Tajuk: Lavender Rimba
Penulis: Mohd Fauzi Abdul
Cerita Patung Beruang:
Ini adalah novel yang berjaya Patung Beruang sudahkan pembacaannya pagi semalam. Hajat dihati, selepas Subuh semalam ingat nak bersihkan halaman rumah. Kemas pokok-pokok dan rumput yang sudah mula tumbuh itu. Tapi, bila ternampak sahaja novel ini, terus rasa malas nak buat aktiviti lain. Cuma nak sambung baca dan cepat-cepat habiskan supaya Patung Beruang boleh mula baca buku yang lain pula.. Hai, sabar je lah kan??
Novel Lavender Rimba ini adalah buah tangan dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung hujung April hingga 1 Mei hari tu. Dalam sakit-sakit tu, sempat juga Patung Beruang gagahkan diri untuk pergi Book Fair tersebut masa hari terakhir ia berlangsung. Sanggup naik ERL dan LRT untuk ke PWTC. Yelah, kalau drive memang Patung Beruang tak sanggup lah. Dengan kesihatan yang sangat tidak mengizinkan, ditambah lagi kesukaran Patung Beruang untuk masuk dan keluar kereta serta duduk memandu dalam jangka masa yang lama.
Kesudahannya, pagi semalam, Patung Beruang hanya duduk membaca novel ini, sambil bersarapan dengan segelas susu dan sekeping roti. Rumah yang kosong dan senyap sunyi ini benar-benar menjadi syurga membaca buat Patung Beruang. What a happy Saturday morning :)
Menariknya Novel Ini:
Lavender Rimba mengisahkan Heilynda yang dibesarkan di perkampungan orang asli Kampung Trendap. Heilynda atau nama sebenarnya adalah Sophia Bahadur Salam Khan adalah anak kandung kepada Aurell Richard Lee seorang gadis dari keluarga hartawan dan Bahadur Salam Khan, seorang kuli Bangladesh yang bekerja di syarikat Mr. Lee iaitu ayah Aurell. Percintaan mereka dihalang oleh Mr. Lee tapi Aurell nekad untuk memeluk Islam dan mengahwini Bahadur.
Keputusan Aurell menyebabkan dia dibuang keluarga. Perkahwinan Aurell dan Bahadur sangat bahagia dan mereka dikurniakan seorang anak iaitu Sophia. Namun, Aurell tidak panjang umur dan beberapa bulan selepas Sophia dilahirkan, Aurell meninggal dunia. Bahadur seperti orang gila dan mula mengabaikan Sophia. Akhirnya, Sophia dijaga oleh Bah Camron dan Wan Midah, iaitu pasangan suami isteri orang asli yang tinggal berjiran dengan mereka.
Bah Camron dan Wan Midah mempunyai anak perempuan yang seusia dengan Sophia. Namun, suatu hari baby tersebut sakit dan akhirnya meninggal dunia. Lantas Bah Camron dan Wan Midah nekad untuk memerlihara Sophia sebagai ganti kepada anak mereka yang telah meninggal dunia. Sophia ditukarkan nama kepada Heilynda Bah Camron dan mereka sekeluarga berpindah ke Kampung Trendap bagi mengelakkan perbuatan tersebut diketahui oleh orang ramai dan juga risau jika Bahadur tiba-tiba pulang untuk mencari Sophia.
Sophia atau Heilynda dibesarkan dan ditatang seperti minyak yang penuh. Walaupun rupa parasnya sangat berbeza dari orang asli, dan perbezaan itu sering kali disuarakan oleh orang kampung dan sesiapa sahaja yang melihatnya, juga rakan-rakan dan guru-guru disekolah, tetapi Bah Camron dan Wan Midah tetap bertegas yang Heilynda adalah anak kandung mereka. Apatah lagi Sijil Surat Beranak Heilynda memang terang tertulis nama Bah Camron dan Wan Midah sebagai ibu dan ayah kandungnya.
