Tajuk : Di Situ Aku Bersujud
Penulis: Nurulhuda Maulad Mohd Salim
Menariknya Naskah Ini:
Naskah Di Situ Aku Bersujud adalah sebuah travelog solat, perkongsian pengalaman peribadi penulis.
Penulis berkelulusan Master didalam bidang Farmasi, merupakan bekas penuntut sekolah berasrama penuh dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Terdapat 24 bab yang mengandungi pelbagai kisah menarik dikongsikan di dalam naskah ini.
Penulis memulakan pengembaraan naskah ini dengan berkongsi pengalaman beliau ketika kecil, hidup bersama atuk dan nenek. Berpeluang tinggal serumah dengan 2 insan yang mempunyai pegangan agama yang kukuh, penulis beruntung kerana atuk dan nenek sangat menekankan solat berjemaah walaupun penulis masih lagi kanak-kanak. Dan setelah dewasa, penulis sedar yang galakan solat berjemaah bersama ahli keluarga di rumah adalah satu proses tarbiah. Satu proses latihan. Yang akhirnya menyebabkan solat berjemaah sesama ahli keluarga adalah satu kelaziman buat mereka. Ternyata impian atuk adalah untuk melihat zuriat keturunannya menjaga solat jemaah. Kisah 1: Kasih Sayang.
Islam tidak pernah menyusahkan umatnya. Begitu juga tentang solat. Solatlah dimana pun, asalkan tempat itu bersih dan kita memakai pakaian menutup aurat. Berada di luar negara, terutama di negara bukan Islam, sudah pastilah agak sukar untuk mencari masjid atau surau. Alternatifnya, boleh sahaja solat di mana-mana pun. Di tepi padang, di bawah pokok, di sudut dewan atau pun di Changing Room. Bagi yang wanita, pakailah pakaian yang sempurna menutupi aurat. Tanpa telekung, kita tetap masih boleh solat. Kisah 7: Minggu Orientasi, Liverpool, United Kingdom.

Solat adalah asas perlakuan beragama bagi umat Islam. Nampak mudah namun sukar pelaksanaannya, apatah lagi untuk sampai ke tahap sempurna. Nampak ringan namun berat rasanya buat segelintir manusia.
Patung Beruang tertarik dengan naskah ini kerana setiap bab yang ada disini, mempunyai ceritanya yang tersendiri.
Basically, setiap bab mempunyai cerita tentang pengalaman hidup dan akan dikaitkan dengan pengalaman solat dan sujud seorang hamba.
Didikan atau galakan untuk sentiasa menjaga solat sewajarnya dimulakan semenjak kecil lagi. Anak-anak itu ibarat kain putih. Ibu bapa yang mencorakannya sama ada untuk menjadi sempurna atau sebaliknya. Seeloknya sedari kecil sudah dilatih agar sentiasa menjaga solat, gemar hadir ke rumah-rumah Allah. Harapannya semoga perilaku tersebut berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Namun, ada juga insan yang menerima hidayah ketika usia menginjak dewasa. Tika hayat di pertengahan, Allah berikan keinginan kepadanya untuk beribadah, memperbaiki ibadah dan menjadi hamba-Nya yang terbaik. Masih belum terlambat untuk berubah. Bukankah hidayah itu milik Allah?
Apabila hidayah diterima, jagalah ia sebaik mungkin. Iman kita ini ada turun naiknya. Jagalah dan bajalah ia agar sentiasa subur dan mekar, sentiasa istiqamah di dalam beribadah dan ikhlas melaksanakannya.
Sujud itu tanda kerdilnya kita sebagai seorang hamba. Hamba yang tidak mampu melakukan apa-apa tanpa izin dari-Nya. Sujud itu satu perjalanan spiritual. Menyerahkan diri, jiwa dan raga kepada Pemilik sebenar.
Sujud itu juga satu komunikasi. Komunikasi antara seorang hamba dan Tuhannya. Mengadu dan bercerita segala-galanya. Meluahkan segala yang terbuku. Yang tidak terluah hatta kepada insan yang paling akrab.
Maka, sujudlah walau dimana sahaja kita berada....
"The Earth is a mosque for you. So, wherever you are, at the time of prayer, pray there!"
(Sahih Muslim)