Assalamualaikum wbt
Wah.. lamanya Patung Beruang tidak mencoret sesuatu di sini. Nak siapkan catatan Book Review pun Patung Beruang tidak sempat. Rasa bersalah pula setiap kali melihat barisan buku-buku yang sudah habis dibaca namun tiada lagi Book Review nya.
Nampaknya, kita sudah pun berada di Zulkaedah. Betapa pantas sungguh masa berlalu. Tidak mampu ditahan walau sedetik pun.
Syawal yang baru berlalu, kami rayakan di perantauan. Tidaklah terlalu seronok kerana quorum kami tidak cukup. Iman tak dapat pulang. So, as usual, raya tanpa quorum yang kurang sudah pasti lah kurang kemeriahannya.
Tahun ini seperti 2 tahun lepas, kami beraya di dalam hutan. Jauh dari hiruk pikuk kota, jauh dari kemodenan.
Jauh terpinggir di ceruk dunia sehingga talian telefon pun tidak stabil dan internet langsung tiada. Hm.. hebat.. Rasa macam tidak percaya pula yang kami mampu hidup tanpa telefon dan internet. Mujurlah Patung Beruang bawa buku. Jadi apa lagi, bacalah buku puas-puas.
Perjalanan bermula pada Hari Raya pertama.
Orang sibuk beraya, kami pula sibuk menjelajah.
Kami sampai di sana waktu petang.
Perjalanan merentasi banjaran agak mencabar. Jalan raya sangat sempit dan berselekoh tajam. Dengan keadaan jalan yang begitu, Patung Beruang terpaksa memandu dengan perlahan dan berhati-hati.
Pengalaman lalu mengajar kami yang menjelajah banjaran ini seelok-eloknya biarlah tiada penumpang di belakang. Jalan yang sempit dan penuh dengan selekoh tajam ini mampu membuatkan sesiapa sahaja rasa mual dan pening. Patung Beruang yang jadi pemandu ini pun rasa mual sedikit, apalagi lah penumpang belakang. Oleh itu kami decide untuk memandu 2 kenderaan.
Ketika merentasi banjaran, jarang kelihatan kenderaan yang berselisih dengan kami. Alhamdulillah, menjelang petang kami selamat sampai di tempat penginapan.
Perkara yang menyeronokkan di kawasan banjaran ini adalah cuaca yang nyaman.
Seperti biasa, tiada air-cond ataupun kipas di tempat penginapan. Tidak lah sejuk sampai menggigil tetapi nyaman, dengan keadaan berangin, buat mata rasa nak tertutup sahaja.
Selepas solat Asar, kami keluar menjelajah kawasan sekitar. Cukup dengan hanya berjalan kaki.
Seronok melihat pokok-pokok yang tumbuh subur di tepi-tepi jalan. Pokok bunga yang tumbuh liar dan tidak berbaja. Macam-macam warna dan bentuk.
Menjelang Maghrib tiada lagi kenderaan di atas jalan. Oleh kerana keadaan jalan yang merbahaya, maka pemanduan di waktu malam adalah sangat tidak digalakkan.
Keadaan mula senyap sunyi. Yang kedengaran cuma suara haiwan bersahut-sahutan. Dan waktu itu, mulalah teringat cerita-cerita seram yang dibaca di Internet berkenaan tempat ini. Well... Mereka pun makhluk Allah juga. Dan mereka memang ada dimana-mana, hehe..
Kehidupan Patung Beruang selama beberapa hari ini disini banyak dihabiskan dengan berjalan kaki. Pagi sekali dan petang sekali. So far, rekod Patung Beruang adalah 4km untuk 1 hari. Fuh... hebat. Kalau sebulan lah Patung Beruang tinggal disini, confirm kurus, hehe..
Tapi itulah kan, kami hanya menetap sementara sahaja di sini. Jadi, tidak tercapailah impian untuk kurus, hehe.
Begitulah serba sedikit perjalanan ketika Hari Raya hari itu.
Bulan Syawal dilalui dengan aktiviti yang sangat padat terutama ketika hujung minggu. Kali ini baru Patung Beruang sedar, sejak dari Hari Raya sehinggalah ke detik catatan ini ditulis, tiada satu pun hujung minggu yang dihabiskan di Selangor. Sama ada Patung Beruang berada di Melaka, Johor, negeri-negeri lain di Malaysia dan kini di benua yang jauh dari Malaysia. Sabar je lah.
2 minggu berturut-turut didalam bulan Syawal ini diisi dengan majlis perkahwinan Amira. Alhamdulillah, Amira sudah selamat mendirikan rumah tangga. Tahniah buat Amira dan keluarga.
