Assalamualaikum.. Wah lamanya Patung Beruang tak bercerita disini. Tapi hari ini Patung Beruang rasa nak sangat berkongsi sesuatu disini.
Hari Ahad yang baru lepas ini adalah hari yang menyeronokkan buat Patung Beruang. Pada hari tersebut Patung Beruang berpeluang untuk berjumpa dan berbual dengan insan-insan yang Patung Beruang sayang, dari pagi sampailah ke malam.
Pagi itu Patung Beruang berjumpa dengan Ain. Kami mula berkenalan masa awal tahun hari itu. Puncanya, Patung Beruang datang ke salon rambut tempat Ain bekerja. Dekat kawasan ini tidak banyak salon muslimah macam di Shah Alam atau Bangi. Ada sekali Patung Beruang pergi ke salon milik orang kita di seksyen belakang. Tapi masuk - masuk saja Patung Beruang rasa tidak selesa sebab salon itu turut menerima pelanggan lelaki. Untuk muslimah, ada bilik khas yang disediakan. Cuma, hendak ke bilik muslimah tu, kita tetap kena lalu kawasan pelanggan lelaki. Rasa tidak sedap pula.
Then, Patung Beruang discover salon tempat Ain bekerja. Terletak di seksyen depan, selepas bulatan. Salon Ain ini dimiliki oleh seorang wanita bukan Islam. Bagusnya mereka hanya menerima pelanggan wanita dan ada juga bilik muslimah. Untuk pelanggan muslimah, pekerja yang ditugaskan untuk entertain adalah staff muslimah juga.
So far harga perkhidmatan di sini sangat berpatutan. Service pun sangat memuaskan. 1st time Patung Beruang datang, Ain lah yang entertain Patung Beruang. Begitu lah ceritanya bagaimana kami berkenalan.
Ain adalah seorang ibu tunggal. Berumur hampir 40-an. Asal dari Sarawak dan telah memeluk agama Islam beberapa tahun yang lepas. Ain mempunyai seorang anak perempuan berumur 6 tahun. Anaknya dijaga oleh bekas suaminya memandangkan Ain bekerja disini. Walaupun telah berpisah, hubungan Ain dan bekas suaminya sangat baik dan mereka menjadi sahabat karib. Sehingga kini masing-masing tidak berkahwin semula.
Ain seorang yang sangat positif dan kuat semangat. Selain itu, dia sangat suka bertanya. Macam-macam juga dia tanya Patung Beruang memandangkan ini kali pertama Ain bekerja di Selangor. Sepanjang di sini, ahli keluarga dan rakan rapat Ain yang ada di Semenanjung ini banyak membantunya, beri tunjuk ajar bagaimana untuk suaikan diri disini. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan Ain untuk mencari rezeki halal.
Patung Beruang dah lama tak jumpa Ain. Yelah, Patung Beruang kan dah jarang ada disini. So baru semalam dapat pergi salon rambut. Sibuk sangat sampai nak gunting rambut pun tak sempat.
Bila jumpa semalam banyaklah topik yang kami bualkan. Yelah, nak catch up semula beberapa bulan kami lost contact.
Another reason kenapa Patung Beruang suka berbual dengan Ain adalah kerana Ain tidak tahu siapa sebenarnya Patung Beruang. Dia cuma tahu Patung Beruang tinggal disini seorang diri, dan tercampak di Selangor ini kerana bekerja. Itu sahaja. Ain tidak tahu langsung tentang kat mana rumah Patung Beruang, Patung Beruang kerja apa, syarikat apa, dimana, asal usul Patung Beruang, family Patung Beruang. Nothing she knows.
So bila macam tu, Patung Beruang jadi selesa sangat untuk berbual dan Ain pun selesa untuk bercerita. Ain nampak happy sangat sebab anaknya nak datang Semenanjung masa cuti sekolah hujung tahun nanti. Alhamdulillah. Semoga percutian singkat itu membahagiakan Ain dan si kecil itu. Aamiin.
By the way, skill Ain pun semakin tip top. Patutlah ramai customers request dia. Baguslah, sebab tujuan Ain berada disini adalah untuk menimba ilmu sebanyak mungkin serta dalam masa sama nak kumpul duit untuk buka salon sendiri di Sarawak nanti. Semoga impian dia tercapai satu hari nanti, Aamiin.
Ketika sampai di salon semalam, owner salon minta Patung Beruang tunggu sebentar kerana Ain sedang solat. Jam menunjukkan 10.30 pagi. Ain Solat Dhuha rupanya. Ya Allah, Patung Beruang rasa bersyukur sangat sebab majikan Ain sangat baik hati. Boleh benarkan Ain solat sunat di dalam premis kerja. Dan untuk seorang yang convert, Patung Beruang rasa kagum kerana ramai orang Islam yang memang dilahirkan sebagai Muslim pun tidak mampu untuk mendirikan Solat Dhuha.
Selesai urusan Patung Beruang, kami berpisah. Ain asyik pesan agar Patung Beruang datang lagi. Insya Allah, lepas ini Patung Beruang dah jarang outstation lama-lama. Jadi boleh je untuk datang jumpa Ain disini.
Selepas Zuhur, Patung Beruang bergerak untuk melawat ibu saudara dan sepupu yang Patung Beruang sayang. Patung Beruang rasa bersalah sangat sebab berhutang masa dan perhatian dengan mereka. Sejak 12 bulan lepas, Patung Beruang tidak berkesempatan langsung untuk hubungi mereka, bertanya khabar dan berjumpa face to face.
A lot of things happened for the past 12 months. Keadaan sangat mencabar dan betul-betul mengubah dan merampas kehidupan Patung Beruang. Tiada siapa yang tahu keseluruhan cerita. My parents, my siblings, Teddy Bear, Peanut, Diana, no one know the whole story.
Apa yang Patung Beruang share adalah sebahagian sahaja. Tidak sampai 50% pun. Selebihnya biarlah Patung Beruang dan Allah sahaja yang tahu.
Peanut pernah tanya, how are you Kak Yana? Are you ok? Do everything ok? Do you happy? Do you cry? Do you eat? Do you sleep? Do you miss me? Do you miss us? And so on.. And the honest answers are, i'm ok girl. I take it as ujian from Allah. Allah will not test you if He knows you can't bare it. He loves you and this is how He shows that love. Yes, I cried but I cried with Allah. Yes, I ate because Allah still gave me rezeki. How? I don't know. Yes, I slept because i'm tired crying. I'm tired with all my surroundings. I'm tired with my world. I'm tired with everything. Sleep is the way I rest my body, mind and soul. Yes, I miss you, I miss my family, I miss Diana, I miss all the people that i loves so much, I miss people that always think about me, I miss everyone. But I can't turn back time. I have to stay strong to face anything that comes to me. Rain or shine, I don't have options. Slowly I gain courage to stand up and continue walking. Slowly I gain courage to face reality. Slowly I gain courage to realise that this is real world. The world that full of happiness and also cruelness. All because of Allah. He gave me what I need, not what I want. And until now, I think I prefer to keep the whole story just between me and Allah. Whatever happened, let it be a precious moments in my life...
So because of that period, I have to isolate myself. I can't reach people that I love. I can't spend more time and moments with them.
But Allah sudah berjanji setiap kesedihan itu pasti ada kegembiraan di hujungnya. Yes, it is true. Allah datangkan bantuan dalam keadaan yang kita tidak sangka, dalam waktu yang kita tidak jangka. Allah turunkan hujan agar kita dapat nikmati pelangi selepas itu.
And now it is a payback time.. Itu yang Patung Beruang mula reconnect seorang demi seorang insan yang Patung Beruang sayang.
Bila dapat bersua muka dengan ibu saudara dan sepupu, Patung Beruang rasa lega sangat. I know that they are in good hands.
Dapat berbual sambil minum petang sudah cukup membahagiakan Patung Beruang. Banyak kisah yang boleh dikongsikan. I wish I can spend more time menziarahi mereka dengan lebih kerap lagi selepas ini. Doakan Patung Beruang ye. Aamiin.
