Saturday, February 15, 2020

Book Review : The Art of Letting God

Tajuk : The Art of Letting God

Penulis : Mizi Wahid 

Menariknya Naskah Ini : 
Patung Beruang sudah lama teringin nak memiliki buku ini. Tapi ada saja halangannya. Samaada budget bahan bacaaan untuk bulan tersebut sudah habis ataupun jika budget masih ada, buku pula tiada di bookstore. 

Minggu lepas, ketika pertengahan minggu hati ini meronta-ronta nak miliki juga buku ini. Beberapa hari sebelum itu, di Borders, buku ini sudah tidak lagi kelihatan di rak buku. 

Akhirnya, selepas kerja, Patung Beruang terus singgah di Kinokuniya KLCC. Mula mencari di rak-rak yang berkaitan. Diri ini tersenyum tatkala terlihat naskah ini elok tersusun di rak buku. Alhamdulillah. Pencarian membuahkan hasil. 


Naskah The Art of Letting God ini mempunyai 21 Bab yang disusun dengan cantik. Bab 1: The Greatest Temptation membawa pembaca betapa dalam hidup ini memang mudah untuk berputus asa. Sebenarnya, sangat mudah. Tetapi, perkara yang "mudah", atau sesuatu yang "mudah", logiknya tidak akan menghasilkan output yang hebat. 

Impian untuk menghuni Syurga Firdausi. Ironinya, tatkala Allah hadirkan sedikit ujian, diri sudah mula berputus asa, sedih, marah dan kecewa. Mula merasa diri ini tidak disayangi oleh Sang Pencipta. Mula terasa betapa tidak adilnya kehidupan ini. 

Perkara atau perjalanan yang "mudah" tidak akan memberikan kita pengalaman yang hebat dan ilmu yang menakjubkan, yang boleh kita kutip dan simpan seumur hidup ini. Atau mungkin boleh dikongsi untuk manfaat bersama. 

Perkara atau perjalanan yang "mudah" tidak akan mendewasakan kita. Tidak akan membangunkan potensi diri. Sayangnya, kita akan kurang menghargai atau mungkin melupakan terus pengalaman "mudah" ini.


Patung Beruang juga tertarik dengan Bab 7: What People Say yang mana banyak tips yang diberikan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, contohnya berdepan dengan individu yang toksik. Kita memang tidak akan dapat lari dari golongan toksik kerana memang itu lah nature manusia. Namun, dalam usaha kita menjauh dengan mereka, janganlah sampai kita memutuskan silaturrahim kerana tindakan ini bertentangan dengan ajaran Islam. 

Apa yang boleh dibuat mungkin adalah:
  • Menjaga jarak perhubungan kita dengan mereka. 
  • Kurangkan interaksi atau komunikasi samaada secara bersemuka atau tidak. 
  • Dalam keadaan hari ini, kurangnya melihat mereka di media sosial juga membantu. Tapi, tidak perlulah sampai ke tahap "unfriend" atau "blocking" kerana tindakan ini berpotensi mencetuskan provokasi yang lebih besar. Cukup sekadar perkembangan mereka tidak singgah di "wall" kita atau di "news feed" kita.  
  • Seperti kata penulis, "some people need to be loved from a distance." 

Tetapi, apapun yang kita lakukan diatas, bukanlah bermakna mereka itu tidak baik... Atau kita lebih baik dari mereka. Tidak!! 
Tetapi sebab ada certain perilaku  atau pemikiran mereka yang tidak selari dengan kita, which makes it unhealthy for us to continue staying too close to them. That's the main reason kenapa kita bertindak sedemikian.. 



Menikmati naskah The Art of Letting God ini, membaca satu persatu perkataan yang tercetak, seperti memujuk diri sendiri, memujuk hati sendiri. Soothing effect.. I don't know but that's what I felt... 

Diri yang sangat lelah dengan urusan dunia serta segala ketidak pastian dan ketidak tentuan. Hati yang sangat lelah dalam usaha untuk menjadi lebih baik, lebih bersih, lebih tenang dan lebih tetap. 

Ada masanya diri terasa seperti ingin tinggalkan saja segala-galanya. Tinggalkan begitu saja. Lari sehingga rasa penat dan tidak berdaya untuk melangkah. Tetapi, lari kemana? Apa tujuannya? Adakah dengan berlari akan menyelesaikan segala-galanya? Sudah pasti jawapannya tidak.... 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...