Heilynda membesar menjadi seorang gadis yang cantik, baik hati dan berbudi bahasa, serta pintar. Namun, tiba-tiba keluarganya diuji apabila Bah Camron jatuh sakit sehingga menyebabkan Bah Camron tidak mampu untuk bekerja lagi. Kesakitan yang dialami menyebabkan keluarga Heilynda menghadapi masalah kewangan sehingga memaksanya untuk berhenti sekolah. Puas dipujuk, namun Heilynda tetap nekad untuk berhenti sekolah dan bekerja demi mencari rezeki buat ibu ayah dan adiknya Hardey. Namun, Heilynda tetap belajar untuk diwaktu malam atau lapang demi menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini.
Heilynda akhirnya diterima bekerja sebagai penyambut tetamu di Hotel Starry Comfort, sebuah hotel bertaraf 4 bintang di kawasan tempat peranginan pekan Bukit Panjang. Disana, Heilynda duduk sebilik dengan Shoba, seorang gadis India yang baik dan sangat prihatin.
Pada suatu hari, Hotel Starry Comfort menerima tetamu dikalangan businessmen yang hadir atas urusan seminar. Dan tanpa diduga, salah seorang ahli perniagaan yang hadir dan menginap dihotel tersebut adalah Austin.
Ternyata kehadiran Austin ke Hotel Starry Comfort itu telah mengubah kehidupan Austin, Heilynda dan keluarga mereka buat selama-lamanya.
Siapa sebenarnya Austin dan apa hubungannya dengan Heilynda?
Dapatkah Heilynda mengubah nasib keluarga mereka dengan pekerjaannya sebagai penyambut tetamu hotel?
Adakah penyakit Bah Camron akan sembuh?
Perkara menarik yang ada dalam Lavender Rimba ini adalah latar belakang persekitaran tempat tinggal orang asli di Kampung Trendap. Penulis berjaya membayangkan suasana kawasan tanah tinggi yang kaya dengan khazanah alam, tetapi mula rosak sedikit demi sedikit kerana kerakusan manusia. Kawasan tanah tinggi itu mula dicemari dengan aktiviti-aktiviti pertanian dan perladangan yang menyebabkan pencemaran, kerosakan kepada struktur tanah, malah membawa kepada musibah yang besar seperti tanah runtuh dan banjir.
Juga diselitkan dengan kehidupan masyarakat orang asli yang terpinggir dari pembangunan. Dan ia bukanlah berpunca sepenuhnya dari kerajaan yang lepas tangan, tetapi juga berpunca dari sikap orang asli sendiri yang mudah berpuas hati dan tidak mahu berusaha keras bagi mengubah nasib diri dan keluarga mereka. Juga digambarkan sikap Tok Batin yang mudah gelap mata dengan duit dari tokey-tokey Cina yang kaya-raya. Maka, sanggup menukarkan hak milik tanah menjadi kepunyaan tokey-tokey tersebut walaupun sedar ia adalah salah disisi undang-undang dan bakal memusnahkan masyarakat orang asli sendiri.
Honestly, Patung Beruang beli novel ini sebab tertarik dengan warna kulit novel tersebut. Cantik warna lavender itu. Dan bila dibaca, karya ini secantik kulitnya. Ketabahan Heilynda menguruskan keluarga, menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa dalam keadaan dia baru sahaja memeluk agama Islam dan dalam masa yang sama kecekalannya mencari asal-usulnya, membuatkan watak Heilynda dikagumi walaupun usianya baru sahaja mencecah 17 tahun. Serta suasana persekitaran tanah tinggi, pencemaran dan kerosakan yang berlaku, adalah cermin kepada apa yang berlaku pada hari ini. Pergi sahajalah ke tanah tinggi di Malaysia ini, pasti kita akan nampak bukti-bukti kerakusan manusia disana.
Kesimpulannya, novel yang menarik untuk dibaca hasil tulisan seorang penulis baru :)