I realized that our life is too short. Ketika meniti kehidupan ini, Patung Beruang berjumpa dengan ramai manusia, pelbagai ragam dan cerita. Pelbagai perangai dan kepala. Dalam ramainya manusia itu, pasti ada seseorang yang kehadirannya membahagiakan kita. Sehingga tatkala dia melangkah pergi, dia turut membawa bersama sebahagian dari jiwa kita.
Malam itu, Patung Beruang menerima panggilan telefon dari seseorang. Insan yang Patung Beruang rindukan namun tiada apa yang mampu dilakukan.
Berbual dan bercerita seolah tiada apa yang berlaku. Patung Beruang tidak mampu untuk kembali ke masa silam, namun diri ini pernah berdoa agar Allah hadirkan satu rasa bahagia didalam diri ini seperti yang pernah Patung Beruang alami. Bila? Bagaimana? Patung Beruang tidak tahu. Terpulanglah pada Tuhan sebagai Pemilik hati ini. Dia yang Maha Bijaksana.
Kenangan itu sangat menyakitkan walau ia adalah kenangan terindah. Patung Beruang sering tertanya, bilakah kisah novel ini akan berakhir? Satu hari nanti pasti akan ada ucapan selamat tinggal sebagai penamat babak terakhir. Cukup kuatkah hati ini untuk mengucapkannya ketika hayat masih ada? Atau mungkin ia hanya akan terucap tatkala mata ini tertutup buat selamanya.
Apapun, i'm grateful that people around me are the best one that I ever known. Setiap insan yang hadir, ada sebab mengapa Allah temukan kita. I don't ask much. Cukuplah sekadar ada insan yang sudi kirimkan doa tatkala diri ini sudah kembali kepada Sang Pencipta, walaupun tiada pertalian darah.
Malam itu Patung Beruang melelapkan mata dengan senyuman terukir di bibir. Tidak tahu apa erti senyuman itu. Yang pasti Patung Beruang rasa tenang dan lapang. Bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menghabiskan masa pada hari itu dengan sehabis baik. Bersyukur kerana masih mampu untuk menyambung sillaturrahim sesama saudara Islam. Bersyukur kerana berpeluang bersua dan bertegur sapa, melepaskan rindu terpendam.
Selepas ini aim Patung Beruang adalah untuk duduk berdating dengan Peanut, Diana dan Teddy Bear. Tapi mereka kena tunggu turn lah, hehe. Patung Beruang nak spend some hours personally with them. Tanpa gangguan. Just want to hear their stories, eat, drink, laugh and cry together. That's all.
These people yang Patung Beruang nukilkan disini adalah antara orang-orang yang Patung Beruang sayang. Walaupun Patung Beruang tidak mampu untuk bersua dengan mereka setiap hari, they are always in my heart and my prayers. I wish I have chance to spend more time with them before I leave this world. Insya Allah..
Sebenarnya ada ramai lagi insan yang memberi significant impact dalam hidup ini namun tak mampu untuk Patung Beruang nukilkan setiap satu disini. Cukuplah sekadar mereka diatas untuk kali ini.
Benarlah yang kasih sayang itu rahmat dari Allah. Hanya mereka yang merasainya sahaja akan sedar kepentingannya....
These people yang Patung Beruang nukilkan disini adalah antara orang-orang yang Patung Beruang sayang. Walaupun Patung Beruang tidak mampu untuk bersua dengan mereka setiap hari, they are always in my heart and my prayers. I wish I have chance to spend more time with them before I leave this world. Insya Allah..
Sebenarnya ada ramai lagi insan yang memberi significant impact dalam hidup ini namun tak mampu untuk Patung Beruang nukilkan setiap satu disini. Cukuplah sekadar mereka diatas untuk kali ini.
Benarlah yang kasih sayang itu rahmat dari Allah. Hanya mereka yang merasainya sahaja akan sedar kepentingannya....
No comments:
Post a Comment