Selamat menyambut Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa, bertarawih, bertadarus dan menyucikan rohani dibulan yang mulia ini.
Kadang-kadang Patung Beruang rasa macam tak percaya pula yang kita sekarang dah masuk bulan Ramadhan. Ya Allah, cepatnya masa berlalu.
Minggu yang baru ni, pada hari Selasa (masa tu belum masuk Ramadhan lagi), Patung Beruang didatangi oleh 3 orang auditor dan 1 orang bukan auditor (hehe) dari 3 syarikat yang berbeza, mengadu pasal dunia Internal Audit. Dan yang peliknya, kesemua 4 orang ini mengadu pada Patung Beruang pada hari yang sama. Dari pagi sampailah ke malam. Sampai satu tahap Patung Beruang terfikir, adakah hari ini adalah hari meluah perasaan untuk semua auditor diluar sana? huhu..
So, kat mana Patung Beruang nak start ye??? Hm..
Seorang auditor ini, berjawatan Manager Internal Audit. Beliau mengadu tentang workload yang imbalance, kerenah orang bawahan yang menyakitkan hati, kerenah pihak atasan yang asyik bagi ad-hoc assignment pada team beliau walaupun dalam Department tu ada team lain, tentang team yang tidur lena sampai audit report tak keluar-keluar, tentang client yang sombong dan suka buli auditor, dan juga pihak Senior Management yang macam suka tak suka je dengan Internal Audit.
Auditor yang ke-2 pula baru berhijrah ke company baru. Kalau tak silap Patung Beruang, dah 3 bulan beliau disitu. Alasan kenapa beliau tinggalkan company lama adalah workload dan juga high expectation dari pihak atasan. Yelah, staff tak ramai, tapi assignments punya lah banyak. Jadi, of course workload pun menimbun-nimbun. Dapat pula bos yang cerewet, everything kena perfect. Jadi, lagi lah stress. So, bila setiap hari balik lewat malam, apa jadi dengan family?? Kesian pada suami dan anak kecil dirumah. Akhirnya, sahabat Patung Beruang ini nekad untuk cari kerja tempat lain. Bila dah dapat kerja ditempat baru, ingatkan semuanya ok. Rupanya masalah juga. Tanpa diduga, Manager Audit di tempat baru tu pula suka main politik dan suka buli staff. Habislah dijaja semua keburukan dan kelemahan sahabat Patung Beruang ini kepada orang lain termasuklah Chief Internal Auditor (CIA). Tak cukup dgn tu, mulut pula tiada insurans. Salah sikit, asyik kena maki hamun je. Hm.. Nasib badan lah..
Auditor ke-3 pula pun sedang bercita-cita untuk berhijrah ke tempat lain. Alasannya sama saja, stress dengan workload yang merepek dan juga perangai bos yang pelik. Untungnya sahabat Patung Beruang yang sorang ni dah bergelar Certified Internal Auditor. So, rasanya in shaa Allah, pasti ramai yang sudi nak ambil beliau bekerja apabila terpandang sahaja qualification beliau. Beliau baru saja hadir interview di sebuah syarikat besar. Dan panel interview nampaknya tertarik hati dengan beliau. Tapi, sayangnya syarikat besar ini mempunyai syarikat adik-beradik yang lain. Dan sahabat Patung Beruang ini pernah bekerja di salah sebuah syarikat adik-beradik tersebut. Kalau ikut polisi syarikat besar ini, jika mereka ingin mengambil individu yang pernah berkhidmat di syarikat adik-beradik mereka, syarikat besar ini kenalah membuat proposal dan mengadap Chairman di parent company untuk minta kebenaran. Aiyo... So complicated kan? Nak amik staff je pun? Why people love to messy the simple things?
