Thursday, April 20, 2017

RM10 Dan Penyesalan Patung Beruang

Ini adalah kisah yang berlaku pada Patung Beruang hari ini.

Tengahari tadi, Patung Beruang pergi Tesco dengan Finas. Hajat hati nak lunch disana. Selepas makanan dibayar, baru Patung Beruang perasan yang didalam dompet Patung Beruang cuma tinggal RM10 sahaja dan beberapa keping syiling.

Mohon jangan gelakkan Patung Beruang ye.
Kehidupan seharian ketika weekdays tidak memerlukan Patung Beruang menyimpan cash yang banyak didalam purse kerana: 

1. Petrol biasanya Patung Beruang isi masa weekend, atau Isnin atau Jumaat. Full tank Mr.3 tu boleh bertahan selama 2 minggu jika journey Patung Beruang hanyalah rumah dan ofis. Dan untuk mengisi petrol, biasanya Patung Beruang akan swipe card sebab dapat cash rebate. Jadi, cash tidak diperlukan. 

2. Perjalanan ke tempat kerja setiap hari menelan belanja toll sebanyak RM4.20 sehari untuk return journey. Patung Beruang gunakan Touch n Go dimana Patung Beruang akan reload RM150-RM200 sekali reload, pada setiap hujung bulan. Jadi, cash tidak diperlukan. 

3. Belanja makan sehari-hari biasanya adalah RM3 – RM4 untuk sarapan, RM5 – RM6 untuk makan tengahari dan zero RM untuk dinner. Kenapa dinner RM0?? Sebab biasanya masa sarapan, Patung Beruang akan beli kuih untuk kudap-kudapan sekali. Dan biasanya kuih itu memang tak habis (kecuali ada staff yang kelaparan dan minta makanan dari Patung Beruang), maka Patung Beruang akan bawa balik rumah. Dinner Patung Beruang biasanya simple either kuih sahaja atau kuih dan 1 kotak kecil susu (yang memang sentiasa tersedia dalam peti sejuk), atau buah-buahan (yang juga memang sentiasa sahaja ada dirumah), atau roti yang disapu dengan Nutella (memang sentiasa je ada dirumah), atau coklat (pun ada dalam peti sejuk), atau 1 ice-cream conneto or other brand (pun ada dalam peti sejuk), atau pasta yang dimasak sendiri, atau nasi putih dan kuah asam yang dimasak sendiri. Jadi, cash tidak diperlukan untuk dinner pada hari itu. 

4. Katalah Patung Beruang malas nak masak dinner, maka Patung Beruang akan order sahaja makanan melalui FoodPanda dan bayar melalui online. Maka, cash tidak diperlukan. 

5. Bil-bil utility, duit kereta dan rumah, semuanya Patung Beruang bayar melalui online atau direct debit from account. Begitu juga dengan transfer duit ke investment account, saving account yang lain, CDS account, semuanya melalui online. Jadi, cash tidak diperlukan.

Oleh kerana itu, Patung Beruang biasanya akan keluar duit masa weekend. Itupun kalau weekend tu Patung Beruang keluar rumah. Or else tunggu jelah bila pergi lunch ke, baru lah pergi ATM sekali.

Jadi, tengahari tadi, selesai je makan, Patung Beruang pun terus pergi ATM untuk keluarkan duit.

Di ATM, ada seorang lelaki sedang membuat urusan. Patung Beruang terpandang yang beliau memasukan nilai RM10 sebagai nilai pengeluaran. Malangnya, mesin ATM itu tidak boleh memproses nilai tersebut dan pengeluaran duit tidak berjaya. Lalu, kad ATM pun dikeluarkan oleh mesin.

Lelaki tersebut mengambil kad beliau dan mencuba untuk kali ke-2. Selepas menekan nombor pin, beliau menoleh ke arah Patung Beruang dan meminta tolong. Beliau maklumkan yang beliau hanya ingin mengeluarkan RM10 sahaja. Patung Beruang pun bantu dan perkara yang sama berlaku. Transaksi tidak berjaya dan kad ATM dikeluarkan oleh mesin.

Lelaki tersebut mencuba untuk kali ke-3. Dan hasilnya masih sama.

Pada masa itu, timbul belas ihsan dalam diri Patung Beruang. Patung Beruang ingin memberikan sahaja RM10 padanya. Tapi…. Dalam purse Patung Beruang pun cuma ada sekeping RM10 sahaja. Dan itulah satu-satunya duit yang Patung Beruang ada pada masa itu. Jika memang mesin ATM tu rosak, Patung Beruang kena cari mesin ATM lain. Adoi…

Selepas 3 kali percubaannya gagal, lelaki tersebut mengambil kad ATMnya. Beliau berpaling ke arah Patung Beruang dan memberikan laluan untuk Patung Beruang berurusan di mesin tersebut. Air mukanya nampak begitu sedih dan kecewa.

Sedang berurusan di mesin ATM, Patung Beruang nekad untuk memberi sahaja RM10 atau RM20 kepada lelaki tersebut setelah selesai urusan Patung Beruang.

Alhamdulillah, Patung Beruang berjaya membuat pengeluaran dari mesin ATM tersebut. Selesai urusan, Patung Beruang berpaling ke belakang, mencari lelaki tadi. Namun kelibatnya tidak kelihatan.

Puaslah Patung Beruang meninjau di sekeliling, tetap tidak nampak. Akhirnya, Patung Beruang pun melangkah pergi, mendapatkan Finas, dan kami kembali ke kereta. Disepanjang laluan untuk kembali ke kereta, Patung Beruang masih lagi tercari-cari kelibat lelaki tersebut. Didalam hati ini berharap sangat agar Patung Beruang berjumpa dengannya lagi. 

Ketika perjalanan pulang ke pejabat, Patung Beruang masih terbayang riak muka lelaki tersebut. Terbayang kesedihan dan kekecewaannya. Mungkin dia benar-benar memerlukan duit RM10 itu. Mungkin untuk dibuat belanja makan tengahari. Atau untuk tambang pulang ke rumah selepas waktu kerja. Atau untuk membeli bahan mentah serba sedikit di Tesco. Atau apa-apa sahaja urusan yang mendesak yang memerlukan beliau menggunakan RM10 itu. 

Dan Patung Beruang rasa sangat menyesal. 
Kenapa Patung Beruang tidak berikan sahaja duit RM10 yang ada dalam purse tu, sebelum beliau pergi? 
Sebelum Patung Beruang membuat transaksi di mesin ATM tersebut?  
Kenapa mesti tunggu selepas selesai transaksi Patung Beruang?

Allah SWT dah beri peluang pada Patung Beruang untuk membual amal kebaikan, tapi Patung Beruang berkira. 
Patung Beruang terlalu takut seandainya mesin ATM itu benar-benar rosak, maka, Patung Beruang hanya tinggal RM10 sahaja didalam purse.

Astaghfirullah…
Patung Beruang rasa bersalah dan menyesal yang amat.
Menyesal kerana mensia-siakan peluang yang Allah dah bagi. 
Menyesal kerana Patung Beruang tidak yakin dengan rezeki yang Allah bagi. 
Menyesal kerana Patung Beruang tidak membantu orang yang memang dalam kesulitan.

Dan kini,
Walaupun dalam purse Patung Beruang ada lebih dari RM10, Patung Beruang tak rasa seronok pun. Rasa kosong sahaja..

Kerana di luar sana, ada orang yang sangat memerlukan RM10 ditangan tetapi tidak kesampaian....  

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...