Penulis: Dr. Anna Lembke
Menariknya Naskah Ini:
Alhamdulillah, ini adalah naskah ke-3 4 yang Patung Beruang berjaya habiskan untuk tahun ini. Perlahan, tapi konsisten. Dan setiap naskah yang selesai terasa seperti satu perjalanan kecil yang berhasil.
Naskah ini Patung Beruang beli di Kinokuniya, cawangan Pavilion Damansara.
On that night, Patung Beruang tak plan pun nak shopping buku. Niat asal cuma mahu "melawat" saja, kononnya mahu lihat perbezaan antara outlet di KLCC dan Pavi Damansara ini.
Tapi biasalah ... untuk seorang bibliophile, masuk kedai buku tanpa membeli apa-apa itu rasanya seperti satu pengkhianatan kecil terhadap jiwa sendiri (drama sangat kan? hehehe..)
Dan masalah sebenar bukanlah membeli satu buku tapi... beberapa buah buku. Adoiii... Sabar je lah Patung Beruang ini..
Penulis naskah Dopamine Nation ini, iaitu Dr Anna Lembke adalah seorang psychiatrist dari Stanford yang banyak mengendalikan kes-kes berkaitan ketagihan (addiction). Naskah ini ditulis berdasarkan kajian neurology serta pengalaman klinikal beliau bersama pesakit-pesakit yang bergelut dengan pelbagai bentuk ketagihan.
Naskah ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
- The Pursuit of Pleasure
- Self-Binding
- The Pursuit of Pain
- Walaupun naskah ini membicangkan tentang neurological science, tetapi Dr Anna menulis dengan gaya santai dan mudah. Tidak terasa seperti membaca jurnal akademik atau jurnal perubatan.
- Naskah ini sangat dekat dengan realiti kita - ketagihan telefon dan notification, obsesi terhadap validation dan attention, cinta yang terlalu melekat / obses / toxic, alcohol, sexual activities, dan termasuk juga kerja berlebihan yang kita romantiskan sebagai "hustle".
- Dr Anna tidak hanya bercerita tentang dadah dan alcohol, tetapi juga keseronokan yang dianggap normal oleh ramai orang seperti membeli-belah, hubungan toxic, atau sekadar melarikan diri daripada rasa sunyi.
- Konsep "plenty mindset" vs "scarcity mindset" : plenty mindset dimana jika kita hidup dalam kelompok yang mementingkan integrity, sentiasa bercakap benar, reliable, rasa selamat - and tiba-tiba kita diuji dengan kesulitan, kita akan optimist. Hati atau fikiran akan berkata, "Tak apa, ini sementara saja. Semuanya akan ok nanti. Bertahan sedikit saja lagi."
- Scarcity mindset pula dimana jika kita dikeliling dengan mereka yang corrupt, no common sense, poor judgement, poor integrity - kita akan merasakan yang persekitaran itu tidak selamat dan aktifkan our competitive survival mode. Dalam situasi ini, kita pessimist dan mudah mengejar short-term gains over long-term ones. Kita akan jadi sangat pentingkan diri sendiri kerana merasakan itu adalah common behaviour.


No comments:
Post a Comment