Individu yang ke-4, beliau bukanlah berjawatan auditor. Tetapi beliau dilantik menjadi guest auditor untuk support assignment yang dijalankan oleh Internal Audit Department (IAD). Kenapa beliau dipilih sebagai guest auditor? Kerana kepakaran yang beliau miliki, amat diperlukan oleh IAD syarikat tersebut, bagi menjalankan audit yang special ini. Audit assignment tersebut dah berjalan sejak awal tahun lagi. Tapi, sampai sekarang audit report tak juga finalise. Dan yang tak sedapnya, audit report tersebut telah beberapa kali di reject oleh CIA. Punca kena reject? Kerana tidak memenuhi expectation CIA tersebut. Sahabat Patung Beruang ini risau lah. Yelah, selama beliau jadi guest auditor, ini adalah assignment yang ke-5 atau ke-6. Dan semua assignments sebelum ini tiada masalah. Hantar report pada CIA, terus clear. Kalau ada amendments pun very minor. Tup-tup kali ni banyak pula masalahnya. Bila dirisik-dirisik, rupanya sahabat Patung Beruang ni join team audit yang lain. Team Leader untuk assignment kali ini adalah orang baru. Jadi, mungkin orang baru ni masih lagi struggle untuk dapatkan tune, supaya boleh meet expectation CIA. Itu yang report asyik kena reject saja. Dan atas dasar orang baru juga lah, ada a few task yang sepatutnya Team Leader ni execute, dia tak execute. Dan guest auditor pula yang kena execute that part although benda itu diluar bidang kuasanya sbg guest auditor.
Hm.. begitulah serba sedikit cerita ke empat-empat sahabat Patung Beruang ni. Bila dengar luahan hati masing-masing, rasa sedih juga. Tapi apa lah sangat yang Patung Beruang boleh buat? Kami berlainan organisasi. Apa yang mampu Patung Beruang offer adalah kata-kata semangat, pujukan, idea macam mana nak selesaikan kekusutan tersebut dan selebihnya minta mereka bersabar.
Dunia Internal Audit ni tidaklah seindah yang disangka. Sama je macam dunia pekerjaan yang lain. Ada berbagai cerita, suka duka, pahit, manis, masam semua ada. Apatah lagi, biasanya Auditor bukanlah orang yang disukai di dalam organisasi. Puas lah kita ni cuba untuk jadi partner kepada Management, partner kepada Business Units, but still masih ada yang pandang kita ni sebagai musuh, kaki menyebok dan suka cari salah orang.
Tetapi ada kalanya, kita sendiri yang membuka ruang untuk orang memandang rendah pada kita. Seorang CIA Patung Beruang selalu berpesan, Internal Audit adalah department yang perfect. Tak boleh ada cacat cela. Dan ini bermakna staff Internal Audit juga mesti perfect. Always give a highest quality product, good attitude, full commitment, fast learner, dynamic, very analytic and mcm2 lagi kriteria bombastic yang sepatutnya ada. Jadi, bila kita dah jadi Internal Auditor, nak tak nak kita kena pastikan kita memang layak untuk duduk disitu. Buanglah semua perangai dan pemikiran negatif, lambat bekerja, takde output, tak focus, lack of commitment, buat kerja cincai2, suka bergosip, malas nak belajar benda baru, malas nak berfikir, takde disiplin dan sebagainya. Don't ever give bullet to people to shoot you back.
So, ada sesiapa yang mula takut untuk join Internal Audit bila baca cerita Patung Beruang ni? hehhe...
Tak perlu lah takut. Internal Audit adalah short cut untuk kita belajar banyak benda, especially untuk kita lebih mengenali syarikat dan industry kita. Yes, kerja memang stressful tapi berbaloi sbb ilmu & pengalaman yang kita dapat tu, kita tak kan dapat ditempat lain.
Patung Beruang still remember comment from my Chief Financial Officer (CFO) masa interview dulu. That time, Patung Beruang hanyalah budak kecil yang baru habis belajar dan baru nak melangkah ke alam pekerjaan. He asked me, what is my dream and I replied that I want to be a CEO in future. Surprisingly, he smiled and response;
"In that case, your decision to join Internal Audit Department is right. That's the best place for you to learn everything about the Company in fastest way, to equip you to be a CEO".
And until now Patung Beruang masih lagi ingat that statement. Thanks a lot Dato' Izzadin :)
Tu sbb, di banyak organisasi besar GLC atau MNC, Internal Audit biasanya adalah tempat untuk sykt develop and pool their talents. Dan, staff Internal Audit biasanya cepat naik (provided you are very good) dari segi gaji dan pangkat (dgn syarat u sanggup lompat ke department atau company lain).
So, jgn risau. Buat je keje kita sehabis baik, gain as much as knowledge, skills, expertise and experience selagi boleh. Create and maintain a good rapport with everyone, from top to bottom and let your work to speak on behalf of you. Tak perlu susah-susah nak bergosip, jadi kaki kipas atau kaki bodek ye. Benda yg remeh-temeh tu, abaikan je lah. Tak berbaloi utk serabut kepala dengannya, heheh..