Assalamualaikum wbt..
Selamat Hari Raya..
Eh, ada raya lagi ke? Hm.. Syawal kan
sebulan. Jadi walaupun hari ini dah masuk minggu ke-3 Syawal, masih lagi belum
terlambat untuk Patung Beruang ucapkan Selamat Hari Raya.
Apa cerita pada Syawal tahun ini?
Ok.. 1st, untuk raya tahun
ini, kami tidak menyambutnya di perantauan seperti tahun lepas. Tahun lepas
memang tiada suasana raya langsung sebab pagi raya, kami dah mula mendaki Banjaran
Crocker dan menikmati keindahan alam semula jadi. Orang sibuk makan ketupat dan
lemang, kami pula sibuk masuk hutan, melihat tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar.
What an interesting experience.
Untuk tahun ini, kami menyambut raya
di kediaman baru. Alhamdulillah.
Inilah pertama kali seluruh keluarga
dapat berkumpul di rumah baru yang sempurna.
Yelah, masa awal tahun dulu, bila Kak
Chik dan Iman tiba-tiba pulang, rumah tersebut masih kosong. Renovate pun belum
lagi.
Raya kali ini, kami semua dapat berkumpul seperti tahun lepas. Kak Chik dapat cuti seminggu. Iman pula memang sedang semester break.
Iman sampai di Malaysia pada Jumaat malam, Jumaat terakhir kita berpuasa. Suasana di KLIA sesak sangat dengan manusia walaupun jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Bukan sahaja rakyat Malaysia malah pelancong luar pun ramai. Akhirnya kami sampai ke rumah Seri Kembangan pukul 1 pagi.
Kenapa lambat?
Hm.. masuk-masuk je dalam kereta, Iman dah cakap yang dia mengidam nak makan McD. Maklumlah McD disanakan tidak halal. Jadi, hanya mampu tengok je lah. So dari KLIA, awalnya kami decide nak berhenti di McD tepi highway KLIA tu. Tapi manusia punyalah ramai baik didalam restaurant ataupun drive-thru. Akhirnya, kami pergi sahaja McD di Puchong Gateway. Dekat sangat dengan ruman Patung Beruang, hehe..
Sampai rumah pukul 1 pagi. Duduk kejap dan makan-makan dengan Iman dan Abang, tepat pukul 1.30 pagi, Patung Beruang masuk tido. Masa tu, mata dah macam tak boleh nak buka. McD makan pun tak habis.
Pukul 5 pagi, dengar suara Iman ketuk pintu bilik Patung Beruang, untuk kejut bangun. Pusing kiri dan kanan, akhirnya Patung Beruang pun bangun. Nampaknya Iman macam tak tidur langsung sejak sampai di rumah Patung Beruang. Jet lag katanya. Kesian dia.. huhu..
Kami pun mandi, bersiap untuk solat Subuh dan tepat pukul 6.15 pagi, Patung Beruang dan Iman pun mulakan perjalanan untuk pulang ke Melaka. Balik kampung oooo balik kampung...
Abang kena stay dulu sebab flight Kak Chik akan sampai di KLIA pukul 10.30 pagi. So Abang ditugaskan untuk ambil Kak Chik dan selepas itu barulah boleh pulang sama-sama ke Melaka.
To cut short, finally, Ramadhan terakhir pada tahun ini, kami dapat berbuka puasa satu keluarga. Complete team.. Satu hari pun jadilah.. Alhamdulillah...
2nd, kediaman baru menerima
tetamu baru dan lama. Alhamdulillah, kami mula menerima tetamu dari raya
pertama sehinggalah raya ke-5. Selepas itu, Patung Beruang pun tak pasti ada
tetamu yang berkunjung lagi atau tidak sebab Patung Beruang dah pulang ke Seri
Kembangan pada malam raya ke-5.
Ada tetamu yang baru pertama kali
sampai ke kediaman kami dan ada juga yang sudah pernah sampai ketika bulan
Ramadhan hari itu. Kami menerima kehadiran mereka dengan tangan terbuka. Banyak
kata-kata pujian yang terbit dari mereka tatkala melihat keadaan dan
persekitaran kediaman kami. Alhamdulillah, inilah yang termampu Patung Beruang
sediakan.
Seperti yang Patung Beruang pernah
ungkapkan dahulu, selepas ini, andai kata umur Patung Beruang tak panjang,
Patung Beruang redha dan akan pergi dengan hati yang lapang kerana Patung
Beruang yakin Patung Beruang dah sediakan yang terbaik untuk keluarga yang
ditinggalkan. Jika apa-apa berlaku pada Patung Beruang, mereka boleh teruskan
hidup seperti biasa tanpa perlu runsing tentang apa pun.
3rd, hadiah istimewa buat
ayah dari Abg Long dan keluarga. Apa hadiahnya, biarlah rahsia. Yang pasti Patung Beruang
melihat air muka yang sangat gembira terpancar diwajah ayah. Walau kehadiran Abg Long dan keluarganya agak singkat, namun detik yang singkat itu dimanfaatkan
sepenuhnya. Berbual bertanya khabar, menikmati juadah yang disediakan dan
saling bertukar hadiah dan buah tangan. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke
kediaman kami. Terima kasih juga kerana sudi memberikan tanda ingatan kepada
ayah. Mungkin bagi orang lain, ia adalah hadiah biasa dari seorang anak kepada
ayahnya. Namun, buat ayah, hadiah tersebut adalah yang paling mahal nilainya
kerana pemberinya adalah seorang anak yang mempunyai tempat yang sangat istimewa didalam hati ayah. Percayalah.. Kami ucapkan berbanyak terima kasih atas segala ingatan, buah tangan dan masa yang sudi diperuntukkan untuk bersama kami.
