Friday, February 20, 2015

Pilihan, pilihan dan pilihan...

Setiap hari kita dihujani dengan berbagai pilihan. Dari celik mata sehinggalah ke waktu kita hendak memejamkan mata. 

Waktu pagi, ketika hendak bersiap ke tempat kerja, kita terpaksa memilih untuk memakai baju yang mana. Nak pakai blouse berwarna pink kah atau warna biru? Nak pakai tudung bawal kah atau pun cukup dengan hanya menyarung tudung ekpress? Sampai di tempat kerja pula, terfikir nak bersarapan apa? Nak makan roti canai di restoran mamak di Dayabumi ataupun nak makan macaroni goreng yang dijual di kantin?

Jam menunjukkan angka 8.30 pagi. Bermulalah waktu kita bekerja. Atas meja ini pula, bersusun audit working files yang hendak di periksa. Tiba-tiba, teringat pula yang staff sudah email latest audit notesheet, untuk kita periksa. Yelah, mereka khuatir jika audit yang dibuat tu, tidak menepati expectation kita. Mana lah tau, kot-kot ada audit areas yang mereka tertinggal. Angkat je muka, tiba-tiba ternampak pula muka Chief Internal Auditor (CIA). Baru tersedar yang kita ada hutang analysis untuk budget tahunan department, dan analisis tersebut sepatutnya sampai ke tangan beliau pada petang ini. Adoi, banyaknya kerja-kerja yang menunggu. Mana satu yang patut kita selesaikan. Pilihan...

Sedang leka menyiapkan kerja, tiba-tiba rakan sepejabat datang untuk ajak lunch. Oh, dah pukul 1.00 tengahari rupanya. Nak lunch dimana hari ini? Nak makan nasi ayam di kantin, atau cukup sekadar Hot and Roll di CM? Pilihan..

Itulah antara contoh-contoh pilihan-pilihan kecil yang sering kita hadapi. Pilihan-pilihan yang tidak merumitkan kita untuk membuat keputusan, dan tidak juga memberi impak yang besar pada kehidupan kita. 

Tetapi, bagaimana jika tiba-tiba kita dihadapkan dengan pilihan yang lebih besar dan boleh memberi impak kepada kehidupan kita tidak kiralah kecil ataupun besar. Untuk menerima pinangan dari anak lelaki rakan baik ayah kita, ataupun terus membujang dengan alasan kita belum bersedia? Mungkinkah dia jodoh kita walaupun hakikatnya, kami saling tidak mengenali antara satu sama lain? Pilihan...

Jika pinangan diterima, tiba-tiba baru tersedar yang si jejaka tidak menetap disitu, sebaliknya sedang melanjutkan pelajaran beribu-ribu batu jauhnya dari negara kita. Adoi, sudah pastilah soalan seterusnya yang akan diajukan oleh semua orang, kita tetap akan menetap disini dan terpisah jauh ataupun mengikut si dia ke sana, lantas meninggalkan keluarga dan kerjaya disini? Pilihan... 

Sedang ghairah mengatur kehidupan untuk masa hadapan, tiba-tiba datang pula tawaran kerja baru dan lumayan dari pihak yang kita tak pernah sangka. Cuma masalahnya, kerja di bidang lain yang memang kita tak pernah buat dan bertugas pula di tempat baru yang memang asing bagi kita. Patutkah kita terima? Jika DUIT sahaja yang dipandang, sudah pasti kita akan terima tanpa berfikir kali ke-2 dan seterusnya. Tetapi, ia tidak semudah itu. Banyak benda yang perlu dipertimbangkan. Adakah jawatan dan bidang tugas yang ditawarkan bersesuaian dengan kita? Pihak atasan dan orang bawahan pula, serasikah dengan kita? Ya, memanglah jika baru berjumpa sekali dua, dan hanya sejam dua, sukar untuk kita tahu sama wujud atau tidak chemistry itu. Tetapi, adakalanya gerak hati akan berkata-kata, 
    "Dia ni macam ok je kalau keje dengan aku." 

Atau mungkin juga kata-kata sebegini, 
   "Aiyo, macam kerek je mamat ni. Susahlah kalau dia jadi staff aku. Mesti banyak cekadak."  

Itu belum lagi dicampur dengan kita terpaksa pindah ke tempat/daerah/atau mungkin negeri baru demi tawaran kerja tersebut. Wah, ini betul-betul berhijrah ni, heheh.. Pilihan...

Bila kita diberikan pilihan-pilihan besar seperti diatas, apa yang kita akan buat? Berfikir sedalam-dalamnya dan terus buat keputusan? Bertanya pendapat mereka yang terdekat dengan kita? Jika kita bernasib baik, mereka akan memberikan pendapat dengan jujur dan berhemah. Maksudnya mereka akan menyatakan pros and cons atas setiap pilihan kita itu, tetapi dengan cara berlemah-lembut. Tidak mencederakan emosi kita apabila mendengarnya. Tidak terus menuturkan kata-kata berikut walaupun niat mereka baik sebenarnya seperti, 
   "You dah buat keputusan yang salah!!!" dan seumpamanya. 

Mungkin, ada baiknya jika mereka berkata seperti, 
    "You dah pertimbangkan semua faktor masa buat keputusan ini?"

Harus diingat, dimana-mana sahaja terdapat mereka-mereka yang ghairah untuk menyatakan pendapat mereka tetapi dalam masa yang sama kurang peka kepada emosi dan psikologi pihak pendengar. Bukanlah sensitif tetapi tidak salah jika kita menjadi manusia yang prihatin dengan emosi dan psikologi manusia lain disekeliling kita. Intonasi dan pemilihan perkataan memainkan kesan yang besar kepada si pendengar. 

Disebabkan kita lebih ghairah untuk bertanya pendapat diri sendiri dan juga orang lain, ada kalanya kita terlupa untuk tanya pendapat Yang Maha Perancang. Ya, sebagai seorang Muslim, kita sepatutnya lebih mengharapkan pendapat dari Yang Maha Perancang kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Benda yang kita suka tak semestinya terbaik untuk kita. Benda yang kita tak suka pula tak semestinya tak baik untuk kita. Jadi, dalam berhadapan dengan pilihan-pilihan ini, sebaik-baiknya luangkan masa untuk kita bermunajat dan mohon petunjuk dari Yang Maha Esa. Yakinlah, Dia Maha Mengetahui segalanya. 

Alangkah beruntung mereka yang mampu untuk bangun di tengah malam dan beribadah kepada-Nya, mohon petunjuk untuk mereka membuat keputusan yang terbaik atas setiap persoalan yang dihadapi. Semoga, kita juga menjadi salah seorang yang beruntung itu. Aaminn...

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...