Wednesday, September 5, 2018

Memburu Archer Di Pagi Hari.... Kegilaan Apakah Ini?

Assalamualaikum wbt

Rindunya Patung Beruang nak berkongsi cerita di sini. Yelah, asyik berkurung je di dalam gua. Dah bersarang labah-labah agaknya laman Patung Beruang ini, huhu..

Minggu lepas tiba-tiba sahaja Patung Beruang rasa bersemangat untuk menulis book review. Itu yang berderet-deret keluar posting untuk beberapa hari itu. 

Namun hakikatnya, Patung Beruang ada lebih kurang 20 buah buku yang sudah selesai dibaca namun masih belum ada book review nya. Elok je Patung Beruang susunkan buku-buku tersebut di rak. Hm.. bilalah boleh Patung Beruang selesaikan semuanya ye? hehehe... 

Untuk entry kali ini, Patung Beruang rasa nak berkongsi tentang pengalaman dalam mengumpulkan koleksi Clifton Chronicles, karya Jeffrey Archer. 

Patung Beruang mula membeli satu persatu novel didalam Clifton Chronicles sejak tahun lepas. Tapi, Patung Beruang tak beli ikut volume. Mana yang Patung Beruang jumpa, terus beli. Beli dan simpan, beli dan simpan. Begitulah ceritanya.

Alkisahnya, beberapa bulan lepas, tiba-tiba sahaja Patung Beruang terasa macam nak mula membaca sebab terfikir sampai bila nak simpan je naskah-naskah itu. Teringin juga nak tahu apa yang best sangat Clifton Chronicles ini sampai Archer boleh tulis sebanyak 7 volume. 

Nasib Patung Beruang baik sebab Patung Beruang dah miliki Volume 1, Only Time Will TellSo, Patung Beruang pun mulalah membaca dengan senang hati. Baca, baca dan terus membaca. 

Tup tup.. eh dah habis?? 
Best betul buku ini. 
Tapi.. ending dia macam tergantunglah pula. 
Adoii.. 

So, Patung Beruang pun check dekat rak buku, tengok-tengok Volume 2, The Sins of the Father pun Patung Beruang dah beli. So, tanpa buang masa, Patung Beruang pun mulalah mengadap Volume ke-2 pula.

Momentum untuk Volume 2 ini sama macam Volume 1. Rasa teruja dan berdebar-debar disepanjang cerita. Dan again, ending dia tergantung di muka surat terakhir. 
What??
Nakal betul Archer ini mempermainkan emosi pembaca setia macam Patung Beruang, huhu..

Malam itu, Patung Beruang check lagi di rak buku kot-kot ada lah Volume 3, Best Kept Secret
Tengok-tengok... 
Tak ada lah pula. 
Masa tu, Patung Beruang dah rasa sedih.
Betul ke tak ada? Rasa macam pernah beli.. 
See, 
I'm in a denial mood, huhuhu... 

Masa tengah duduk berfikir tu, Patung Beruang teringat yang Patung Beruang ada beberapa kotak yang berisi buku-buku, sama ada yang sudah dibaca ataupun yang belum dibaca. Jujurnya, buku-buku tersebut disimpan dalam kotak sebab Patung Beruang pindah rumah awal tahun hari itu. So, bila pindah rumah baru ini, semua kotak-kotak yang berisi buku-buku, Patung Beruang susun elok-elok di dalam bilik tidur no. 3. 

Malangnya sampai sekarang, ada antara kotak-kotak itu memang tidak dibuka langsung. Buku-buku yang ada di rak buku hanya 1/4 sahaja dari jumlah yang sebenar. 

Apalagi, Patung Beruang pun mulakan lah misi membuka dan menyelongkar semua kotak-kotak buku yang ada di dalam bilik tersebut. Satu demi satu kotak Patung Beruang buka. Mana buku-buku yang sudah dibaca, Patung Beruang asingkan dan susun di satu tempat. 

Now, tinggallah sekumpulan buku-buku yang belum dibaca. 
Macam biasa, satu persatu buku Patung Beruang teliti untuk lihat ada atau tidak Volume 3 ini. 

Ketika operasi mencari, Patung Beruang terjumpa Volume 4, Be Careful What You Wish For
Biar betul??
Volume 4 ada. Mana Volume 3 ini??

Akhirnya...
Setelah puas mencari..
Memang sahlah yang Patung Beruang cuma dah beli Volume 1, 2 dan 4 sahaja..
Haih... sabar je lah.  

