Monday, February 10, 2020

2 Weekends Yang Menggembirakan

Assalamualaikum wbt...

Nampak ini entry kedua untuk bulan February ini. Beberapa minggu yang lepas ini Patung Beruang agak sibuk dengan urusan kerja dan juga personal. 

Namun sempat juga habiskan beberapa buah buku cuma Patung Beruang belum berkesempatan untuk menulis Book Review nya. Yang sempat cuma naskah Air Mata Raja, tetapi itu pun Patung Beruang ambil masa lebih kurang 3 jam untuk satu entry. Dalam kepala ini ada banyak perkara yang Patung Beruang ingin kongsikan berkenaan buku tersebut. Bila dah terlalu banyak idea, mulalah bersimpang-siur sehingga akhirnya ia mengambil masa lebih lama dari biasa, untuk diterjemahkan disini. 

2 minggu lepas Patung Beruang spent time dengan kakak sepupu. Dari pukul 12 tengahari hinggalah pukul 6.30 petang. Banyaklah perkara yang kami bualkan terutama tentang her children education progress and current education system. 

Basically, our lunch and hi-tea date lebih kepada platform untuk kami berkongsi cerita. Patung Beruang seronok berbual dengan this sister sebab banyak pengalaman dan ilmu beliau yang boleh Patung Beruang kutip. Malah melalui beliau lah Patung Beruang banyak tahu tentang perkembangan our young generation, their education path, selok belok membesarkan anak-anak dizaman sekarang dan macam-macam lagi kisah. Tak bermakna kita ini single, kita hanya perlu tahu tentang dunia kita saja. Perkongsian sebegini juga antara satu cara Patung Beruang untuk mengutip ilmu dan pengalaman orang lain. 

Adakah Patung Beruang berpeluang untuk aplikasikan ilmu tersebut pada anak sendiri? Hanya Allah saja yang tahu...

Dalam umur begini, Patung Beruang sudah tidak fikir lagi tentang pasangan hidup. I just want to appreciate every single moment in my life, appreciate everyone around me especially my family, my cousins, relatives and my lovely friends. Tidak ketinggalan juga my pets i.e. Kembang dan Encik Kura-Kura, hehe.. 

I just want to do good deeds as much as possible, memudahkan urusan makhluk Allah disekeliling ini dan mengumpul saham akhirat sebanyak mungkin. That's all...

After all, matlamat hidup di dunia ini adalah untuk kehidupan yang abadi Di Sana nanti. So why I want to give unnecessary pressure to myself? 

Ada jodoh atau tidak? Allah saja yang tahu. 
Namun Patung Beruang yakin yang Allah ada perancangan yang terbaik untuk diri ini. 

Dulu Patung Beruang sering bercakap dengan Ibu;
"Jangan risau kalau Patung Beruang tidak berjodoh didunia kerana di Syurga nanti pasti Allah sudah sediakan jodoh untuk Patung Beruang. Allah kan dah pesan, setiap makhluk itu dijadikan berpasangan. Maka, Patung Beruang kenalah berusaha untuk masuk Syurga Allah agar dapat jumpa jodoh disana." 

Somehow this statement lebih kepada untuk memujuk diri sendiri. Plus meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah. 

Walau tiada pasangan, Allah berikan Patung Beruang keluarga yang lovely, adik-beradik yang baik-baik dan sekepala, anak-anak buah yang cerdik dan behave, cousins yang always support each other dan juga sahabat-sahabat yang seringkali bertanya khabar dan mendoakan satu sama lain. 

Jadi, nikmat Allah mana lagi yang ingin Patung Beruang dustakan? 


Ketika berbual, this lovely sister asked me;
"Awak selalu ke keluar lepak dengan kawan?" 

I smiled and after a few moments, I replied. 
"Saya tiada kawan. Kawan bagi saya hanya di pejabat. Habis waktu kerja, keluar saja dari pejabat, no more kawan." 

Honestly, that's me.. Patung Beruang aka Ilyana Bustan.. 

Patung Beruang sangat choosy untuk memilih dengan siapa Patung Beruang nak keluar dan dengan siapa Patung Beruang nak makan. I rather go out alone rather than accompany by someone that I don't feel comfortable. 

Mungkin Patung Beruang dah terbiasa sendiri. Buat apa-apa sendiri. Pergi mana-mana pun sendiri. Buat keputusan pun sendiri. Pergi makan sendiri. Tengok wayang pun sendiri. Shopping pun sendiri. Buat charity works pun sendiri. Jadi Patung Beruang tak rasa satu kemestian or kewajiban untuk berteman setiap kali lepak. 

Jika tidak keluar sendiri, Patung Beruang akan keluar dengan my siblings or my parents. Itu saja. 

Malah, serapat-rapat Patung Beruang dengan Teddy Bear pun, rasanya sudah lebih setahun kami tak jumpa. Walhal bukannya jauh pun jarak rumah kami. Hanya beberapa kilometer saja. But still I have no interest to hangout with him. 
Our communication is just through phone or whatsapp. That's how we keep update on each other...



Hujung minggu yang baru lepas ini Patung Beruang dan keluarga menghabiskan masa di Johor Bahru. 

Jumaat itu Patung Beruang half day petang. Yelah, flight dari KLIA malam, tapi Patung Beruang tak packing langsung. Lagipun tak nak lah tergesa-gesa, jadi Patung Beruang decide untuk apply cuti siap-siap. 

Sampai saja di Senai Airport, Patung Beruang dan Iman dijemput oleh Abang, dan kami terus menuju ke homestay.

Its good to berkumpul the whole family. Walaupun malam sudah lewat, tapi mata ini rasa macam tak nak tidur saja. 

Esok pagi, kami bergegas ke Masjid untuk menghadiri majlis nikah Sabariah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. 

Ini adalah majlis perkahwinan yang ketiga didalam keluarga besar Ibu. Ketika di masjid, Patung Beruang terkenangkan arwah Nenek. Betapa Nenek teringin sangat untuk melihat cucu-cucunya berkahwin. Malang sekali, Allah telah menjemput Nenek terlebih dahulu sebelum hasratnya terlaksana. 

Dalam pukul 11 ke 12 tengahari, kami berkumpul di dewan tempat majlis berlangsung. Alhamdulillah, hampir semua sepupu kami yang berjumlah 20 orang, berpeluang untuk hadir. Yang tiada cuma Anis, sebab dipanggil bertugas di offshore, serta Kak Ngah dan Razif yang terpaksa melangsaikan tuntutan tugas masing-masing. 

Selepas makan, kami lepak di khemah luar pula untuk sambung bersembang dan bertanya khabar masing-masing. 

Cuma sayangnya, Patung Beruang tak sempat nak ambil gambar semua sepupu yang ada, huhu..

Beberapa minit sebelum azan Zuhur, Patung Beruang dan keluarga terpaksa beransur untuk menuju ke destinasi seterusnya. 

Petang itu, Patung Beruang spent time dengan Abang dan Iman. Menjelajah ke tempat-tempat yang dah lama Patung Beruang tidak kunjungi selepas kami berpindah dari Johor Bahru 18 tahun yang lepas. 

Nasib baik Abang menetap di sini. Jadi beliau lah yang jadi driver merangkap tourist guide kami. Kalau nak suruh Patung Beruang drive, alamatnya sesatlah, heheh.. 

Banyak perubahan yang berlaku di Johor Bahru, terutama tempat-tempat yang biasa Ayah dan Ibu bawa ketika kami kecil-kecil dahulu. Agak sedih juga melihat tempat-tempat yang penuh dengan nostalgia itu telah bertukar wajah disebabkan kerakusan manusia. Rakus mengejar kemajuan dan kemewahan yang tiada hala tuju sehingga memusnahkan alam sekitar, khazanah flora dan fauna. 


Malam itu, selepas Isyak kami semua berkumpul di rumah Pak Teh. Seperti biasa, bila ada family gathering, kami akan buat BBQ. Bakar-bakar, makan-makan, sembang-sembang sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan ke angka 12 tengah malam. 

Dengan berat hati kami meminta izin dari tuan rumah untuk beransur pulang ke homestay kami. Jarak perjalanan hampir setengah jam juga walaupun ketika itu sudah tengah malam. Bandar Johor Bahru tidak pernah tidur terutama sekali malam minggu. 


And now Patung Beruang sudah kembali ke Selangor. Adoi... Rasa tidak puas berjumpa dan spent time dengan family semua. Tapi apa boleh buat, masing-masing ada kehidupan sendiri yang perlu diteruskan. 

Mungkin, jika ada rezeki, family gathering dan BBQ boleh dibuat ketika Hari Raya Puasa atau Haji nanti. Atau mungkin juga malam selepas majlis perkahwinan Abang pada bulan September nanti. Semoga ada rezeki kami untuk berkumpul lagi semua.. Aamiin.. 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...