Sunday, October 28, 2018

Book Review: The World According to Bob

Tajuk : The World According to Bob

Penulis : James Bowen

Menariknya Naskah Ini:

The World According to Bob adalah kisah benar yang ditulis oleh James Bowen berkenaan kehidupan sehariannya dan kucing peliharaannya yang bernama Bob.

Naskah ini adalah sequel kepada buku pertama yulisan James yang bertajuk A Street Cat Named Bob.

Bob adalah seekor kucing jalanan yang berwarna ginger, datang ke rumah James pada asalnya hanya untuk meminta makanan. Tanpa disangka, pertemuan yang tidak diduga ini menghasilkan satu ikatan persahabatan yang kukuh.

Kini pasangan Bob dan James adalah pasangan yang famous di kota London. Mereka famous bukanlah kerana James adalah seorang artis tapi lebih kepada uniknya ikatan persahabatan antara seekor kucing jalanan dan seorang lelaki bekas penagih dadah. 

James, jejaka kelahiran Britain tapi membesar di Australia. James adalah mangsa kepada keluarga yang berpecah-belah. Ketiks meningkat remaja, James pulang ke Britain dan mula tinggal dengan ayahnya. Namun, naluri remaja yang memberontak dan sukakan keseronokan mengakibatkan James terjerumus ke najis dadah dan akhirnya menjadi gelandangan di kota London. 

Keluarganya berusaha untuk memulihkan James. Ketika dalam proses pemulihan itu, Bob hadir membantu. 

Naskah ini mempunyai 18 kisah menarik yang berlaku di dalam kehidupan mereka berdua. 

James memulakan naskah ini dengan kisah pertama, The Nightwatchman. James bekerja sebagai penjual majalah The Big Issue, di train station Islington. Dan sepanjang berjualan sepanjang hari, Bob tetap setia menemani James di sisi. Kebiasaannya James akan berjualan dari pagi sehingga malam atau jika bernasib baik, dapat pulang awal kerana semua majalahnya telah habis dijual. Pada suatu hari, James dan Bob diuji sedari awal lagi ketika bas yang dinaiki awal pagi, mengalami kerosakan sehingga semua penumpang termasuk James dan Bob diarahkan turun. James sedar yang mereka telah lewat pada pagi itu. Trafic di kota London pula sangat luar biasa sesaknya. Ditambah pula dengan hujan lebat. Dalam perjalanan, mereka disapa oleh seorang wanita Rusia. Wanita tersebut cuba untuk bermesra dengan Bob namun malangnya dengan cara yang salah. Tindakannya cuba untuk menyentuh wajah Bob menyebabkan si comel  itu marah dan bersuara dengan nyaring. Mujur Bob tidak mencakarnya. 

Menatap naskah ini seperti membaca diary kehidupan James dan Bob. Walaupun Patung Beruang Beruang tidak pernah membaca naskah yang pertama iaitu A Street Cat Named Bob, ia tidak menghalang Patung Beruang untuk lebih mengenali kedua-dua figura ini. Didalam naskah ini, James masih lagi berkongsi serba sedikit latar cerita tentang dirinya dan Bob. Jadi pembaca baru seperti Patung Beruang ini tidaklah rasa ketinggalan. 

Didalam naskah ini juga James berkongsi tentang detik-detik terhasilnya buku A Street Cat Named Bob. Bagaimana kehidupan mereka berdua berubah dalam sekelip mata selepas kisah mereka dipaparkan di surat khabar, seterusnya muncul di kaca televisyen dan juga di gedung-gedung buku.

Untuk seorang peminat kucing, buku ini sangat sesuai untuk melihat dunia dari kaca mata Bob. Untuk mereka yang tidak berminat dengan kucing, buku ini juga sesuai kerana ia ibarat suatu sesi suai kenal yang realistik antara seekor kucing dan dunia disekelilingnya. Untuk Patung Beruang pula, I enjoyed this true story, a true colors of human being and other creatures, hehe... 


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...