Masa tu Patung Beruang mula terfikir, ok atau tidak kalau Patung Beruang skip dulu Volume 3 dan terus membaca Volume 4??
Tetapi..
Jika dilihat pattern sebelum ini, Volume 1 dan Volume 2, ceritanya memang bersambung, ada kesinambungan tetapi ada juga banyak plot twist sehingga ia lari dari apa yang kita jangkakan. So, ada kemungkinan jika Patung Beruang skip Volume 3, cerita itu akan tergantung dan Patung Beruang sendiri akan confius nanti. 

Hm..
Nampaknya, Patung Beruang tiada pilihan selain dari dapatkan juga Volume 3 untuk teruskan pembacaan. 

Malam itu Patung Beruang tidur pun tak lena. Rasa macam tak syok je. Otak ini asyik berfikir  macam mana nak dapatkan Volume 3? Tangan ini dah gatal sangat nak baca sambungan kisah Harry Clifton, Emma dan Giles Barrington. Tapi, kedai buku mana yang memang confirm ada jual Volume 3 ini ye?

Di Malaysia, buah tangan Archer agak rare juga lah. Mereka tidak sepopular Harry Potter atau Game of Thrones

Lagipun bukan semua orang minat genre yang dibawa oleh Archer. Selain itu, harga buku import agak mahal, jadi pelanggan pun berkira-kira untuk membeli. Maka, permintaan agak kurang berbanding buku tempatan. 

Patung Beruang pernah berbual dengan seorang wanita berbangsa asing, berusia hampir 50-an, ketika sedang membelek buku Archer di sebuah pesta buku. Rupanya, dia juga peminat Archer. Sebelum berpisah, dia sempat berpesan, "whenever you see Archer's, just grab it because you won't regret it". 

Well, Patung Beruang setuju juga dengan statement itu. 
Yes, we won't regret to own and read it. 
Di KL, it is difficult to find his books kecuali di Kinokuniya. Itu pun, tak semua buku ada. Bookxcess, Popular dan MPH, sesekali ada. Pun sama juga, tak semua tajuk mereka ada jual. So, bergantung pada nasib lah, huhu..  Itu sebabnya, kalau jumpa sahaja, Patung Beruang akan terus beli. 

Malam itu rasa diri ini gelisah semacam je. 
Terlepas episod Goblin atau Uncontrollably Fond pun tak teruk macam ini. Atau dengan kata lain, tak dapat tengok muka Gong Yoo atau Kim Woo Bin pun tak separah ini, heheh.. 
Seksa sungguh bila buku yang dicari-cari, tidak dimiliki. 




Pagi esoknya, lepas Subuh, tiba-tiba Patung Beruang dapat ilham. Eh.. Kan dekat sini ada kedai buku 24 jam?
Yes!!!
Apa kata kita tengok kat situ, kot-kot lah buku yang Patung Beruang cari ada disitu. 

Sepantas kilat Patung Beruang pun bersiap. Pagi-pagi, kat luar masih gelap lagi Patung Beruang sudah meredah kabus menuju ke 24 hours bookstore. Bersemangat sungguh... 

Sampai disana, parking lot sangat lengang. Rasa seram pun ada. Kedai semua tutup. Dah lah bangunan ini bertingkat-tingkat. Dengan konsep ala-ala hutan dalam bandar, rasa seram pula sebab tak nampak tanda-tanda ada manusia di sini. 

Sedang berjalan-jalan, Patung Beruang terserempak dengan security guard. Patung Beruang pun tanyalah, betulkah di sini ada 24 hours bookstore? Dimana?

Security guard pun arahkan cara nak pergi ke bookstore tersebut. Kena naik escalator sampai tingkat 2. Lepas tu naik tangga pula sampai tingkat 3. Lepas tu, kena jalan, belok kiri, belok kanan, naik escalator lagi satu tingkat, then baru lah jumpa.

Sepanjang jalan tu, Patung Beruang tengoklah kiri kanan, ish.. banyak pokok2, landskap cantik tapi agak creepy. Kedai semua tutup, gelap gelita. Tak nampak cahaya langsung, harapkan lampu jalan je. Rasa macam masuk rumah hantu pula, huhu...

Finally, sampailah Patung Beruang ke 24 hours bookstore. 
Then masuk je kedai buku, barulah nampak manusia. 
Alhamdulillah...



Ok, ini pertama kali Patung Beruang sampai ke kedai buku ini. Menarik juga konsep dia. Ada banyak buku-buku dan juga disediakan tempat untuk membaca dan membuat kerja. Bila diteliti lagi, ada juga ruang cafe, cuma masih belum beroperasi.

Kalau malam-malam tidak boleh tidur, datang saja ke sini. Boleh membaca dan membuat kerja. Menarik..

Puas mencari, akhirnya Patung Beruang jumpa buku Archer. Tapi bukanlah Volume 3. Patung Beruang jumpa Volume 5, Mightier Than The Sword dan juga 1 buku short stories bertajuk A Quiver Full of Arrows.  Patung Beruang decide untuk beli je kedua-dua buku ini memandangkan Patung Beruang pun tidak tahu adakah Patung Beruang akan jumpa lagi atau tidak naskah-naskah ini. 



Sekarang, persoalannnya, dimana Patung Beruang nak cari Volume 3 ini?

Patung Beruang minta tolong staff di bookstore tersebut, untuk check dalam sistem, in case, di branch lain ada Volume 3. Kalau ada, Patung Beruang sanggup je pergi ke branch lain untuk dapatkan buku tersebut. 

Setelah di periksa, nampaknya di branch lain pun tiada juga. 

Hm.. 

Tiba-tiba Patung Beruang teringat ada lagi 2 major bookstores, dan mereka ada online shopping. So, Patung Beruang duduk sekejap dan periksa online shopping mereka, kalau-kalau mereka ada stock. Logiknya, jika online bookstore ada, off line pun mesti lah ada kan? Or else, macam mana mereka simpan stock?

Eventually, hanya satu sahaja major bookstore yang ada Volume 3. 

So, Patung Beruang pun terus lah bergegas ke sana.

Jam di tangan menunjukkan pukul 9 pagi. Logiknya, perjalanan ke sana memakan masa satu jam setengah. Jadi Patung Beruang akan sampai sana just nice 10.30 pagi dan bookstore pun dah beroperasi. 

Sampai sahaja di bookstore yang ke-2, Patung Beruang pun mulakan misi mencari. 
Alhamdulillah..
Di rak buku, elok je tersusun Volume 3, Best Kept Secret dan Volume 6, Cometh The Hour
Jadi, Patung Beruang pun terus lah membayar harga kedua-dua naskah tersebut.


Hooray... Now, Patung Beruang dah ada stok membaca dari Volume 3 sampai lah ke Volume 6. 
Alhamdulillah..

Cuma Volume 7, This Was A Man sahaja yang Patung Beruang belum miliki lagi.

Tak mengapa lah. Jujurnya, Patung Beruang dah penat untuk teruskan pengembaraan mencari buku pada hari tersebut. Rasa nak cepat-cepat balik je dan mula membaca. 


Lagipun Patung Beruang baru teringat yang Patung Beruang akan ke London lagi beberapa hari. So, Patung Beruang cari sahaja lah Volume 7 di London nanti. Sepatutnya, di sana lagi lah senang untuk Patung Beruang cari naskah Archer. Sah-sahlah memang Archer berasal dari sana. Mesti lah mereka lebih mengutamakan produk mereka berbanding produk negara lain. Betul tak?


Ironinya..
Apabila berada di London, jadual Patung Beruang sangat padat. Sampai tak sempat nak menjelajah kedai buku. 

Well...
Pergi The Shard boleh pula. Pergi PwC office boleh pula. Pergi Camden boleh pula. Kedai buku tak mampu nak pergi. 

Hm.. Betul ke tak sempat pergi kedai buku??

Honestly Patung Beruang masuk je ke beberapa buah kedai buku. Tapi sebab masa itu objektifnya lain. So, Patung Beruang terlupa untuk lihat jika ada naskah Archer di situ. 

By the time Patung Beruang beredar, baru teringat tentang Volume ke-7. Tapi, nak patah balik ke situ, rasa macam malas pula. So, Patung Beruang simpan sahaja lah keinginan itu.



Akhirnya, sampai lah Patung Beruang dah balik Malaysia, sampai lah ke saat catatan ini ditulis, Patung Beruang masih lagi belum memiliki Volume ke-7, hehehehehe....

Tak mengapalah. 
Kalau bookstore disini masih tak jual, Patung Beruang beli sahaja dari Amazon.com nanti. Cuma kena sabarlah sebab terpaksa menunggu beberapa minggu untuk buku tersebut sampai ke tangan. 

Lagipun, tiada sebab untuk Patung Beruang terburu-buru mencari Volume ke-7 tersebut. Patung Beruang sudah selesai membaca Volume-3 dan sudah suku naskah untuk Volume ke-4.  Jadi, sudah tentu Patung Beruang akan ambil masa yang lama untuk selesaikan Volume ke-5 dan ke-6. Silap-silap, hujung tahun nanti baru habis kedua-duanya. Jadi bersabarlah ye.



Oklah... itu lah suka duka Patung Beruang dalam mengumpulkan koleksi Clifton Chronicles. Rasa macam hilang rasional sekejap, huhu. 

Dan sebab itulah Patung Beruang kurang gemar membaca naskah bersiri atau pun menonton tv series. Macam ini lah. Bila series yang kita nak tu tiada, haru-biru jadinya. Dunia dunia........

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...