Tajuk: Alibaba. The inside story behind Jack Ma and the creation of the world's biggest online marketplace.
Penulis: Liu Shiying and Martha Avery
Sinopsis dan Menariknya Buku Ini:
Sejujurnya Patung Beruang beli buku ini pada tahun 2012 dimana pada masa itu, Patung Beruang cuma tahu Alibaba.com adalah salah satu website di Internet yang fungsinya lebih kurang sama macam Amazon.com iaitu jual beli di Internet. Soalan-soalan seperti siapa pengasasnya, kenapa ia diasaskan, hebatkah dia dan apa bezanya dia dengan Amazon mula menerjah benak Patung Beruang setiap kali terpandangkan buku ini di rak buku. Akhirnya, pada awal tahun hari tu, Patung Beruang mula membaca buku ini dan berjaya menghabiskannya dalam masa sebulan, heheh..
Secara amnya, Alibaba.com adalah sebuah website yang menyediakan plarform untuk berjual beli secara borong.
Alibaba.com (Alibaba) diasaskan oleh Jack Ma, dimana ia bermula pada Febrari 1999 di sebuah kediaman kecil di daerah Lakeside Garden, Hangzhou, China. Pada masa itu, tiada papan tanda diletakkan di pintu masuk dan tiada juga tanda-tanda berlakunya sebarang aktiviti perniagaan atau pekerjaan lain di premis tersebut.
Pepatah ada mengatakan, "Jika anda hendak mengubah dunia, anda hendaklah mengubah diri anda sendiri terlebih dahulu." Tetapi Jack Ma melakukan telah sebaliknya. Beliau telah Berjaya mengubah dunia tetapi dirinya masih sama seperti dahulu, sentiasa bersederhana dan tidak suka menonjolkan diri.
Alibaba dibangunkan dengan cara yang sangat sederhana sesuai dengan kehendak Jack Ma. Beliau dan seluruh warga Alibaba mempunyai impian yang sangat tinggi dimana mereka ingin membangunkan syarikat e-commerce dimana objektifnya adalah:
- Membangunkan syarikat yang dapat bertahan selama 100 atau 200 tahun;
- Membangunkan syarikat yang dapat menyediakan perkhidmatan e-commerce kepada perusahaan kecil dan sederhana (Small and Medium Enterprises) di China; dan
- Membangunkan syarikat e-commerce yang terbesar di dunia, yang akan menduduki carta 10 website yang paling ramai pengunjung Internet di dunia.
Buku ini menceritakan suka duka Jack Ma membangunkan Alibaba semenjak 1999 dimana dengan hanya bermodalkan $60,000, syarikat ini telah berkembang sehingga mencapai nilai billion US dollars dalam masa kurang dari 10 tahun.
Ada beberapa peristiwa besar yang berlaku kepada Alibaba, contohnya pada January 2000, Softbank dari Jepun yang pada masa itu diketuai oleh Masayoshi Son telah melabut $20 juta didalam Alibaba. Dan pelaburan ini telah membuatkan Alibaba Berjaya mengembangkan empayar ke peringkat antarabangsa, dengan menubuhkan ibu pejabat di Hong Kong dan pejabat operasi di Silicon Valley, London etc.
Pada December 2001, Alibaba menjadi website perniagaan yang pertama di dunia yang mempunyai keahlian melebihi 1 juta ahli. Hampir setahun selepas itu, pada October 2002, website Alibaba versi Jepun pula dilancarkan dengan kempen besar-besaran untuk menguasai pasaran Jepun pula.
Alibaba telah membuat pelaburan yang besar iaitu RMB 100 juta keatas Taobao pada July 2003. Pelaburan ini adalah kerana Jack Ma berhasrat untuk memasuki pasaran domestic China melalui Customer to Customer (C2C). 3 bulan selepas itu, Alibaba mewujudkan Alipay, iaitu satu platform pembayaran didalam talian. Dimana selepas ini, para penjual dan pembeli boleh menjalankan urusniaga dengan lebih mudah di talian dari pengiklanan, tempahan dan sehinggalah kepada pembayaran.
Secara kesimpulannya, penubuhan Alibaba memerlukan 2 kekuatan yang besar iaitu; keupayaan untuk mengenalpasti hala tuju teknologi pada masa kini dan hadapan, dan yang ke-2, keazaman untuk memastikan ia sentiasa dilandasan yang betul. Bukan mudah untuk mengenal pasti kehendak pengguna dan penjual, aliran trend social media, ragam pengguna yang terdiri dari pelbagai umur dan latar belakang serta jangkaan dari mereka, persaingan yang tidak putus-putus dari terutama dari mereka yang lebih kuat (i.e. dari segi modal, kepakaran, hubungan dengan pihak berkuasa, strategi perniagaan etc.) dasar -dasar kerajaan yang kadang kala menyokong tetapi adakalanya sebaliknya pula, pasaran global yang penuh ragam dan sebagainya. Tetapi, disebalik semua cabaran tersebut, Jack Ma telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil didalam dunia teknologi dan pernigaan.

No comments:
Post a Comment