4th, moments bersama
keluarga sambil bertukar-tukar cerita. Syawal kali ini Patung Beruang
berpeluang untuk berjumpa dengan sepupu-sepupu lain. Yelah, diwaktu lain sukar
untuk bersua. Mana tidaknya, ada yang kerjanya di offshore, yang pulang ke
darat sesekali sahaja. Jadi, bila berjumpa banyaklah topik yang dapat disembangkan.
Patung Beruang seronok berbual dengan seorang gadis cilik ini. Fizikalnya comel
sahaja macam budak sekolah rendah. Tapi siapa sangka, gadis cilik ini bertugas
sebagai engineer di tengah lautan. 2 minggu didarat, 2 minggu dilaut. Banyak
ilmu baru yang Patung Beruang kutip dari beliau berkenaan dengan bidang
kerjanya dan juga scenario dunia oil and gas sekarang ini. Pendapatan memang
lumayan tapi beban kerja dan risikonya pun boleh tahan juga. Tu lah, sempat
juga Patung Beruang bercerita yang Patung Beruang tidak jadi untuk berhijrah
pada bulan April hari itu. Kalau tidak, pasti sekarang Patung Beruang pun dah
jadi salah seorang manusia yang terlibat didalam oil and gas industry, huhu.
Takpelah.. Allah lebih tahu dimanakah rezeki yang terbaik untuk Patung
Beruang. Ada juga sepupu yang bertugas
didalam bidang aviation. Seronok mendengar beliau bercerita tentang struktur
teknikal aircraft yang ada didunia ini. Selama ini Patung Beruang hanya jadi
penumpang aircraft sahaja. Kali ini, boleh menimba ilmu berkenaan engine,
maintenance and structure aircraft tersebut. Setiap aircraft tu ada ciri-ciri
keistimewaannya tersendiri.
Satu perkara yang seronok tentang
family besar kami adalah kami mempunyai latar belakang bidang pendidikan dan
kerjaya didalam industry yang berbeza-beza. Ada yang berkerja di bank dan
terlibat dengan portfolio kewangan dan ilmu ekonomi yang sangat menarik, ada
yang terlibat dalam dunia korporat dan sudi berkongsi asam garam pahit manis
cabaran dunia perniagaan masa kini, ada yang expert dalam bidang fisioterapi
dan banyak berurusan dengan atlit-atlit hebat, ada yang dalam medical dan
banyak berdepan dengan kerenah masyarakat dan macam-macam penyakitnya, ada yang
dalam bidang kejuruteraaan dan macam-macam lagi. Malah, bidang kejuruteraan itu
sendiri pun terlalu besar sehingga setiap dari mereka berada didalam lapangan
kejuruteraan yang berbeza-beza. Jadi sesekali berjumpa, dapatlah bertukar-tukar
pandangan dan ilmu.
5th, bye-bye Baby Bos. 30
June hari tu, Jumaat, Patung Beruang masuk ofis sebab itu adalah hari terakhir
Baby Bos. Hm… sekarang ini, Patung Beruang bersendirian didalam bilik. No more
partner, no more chatter box. Takpelah. People come and people go. Adatlah tu.
Urusan kerja Patung Beruang bila masuk
bulan Syawal ini sangat mencabar. Assignment demi assignment diperolehi.
Menarik sebenarnya sebab banyak perkara yang boleh dipelajari dan banyak yang
Patung Beruang boleh sumbang pada syarikat. Mood bersemangat masih lagi di
puncak dan harap-harap ia berkekalanlah untuk selamanya, hehe.. Aamiin..
Oklah, itulah serba sedikit cerita
Syawal Patung Beruang pada tahun ini. Kemeriahan raya tu lebih kepada meriahnya
bila tetamu berkunjung ke kediaman kami, bercerita dan berbual sesama ahli
keluarga.
Persiapan raya untuk diri sendiri takde lah excited sangat pun.
Patung Beruang hanya sempat beli sepasang baju raya je. Itu pun jubah dan
dibeli ketika hari terakhir Ramadhan. Jujurnya Patung Beruang tak teruja pun
nak beli baju raya tapi masa jalan-jalan dengan Ibu, beliau berkenan dengan
sepasang jubah berwarna hijau. So alang-alang Patung Beruang belikan untuk Ibu,
Patung Beruang beli lah juga untuk diri sendiri.
Pembelian yang lain adalah benda-benda yang wajib seperti kuih raya dan kerepek, serta buku-buku dan komik untuk anak-anak buah Patung Beruang yang 5 orang itu. Itu je lah...
Baiklah.. rasanya dah banyak pula Patung Beruang menulis ini. Lepas ini, Patung Beruang nak sambung tulis book review. Ada beberapa book review yang masih pending. Hopefully dapatlah habiskan cepat-cepat... Bye...
No comments:
Post a Comment