Assalamualaikum wbt... Dan selamat malam.
Nampaknya malam ini Patung Beruang balik lewat lagi. Semalam Patung Beruang keluar dari ofis pukul 9.15 malam. Malam ini pula, tup-tup pukul 9.45 malam baru gerak. Apakan daya? Khusyuk sangat buat kerja, mengadap notebook sampai tak perasan yang masa berlalu sangat pantas.
Minggu ini Patung Beruang sibuk siapkan papers untuk present di Audit Committee Meeting, yang bakal berlangsung minggu depan. Selain papers yang nak present, kenalah juga review appendix nya sekali. Yelah, everything must be tip top. Kalau tidak, percuma je kena sembur masa meeting nanti, huhu.
Basically, dari zaman Patung Beruang di Pos Malaysia lagi Patung Beruang dah biasa mengadap AC Meeting. Dah faham dan masak sangat segala kekalutan dan kekecohan sebelum meeting terutama waktu-waktu genting untuk hantar papers pada CoSec. Boleh rasa macam nak makan orang je, hehe...
Kali ini pun sama juga, still kalut.
Untuk AC meeting kali ini, ada papers yang dari Internal Audit dan ada juga papers dari Finance. Untuk papers dari Internal Audit, Patung Beruang kena uruskan seorang diri. Yelah, baby boss kan dah takde. Even baby boss ada tolong buatkan papers sebelum dia berhenti hari tu, but bila Patung Beruang tengok, hm... Not up to expectations. So Patung Beruang decide untuk buat semula. Takpelah, anggap je lah itu bahagian Patung Beruang. Tak mau lah bising-bising. Orangnya pun dah takde kat sini.
Oleh kerana Patung Beruang ralit dengan AC meeting ini, Patung Beruang lebih banyak menyendiri didalam bilik, siapkan semua kerja satu persatu. Bila malam, balik rumah, rasa letih sangat. Jadi, semalam bila ada orang tegur yang Patung Beruang macam tak nak layan dia berborak, Patung Beruang ye kan saja. Malas nak argue lebih-lebih.
Bila difikir semula, orang lain tidak tahu apa yang kita hadapi di pejabat. Apa beban kerja kita. Apa yang kita rasa. Oleh itu, bila ada orang yang ala-ala sentap hanya kerana kita tak mampu nak ikut kehendak dia, Patung Beruang abaikan saja.
Lagipun, bukannya Ibu Ayah atau keluarga yang Patung Beruang nak kena jaga hati sangat-sangat. If you can't accept myself, my way, just go away. Don't ever waste your time or most importantly, my time.
Jujurnya, bila keluar je dari pejabat, terutama kalau Patung Beruang keluar selepas pukul 8.30 malam, Patung Beruang sudah tidak berminat untuk berjumpa dengan siapa-siapa, bercakap atau berfikir tentang apa-apa. Patung Beruang hanya nak cepat sampai rumah supaya boleh duduk rehat sambil baca buku ataupun baring atas katil sambil peluk Bibi. Itu je.
Macam tadi, Patung Beruang keluar dari ofis pukul 9.45 malam. Singgah sebentar di Petronas Puchong Gateway untuk keluar duit dan beli roti. Ketika bayar, cashier tu beriya tanya macam-macam. Patung Beruang hanya mampu membalas setiap soalan dia dengan senyuman, anggukan dan gelengan kepala saja. Hehe.. Kesian kan?? Bukan apa, Patung Beruang tak larat dan tak rasa nak bercakap. Kesudahannya, tiada sepatah pun yang keluar dari mulut Patung Beruang tadi kecuali terima kasih.
Esok hari Khamis. Alhamdulillah, tadi sebelum balik, Patung Beruang berjaya hantar semua papers dan appendix pada CoSec. Now Internal Audit punya part dah selesai. Hopefully tak de lah banyak amendment ye sebab semua papers kena sampai pada AC members pada hari Isnin. Adoi..rasa berdebar-debar pula. Patung Beruang ada 5 reports nak kena present masa meeting nanti. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan AC meeting tersebut. Aamiin..
Esok hari Khamis. Alhamdulillah, tadi sebelum balik, Patung Beruang berjaya hantar semua papers dan appendix pada CoSec. Now Internal Audit punya part dah selesai. Hopefully tak de lah banyak amendment ye sebab semua papers kena sampai pada AC members pada hari Isnin. Adoi..rasa berdebar-debar pula. Patung Beruang ada 5 reports nak kena present masa meeting nanti. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan AC meeting tersebut. Aamiin..
Oklah, Patung Beruang tak larat nak tulis panjang-panjang malam ini. Ini pun Patung Beruang hanya taip melalui handphone. Tak rajin nak on notebook semata-mata nak menulis, hehe. Nampaknya Bibi kat sebelah ni pun dah memanggil-manggil untuk ajak tidur, mata Patung Beruang pun macam ada gam gajah, makin lama makin nak tertutup je. Jadi lebih baiklah Patung Beruang mengundur diri untuk beradu ye. Insya Allah, ada rezeki Patung Beruang akan menulis lagi.
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment