Tajuk : Air Mata Raja
Penulis :
1. Shaharudin Haji Ali
2. Norzailina Nordin
Menariknya Naskah Ini :
Naskah yang dibeli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 ini baru saja Patung Beruang selesaikan pembacaannya beberapa minggu lepas.
Patung Beruang ambil masa lebih kurang seminggu jugalah untuk selesaikan buku setebal 963 mukasurat ini. Itu pun Patung Beruang guna kaedah speed reading dan hanya mampu membaca paling lama pun 2 jam sehari. Kalaulah Patung Beruang baca words by words, rasanya sampai hari ini pun mungkin tidak habis lagi, hehe..
Naskah Air Mata Raja ini mempunyai 2 jalan cerita besar tetapi saling berkait antara satu sama lain.
Jalan Cerita Pertama
Kisah pertama ini bermula pada tarikh 29 September 1509 iaitu kedatangan Portugis ke Melaka, seterusnya detik-detik kejatuhan kota tersebut ke tangan Portugis yang berlaku pada 24 Ogos 1511. Pada waktu itu, istana Sultan Mahmud Syah menjadi tumpuan. Askar-askar Portugis mengambil segala harta disitu untuk dibawa pulang ke tempat mereka.
Sultan Mahmud Syah, kedua-dua isterinya iaitu Tun Teja dan Tun Fatimah, puteranya Raja Ahmad, serta kaum kerabat diraja yang lain lantas berundur dengan menempuh hutan tebal. Rombongan ini terpaksa melalui keadaan yang amat sukar. Bunyi haiwan liar dan kehadiran haiwan berbisa sangat menggerunkan. Tapak kaki mereka luka terkena duri, kanak-kanak menangis kelaparan dan kehausan.
Malang menimpa rombongan ini apabila tiba sahaja di Solok Mentaja, Tun Teja isteri tua Sultan Mahmud tiba-tiba jatuh gering. Isteri muda baginda, Tun Fatimah berusaha untuk merawat Tun Teja. Namun akhirnya Tun Teja menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sebelum peristiwa serangan Portugis keatas Melaka, ayah Tun Teja iaitu Tun Hamzah yang bergelar Datuk Bendahara Seri Amar Diraja Pahang telah tiba ke Melaka. Kedatangan Tun Hamzah adalah untuk membawa Raja Amar Putera, iaitu anakanda Tun Teja dan Sultan Mahmud Syah pulang ke Pahang. Pemergian Raja Amar Putera ke Pahang telah menyebabkan beliau terselamat dari serangan Portugis yang menimpa Melaka.
Raja Amar Putera sedih dengan apa yang menimpa Melaka. Ditambah pula dengan kemangkatan bondanya, Tun Teja. Raja Amar merasakan betapa kekandanya, Raja Ahmad sangat beruntung kerana dapat bersama-sama berusaha dengan ayahanda mereka, Sultan Mahmud Syah, untuk mempertahankan Melaka.
Selepas menyampaikan berita kemangkatan Tun Teja kepada Raja Amar Putera, Tun Hamzah menyerahkan sebilah keris berhulu gading pipit yang indah buatannya serta sepucuk surat kepada Raja Amar Putera. Rupanya surat tersebut adalah dari bondanya, Tun Teja, meminta agar Raja Amar Putera sentiasa teguh dengan ajaran Islam dan juga menjaga keris Melela Seri Panji Mahkota, hadiah dari ayahandanya, Sultan Mahmud Syah dengan sebaik mungkin. Keris dan surat itulah lambang kasih sayang ayahanda dan bonda putera raja ini.
Selain itu, Tun Hamzah juga menyerahkan sebilah lagi keris kepada Raja Amar Putera. Keris yang diberi nama Keris Tahana ini hanya mempunyai 4 bilah saja yang sepertinya. Keris yang berukuran sejengkal ini sebenarnya telah ditempah oleh Tun Hamzah sendiri. Tujuannya adalah keris ini sebagai lambang kepada keahlian pendekar Kumpulan Mangku Raja, iaitu pendekar yang ditugaskan untuk menjaga Raja Amar Putera dan keturunannya demi memastikan kelangsungan keturunan Sultan Melaka. Keris ini bukanlah untuk dijadikan sebagai senjata, cuma lebih kepada pengenalan. Namun, ia masih tetap boleh melukakan.
Sepucuk surat dari Tun Teja, keris Melela Seri Panji Mahkota dan juga akhir sekali adalah Keris Tahana, adalah 3 benda yang diserahkan kepada Raja Amar Putera sebagai bukti bahawa beliau adalah keturunan atau pewaris yang sah untuk kesultanan Melaka.
Kini Raja Amar Putera mula menyedari betapa besar tanggungjawab beliau sebagai pewaris kesultanan Melaka. Beliau berazam agar satu hari nanti Melaka dapat dikeluarkan dari taklukan Portugis dan dikembalikan semula kepada mereka yang berhak.
Beberapa bulan selepas itu, rombongan Sultan Mahmud Syah yang berundur dari serangan Portugis, akhirnya tiba di Melaka. Ketibaan keluarga diraja ini disambut gembira oleh sultan Pahang. Raja Amar Putera mengadap ayahandanya dan mempersembahkan putera beliau, Raja Jamil yang baharu berusia sebulan. Sultan Mahmud Syah terlalu gembira dengan kelahiran cucuanda baginda.
Tidak berapa lama selepas itu, Sultan Mahmud Syah ingin berangkat ke Pulau Bentan. Raja Amar Putera memohon untuk ikut serta rombongan ayahandanya itu. Namun permintaan tersebut ditolak oleh Sultan Mahmud Syah kerana merasakan adalah lebih baik Raja Amar Putera tinggal di Pahang dan memastikan kelangsungan keturunan pewaris kesultanan Melaka.
Akhirnya, Sultan Mahmud Syah dan Raja Ahmad mendirikan kerajaan di Pulau Bentan dan mula mengatur rancangan untuk merampas Melaka dari tangan Portugis. Walau bagaimanapun, serangan yang mereka lakukan keatas Melaka pada Julai 1512 gagal.
Perkahwinan Sultan Mahmud Syah dan Tun Fatimah telah melahirkan Raja Alauddin. Sebagai mengotakan janji kepada Tun Fatimah, Sultan Mahmud Syah bersetuju agar Raja Alauddin dilantik sebagai Raja Muda dan akan menggantikan baginda sebagai pemerintah kerajaan di Pulau Bentan kelak apabila Raja Alauddin dewasa. Disebabkan janji tersebut, Raja Amar Putera terfikir;
Bagaimanakah nasib kekandanya, Raja Ahmad yang selama ini menjadi pembantu setia Sultan Mahmud Syah?
Atau Raja Muzaffar, kekandanya yang lagi satu?
Mungkin ayahandanya ada perancangan sendiri kerana melantik pengganti adalah hak mutlak sultan.
Raja Amar Putera bersama pembantu kanannya pergi ke Melaka. Tujuan beliau adalah untuk melihat keadaan disana setelah kota itu menjadi jajahan Portugis. Bagi mengelakkan identiti sebenar dirinya terbongkar, beliau membawa barang dagangan seperti gading untuk dijual di Melaka.
Beberapa tahun kemudian, Portugis mengalahkan Pulau Bentan dan Sultan Mahmud Syah berundur ke Kampar. Raja Amar Putera sangat ingin berjumpa dengan ayahandanya itu namun keadaan tidak mengizinkan. Isterinya seringkali tidak sihat kerana mengandungkan anak ketiga mereka. Tiba-tiba Raja Amar Putera mendapat khabar yang kekandanya, Raja Ahmad telah dibunuh. Namun sebab musabab beliau dibunuh tidak dapat dipastikan oleh Raja Amar Putera.
Raja Amar Putera dan anakandanya, Raja Jamil bersiap-siap untuk ke Kampar bagi melawat Sultan Mahmud Syah. Sebelum itu, mereka singgah ke Melaka untuk berdagang. Barangan dagangan mereka habis terjual di Melaka kerana kebijaksanaan Raja Amar Putera bertutur didalam bahasa Portugis. Ketika mereka masih di Melaka pada tahun 1528, Sultan Mahmud Syah mangkat dan dimakamkan di Kampar. Tidak sampailah hajat Raja Amar Putera untuk berjumpa dengan ayahandanya itu.
Setelah kemangkatan Sultan Mahmud Syah, Raja Muda iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah II dilantik sebagai sultan di Pulau Bentan. Sementara kekandanya, Raja Muzaffar Syah dilantik oleh orang-orang Perak menjadi Sultan Perak yang pertama.
Jalan Cerita Kedua
Kisah kedua ini berkisar kepada Bendahara Tun Muhammad, atau yang digelar Tun Seri Lanang, yang dititahkan oleh Paduka Seri Sultan Alauddin Ri'ayat, iaitu Sultan Johor untuk menulis kisah tentang raja-raja Melayu dengan istiadatnya, supaya menjadi rujukan untuk generasi akan datang. Buku tulisan beliau ini akhirnya dinamakan Sejarah Melayu.
Oleh itu, pada 13 Mei 1612 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1020 Hijrah, bermulalah proses penulisan Tun Seri Lanang.
Kisah pertama yang ditulis oleh Tun Seri Lanang adalah berdasarkan perbualan beliau dengan Megan Santun, seorang lelaki tua yang tinggal di kuala sungai. Tun Seri Lanang telah menghantar usungan ke rumah Megan Santun bagi membawa lelaki tua itu kerumahnya.
Megat Santun dan cucunya, Alang Tam yang berusia lewat 50-an tinggal beberapa hari di rumah Tun Seri Lanang. Mengikut ceritanya, moyang Megan Santun pernah bekerja di istana Melaka pada zaman Sultan Mansur Syah. Walaupun banyak rahsia silam yang diceritakan oleh Megat Santun, Tun Seri Lanang tidak terus mempercayai sepenuhnya kerana ia adalah cerita turun-temurun. Ada kebarangkalian kisah-kisah tersebut telah diubah suai ataupun ditokok tambah. Tun Seri Lanang merasakan pentingnya untuk beliau mendapatkan cerita dari sumber yang lain juga agar boleh dibuat cross check.
Tun Seri Lanang sedar jika beliau ingin menulis tentang bagaimana wujudnya kesultanan Melaka sampai lah kesaat itu, beliau perlu menceritakan asal usul kerabat itu terlebih dahulu. Oleh itu, Tun Seri Lanang bermula dengan kisah Raja Iskandar Zulkarnain, anak Raja Darab dan berbangsa Rom, yang memerintah Maqaduniah. Beliau bermula dengan kisah Raja Iskandar berjalan ke arah timur sehingga sampai di negeri Hindi.
Negeri Hindi pada masa itu diperintah oleh Raja Kida Hindi. Apabila mendengar tentang kedatangan Raja Iskandar Zulkarnain, Raja Kida Hindi mengumpulkan orang-orangnya untuk berperang demi mempertahankan negara. Peperangan tersebut akhirnya dimenangi oleh Raja Iskandar Zulkarnain dan beliau menyuruh Raja Kida untuk memeluk Islam.
Raja Kida berhasrat mengahwinkan puterinya, Syahr Al-Bariyah dengan Raja Iskandar. Hasrat tersebut disampaikan kepada Nabi Khidir agar menjadi orang tengah antara Raja Kida dan Raja Iskandar. Perkahwinan Raja Iskandar Zulkarnain dan Syahr Al-Bariyah dikurniakan bayi lelaki yang dinamakan Raja Arasynthun Syah. Setelah Raja Kida Hindi meninggal dunia, takhtanya diduduki oleh Raja Arasynthun Syah selama 355 tahun.
Selepas Megat Santun, Tun Seri Lanang juga mencatat cerita yang dikisahkan oleh Nyang Leh, seorang lelaki yang berumur 100 tahun lebih. Nyang Leh memulakan cerita dengan kisah Demang Lebar Daun iaitu seorang raja di Palembang. Selain itu, kisah di Bukit Seguntang yang melibatkan Uwan Empuk dan Uwan Malini juga turut dikongsi oleh lelaki tua ini. Di Bukit Seguntang inilah kisahnya padi berbuah emas, berdaun perak dan berbatang tembaga suasa. Malah tanah di puncak bukit itu pun menjadi emas.
Nyang Leh juga berkongsi kisah pembukaan negeri yang bernama Singa Pura oleh Seri Teri Buana dan kisah todak melanggar Singa Pura.
Pelbagai peristiwa dan pengalaman ditempuh oleh Tun Seri Lanang dalam proses beliau untuk mendokumenkan sejarah keturunan kesultanan Melaka. Dimana saja beliau terdengar sumber yang boleh dipercayai, pasti beliau akan berusaha untuk berjumpa dengan individu tersebut untuk mendengar cerita yang ingin dikongsikan. Dari pelbagai sumber ini lah, Tun Seri Lanang mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan segala peristiwa yang berlaku pada masa dahulu. Selain itu, pernah juga sumber yang ditemui oleh Tun Seri Lanang itu bersifat aneh dimana lelaki tua yang hadir tiba-tiba di suatu lewat malam, berusaha bercerita sehingga sebelum subuh, dan seterusnya tergesa-gesa meninggalkan Tun Seri Lanang dan pembantunya pada ketika itu juga, rupa-rupanya telah meninggal dunia beberapa tahun lepas. Apakah yang berlaku sebenarnya hanya Allah swt sahaja yang tahu.
Pada pandangan Patung Beruang, naskah ini sangat berat sebenarnya. Berat dari segi fizikal (kerana bilangan mukasurat yang hampir mencecah 1,000) serta berat dari segi pengisiannya. Kisah sejarah yang panjang ini memerlukan penumpuan yang tinggi oleh pembaca.
Walau bagaimanapun, kedua-dua penulis sangat bijak apabila menyusun bab berselang-seli antara Jalan Cerita Pertama dan Jalan Cerita Kedua. Maka, pembaca tidak bosan disebabkan cerita yang panjang serta ia juga mewujudkan sifat ingin tahu apa yang berlaku seterusnya.
Untuk pertama kalinya Patung Beruang menggunakan sticky notes yang banyak untuk sebuah buku.
Sticky notes tersebut adalah tanda untuk peristiwa-peristiwa yang penting dan kewujudan watak-watak yang penting. Patung Beruang lakukan agar diri tidak hilang punca ataupun lost ketika pembacaan.
Air Mata Raja ini boleh diibaratkan seperti buku teks yang memperihalkan asal usul keturunan kesultanan Melaka, berkembang sehingga kehidupan generasi mereka yang seterusnya, dari satu generasi ke satu generasi sehinggalah akhirnya ke zaman moden iaitu tahun 1990-an. Dalam tempoh masa tersebut, banyak diceritakan peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku seperti penjajahan Portugis, British, Jepun, penubuhan Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat, pembunuhan residen Inggeris iaitu J.W. W. Birch, Perjanjian Pangkor, durbar yang pertama, Malayan Union dan peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu.
Didalam naskah ini juga diceritakan bahawa pewaris sebenar keturunan Sultan Melaka merahsiakan identiti mereka dari diketahui umum. Sebab mengapa ia dirahsiakan, mungkin atas faktor keselamatan, faktor yang ia akan mengubah sejarah secara keseluruhannya ataupun faktor yang mereka sedar bahawa sukar untuk membuktikan kesahihan cerita mereka setelah beratus-ratus tahun peristiwa itu berlaku.
Untuk Tun Sri Lanang pula, kisah beliau didalam naskah ini berakhir disaat pemerintahan beliau di Samalanga berusia 44 tahun. Untuk makluman, Samalanga adalah sebuah daerah di timur Banda Aceh. Keseluruhan Sejarah Melayu tulisan beliau berjumlah sebanyak 204 muka surat. Pada tahun 1638, Nuruddin al-Raniri mula mengarang Bustan al-Salatin yang bermakna "Kebun Segala Raja-Raja" dan menjadikan naskah Sejarah Melayu sebagai rujukannya.
Usai pembacaan naskah Air Mata Raja ini, Patung Beruang tertanya-tanya apakah sumber yang digunakan oleh penulis dalam menghasilkan naskah ini. Adakah naskah ini mengandungi fakta sepenuhnya ataupun sudah diadun dengan fiction?
Entahlah.. Sukar untuk Patung Beruang jawab persoalan ini melainkan dengan bertanya kepada penulis itu sendiri ataupun memeriksa cerita didalam naskah ini dengan fakta sebenar / bertanya pada pihak yang arif.
Apapun ia adalah naskah yang sangat bagus, sedap, informatif dan lain dari lain. Dengan harga RM55 sebuah, Patung Beruang merasakan ia adalah underprice jika dibandingkan dengan isi kandungannya dan pengalaman yang bakal diperolehi oleh pembaca... Semoga naskah ini mendapat tempat di hati ramai pembaca di luar sana. Aamiin...

No comments:
Post a Comment