13 Jun 2014, Jumaat, adalah hari terakhir Patung Beruang bertugas di Internal Audit Department, Pos Malaysia.
Akhirnya, Patung Beruang tinggalkan tempat ini, tempat yang banyak kenangan, tempat yang banyak memberi inspirasi pada Patung Beruang untuk menulis audit reports, tempat yang mencabar pemikiran Patung Beruang, tempat yang mendewasakan Patung Beruang dan tempat yang menyimpan 1001 kenangan pahit manis, suka, duka di Pos.
Bila difikirkan, hati ini memang berat untuk melangkah pergi. Jujurnya, Patung Beruang belum puas untuk berkhidmat di Pos tetapi apa kan daya, Patung Beruang ada cita-cita dan impian yang harus dikejar.
Sebab itu lah, mengapa selepas sebulan Patung Beruang melangkah pergi, barulah coretan ini terhasil.
Terima kasih buat semua yang banyak membantu dan bersama-sama dengan Patung Beruang sejak hari pertama Patung Beruang melangkah masuk ke Pos, sehinggalah ke hari terakhir Patung Beruang disini. Setahun 10 bulan, itulah umur Patung Beruang di Pos ini.
Ramai insan-insan hebat yang Patung Beruang kenal di Pos ini. CIA yang paling best yang Patung Beruang pernah jumpa, HMN. Bos Patung Beruang yang pertama JJ, sangat cool orangnya. Bos ke-2 yang Patung Beruang dapat, Khairel. Itu pun sekejap saja sebelum dia berhijrah ke Sapura Kencana. Banyak benda yang Patung Beruang belajar dari dia dan dia adalah HOU yang paling serasi sejak Patung Beruang mula bekerja tahun 2007. Alhamdulillah, still keep in touch until now. Sahabat main badminton (i.e. makan2 n lepak2), Cik Ain dan Faizzal. In shaa Allah, lepas raya boleh lah kita main bandminton lagi ;)
Orang pertama yang Patung Beruang kenal bila kerja di Pos, Nurul, Fadhir, Cik Nana dan Aizul. This was the best team, havoc, less stress but kerja still jalan. Bestfren aka kembar Patung Beruang di Pos, NoorJay dari PgMO. Kami banyak berkongsi cerita suka dan duka. In shaa Allah, semoga ikatan keakraban itu kekal terjalin walaupun kami dah berlainan organisasi.
My 1st and only scandal di sini, "My Love". Maaf, Patung Beruang tak tergamak nak declare nama dia even nak letak initial. Cukuplah Patung Beruang gelarkan "My Love" sebab itu lah panggilan dia pada Patung Beruang pada saat itu. Terima kasih kerana beri peluang untuk mengenalinya, seorang insan yang hebat tetapi sangat humble. Perkenalan yang tidak dirancang, segala-galanya hanya kerana urusan kerja. Tetapi ada masanya, dia juga insan biasa yang perlukan seseorang untuk mendengar luahan hatinya. Patung Beruang hanya menunaikan haknya sebagai seorang sahabat, walaupun didalam hati ini memang ada secebis perasaan sayang padanya. Sayang yang lebih dari seorang sahabat. Tapi jangan risau, sekarang kami dah tak de apa-apa lagi, hehe.. Apa yang berlaku antara kami, biarlah disimpan elok2 didalam kenangan. Masing-masing sudah ada hala tuju sendiri. Semoga dia berjaya dimasa saja dia berada, dunia dan akhirat. Seorang lelaki yang baik, bijaksana dan sentiasa berlemah lembut. Moga dia sentiasa disenangi oleh semua pihak dan terhindar dari menjadi mangsa akibat perbuatan orang lain, Amin. Seperti yang Patung Beruang sebut padanya suatu ketika dahulu, "Rezeki Allah yang bagi. Apabila kita terpaksa meninggalkan sesuatu tempat itu, percaya lah bahawa Allah telah menyediakan tempat lain yang lebih baik utk kita. Tetapi, jika kita tersangkut ditempat itu walaupun kita tak suka, kuatkan semangat dan tetaplah melangkah kerana tempat itulah yang terbaik untuk kita pada masa itu. Allah akan sentiasa bagi yang terbaik untuk kita."
Sebenarnya ramai lagi insan-insan lain yang Patung Beruang akan tetap kenang walaupun Patung Beruang tidak lagi berkhidmat disana. Maaf kerana Patung Beruang tidak mampu untuk menyenaraikan seorang demi seorang disini.
Terima kasih yang tidak terhingga atas perkenalan yang singkat ini. Semoga kalian semua berjaya dan bahagia dunia dan akhirat, Amin...
No comments:
Post a Comment