lemah ini. Iman turun dan naik setiap hari. 


Tatkala diri ini tersedar, Patung Beruang akan teringat petikan dari Surah Ar-Rahman. Antara Surah kegemaran Patung Beruang selain Surah Al-Kautsar dan Al-Waqiah. 

Surah Ar-Rahman mempunyai 78 ayat, dan 31 daripadanya Allah bertanyakan soalan yang sama;

"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" 


Soalan ini ibarat satu tamparan pada Patung Beruang yang jahil ini.

Mengapa masih mempersoalkan apa yang bukan milik diri ini, sedangkan sudah terlalu banyak nikmat yang Allah berikan? 

Mengapa bersedih dengan ujian kesusahan dan kesedihan yang datang, sedangkan sudah terlalu banyak kelebihan dan kegembiraan yang Allah telah berikan selama ini? 

Mengapa masih ada rasa cemburu pada orang lain sedangkan jalan kehidupan setiap dari kita tidak sama? 

Mengapa masih mengejar kemewahan dunia dan nafsu sedangkan apa yang ada ini sudah lebih dari mencukupi?

Mengapa bersedih apabila perancangan kita yang hamba ini tidak menjadi sedangkan Allah itu sebaik-baik perancang? 



Minggu lepas Patung Beruang berkongsi dengan Iman tentang konsep orbit kehidupan. Setiap kita ini mempunyai perjalanan orbit sendiri. Seperti planet-planet yang ada didalam Milky Way. Mereka mengelililing matahari dengan orbit masing-masing. Ada planet yang berputar dengan sangat laju, dan ada juga yang sangat perlahan.

Begitulah juga dengan kehidupan ini. Ada manusia jalan kehidupannya sangat smooth. Segala-galanya nampak sempurna dan berjalan lancar. Namun, ada juga manusia yang perjalanan hidupnya tidak sunyi dari ujian dan cabaran. Bertatih sedikit demi sedikit untuk mencapai apa yang diimpikan. Maka, tidak wajar untuk membanding jalan kehidupan kita dengan orang lain. No competition and no comparison.

Kini, apabila terkena pada diri sendiri, barulah diri ini sedar yang sukar rupanya untuk istiqamah dalam mengamalkan apa yang dinasihatkan... Tanda diri ini manusia biasa, yang penuh dosa dan mudah lalai..... 

2 comments:

  1. Indeed. So true...we always questioned everything or anything that happened to us. But we never noticed too many things that Allah grant to us. I'm currently struggle to make a big decision in my life. How I wish to have you by my side to advise me dear. Miss you Ilyana.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Fiza sayang. Miss you too, dear. Kak Fiza yang Yana kenal adalah seorang wanita yang sangat kuat dan tabah. Apapun yang akak hadapi sekarang, I'm sure you can handle it. This is my email, ilyana.dec@gmail.com. Feel free to email me ye. We can continue our story, there. Take care Kak :)

    ReplyDelete

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...