Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan pengumuman dari Perdana Menteri berkenaan rombakan kabinet Malaysia. Macam-macam komen yang diterima. Ada yang bersetuju, ada juga yang tidak bersetuju.
Untuk mereka-mereka yang dilantik memegang jawatan, tahniah diucapkan. Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan, dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Bagi mereka-mereka yang terkeluar, jangan bersedih. Ia bukan pengakhiran untuk kalian. Ingatlah bahawa kalian masih mampu untuk membantu masyarakat diluar sana.
Rata-rata bercerita tentang kemelut 1MDB sebagai punca sebenar rombakan tersebut. Hm.. entahlah.. sebagai pemerhati senyap sama seperti orang lain, Patung Beruang rasa lebih baik kita senyap dan perhatikan saja apa yang akan berlaku selepas ini.
Masa Hari Raya hari tu, ada beberapa orang ahli keluarga Patung Beruang sibuk bertanya tentang 1MDB. Hm.. rasa kelakar pun ada. Yelah, dah lah jumpa setahun sekali. Baru je duduk di sofa, belum sempat bertanya khabar, mereka dah tanya soalan, "Apa sebenarnya kisah 1MDB tu? Cuba Liana cerita sket kat Acik ni.." Adoi... sabar je lah kan?
Apa yang Patung Beruang cerita pada mereka??? Rahsia, heheheh..
Pada pendapat Patung Beruang, ketika suasana dimana semua ahli keluarga berkumpul, lupakan lah sebentar hal-hal ekonomi, tentang cerah dan muramnya pasaran saham, tentang kejatuhan Ringgit, tentang harga minyak, tentang IPO Malakoff yang biasa-biasa je performance nya, tentang harga komoditi dunia yang semakin jatuh, kejatuhan mata wang Brazil yang terburuk dalam sejarah 10 tahunnya , kejatuhan Rupee India yang juga terburuk dalam rekod 17 tahun mereka (of course lah kan, bila America tak nak beli barang, sure kilang-kilang di India, China dan Vietnam akan berhenti operasinya) dan macam-macam lagi.
Apa kata time-time macam ini lah kita buka cerita tentang kehidupan kita, tentang kisah zaman kanak-kanak dulu, tentang kuih raya yang kita tak jumpa lagi sekarang, atau mungkin juga tentang mereka-mereka diluar sana yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan kita.
Namun, disaat kita sedang bergembira, berbual dengan sanak-saudara, dihidangkan dengan berbagai-bagai juadah lauk-pauk, ayam, daging semua diatas meja, sedarkah kita, ada seorang wanita berbangsa Melayu, beragama Islam, umur lingkungan 40-50an, tekun bekerja dirumah orang, mengemas dapur dan mencuci pinggan mangkuk yang penuh disinki, tanpa mengenal lelah.
Apabila ditanya, mengapa bekerja di rumah orang pada Hari Raya ini, jawapannya cuma,
"Nak cari duit untuk beli makanan untuk anak-anak. Raya atau tidak sama je. Yang penting, anak-anak tidak kelaparan."
Dan berapa pula bayaran yang diterimanya atas kerja-kerja tersebut? Hanya RM30 untuk 1 rumah. Ye, RM30 sahaja...
Wanita ini boleh jadi orang yang kita kenal, jiran tetangga kita, sahabat kita, ahli keluarga kita atau sesiapa sahaja. Jangan pula ditanya mana pergi suaminya?? Tak sampai hati untuk bertanya. Mungkin, suaminya terlantar sakit di hospital, atau mungkin sudah meninggal dunia, atau mungkin sudah bercerai dan 1001 kemungkinan lagi. Logiknya, jika beliau sanggup bekerja dirumah orang pada Hari Raya pertama demi mencari rezeki halal, pasti ada cerita disebaliknya.
Mungkin bagi sesetengah orang, RM30 itu rendah nilainya. Ialah, RM30 itu hanyalah harga makan malam untuk seorang (diulang, SEORANG) di sebuah restoran ternama yang terletak di pusat membeli-belah.
Tetapi, bagi wanita ini dan ramai lagi insan diluar sana, RM30 itu sangat besar nilainya. Ia mungkin perbelanjaan makan harian untuk 1 keluarga. Malah mungkin juga ia adalah perbelanjaan makan untuk 1 minggu. Tidak mustahil kan??
Kesusahan semakin dekat dengan masyarakat sekarang ini. Bukan setakat di kampung-kampung, tetapi juga dibandar dan kota metropolitan ini. Tidak percaya ke? Bukalah mata dan mata hati kita, tajamkan pendengaran kita, teliti lah persekitaran kita. Pasti kita akan lihat insan-insan yang boleh kita bantu.
Jangan pula kita cakap, pendatang asing boleh hidup mewah, kenapa rakyat tempatan tak boleh? Jangan samakan situasi mereka. Setiap orang ada cerita mereka yang tersendiri.
Juga, berhentilah berkata-kata, mana pergi YB? Apa kerajaan buat selama ini? Ini semua salah pemerintah. Kalau undi si polan, si polan, pasti masalah ini tak kan timbul...
Please!!!! Please stop blaming others and giving excuses. There is no time for that anymore. We should be a doer. Do something, do whatever that we can to help. Mungkin ia nampak kecil pada kita, tapi besar maknanya pada mereka yang menerimanya.
For me, there is no harm to take a baby steps. Start tolong orang yang hampir dengan kita. We do not need to be a politician to become a hero. In fact, dalam movie pun Superman dan Spiderman bukanlah politician, right? hehe..
But, if you have chance to become a politician, please... please look on the society. There are so many unlucky people outside there, they can be our generation and also future generation. As a politician cum a leader (in society), you have a huge responsibility that you need to fulfill the level best of you. Remember, di Akhirat kelak, Allah akan tanyakan apa yang kita dah buat sebagai pemimpin. So, be prepared to face our Creator.
Patung Beruang realised that this year Raya quite different from previous. I don't know why. Maybe because too many sad stories, uncomfortable moments etc. For me, I just remember Raya when duduk minta maaf dengan parents and siblings, spend precious moments with my lovely families, cousins, nieces and nephews. That's all. Ya, it's just a few hours only. After that, things going back to normal. We back to reality, we have a lot of responsibilities, tasks and others.
Eventually, tak semua orang beruntung seperti kita. So, if we have chance to help others, please do so. Stop talking and be a doer.
Bye and good night everyone....