Diam tak diam, tinggal sehari sahaja untuk kita berpuasa. Esoknya, In shaa Allah dah raya. Cepatnya masa berlalu....
Hari Isnin baru ni, lepas kerja Patung Beruang terus ke Amcorp Mall. Seperti biasalah, destinasi yang dituju sudah pastilah BookXcess. Mula-mula ingat nak drive je dari ofis ke Amcorp. Tapi bila memikirkan yang bulan puasa ni confirm jem tak ingat, Patung Beruang batalkan je lah niat nak naik kereta ke sana.
So, dari ofis Patung Beruang straight terus ke Putrajaya Sentral. Naik ERL terus ke KL Sentral dan sambung pula LRT ke Station Taman Jaya. Senang.. Just keluar duit beberapa belas ringgit, tau2 dah sampai Taman Jaya. Tak penat dan tak stress.
Ha.. inilah dia buku-buku yang Patung Beruang belikan untuk anak buah Patung Beruang yang 5 orang tu. Comel dan colourful sangat kan? heheh..
3 buah buku yg depan sekali tu untuk si kembar 3 tu yang baru berumur 2 tahun. Buku kulit keras, pictures and colours yg sgt menarik. Memang Patung Beruang pilih buku-buku khas untuk toddlers age macam mereka. Hopefully, si kembar 3 yang comel itu seronok lah mengadap buku-buku ini.
4 buah buku dibelakang tu terdiri dari 2 buah activity books dan 2 story books. Cukuplah untuk kakak dan abang mereka yang berumur lebih kurang 5 - 8 tahun.
Banyak sangat buku untuk children dan toddlers kat sana. Rambang mata Patung Beruang dibuatnya. Yang kelakarnya awal-awal tu, semua buku yang Patung Beruang pilih ada gambar bear atau cerita pasal bear. Punyalah taksubnya Patung Beruang ni dengan bear sampai nak beli buku pun cari yang ada kena-mengena dengan bear juga. Adoi....
Tapi, tiba-tiba Patung Beruang terfikir, nanti anak-anak buah Patung Beruang fikir cuma bear je haiwan yang wujud dalam dunia ini. Heheh.. masak tu.. Ataupun mereka fikir cuma bear je watak yang wujud dalam buku..
Dan mana lah tau, kot-kot mereka tak minat bear, sure mereka tak kan pandang buku-buku ini... Adoi, lagi lah Patung Beruang frust..
Selepas tawaf beberapa kali kat section toddlers and children, Patung Beruang pun tukarlah buku-buku tu.. Akhirnya, Patung Beruang pilihlah buku tentang kitten, duck, bee, chicken, pooh dan tractor. Cuma ada 1 je buku tentang bear.. Dah jadi macam KPI pula kan? Mesti nak ada buku pasal bear, hm.... nasiblah..
Seronoknya shopping buku time ni adalah semua buku yang dibeli dari pukul 6 pm -9 pm akan dapat discount 10%. Lepas tu, memandangkan Patung Beruang ada membership card, Patung Beruang dapat lagi tambahan discount 5%. So, total dah 15% cost saving. Alhamdulillah...
Plus, ini kan bulan puasa n hari kerja, jadi BookXcess tu lengang. Selesa sangat untuk belek dan pilih buku-buku. Disebabkan leka sangat dengan buku-buku, sedar-sedar dah pukul 7.15 pm. Lagi 15 minit nak buku puasa. Apa lagi, kelam kabut lah Patung Beruang terus bayar buku-buku tersebut dan bergegas untuk berbuka puasa pula.
Eventually, Patung Beruang buka puasa je kat KL Sentral. Dengan sebotol juice dan sandwich, semasa tunggu ERL untuk balik Putrajaya Sentral. Jadi lah.. Yang penting misi untuk belikan buku untuk kiddos tercapai..
Now, Patung Beruang dah ada di Melaka. Sampai dirumah pukul 10.30 malam tadi. Esok Patung Beruang dah cuti. Hooray.. Ayah cakap Abg Long datang tadi bawa buah tangan. Ayah jemput Abg Long dan family untuk datang rumah kami raya pertama nanti. Hai, tak sabar Patung Beruang nak jumpa anak-anak buah Patung Beruang tu. So kids, this year selain dari duit raya, Aunty Yana hadiahkan books juga untuk uolls ye.. Same tradition as previous year..
p/s: Ibu Patung Beruang komen tadi, "Mentang-mentanglah dia suka baca buku, anak orang pun dia suruhnya baca buku juga."
Dear kiddos, what to do? U all dapat Aunty yang gila dgn books.. So, nasib uolls lah ye.. I just wanna share my interest, hehehe..
No comments:
Post a Comment