Tajuk: The Alchemist
Penulis: Paulo Coelho
Menariknya Novel Ini:
Ok, ini adalah coretan yang masih panas dari Patung Beruang ye, hehe. Patung Beruang baru saje habiskan pembacaan novel ini dan decide nak cepat-cepat kongsikan kehebatan novel ini dengan semua orang.
Finas, thank you girl sebab remind kan Patung Beruang tentang novel ini. Tomorrow, i'll lend this novel to you, girl :)
Patung Beruang beli novel ini di MPH Online last week dan parcel sampai di ofis keesokkan harinya. Ikutkan, cepat je Patung Beruang boleh habiskan novel ini, tapi yelah, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Patung Beruang demam teruk, dicampur dengan flu dan batuk since Ahad sampailah Rabu. So, that time, Patung Beruang memang tak mampu nak membaca buku. Alhamdulillah, bila dah sembuh ni, barulah boleh continue pembacaan.
Patung Beruang beli novel ini di MPH Online last week dan parcel sampai di ofis keesokkan harinya. Ikutkan, cepat je Patung Beruang boleh habiskan novel ini, tapi yelah, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Patung Beruang demam teruk, dicampur dengan flu dan batuk since Ahad sampailah Rabu. So, that time, Patung Beruang memang tak mampu nak membaca buku. Alhamdulillah, bila dah sembuh ni, barulah boleh continue pembacaan.
Ok, enough my story. Let's start the amazing journey of The Alchemist ye :)
The Alchemist mengisahkan seorang remaja lelaki yang tidak bernama. Dalam cerita ini, wataknya dikenali sebagai "The boy".
The boy adalah seorang pengembala kambing biri-biri. Hidupnya hanya ditemani dengan haiwan gembalaanya. Dia merantau jauh membawa haiwan gembalaannya mencari rumput atau padang yang subur, sungai yang jernih dan jika sampai masanya, the boy akan menjual biri-biri kepada peniaga. Tak kisahlah, untuk disembelih ataupun sekadar menjual bulu-bulu biri-biri tersebut.
Satu sifat menarik yang ada pada the boy adalah dia suka membaca buku. Jadi, walaupun dia hanya seorang pengembala, tetapi mindanya dan ilmunya lebih hebat dari pengembala yang lain.
The boy mendapat mimpi yang sama sebanyak 2 kali. Mimpinya adalah beliau didatangi oleh seorang kanak-kanak, ketika the boy sedang mengembala biri-birinya. Dan tiba-tiba, kanak-kanak tersebut membawanya ke Piramid di Mesir. Kanak-kanak tersebut juga memberitahu yang jika the boy berjaya sampai ke Piramid, the boy akan berjumpa dengan harta karun.
Pada suatu hari, the boy pergi berjumpa seorang wanita Gipsi yang merupakan seorang tukang tilik dan menceritakan mimpinya itu. Wanita Gispi itu menyarankan agar the boy pergi mencari Piramid tersebut dan jika berjaya menemui harta karun tersebut, the boy mestilah menyerahkan 10% dari harta karun tersebut kepada wanita Gipsi ini.
Selepas itu, ketika the boy sedang kyusuk membaca buku di sebuah pekan, seorang lelaki tua duduk bersebelahan dengannya. Mereka berbual walaupun pada awalnya the boy tidak berminat untuk melayan percakapan lelaki tua tersebut kerana merasakan yang lelaki itu hanya mengganggu concentration nya yang sedang membaca. Tetapi anehnya, lelaki tua ini seperti tahu tentang mimpi the boy dan juga sejarah dan masa depan orang lain yang berada di pekan tersebut. Dan lelaki tua itu akhirnya mengaku yang beliau adalah seorang raja. Beliau meminta untuk membeli biri-biri the boy agar the boy mempunyai duit untuk mengembara ke Egypt bagi mencari Piramid yang dimimpi kannya. Dan raja itu juga menghadiahkan 2 buah batu yang bernama Urim dan Thummim. Batu-batu ini boleh memberi petunjuk kepada the boy jika the boy berada di persimpangan.
Tanpa biri-birinya, maka bermula lah pengembaraan the boy menuju ke Egypt. Disepanjang pengembaraanya, berbagai peristiwa berlaku. The boy ditipu orang sehingga kehilangan semua duitnya, terpaksa berkerja di kedai barang-barang Kristal demi mencari sesuap nasi dan tempat tinggal, merentasi gurun padang pasir, bertemu dengan perompak, bertemu dengan puak-puak yang sedang berperang dan juga jatuh cinta dengan seorang gadis Padang Pasir yang bernama Fatima.
Berjayakah the boy menjumpai Piramid yang dicarinya itu? Memang ada harta karun kah atau mungkin ia hanya sekadar mimpi? Atau mungkinkan the boy akan mengalah, hentikan perjalanannya, berpatah balik dan kembali menjadi pengembala biri-biri?
Kalau nak tau jawapannya, kenalah baca sendiri The Alchemist ini, heheh...
Oh ye, memang wujud watak alchemist dalam buku ini. Dimana akhirnya memang the boy akan berjumpa dengan seseorang yang bergelar alchemist. Tetapi, dalam konsep yang lagi besar, alchemist itu adalah membawa maksud diri kita sendiri. Dalam konsep sains, alchemist boleh menukarkan satu unsur kepada unsur yang lain. Dimana jika 2 atau lebih unsur bergabung, ia akan membentuk output yang lain. Contoh simple, oksigen yang bergabung dengan hidrogen, akan membentuk air (H2O).
Tetapi, dalam kehidupan kita, diri kita ini juga digambarkan sebagai alchemist dimana kita mengadunkan segala elemen, peristiwa, perasaan, pemikiran dan sebagainya bagi membentuk siapa kita, kemana kita pergi, apa keadaan kita dan sebagainya. In other words, tiada benda atau perkara yang hanya mempunyai 1 elemen sahaja.
Finally, novel yang diterbitkan pada tahun 1988 ini sangat menarik and full of colours. Tidak hairanlah jika ia telah terjual lebih dari 65 juta salinan dan diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain.
Dalam hidup kita ini, ada realiti, ada mimpi dan ada juga magic. Disaat kita berada di alam realiti, tidak salah untuk kita mengejar mimpi. Dan adakalanya magic datang tanpa disedari. Dalam konsep Islam, kita percaya dengan Qada' dan Qadar serta kuasa Allah itu tiada batasannya. Harta yang berharga tidak semestinya wang ringgit atau emas berlian semata-mata, tetapi ia juga boleh jadi ilmu dan pengalaman yang kita miliki. So just open our eyes, open our mind, pray to Allah and enjoy our journey of life :)
No comments:
Post a Comment