Selain dari menerima ahli keluarga baru, majlis ini juga menjadi medan pertemuan untuk keluarga besar kami. Yelah, kami terlepas peluang untuk berkumpul bersama mereka ketika Hari Raya lepas. Jadi, ini lah masanya untuk berjumpa dengan saudara-mara dan semua sepupu2 yang ada. Catch up semua masa-masa yang terlepas dahulu. Ditambah pula ini adalah majlis perkahwinan pertama didalam keluarga besar kami. Oleh itu, memang semua orang pun rasa sangat teruja.
Nampaknya keluarga Amira dah boleh menarik nafas lega kerana majlis mereka sudah selesai. Selepas ini giliran keluarga Patung Beruang pula.
Jujurnya, Patung Beruang sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana nanti keadaan ketika majlis keluarga kami. Sudahlah tinggal 3 bulan sahaja lagi jika ditolak bulan Julai ini. Persiapan pula banyak lagi yang nak kena buat.
Hm.. Tapi takut macam mana pun, majlis perkahwinan tetap kena diteruskan. Yelah, kedua-dua keluarga sudah setuju. Tarikh pun dah ditetapkan. Tempat majlis pun dah ditempah. Jadi, apalagi pilihan yang ada?
Kini dah masuk pertengahan Julai. Dah sibuk dengan trip. Nampaknya, pulang saja ke Malaysia nanti, memang kena all out terus lah untuk majlis perkahwinan pula. Bertabahlah ye.
2 minggu lepas, Patung Beruang melawat nenek. Rindu sangat rasanya hati ini.
Ketika sampai di kediaman nenek pada pagi itu, Patung Beruang disambut dengan gerimis. Suasana tenang. dan mendamaikan. Ditambah pula dengan bau-bau yang terbit dari dedaun pokok. Memang menyegarkan. Buat Patung Beruang rasa cemburu dengan para penghuni disini. Semoga mereka dapat berehat dengan tenang sehingga detik dibangkitkan kembali. Aamiin...
Alhamdulillah, nenek sudah ada ramai jiran baru di sekelilingnya. Selepas menziarahi nenek, sempat juga Patung Beruang melihat-lihat beberapa jiran baru beliau. Namun, tiada satu pun yang Patung Beruang kenal.
Rasa sebak bila teringat yang nenek tidak sempat untuk turut serta didalam majlis Amira. Sedangkan sejak bertahun-tahun dulu, nenek sering membayangkan yang beliau teringin untuk melihat salah seorang cucunya, regardless siapa pun, mendirikan rumahtangga.
Apakan daya, kami ini cucu-cucu semua sibuk dengan pelajaran dan kerjaya sehingga terlupa untuk mencari pasangan hidup. Maafkan kami, nenek. Yakinlah, Allah pasti ada perancangan yang terbaik untuk kami semua.
Selamat berehat nenek. Rehatlah dengan tenang. Suatu hari nanti, kami pasti akan menyusul. Tunggu kami ye.
Begitulah serba sedikit kisah Patung Beruang dibulan Syawal pada tahun ini.
Cuma ada satu perkara yang Patung Beruang rasa sangat terkilan. Dalam ramai ahli keluarga dan saudara-mara yang Patung Beruang bersua ketika Syawal ini, terdapat ibu saudara dan sepupu yang masih lagi belum berkesempatan untuk Patung Beruang lawati. Rasa bersalah pula, huhu.
Tapi macam mana pun Patung Beruang akan tetap berusaha untuk melawat mereka walaupun Syawal sudah pergi. Insya Allah. Doakan Patung Beruang ye.
Baiklah, panjang pula coretan Patung Beruang kali ini. Maaflah.
Sebenarnya, Patung Beruang sudah terjaga sejak pukul 3 pagi lebih tadi. Ketika itu, Subuh pun dah masuk dan matahari dah mula keluar.
Sekarang jam menunjukkan pukul 5.14 pagi dan keadaan diluar sudah terang benderang.
Mata sangat segar dan badan pun dah hilang penat. Alhamdulillah kerana berjaya mengharungi perjalanan hampir 20 jam, merentasi benua dan negara dan akhirnya sampailah ke rumah untuk bermalam.
Semalam, ketika mandi, baru Patung Beruang sedar yang kali terakhir Patung Beruang mandi adalah 27 jam yang lepas. Nikmatnya dapat membersihkan badan, Allah sahaja yang tahu. Benarlah jika dikata yang manusia ini hanya akan menghargai sesuatu nikmat tatkala ia kehilangannya.
Baiklah, Patung Beruang tamatkan catatan kali ini disini. Hari ini, jadual agak padat. Banyak tempat yang hendak dituju dan banyak kudrat yang akan digunakan. Insya Allah, ada kesempatan, Patung Beruang akan tulis lagi ye. Assalamualaikum ...